Monday 26 January 2015

Makanan Dari Langit.


Hahahahaha tajuk nak tebabom ja.

Ok weekend baru ni aku memang pi makan saja-saja. Sampai makanan kat hujung tengkok. But I have to tell you that it was one of the greatest experience in my life. Pasai aku punya dok lama tagak tapi macam biasa la, aku bukan ada kena mengena dengan Bolkiah. Kalau tidak aku dah hari-hari naik Phantom. Ingat makan tinggi-tinggi harga macam semangkuk cendoi kat Masjid Bakaq Arang Sungai Petani? Melainkan hampa buleh panjat pokok nyoq bawak mangkuk cendoi tu, ya, itu makanan di tempat tinggi yang harga macam tepi jalan. hahahahah win kat situ.

Jadi cerita di macam ni. Aku dok baca Nobu Restaurant ada baru bukak di KL. Pasai dok tau lama dah, cuma dok tanya bila nak mai tang KL ni aku nak pi rasa tengok. Sekali nah. Dah ada. Tingkat 56, KLCC. hahahahahah menarik ni. Tapi, aku call hari Isnin pagi, booking hari Sabtu. Pasai kalau saja gatai jalan nampak "Eh Nobu, jom." harapan. Sekian. Over sangat nak makan kena booking tiga tahun awai hahahahaha.

Lepaih tu bila pi makan tempat cantik kena la dress up cantik-cantik kan. Orang putih kata 'dress to the nines.' Nasib baik tikuih hat pinjam handbag aku tu bagi balik kat aku kalau tidak macam mana nak lawa-lawa pi dinner hahahahaha matilah.

Elok sampai KLCC melangok tak sure nak masuk kot mana. Aku kuaq keta tiba-tiba nampak aci pakai sari ni tergolek jatuh *jangan gelak* aku ingat dia terkejut tengok aku, rupanya dia terpijak sari dia sendiri sebab labuh sangat. Ok tergelak sikit. Dah tanya guard pun habaq la tang mana nak park. Baguih punya dok parking kt dalam KLCC punya tempat *padahai buleh ja pi valet sebelah MO* Menapak la sikit dalam KLCC lalu kot Aseana Cafe. Tak macam kasut aku tinggi 4 inci setengah mintak nyawa aku dok atoq langkah. Takpa.

Sampai kat bawah Tower 3 tu depa dah siap tunggu, bagitau nama, depa bawak hampa pi naik ataih. Naik lif tu aku rasa dalam dua saat ja. Aku pun macam "eh gila laju lif ni dua saat sampai tingkat 56." Mungkin nampak kekeliruan kat muka aku orang tu kata "Maam, this elevator will bring you to the 11th floor first, then you will have to change to get to the 56th floor." Oh. Habaq laaaa. Lepaih tu tukaq lif pulak baru naik ke tingkat 56. Gegendang telinga aku rasa macam nak meletup pup pup macam makan fish roe tapi kali ni hat besaq sikit hahahahaha. Tapi memang security tight la, rasa macam bodyguard kiri kanan dok jaga hampa sampai hampa selamat sampai kat meja makan.

Aku booked pukui 8.30 malam tapi sampai awai dalam 15 minit depa suruh duduk kat bar dulu. Dah la lantai lincin. Memang lincin sungguh aku rasa macam penguin. Tapi kena control. hahahahaha aku dok type pun rasa meluat dengan diri sendiri hahahahaa.



Rasa macam nak bawak balik chopstick ni tapi macam teruk sangat pulak. 


Salmon and Lobster Taco. Masa sampai ni aku macam 'duh cinonetnya! memang tak kenyang la!' Fine dine memang makanan dia besaq jari kelinking ja ok. Hahahahah Amik seketui ja salmon tu. Ish. Cayaq dalam mulut. Betapa punya fresh salmon tu aku takda kata-kata nak describe. Yang salmon tu depa bagi salsa dipping. Yang lobster tu aku tak sure hahaha but whatever it was, it definitely complimented the lobster and taco and everything. Nampak. Dan-dan cakap orang putih hahaha. Seketui Taco ni price range dalam RM18-RM20.

 

Lepaih tu  mai hat ni pulak. Ni personal favorite aku. Crispy rice with spicy tuna. Ada dalam lapan ketui kecik-kecik ja. Besaq sugus. Ok tipu besaq sikit la dari tu. Bawah tu crispy rice yang paling sedap dalam dunia. Ada masin-masin skit rasa dia. Rangup toksah cerita la. Ataih tu dia topped dengan spicy tuna. Tak pedaih sangat pun. Ni masuk dalam kategori hot dish dia. Tapi tuna tu sejuk-sejuk sikit la. Ish sedap sungguh. Sungguh. Aku ingat nak order lagi tapi nampak macam tamak sangat walaupun sebenaqnya masa ni otak aku dah pikiaq nak tapau McDonald's balik satgi hahahaha. RM45. 


Hat ni kan. Nama dia Scallop Tiradito. Awek yang served to recommend. Tiradito is a Peruvian dish of raw fish, similar to sashimi, crudo, and carpaccio, in a spicy sauce. Nobu ni dia ada signature blend of Japanese cuisine with Peruvian and South American influences. Ataih scallop ni dia letak macam chilli flakes lepaih tu hat bintik merah tu aku taktau apa hahaha. Lepaih tu chef dia bagi berenang dalam lemon. Masam campoq pedaih skit. Aku terpejam-pejam masa mula-mula rasa. Tapi rasa scallop tu bila dah masuk mulut tu perghhh. Berlemak-lemak, gemok. hahahaha. RM70. Ada 8 keping scallop nipis-nipis. Pandai-pandai hampa la nak berebut. Eh tak buleh. Kena makan macam dalam istana. 

 


Baby Chicken Toban-Yaki. Mula-mula aku nak tergelak pasaipa kena makan ayam. Tapi dah start masuk mulut secubit tu aku diam la. Rasa macam ayam kat nasi ayam Chee Meng hahahahaha tapi sedap lagi. Aku tak suka sangat sebab dia ada lemak-lemak tu. Macam ayam nasik ayam. Sos bawah dia tu berkicap. Hahaha amboi review macam apa ja. Ayam memang super tender and juicy. RM70.




Soft Shell Crab. Ni memang menu wajib aku kat mana-mana. Tapi kan. Tapi. Hat ni kan. Macam mana aku nak habaq aa. Bila mana waktu ia masuk ke dalam mulut, hampa dok kunyah tu kan, ada satu part yang hampa tak buleh brain. Aku saspek soft shell crab tu punya kerja. Ramuan dia kali ni aku rasa dia tak pakai Cayenne Turbo.  nak kata masin, bukan. lemak, bukan. sedap, YA. hahahahah jadi macam 'what in the world is this?' macam mana begitu sedap macam ni? Aku taktau apa benda tapi perasaan tu macam hampa kat sekolah menengah lepaih tu minat kat satu orang, bila hampa jalan selisih dengan orang tu, orang tu senyum kat hampa. macam tu la perasaan dia sebab lepaih setiap kunyahan tu aku ingat aku memang dok senyum lepaih tu zikir 'apa ni sedap ni.' hahahahaha bodo sangat. Tapi macam tu la. RM45.


Chocolate Satandagi. Ada dark chocolate satandagi, caramelized pistachio, raspberry sauce and pandan ice cream. Mula tu aku nak pilih Bento Box tapi awek tu recommend ni so takpa. Pasai aku jem kat pandan ice cream tu. Aku mana suka pandan-pandan ni. Tapi takpa. Trust the chef.


Hat bulat-bulat tu satandagi. Satandagi ni basically a doughnut  but with the lightest batter imaginable. Dalam dia ada rich dark chocolate filling. Macam biasa aku gelak dulu. Aku kutip satandagi ni skit, ice cream sikit, pistachio sikit, sapu sauce sikit. Masuk mulut aku diam, pengsan. Memang satan. Sedap tergolek-golek. Aku tak sangka combination pandan ice cream dengan benda-benda ni amat hebat. hahahaha satan betui. RM35. The perfect end note for a perfect dinner. 

Maka itulah ceritanya aku pi makan kat Nobu Kuala Lumpur. For a first timer, depa akan recommend yang memang best. So jangan malu nak mengaku. Ya la nak buat macam confident tapi satu apa pun taktau rupa bentuk. Melainkan hampa dan #nobukl la. Nanti silap order hampa jugak menyesai hahaha. Yang pasti lepaih ni tempat ni memang jadi favorite aku. 


Cuma tak buleh selalu macam dok pi Zanmai la pasai tembakan kat poket aku pun bertalu-talu. 



Friday 23 January 2015

Of People And Emotions.


1. Tatkala diri hampa amat amarah yang bila bernafas pun boleh keluaq api kot hidung, bersabarlah.

2. Tatkala manusia keliling walau seteruk mana depa menguji kita, bersabarlah.

3. Tatkala hampa rasa macam jantung nak pecah, hari-hari rasa macam makin sempit, bersabarlah.

4. Tatkala yang mana hampa harap jadi A tiba-tiba jadi C,D,E,F,G, 25, 30, 42, IV, X, bersabarlah.

5. Tatkala manusia cuba menjadi naga macam nombor (1) tadi dekat hampa, bersabarlah.


People kat tajuk ataih tu plural ok.

Wednesday 21 January 2015

Bila Mamak Masuk Dapoq.


Aku kena admit aku dah lama sangat tak menggila masak macam dulu. Dulu apa terlintaih dekat kepala ja aku masak. U name it. Tak dan jadi trend lagi aku dah kuntau kat dapoq try nak buat. Tapi aku taktau apa jadi pada diri ini sehinggakan dah lama aku hilang mood nak masak hahahaha tak aku bukan pemalaih percayalah. Aku teramat sukakan masak sampai satu masa depa suruh aku masuk Masterchef (hat ni aku tak tipu).

Tapi weekend baru ni aku lepak kat rumah takdak keluaq pi mana, aku pikiaq takkan nak order pizza kot makan? Mat Saleh sangat lah padahai kan aku dah kata aku mamak berapa kali nak habaq??? hahahaha maka aku pun pi la kedai runcit beli perkakas nak masak. Rasa pelik ok.

Maka kuntau la aku kat dapoq. Nah aku bagi hampa tengok gambaq ja.


Mami Penang kata 'Masak kari tu mau nanti kena goreng sikit rempah tu, bagi dia pecah minyak tau ka, baru la berasa sedap.' Aku kalau masak gulai tak pecah aku rasa macam amik SPM tapi dapat SAP.



Linangan ayaq mata. Simple ja aku masak hari tu. Aku goreng ikan dua ekoq habuan petang satgi nak perangat. hahahahah. Pasai aku rindu Mamita punya gulai. Dari dulu Mamita ajaq aku masuk dapoq, nasib baik la. Kalau tidak mesti aku dah mati kebuluran hari tu hahahahaha.






Isok tu pulak aku nak makan nasik lagi tapi aku rasa macam nak test skill lain pulak. Nak tengok mojo ada lagi dak. Hampa jangan ingat Mojo masa AJL29 ja dapat persembahan terbaik. Pasta aku ni pun kalau makan sama feel macam dengaq Caliph Buskers menyanyi RomanCinta. Bergenang ayaq mata, goosebumps, sebak, terharu semua perasaan ada hahahahahaha *nah sua muka mintak penampaq*

Lepaih tu kan. la ni aku rasa macam seronok ja masak balik. eh memasak tu memang seronok kot? Cuma takdak sapa nak makan la pasai aku sorang kat rumah hahahaha. Buat lauk lima jenis kalu terlentang nak perabih. Takpa. Pelan-pelan kayuh sambil aku mengimbau memori zaman kerajinan melampau aku dulu.



Soto ayam. Macam tak percaya aku rajin pulak pi gumpai-gumpai daging tu jadi begedil. Sedap pulak tu. *sapa lagi nak puji masakan kalau bukan diri sendiri*

Kegilaan aku tidak hanya pada masakan lauk pauk atau berbentuk seperti di atas sahaja. Aku jugak ada kegilaan terhadap bakaq membakaq. Baja TokBa dulu pun aku pi bakaq, dok dalam plastik elok lagi tak usik, aku ingat sampah hahahahah 'you love burning things so much you even burnt the untouched soil in the bag.' -_______- hahaha sorry TokBa!


 Bread butter pudding. With vanilla sauce. Simply because Mamita loves it.

Ni zaman red velvet baru nak naik. La ni takdak sapa heran dah. Gigih cari resipi, bakaq tengah-tengah malam. Rasa macam aiskrim pun ada bila letak mascarpone cheese kot ataih. Kalau hampa nak cari red velvet cupcake paling sedap dalam KL ni, sila bergerak ke Bisou. Ada di KLCC dengan Bangsar Village. Hands down.


Ni. Yang paling mencabar tahap kesabaran dan minda aku. Macarons. Because they are extremely tricky to make and many of their ingredients can be expensive and/or difficult to source. Pasai tu kalau seketui sepuluh ringgit pun aku rasa berbaloi (aku rujuk pada Laduree, hampa kena kali dengan nilai kadar mata wang asing). Aku percaya pada statement tu. Pasai nak buleh dua ketui macam gambaq ataih ni, aku rasa ada dekat 30 kali aku cuba buat. Nak pukui teloq tak leh over, nak boh gula takleh macam tu macam ni, nak fold kena kot ni kot tu. Lepaih tu kena tengok weather! Khidmat bomoh hujan boleh pakai kat sini. Humidity is the enemy because with too must moisture in the air, the results can be devastating with flattened or cracked shells instead of shiny, perfect domes. Moody gila hahahaha. Nampak? Stress. Nak kena polish balik ni.


Tapi la ni api dapoq gas aku pun moody jugak.


Monday 19 January 2015

Bila Makan Sushi.

Sebenaqnya kan.

Aku sakit kepala tahap tertinggi dah hari ni hahahaha pasai apa, aku kena kira jumlah aset nak kena ganti untuk tempat yang banjir. Okay aku tak salahkan banjir, gila nak kena panah kilat pi tanya pasaipa banjir?? hahahahaha tapi aku sakit kepala apabila ketika orang nak mintak ganti apa benda waima sekeping kertas kajang sekalipun tolong la bagi estimation harga. Mati la aku nak kena korek satu-satu nak tengok pulak periuk saiz 32" harga berapa, tungku kaki tiga harga berapa, makanan kucing sekampit harga berapa.

Aku tak complaint. hahahaha ok penipu besaq (padahai dalam hati aku dok zikir ja ni). Tapi kan. Walaupun kita berada dalam kesusahan, dan keadaan sibuk yang teramat sangat, tapi jikalau pada masa yang sama kita boleh senangkan orang lain, kita cuba la. Nanti ada la yang kata 'eh mana ang tau orang tu memang busy gila ka apa.' Jangan cong aku la. Kalau ada lima belaih helai kertas yang berbeza, tiga takdak details, lagi dua belaih buleh pulak kira satu-satu, maksudnya ada masa la kan?

Tang mana sushi nya?

Tu preface.

Hat ni baru nak cerita.

Walaupun kegilaan aku adalah kepada makanan mamak, tapi aku tidak dapat tidak menafikan bahawa makanan Jepun tu berada dalam liga teratas. (bila Man U nak naik number tiga pun taktau. Southampton menang pulak!). Nah aku bagi hampa kecoq tengok gambaq dulu.


Nabeyaki Udon? Aku tak berapa ingat. Tapi aku appreciate prawn tempura tu letak asing daripada pi celup sekali dalam mangkuk tu. Kampachi by Equitorial.



Salmon sushi. Ini perkara wajib dan berkepentingan apabila setiap kali aku tala mai tang ni. Harga dalam belas-belas ringgit aku tak ingat RM13 ka RM15 seketui. Kampachi by Equitorial.



Deng tengok ni aku kecoq. Garlic fried rice. RM7.90 semangkuk kecik. Tapi elok la aku makan sorang memang licin seketui nasik pun aku tak tinggai. Sedappp. Ni kat Zanmai. Setakat ni cawangan Zanmai yang paling sedap aku bagi kat IOI City Mall. Kedua jatuh kat LowYat. Ketiga aku bagi kat D'Pulze Cyberjaya. Last sekali Farenheit88. Tak sedap.



Salmon to avocado. To tu bunyi dia macam Thor. Bukan to - kepada. Bukan salmon kepada avocado. Bukan bukan. hahahahaha. RM7.80. Ni kena make sure memang salmon betui-betui fresh. Dengan avocado dia kena riped well. Fuh. Dua mangkuk pun buleh. Setengah Zanmai depa bagi avocado keraih kong. Salmon pulak kecuttt ja. Fail.




Soft Shell Crab Maki. hahahahaha aku kalau tempek hat ni kat ig nanti adala yang tanya nak kena maki ka dak. Menu wajib. Harga tak ingat. hehehehehehe. Bayangkan betapa lembutnya nasik tu. Lepaih tu dia pi balut pulak soft shell crab yang memang crunchy gila dan sangat tasty. Rasa macam ketam laaa jangan pi tanya rasa macam mana. Pi rasa tengok baru tau. hahaha ada sikit macam rempah kari sikit, ka paprika? Cayenne. Aku bajet dia pakai Cayenne Turbo pasai laju ja masuk mulut aku hahahahaha. Seasoned well, fried to perfection. Ada mayo sikit lepaih tu hat oren-oren kat luaq tu (tobiko nama dia. flying fish roe) penyedap rasa! Macam meletup kecik-kecik comey ja dalam mulut pup pup. hahahahahaha gila.



Shine bright like a diamond.


Hat ni sebenaqnya tokua (tauhu) bakaq ja pun. Hahahah tapi pada ketika itu aku lapaq sangat aku order hat ni dulu. Tapi takdak la sedap sangat. Biasa ja.



THE.BEST.EVER. Salmon to Moyashi Itame. RM19.80 (January promotion). Ada nasik. Ada salmon. Hat ikan tu aku bela kat situ bila aku pi depa mengai la amik goreng bagi aku hahahahaha. Dak. Tu nama dia Mame Aji Karaage. Ikan tu adalah kewajipan kalau makan dengan nasik. Cara aku. Pasai sedap dia lain macam. Togey tak makan.

Jadi apabila makan makanan Jepun, kita cuba tengok pada budaya Jepun tu pulak. Jangan la main bantai telan ja apa makanan depan mata. Mai kita belajaq. Tengok dari pada mula kita masuk kedai depa. Cara depa greet kita.


'いらっしゃいませ' (IRASHHAIMASE!!) 

Kuat. Salah satu cara untuk welcome kita dan pada masa sama alert bahawasanya ada customer pada masa tu.

Lepaih tu kita duduk kat meja, depa nanti mai pebetui camca, chopstick. Tanya nak minum apa dulu, tanpa bagi menu. Habaq pi la. Selalunya aku nanti mintak green tea sejuk/panaih ikut pada kategori lapaq/emosi aku pada masa tu hahahaha.

Bila makanan mai, cuba hampa tengok pinggan mangkuk depa. Penuh seni. Tapi la ni aku nak cerita pasai makanan dan etika. Aku takda knowledge banyak pasai seni. Hat tu aku bagi hampa kaji hahahaha.

Lepaih tu makanan pun sampaaaai. Nah amik etiquette ni baca amik, aku rasa tak salah kalau kita cuba cara makan macam depa, selagi tak membawak kepada kesesatan. hahahahaha




 いただきます

Itadakimasu! 

Annn annn annnn

Totttteeeemodaiiiisuuuukiiii

DOOORAAAAEEEEMMMOOONNNNN

Thursday 15 January 2015

Mintak Maaaaaffff!


Aku punya busy la ni di tahap berlari dalam ofis. Nak habaq macam Menteri la ni hahahahah. Makan pagi waktu pukui 5.00 petang. Naik turun bilik bos satu hari 13 kali. Melampau la sangat kan.

Lepaih tu dua hari demam. Mamita dah emo-emo aku demam dok sorang-sorang. Takpa laa dah baik dahhhh hahaha dia punya emo tu buat ayaq mata aku bergenang jugak la dua hari. Nak balikkkkk!!

Ok nanti aku update la lagi apa benda makanan kat sini ok. Tengah dok pikiaq nak pi makan kat mana. Jiwa meronta nak tunggu cuti sebab aku ada plan baik punya bagi berat tambah lima kilo sekali harung hahahaha.

Aku kena uruskan periuk belanga mangsa banjir ni. Nanti cerita lagi! Baibai kesayanganS!

Tuesday 6 January 2015

Boleh Saya Bagitau Sesuatu?







Lepaih tu tunggu tiga jam hampa taktau jugak apa benda sesuatu tu. Dalam banyak-banyak benda yang paling annoying dalam dunia, hat ni jatuh dalam kategori nombor 1 pada aku. Kat orang aku taktau la. Aku tak peduli pun hahahaha.

1. Kalau nak bagitau, tell it straightaway. Tolong jangan buang masa orang nak pikiaq apa benda hampa nak cakap tu. Kalau sepuluh minit aku tu aku rasa boleh lagi la terima. Mungkin bateri habih. Tapi bagi disclaimer dulu la. 

"Aku nak habaq something ni tapi battery aku dah low gila."

Macam tu aku cadangkan pi charge dulu telefon sampai hijau lepaih tu habaq la tiga jam pun aku dengaq.

2. For people who overthinks, ni benda yang paling depa akan elak. 

"I need to ask you something. Tapi nanti la. Bila you free."

Dak sampai bila pun aku tak free kalau macam ni. Cuba buah mula tu tanya,

"You free tak? Can we talk nowOr I just text you apa benda I nak bagitau kat you."

It is as simple as that people. Nak habaq something tapi nanti la. Baik tunggu nanti tu sampai, lepaih tu spill semua. Bukan pasai tak sabaq, tapi benda macam tu selalunya akan menyerabutkan orang. Jangan buang masa orang pikiaq benda yang takdak atau benda yang bukan-bukan atau benda yang orang tu tak suka/tak mau dengaq. Alah bukan budak kecik lagi kot? Tapi masalah dia, ramai yang macam ni. You just tell people what you want to tell, what you want them to know, at that moment, at that point of time. 

Nanti kata pulak, eh pikiaq positif sudah la. Eh buleh pulak aku nak pikiaq orang tu nak bagi hadiah kat aku kunci Panamera?

Friday 2 January 2015

Melekat Di Jari.


Happy New Year!

My New Year's Resolution is to stop hanging out with people who ask me about my new year resolutions hahahahahaa. Melawak. Aku ada beberapa benda yang aku nak buat takpa nanti pelan-pelan aku cerita.

Pada hari tahun baru aku kena keja. Pasai bila jaga duit ni, tengah lena pun kena mangkit pasai orang dok tanya bila nak dapat duit. Tapi takpa, sebab pada masa sama kita buat benda untuk kemudahan pada orang. Walaupun tak banyak macam orang yang betui-betui turun padang, setidaknya ada la benda kita buat jugak untuk bantu ringankan beban.

Lepaih buat keja, aku dilema antara nak pi IOI City Mall atau pi makan kat KL. Pikiaq balik mall baru mesti manusia mengembut (yes, tadi membe aku habaq dia nak keluaq parking ja sejam setengah kemarin!) Maka tala la pi KL meredah hutan batu mencari sesuap nasik.




 Ingat lagi buku ni? haaa ni kitab kecik aku nak cari makanan best kat KL untuk tahun 2014. Salah satu guidance aku untuk cari best food. Nampak hat bulat-bulat tu tanda aku dah pi mencemar duli la tu hahahahaa. And yes, tidak mengecewakan langsung malahan membuatkan aku terigau-igau.



Pada hari tahun baru, aku pilih untuk pi Betel Leaf Restaurant di Lebuh Ampang KL. Sebab aku geram ja tengok masalodeh tu nipis-nipis dengan parpu macam tu. Menguji. Nasib baik dah sekerat jalan baru otak aku dan pikiaq 'eh kedai bukak ka harini?'

Aku telefon, ada hero hindustan jawap.

'Hallow, Beetle (Betel) Leaf.'

'Hello, ini hari you bukak ka?'

Padahai dah ada orang jawap, mesti la bukak kan. Bertenang, rasional aku telefon sebab mungkin dia bukak untuk masak untuk tujuan katering sahaja atau untuk private function. Pelbagai kemungkinan.

'Ini hari buka. Coming, coming.'

Eh. Dia cakap bagi pihak pulak. Takpa, pederaih pi.

Elok la tara nak sampai pun jalan nak menuju ke Lebuh Ampang tu memang tak pernah tak jem.


Elok nampak Guardian belah kiri tu, kat traffic light tu tala pi kiri. Tapi kan, hampa ni awat bila lampu merah tak bagi jalan pun hampa suka nak lintaih? Lepaih tu jeling orang dalam kereta. Takpa tu nanti aku buat satu entry lain hahahahaha


Masuk-masuk Lebuh Ampang ja nah buleh nampak banner ni rentang jalan. Dengaq kata macam best. Takkan tak best, Rajnikanth kot belakon.

Hampa kena ke depan lagi, Betel Leaf ni dia dekat-dekat nak sampai hujung jalan dah. Sini jalan sehala (one way). Lepaih tu kena langut tengok sikit pasai restoran ni kat tingkat ataih. Bawah dia kedai juai sari nama Nalli. Pinaq mata aku tengok sari elok-elok tang ni. Restoran ni sebelah kanan jalan. Cuma sini nak cari parking memang buleh tahan, pandai-pandai hampa la nak park tang mana jangan kena tow sudah. Jauh nak pi kutip balik kereta kat Kepong lepaih tu bayaq RM200 hahahahah ya aku bercakap dari pengalaman.
 


Park tang hujung jalan, baca doa apa lebih kurang, kunci kereta. Aku rasa macam kat Mumbai hahahahaha pasai kiri kanan semua hero Hindustan. Sanjay Dutt ada, Salman Khan ada, Ranbir Kapoor ada. Saif Ali Khan dengan Shah Rukh Khan ja takdak. Kalau ada aku kena tukaq tajuk entry ni melekat di hati hahahahaha. Tapi yang syok turun-turun kereta tu bau gulai/kari tu perghhhhhh. Indescribable. Paham dak bila selalu pi mamak biasa bau gulai kan macam nak sama, ni dak. Ni betui-betui punya. Aku nak explain pun taktau tapi bau karipuley (daun kari), rempah, segala mak nenek lain la memang tepat. Pendek kata dok sini hari-hari mesti aku bahagia (isi form mintak tukaq keja KL. Alasan : saya lebih bahagia dengan bau kari dari asam pedas)


Cantik kan menu dia?


Menu dia tebai, jadi aku snap sikit ja. Lebih-lebih tu hampa pi sendiri la explore. Ikut review lain yang aku baca, menu wajib sini adalah betel leaf chicken, rabbit masala dengan butter paneer. Cuma disebabkan menu dia adalah dalam bahasa yang mungkin agak asing, maka hampa kena rajin bertanya dan kalau nasib hampa baik, depa layan la pasai orang memang nalla ramai. Restoran ni tingkat ataih, paihtu ada aircond dengan kipaih. Elok la pasai lauk-lauk memang pedaih.

Ni nama dia Rasam. Atau Saaru. Atau Chaaru. Tapi besa kita panggey Rasam la. Sebut dia macam Awesome. Ok sebut sekali lagi. Rasam. Bagus murid-murid. Rasam ni adalah sup di India Utara. Pakai jus asam jawa as base, lepaih tu tambah tomato, pepper, chili pepper, cumin dengan macam-macam spices lain untuk rasa. Rasa dia masam campoq heat lada. Tapi tak pedaih. Dulu Mamita suka buat. Pasai selalu orang letak rasam dalam jag ja. Boh dalam gelas/mangkuk kecik. Setengah orang makan dengan nasik. Tapi aku suka minum dalam gelas/mangkuk kecik ja. Lagi best kalau dok rasa nak demam tu, pi cari rasam hangat-hangat minum. Lega rasa. RM6.50.


Butter chicken (boneless). Nak menangis kalau aku ingat balik pasai sedap sangat kuah dia. Ayam dia perap dulu, lepaih perap tu baru dia masak dengan kuah tu pulak. Ayam rasa macam tandoori, cukup berempah chef dia potong kecik-kecik. Senang nak makan. Aih. Nampak betapa cantik kuah dengan pecah minyak elok ish ni kalau ada roti gardenia sebuku habih kat aku sorang. RM15.00


