Friday 2 October 2015

Memperbaharui Lesen Kereta.


Nah bahasa paling baku aku bagi.

Memandangkan la ni dah tally birthdate dengan tarikh lesen mati, maka kita akan lebih alert. Tapi manusia macam aku, pastinya lebih mementingkan hari puja umoq dari nak bersesak kat JPJ / Pejabat Pos untuk renew driving license (amin panjang lagi umoq aku sampai la ni, kalau apa-apa jadi, katak jugak).

Selama aku dok renew license (aku passed tahun 2002) tak pernah sekali pun aku pi renew depa mintak 'master license'. Lesen yang ada gambaq muka belia aku masa mula-mula dulu. Tapi ada time aku bawak boh dalam purse. Bila dah renew kan depa bagi slip yang satu lagi (current license). Membuatkan aku terpikiaq nak buat apa bawak banyak-banyak. Info semua sama siap tarikh mati bila. Gambaq ja pun takdak.

Maka tahun ni aku pun macam biasa pi Pejabat Pos nak buat lesen. Master license jangan tanya la aku memang tak ingat tang mana letak. Elok turn aku sampai aku cakap kat kakak kaunter tu dengan sopan, bertatasusila dan penuh budaya ketimuran yang tinggi hahahaha.

'Assalammualaikum, Puan. Saya nak renew license.'

Muka makcik ni toya ja. Minum teh kelat kut pagi-pagi.

'Hm. Bagi ic dengan lesen.'

Aku bawak keluaq ic dengan slip lesen aku la.

'Master license mana? Yang ada gambar tu.'

'Alamak. Saya tertinggal kat kampung rasanya. Tapi buat lesen ni pakai info kt ic kan? Sama tak?'

'TAK BOLEH. NAK BUAT LESEN KENA BAWAK MASTER LICENSE YANG ADA GAMBAR TU. PEGI PEJABAT POS KE, JPJ KE SEMUA SAMA KENA BAWAK JUGAK.'

Aku dok try la nak kawtim dengan dia. Dia pancung aku tak sampai dua minit aku kat kaunter. Lepaih tu tak habaq pulak kalau takdak master license tu nak kena report polis ka macam mana ka. Aku saja buat diri sebangang mungkin sebab aku nak dengaq apa dia nak explain. Aku gagal jadi bangang di situ, lantas aku berlalu pergi.

La ni soalan aku kepada JPJ adalah:

1. Pasaipa nak kena berangkut master license tu merata kalau hampa pi bagi license slip yang ada tempoh masa lesen hampa hidup?

2. Apa beza master license dengan license slip? Aku rasa ada gambaq dengan takdak ja kot.

3. Kalau ada pakcik tua mai pejabat pos, master license dia zaman jepun, dia dah beratoq tunggu sejam, nak suruh dia balik cari jugak ka master license tu dalam terowong zaman dia berperang? Kot-kot wallet jatuh berteraboq kat situ.

4. Sebenaqnya nak renew license depa kutip info dalam ic ja. Scan ic dapat la semua. Bukan kata integrate ka? Yang terketaq sangat nak master license yang laminated tu pasaipa? Pasai kena gunting lepas renew?

5. Memang terus kena pancung cari jugak master license atau boleh ada budi bicara? Sebab aku rasa kalau boleh pakai ic ja, baik scrap off the idea nak suruh kilik merata master license tu. Ic tu dah pusat maklumat individu kot.

Benda senang bagi senang la. Jangan disusahkan benda yang boleh disenangkan.

Master license, master license. Meluat aku.



1 comment: