Saturday 31 October 2015

Dil To Pagal Hai


Hari Rabu pukui 9 malam mesti ada cerita Hindustan. Dalam dua bulan ni banyak cerita yang Shah Rukh Khan berlakon.

Aku ingatkan aku ni mamak hardcore. Rupanya ada yang lagi tegar. Viago (Nad). Dia buleh hapai scenes! Jadi Dil To Pagal Hai ni adalah punca kemaruk hindustan kepada dia. Maka aku pun ikut sama la tengok lepak Vampire Loft.

Sebelum tengok tu prepare dinner dulu.




Homemade smoked salmon bagel with cream cheese. Side dish tu macam fries yang aku dah buat sebelum ni.

Dok uh-ah tengok Madhuri Dixit punya lawa. Tengok tapi sambil makan. Hahahahahahah macam tak guna jugak. Aku pun kata la,

'Body dia ni tak gemuk, tapi dia macam.... (berenti sat)

'JUST NICE.'

Serentak. Sama tone. Sama dengung. Sama.




Aku tak sanggup pandang Nad. Nad pusing muka kat tingkap.


'Ko balik Puchong esok.'

Friday 30 October 2015

Kenduri.


Di suatu senjaaa di musim yanggg laluuuu. *suara bagi deep tujuh kaki dalam*

Hahahahhahah. Di suatu hari minggu (aku rasa dua tiga bulan lepaih). Aku lepak rumah Adik. Selalunya aku lena pasai rumah depa ni, walaupun takdak aircond, ada masa dan ketika depa kena mai gegaq / azan tepi telinga suruh aku mangkit hahahahaha. Hari Sabtu tu depa ajak aku pi makan kenduri kawan Nunny kawen kat Puchong. Kenduri malam pulak. Aku siap paling simple, dengan muka mengantuk ikut depa.

Masa kenduri aku lepak kat meja. Adik dengan Nunny pi jumpa kawan-kawan. Dekat nak habih tu emcee announced ada persembahan. BOLLYWOOD. Aku pun teruja satu macam. Bukan pasai aku nak join the crowd tapi aku tak nampak pulak sapa-sapa pakai saree. hahahahahaha.

Rupanya kat meja tepi pelamin tu geng pengantin. Dalam setandan buah ceri tu, ada la jugak pisang. Tinggi tapi figura tak seperti wanita. Badannya sasa. Kasutnya tinggi bertumit halus. Pakainya baju kurung.

Laaaaaaa. Jantan.

Aku nampak dua orang. Sorang baju kurung moden merah. Sorang lagi sepasang kurung nan biru. Elok habih sukaria menari, depa pun naik kat pelamin nak amik gambaq. Adik, Nunny & kawan-kawan lain pun tunggu turn kat belakang depa.

Di celah-celah keriuhan geng ni amik gambaq, aku perasan ada sebentuk manusia di tengah-tengah antara pengantin ni pakai baju batik, dengan ketayap. Kiri dia baju kurung moden merah. Kanan dia sepasang kurung nan biru. Dua-dua ni macam amik gambaq buat muncung mulut itik (pouting - hampa dok tengah buat kan? hahahahahahahhahaha) pipi macam nak rapat dah ke muka sebentuk manusia di tengah ni.

Aku tengok muka dia confused.

Aku lagi confused.

Saturday 24 October 2015

Pengaruh.


Hampa tengok cerita Isteriku Bukan Tukang Masak?

Ada Zara Zya dengan Ajak Shiro belakon. Cerita pasai laki bini baru kawen, tapi bini tak pandai dan tak suka masak. Aku takmau bagi sinopsis ka apa, hampa pi cari sendiri link kat youtube, bila free hampa tengok. Kalau ada Astro tunggu la tayangan ulangan di Astro Prima & Maya HD.

Ada part paling bangang (tapi cute) dalam cerita tu bila si Ajak ni nak keluaq pi tengok bola dengan member bila bini takmau masak. Elok dia jalan nak pi pintu, si bini ni jerit kuat-kuat laju-laju siap gegaq-gegaq kepala dengan tangan,

'Ayang! Ayang! Ayang! Ayang! Ayang! Ayang! Ayang! Ayang! Ayang!'