Ni. Hat ni BOMB. Masala Fried Jinga. Bukan jingle bell atau pun junglee kahey. Masa sampai aku tak impressed sangat tengok. Sekali rasa, nah. Sampai la ni aku takleh lupa. Udang masala. Dekat menu dia ada gambaq cabai kecik. Tandanya pedaih. MEMANG PEDAIH. Hampa nampak cabai kecik-kecik tu? Bukan kacang panjang. Tu periuk api. Sedap bomb. Sangat sedap. Tapi sedap dia sama naik dengan pedaih. Aku masuk semulut, minum ice lemon tea tiga kali. Minum rasam sekali. Ayaq masak sekali. Ayaq mata toksah cerita. Sikit lagi sama level tengok Kabhi Kushi Kabhi Gham. Berdesup sampai gegendang. Sungguh tak tipu. Tapi sungguh jugak. Sedap.Haa ni udang dia hebat. Gebu. RM20.00.

Plain briyani. Honestly, sedap, tapi tak setinggi ekspektasi aku. Tapi masih sedap dan berada dalam kategori aku akan makan berkali-kali. Cuma aku bagi 8.5/10. Portion dia kecik ja. Briyani ni macam tak berapa cukup minyak sapi sangat. Ada dry sikit. Pada aku briyani yang sedap takleh lupa adalah yang lembut, wangi, ada minyak-minyak sikit. Tapi ini pun dah memang aku tak buleh complaint banyak. Mata putih naik ataih jugak tapi tak semua la hahahaha. RM9.00.


Mamak sejati ja akan hidangkan makanan dengan ini. Tairu campoq bawang. Hahahahah ni memang ultimate favorite aku. Mamak pelita dah tau. Siap boh tiga camca besaq nak suruh aku beli deodorant sedozen kot.



Nah kegembiraan. Nampak besaq tapi sebenaqnya kecik comey ja. Haihh udang tu...


NI. NI NAAN PALING SEDAP. Dalam KL. Sedap dia aku rasa bergenang ayaq mata aku masa amik secubit boh dalam mulut. Bomb nombor dua. Bayangkan sedap rasa macam roti canai tapi dia sebenaqnya roti. Lepaih tu kan, texture dia konsisten. hahahahaha amboi teruk sangat. Maksud aku kelembutan dia tu terserlah. Kalau anak mami ni mau hantaran 30 ribu serba satu bagi terduduk mapley. Aku makan pejam-pejam mata. Pasai aku tengok kat sini majoriti yang makan mesti akan order naan. Jadi aku rasa hampa patut cuba. RM4.00



Cicah pulak dengan kuah berapi tadi tu kan. Aku takmau kata apa dah. Hampa mai rasa la tang ni.


Dah habih kenyang makan hat pedaih-pedaih tu hampa mai la jalan sikit dekat kaunter bayaq dia. Ada macam-macam sweets. Aku mula nak amik candy, tapi macam berlemak sangat pulak. Nampak gulab jamun dok berenang lagu pun aku dah goyang. jaleebi lagi. Takpa, aku cuba amik laddu. Seketui cukup. Nak rasa tengok lagu mana.



Ni laddu hat tingkat tengah paling kiri.




Laddu ni pakai tepung kacang kuda, minyak sapi, buah pelaga, bijik jangguih, susu, etc lepaih tu goreng. Tapi buat dia ada tiga langkah. Takpa hampa cari resepi dia kat mana-mana aku nak cerita pasai sedapnya manisan ini hahahahahah. Mamita suka sangat order kat kedai lepaih tu bagi kat orang. Kenduri time kalu toksah cerita la beratuih bijik dia order jamu. Jadi hat ni, yang terpaling sedap aku penah rasa setakat ni. Pasai luaq crunchy dalam lembut. Rasa pun tak overpower dengan rempah. Indian food ni memang kaya dengan rempah, jadi kalau hampa bukan bangsa yang suka dengan rempah ratus, aku rasa laddu ni kurang sikit kot kat hampa. Nasib aku tak tamak pasai masa tu aku dah sengkak. Seketui ja aku rasa, but I will be back for more! RM1.70

Total makan? Campoq tax dalam RM71.25. Aku rasa berbaloi pasai memang licin pinggan tu tinggai daun pisang ja hahahahaha.

Ni alamat :

Betel Leaf
77A/79A, Lebuh Ampang
50100 Kuala Lumpur

www.betel-leaf.com

Tel : 03-2032 5932

11 am - 11 pm.