Monday, 10 November 2014

Dunia Hari Ini.


Tajuk tu bagi bunyi macam Farid Ismeth Emir baca berita pukui 10 malam. Aku kalau dengaq dia baca berita, hat cerita pasai Festival Tomato kat Spain pun aku rasa macam dia tengah cerita pasai dunia nak kiamat.

Lagi satu kalau dengaq radio pagi-pagi. Sinar FM. Frekuensi 105.3fm. Pembaca berita dia yang lelaki tu wohh. Aku buleh tahan berapa minit ja lepaih tu aku takut. Sebab suara dia bagai halilintar membelah bumi. Tak percaya cuba hampa pagi-pagi nak pi kerja tu dalam pukui 8 ka tune in tengok jadi lagu mana.

Sebenaqnya cerita aku takda kena mengena dengan depa dua. Hahahahahaha aku nak cerita pasai penyakit dalam dunia hari ni. Sebab dari kemarin dok dalam kereta aku dok pikiaq menda ni.

1. Penyakit dalaman.

Ini bukan expose mistik atau Siri Bercakap Dengan Jin - Tamarjalis. Ini penyakit bercakap dengan diri sendiri. Monolog dalaman. Maka apabila sesuatu manusia itu mempunyai penyakit dalaman, secara tidak langsung beliau akan .... affect bahasa Melayu kata apa? Akan.. (cubaan takmau Google). Akan.... mempengaruhi! Yes! Aku berpegang kepada pendirian 'Jangan Manjakan Otak.' Sebab kalau pemalaih macam lembu sikit-sikit nak guna Google, isok ni kalau battery handphone habih, letrik takdak, elok seminggu aku rasa kena masuk sekolah balik. Tang mana tadi? Ha. Secara tidak langsung beliau akan mempengaruhi manusia sekeliling.

Sebagai contoh. Pada hari minggu yang sepatutnya indah kepada semua umat manusia, tetapi tidak kepada seorang Hamba Allah ini, maka diharapkan janganlah mempengaruhi emosi manusia yang lain. Sebab emosi itu berjangkit-paut. Salah. Bersangkut-paut. Kalau muka kita macam taik, orang depan kita tengok mesti nampak macam taik. Lain la kalau tiba-tiba dia nampak lawa macam kapkek. Yang tu aku rasa pakai susuk.

Jadi macam mana nak buat? Macam slot motivasi diri pulak.

Ni pendapat aku la. Orang lain aku taktau. Pasai aku rasa kalau aku jadi macam tu, aku akan buat macam ni. Kalau tak jalan jugak baru aku guna Google hahahahahaha.

Mula-mula Tuan-tuan dan Puan-Puan, cuba kita pikiaq apa masalah kita. Takmau pikiaq? Takpa. Jangan tipu la mesti pikiaq punya hahahahaha. Otak manusia ni direka untuk menjahanamkan tuan punya otak sendiri kalau sel-sel tak berhubung. Kalau kata terdetik satu kali, cuba tepih. Tepih la. Ketis kelepappp jatuh ke muka Direktor Ahmad Nifsu! ha buat macam tu.

Manusia ni kan aku kata tadi ada otak. Cuba guna.

T-Think                    P-Pikiaq
D-Digest                  T- Telan dulu
S-Speak                   C-Cakap
A-Act                       T-Tindak(ber)

Aku rasa macam ada satu lagi. Tapi takpa yang tu pun dah cukup.

Sebab kalau aku, mai kat (D) tu aku dah bleh berenti. Tak payah proceed sebab selebihnya tu akan menyusahkan aku dan jiwa raga aku balik. Walau berat macam mana pun, kita sabaq. Sabaq itu lumayan. Cey senang cakap. Sapa kata senang? Aku dok type ni ingat senang nak pikiaq nak tulih apa?

Macam tu lah.


2.   Penyakit luaran.

Hat ni banyak. Tapi punca dia daripada dalam jugak. Cuma kategori dia tak banyak beza dengan lembu. Sebab kebanyakan penyakit luaran ni dia tak banyak pakai otak. Ikut hati. Mati.

Macam kita tengok moto orang tu lawa. Sebenaqnya kita geram pasaipa dia boleh beli moto besaq mahai bunyi ekzos Termig ka Akra korek lebih ka berdentum satu Kolumpu buleh dengaq. Tapi kita suka moto dia. Tapi kita tak puas hati. Kita usha moto dia, mula kita tanya.

'Ni CKD ka CBU?'

'Awat fairing tak tukaq lagi?'

'Bila nak pasang Termig?' (kalau dia beli moto besaq tapi maintain ekzos sedia ada, ni la soalan favourite.)

'Penah try lebih dari 180 dak?' Awat tak try? Beli mahai bawak 60 ja buat apa.'

Tu kalau moto.

Kalau handbag, baju, kasut (ompompuan) lagi teruk.

'Berapa ribu? (main ribu ja. Kalau ratuih tu kira kita sengkek).

'Awat tak beli yang handle macam ni, kulit macam tu, kaler ni lawa lagi.'

Lepaih tu kalau orang tu masih mengekalkan gaya rilek, kita lagi sakit hati. Pastu mula mengutuk. Eish. Soalan aku. Kenapa kita selalu kena negatif terhadap benda yang kita tak boleh dapat?

Apa kata kita sentiasa bersyukur dan bergembira dengan rezeki yang kita dapat. Pada masa sama usaha untuk cari rezeki lagi. Dunia la ni aku tengok makin lama makin kronik. 

Sebab tu dalam entry sebelum aku dah sebut. Kalau orang tu cari rezeki, biaq la kat dia. Tu bahagian dia. Tapi kalau meniaga bagi mancung hidung pun bagi dia kaya-raya, biaq la. Tapi bagi aku gelak seround dulu. Sebab kalau aku beli, testimoni aku mesti GAGAL.

Masa sekolah dulu ada sorang cikgu ni. Semua orang takot gila kalau boleh dalam seminggu tu tak payah ada hari Isnin. Pasaipa? Pasai garang dia ridiculous. Tapi dia ajaq seni. Seni itu halus. Dan manusia yang berseni itu sepatutnya kompleks. Tapi dia ridiculous. Sebab dia terlalu halus.

'Pasaipa hang gemok?'

Sampai hari ni aku takda jawapan.

Jangan la terlalu kronik. Sebab kronik tu tak best. Bagi pening kepala. Bagi kita sentiasa tak senang. Simple sudah la. (aku macam dok tengah tampaq muka sendiri bila type menda ni hahahahaha). Jangan ikut perasaan. Jangan ikut kesemua menda.


Tapi kan.

Aku tak suka perkataan 'Uols' tu.

Rasa-rasa aku kronik dak?



No comments:

Post a Comment