Si Ajak panik,

'Kenape? Kenape ni Yang? Ha? Kenape?'

'Nak salam.....'

hahahahahahahahahahahah bodo.

Pada hari Ahad petang, aku sangat mengantuk. So aku baring kat sofa depan. Lama-lama aku tak larat aku cakap Nad aku nak tidoq kat bilik sat pasai badan aku dah sengai (orang tua, biasa la). Maka aku pun lena diulit mimpi indah disulami aircond yang sejuk menyamankan. Tiba-tiba aku dengaq bunyi pintu bilik bukak.

Celik sebelah mata nampak dua orang ni macam ni




Pja lari tepi katil sambil bawak pinggan dan menjerit,

'Ayang! Ayang! Ayang! Ayang! Ayang! Ayang! Ayang! Ayang! Ayang!'

Dia sua pinggan ada smoked chicken sandwich depan muka aku sambil berkata,

'Jemput makan?' (buat cute)

Warghhhhhhhhhhhhhhhhahahahahahahahahaahahahahahaha.

Masa aku makan tu aku diam ja. Nad kata

'Kau mesti geram kan kitorang kejut kau semata-mata nak suruh makan?'

Aku :



Confused.

Friday 23 October 2015

Program Taat Setia II - Setia Kepada Mamak dan Melayu dan Seangkatan


(Mohon baca dalam gaya Pengacara Nona)

Program Taat Setia diteruskan lagi pada Episod Kedua dengan membawakan secara langsung masakan-masakan mamak dan melayu dan yang seangkatannya dengannya untuk kejian Tuan-tuan dan Puan-puan yang berterusan. Ini adalah bentuk makanan yang berulang kali dibuat disebabkan keenakan rasa serta keikhlasan si tukang masak dalam memastikan pengunjung mendapat kepuasan sebenar dalam menikmati makanan yang diidamkan. Kita saksikan.




 Kak Mah Nasi Dagang, Gate 1, Putrajaya


Tapi ni nasik kerabu. Hahahahaha Sini hari-hari orang ramai sampai beratoq. Nasik dagang dia kalau kena, tengahari tak payah keluaq dah. Lena bawah meja.


Nasi Ayam Kampung, 35 Medan Selera, Kampung Baru


Waktu ni first time try, Adik bawak. Tengok lauk apa dia amik. Aku start makan budu dengan tempoyak kat sini. Pergh. Pergh. 


Mat Ayam Kampung


Dulu, Kini. Selamanya.


Lake Club, Precint 8, Putrajaya



Butter chicken x Kailan x Tomyam


Stall Tepi Jalan, Pantai Dalam (Dekat LRT Universiti)


Nama stall takdak, tapi brader tu orang Kedah, bawak lori meniaga. Dia letak kerusi meja sepanjang jalan. Tengok camca garpu tu menunjukkan itu adalah pinggan kedua aku makan. Tapi semenjak jerebu ni dia takdak pulak. Tunggu cerah sikit kot.



Wong Solo, Bangi



Dengan syarat. Sambai kena asing. Pasai aku selalu menangis makan kat sini. 


Patin Place, Puchong Utama



Daisy cakap aku dah berubah sebab dok order nasik goreng ayam kunyit. Tak order patin dah. Dia taktau mood aku berubah-ubah.


Mee Tarik Warisan Asli


Slurp. Slurp. Slurp. Aku tak makan mee. Tapi ini aku bagi pengecualian khas. Especially bila tambah dengan sambai dia. Pergh. Berderaian ayaq mata.


Old Town White Coffee


Mee kari. Ni pun termasuk dalam pengecualian khas. Walaupun minyak berlinang, tapi rasa dia, Tengok tokua tu. Allah.... Kecoq!


Restoren Sri Nirwana Maju, Bangsar


Takmau kata apa la. Hampa pi makan la. Peria tu. Cabai goreng tu. Rassam tu. 


Vampire Loft


Salted egg prawns x daging salai masak lemak cili api x tomyam. Tambah la berapa kali pun. hahahahaha 


Mi Casa





Aku dah kata gulai Mamita paling sedap dalam dunia. Satu periuk aku punya.




 Nasik tomato Mamita. BOMB.


Ok homesick.






Thursday 22 October 2015

Suratan Apa Kebetulan?


Hari Selasa Nad call aku tengahari tanya aku boleh ninja ka dak. Perabot nak sampai kata dia. Melompat dengan aku sekali. Tapi lepaih tu dia adjust, petang lepaih keja baru orang perabot bawak sofa pi. Maka lepaih keja aku merantau ke Vampire Loft tunggu.

Haritu aku pakai baju kurung hijau (emerald). Masa sampai aku lepak kat sofa tepi tingkap. Tengok Asian Food Channel. Dalam pukui 6.40pm macam tu Nad sampai, dia bukak pintu. Aku tengok dia ataih bawah (read : bitch stare) hahahahah dan terpacul soalan,

'Kau apehal baju hijau??'

Dia tengok diri sendiri. Tengok aku balik (read : bitch stare back at me).

'Omaigod ape kena kita ni?'

Jadi lagu ni pasai :

1. Weekend haritu aku dengan dia tengah tengok TV, tiba-tiba secara serentak 'Mujkooooo' *terdiam* *beruk terkejut*

2. Jalan kat IOI Mall, nampak pinggan mangkuk dalam Parkson. Secara serentak lagi 'Noritake!!' *beruk melompat*

Lepaih tu aku dengan Nad pun amek la gambaq baju sebelah menyebelah. Then Pja balik. Dia bukak ja pintu, aku dengan Nad tengok dia, secara serentak lagi sekali kami qhenggah gelak sampai takdak sora. Pja terpinga-pinga, tapi soalan dia,

'Apesal korang pakai baju hijau??'


Gym ball belakang tu mesti kecik hati.



Bukan wanita biasa. Bukan. Wanita gila.

Wednesday 21 October 2015

Program Taat Setia I - Setia Kepada Barat dan Seangkatan.


Menu wajib bila aku pi restoran / kedai makan dan craving for some good western / mexican food / di luar norma makanan orang Melayu. Dan juga pilihan setia aku sepanjang zaman pasai aku suka makan makanan sedap. Tak sedap pun aku makan, tapi sekali tu ja la. Tadak pasai aku  nak ulang.

Jemput telan ayaq lioq sambil mengeji aku dalam hati. Hahahahahhaa.


Italiannies Pasta Pizza & Vino Malaysia


Mushroom soup and freshly baked bread.



Calamari Caesar Salad.



Lasagna a la Ravina.



Chili's Grill & Bar



BBQ Ranch Burger x Beef Bacon Burger x Tripple Dipper x Fajita Chicken Nachos



Monterey Chicken. Sama seperti McChicken di McDonald's, ayam ini dibentuk menjadi sebentuk hati yang kunantikannn engkaulah teman sejaaatiii kasihhhkuuu disetiaaapp hariiikuuu hahahahaha pi cari la lagu apa.



Molten Chocolate Cake. Kalau hampa ni pasangan bercinta, order la cake ni, Waktu nak potong tu buat macam cerita Isteriku Bukan Tukang Masak 'Ayang! Ayang! Ayang! Ayang! Ayang! Ayang!' Bila pasangan hampa panik tanya pasaipa, bagi senyuman paling comey cakap 'I Lava You.' hahahahahahahahah bodo tapi cute.



Tony Roma's Steakhouse Restaurant


Roma's Sampler.


Lamb Ribs & Filet Medallions


Tous Les Jours


Classic Caesar Salad


Lake Club, Presint 8, Putrajaya


Pan Seared Salmon


Dave's Deli



Lasagna. Sebenaqnya hampa kena try mushroom soup dengan Dave's Original ¼ Roast Chicken. Percayalah.


PAUL : French Family Bakery and Patisserie, Singapore


Tartelette Fruits Frais. Huwaaaaaaaaaaaaaa.



Alexis Bistro


The ultimate foodgasm. Pavlova. This is by far the best pavlova I've ever tasted.



Vampire Loft



Hahahahahaha seafood & smoked beef aglio olio memang hampa takkan jumpa kat mana-mana. Tapi akan jadi menu wajib bila dah pemalas nak keluaq dan masak benda berat-berat.



Mi Casa




Homemade lasagna. Setahun sekali ja boleh jumpak pasai tukang buat pemalaih.



3am and I did this alone in the kitchen. Bila kena tunggu turn untuk tengok tv pasai remote melekat kat tangan Papito. Aku melangok tunggu dia habih tengok (tidoq) wrestling. Fries dengan olives, cherry tomatoes, cheese, parsley, chives, salt and pepper. Kenyang sampai pukui 1 tengahari esoknya.


Program Taat Setia ini akan bersambung tanpa mengira bila dan di mana. Harap rancangan ini boleh berterusan sehingga aku dah gemok dan meluat tengok makanan.

Bai!








Tuesday 20 October 2015

Brooklyn B Bagel.


Aku tengok cerita Taken 3, teruih aku kemaruk nak makan bagel. Maksudnya dah lama aku nak makan, tapi aku tak tercuba-cuba. Dan aku dok mengaruk kat semua orang dalam dunia tapi taktau pasaipa tak pi.

Aku dok terbayang bagel, sour cream, salmon, capers, feta cheese, cream cheese. Allah sedapnya.

Jadi pada suatu hari, sang kancil dan rakannya keluar mencari palet. Palet pasai nak buat DIY project. Yang tu nanti aku cerita. Alang-alang ada kat area Subang, mentol kepala aku menyala la.

Google alamat, jumpa la Brooklyn B Bagel Bakery & Cafe. Sederet dengan Pizza Hut, berdepan dengan Asia Cafe, SS15.



Ni kedai dia. 



Bukak pintu masuk kedai ja dah bau bagel. Blissssssss. Ini interior


Aku ada trypophobia yang agak kronik. Tapi yang ni aku boleh tolerate lagi pasai dia tak dekat-dekat dan tak kecik-kecik.


Kalau hampa first-timer macam aku, mungkin hampa akan perak buih sat bila tengok bagel bergentayangan hahahahahaha dan beratoq macam ni. Tapi takpa, amik masa hampa pilih nak apa. Hampa dah besaq. Dah boleh buat keputusan sendiri.



Kat sini hampa kena order di kaunter, bayaq, and tunggu depa hantaq kat meja. Boleh usha menu yang ada, nak buat custom tu aku tak sure. Boleh la hampa tanya. Aku memang seumoq hidup nak apa yang aku nak. Aku kan dah besaq. Aku boleh buat keputusan sendiri (pirah, nak pakai kasut pi pasar pun kena tanya pendapat).


Ni signature bagelwiches. Yang jadi pilihan ramai. Berdasarkan kepada kemaruk aku, aku order la Lox With Cream Cheese. Minum dengan green tea. Pergh. Rasa macam eat healthy sangat (hampa tunggu post nasik kandaq dan makanan berlemak yang lain lagi lepaih ni.)







Masa sampai tu ayaq mata aku macam bergenang pasai impian aku nak makan bagel tercapai jugak akhirnya. Hahahaha I am a sucker for anything salmon, capers, feta cheese, sour cream, cream cheese. So this is perfect.


Side dishes. Coleslaw and chips. So-so. Mesti la mereka tak boleh overshadow bagel. Bahahaha tapi aku rasa patut sedap lagi. To compliment the star.


Jangan kira rupa. Yang penting rasa. First time cuba, aku ingatkan bagel ni lembut macam doughnut, rupanya keras jugak. Crunchy di luar, chewy di dalam. Memerlukan gigi yang kuat untuk hampa tokak. Hahahahahah. Taste wise, aku suka ja, pasai salmon. Nanti aku nak try menu lain pulak. Tapi aku rasa yang aku pilih ni adalah pilihan tepat. Pasai la ni aku telan ayaq lioq. Tara gunaaa. Cuma aku rasa mungkin aku kena pi New York untuk merasai nikmat bagel sebenar. Hahahahaha.


Lepaih habih makan, maka kita pun boleh ke angkasa lepas dan lena. 


Brooklyn B

41, Jalan SS 15/8A, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
+60 3-5611 6553