Friday 20 November 2015

Lucy Part II.


I was under the weather baru niDemam and whatnot so pi clinic dan doctor bagi ubat. Dan aku off segala data phone mak nenek and on Do Not Disturb punya mode.

Bila aku makan ubat and tidoq, aku rasa ubat tu buat aku kepanasan. Hahahaha pasai aku ingat ada satu malam tu aku tidoq dan flipped and tossed and turned macam penguin kena salai. Which reminded me of satu scene dalam filem Lucy bila mana CPH4 pecah dalam perut dan mula meresap masuk dalam bloodstream dia. Lucy menggelepar dan mula ke kiri ke kanan, langgaq dinding, flipped kiri kanan.

Aku dah la mamai ubat. Tapi nama kata otak manusia macam aku ni sentiasa aktif hatta jam 4 pagi sekalipun. Aku dah pikiaq ubat doctor bagi tu dah bukan-bukan. Aku pejamkan mata dan cuba untuk tidoq.

Isok pagi tu mangkit aku pegang muka dulu. Berasa mata, hidung, mulut. Cerebral capacity aku masih lagi kurang dari dolphin. 

YES.

Aku tak jadi pendrive.



Thursday 19 November 2015

Ayam.



Tapak kaki aku dah seminggu sakit. Sakit yang membawak kepada bengkak sampai buku lali. Mamita dok hingaq suruh pi check pasai Papito dengan Mak Lang ada tulang extra. Hahahahah aku dah mula pikiaq Papito tu mutant. Dah la bulu kening ada panjang selai. Tapi dia hensem la.

Aku dok Google pasai extra bone growth. Pasai sakit kat kaki tu aku dok jalan hencot. Hilang la elegant aku kalau jalan hencot-hencot.

Maka aku pun mengadu domba pada insan yang sudi mendengar kisah hidup aku ini. Aku punya dok cerita macam mami penang baru keluaq dari kedai emas. Kalau hampa betui-betui kenai aku di dunia realiti, you'll notice that bila aku dah in the zone, tangan aku akan bercempera sama dengan mulut yang tengah bercerita hahahahahahah. Senget-senget kepala siap. Itu la ciri-ciri mamak sejati. Hanya tidak kelihatan pada kemancungan hidung.

Namun. Aku ingatkan bila mengadu ni ada la yang simpati. Ada tu ada, tapi kemudian la, sebab bom hat ni jatuh dulu.

"Mungkin nak tumbuh keris di kaki kot."




Uh oh.


Wednesday 18 November 2015

Penyakit Ompompuan.



Tak payah la aku cerita sejarah kemunculan Portugis di Tanah Melayu kan hahahahahaha hampa pi korek sendiri la buku teks Sains Tingkatan 3 Bab 1. Ada la penceritaan macam mana proses berasa dewasa ni berlaku. Aku jumpa images ni kat buzzfeed.com. Tergelak besaq bila dok baca. But when it comes to Premenstrual Syndrome or PMS.. Mannnn.. sampai hari ni pun aku tak paham macam mana mood boleh swing sana sini macam kera dari pokok A ke pokok F. 

Setengah orang dari PMS ke hari kejadian tu adalah tak teruk sangat. Setengah orang separuh mati bergulung macam tenggiling. Setiap individu adalah berbeza. Maybe you're born with it. Maybe it's Maybelline khahahahahahahhaa *nah sua muka mintak penampaq* Walau macam mana pun, ianya adalah sesuatu yang kadang-kadang kita ompompuan boleh control, kadang-kadang tak. Percayalah. Kalau PMS orang tu sepanjang masa, itu mungkin dah bukan PMS. Itu mungkin dah nak menopause. Pun, percayalah. Aku penah melihat seorang perempuan yang hidup dia dari pagi sampai pukui 5.30 petang mulut tak berenti bising complaint itu ini. Macam taik kerbau jatuh.

Well ladies, cuba imagine kalau our menses boleh berkomunikasi dengan kita dan hantaq message atau WhatsApp atau WeChat atau Telegram atau apa jua medium. Hahahahahhaha. Nah. Hadam.









































Hahahahahhaha. Aku takda kata-kata indah nak mengakhiri post kali ni. Hahahahahahha. 

Sunday 15 November 2015

Urutan Butter.


Hampa pernah try Garrett Popcorn? Aku kenai makanan 'sihat' ni beberapa tahun lepaih, masa aku usha IG satu minah ni, dia beli kat Dubai. Time tu takdak lagi kat KL. Aku menanti dengan penuh kesabaran sampai dia bukak kedai kat KLCC, maka aku terpa dari Mines (ofis lama) ke KLCC pada hari Jumaat waktu tengahari semata-mata untuk beli Chicago Mix (apparently Garrett Popcorn got sued over the 'Chicago Mix' name by the Candyland, so it is Garrett Mix now - sweet CaramelCrisp with savory CheeseCorn) Itu pilihan mutlak aku.




But that's not the story hahahahahaha.

Baru ni Apja mai Semenanjung pasai dia ada meeting. Aku lepak Vampire Loft seharian. Mood ke laut. Nad stress dengan perkara yang tiba-tiba muncul tanpa usul periksa dan melibatkan dia. Pja rilek meneruskan kehidupan seharian.

Elok Nad sampai dia dah berletiaq kat aku pasai kemaslahatan dia haritu hahahaahah pergh bahasa lantera timur sangat ni. Aku suruh dia mandi pasai dia dah sakit kepala, makan pun kuetiaw dua helai dari siang. Elok dia pi mandi, Apja call nak masuk rumah.

Lepaih dah settle semua, kami berempat duduk la di ruang tamu. Pja huloq Garrett Popcorn bagi Apja makan. Dia pun baguih punya dok karau amik. Nad dok terlentang kat sofa oren. Dok picit kepala. Pening dia tak hilang lagi. Aku rasa dia mintak Apja urut kepala dia pasai Apja memang bomoh buang angin. Hahahahahaha matila dia carut kat aku pasni.

Apja pun bingkas dari recliner menuju ke sofa oren dan teruih capai kepala Nad dan mulakan urutan. Pja pelan ja intro.


"Wei Nad, Apja tak basuh tangan lagi."



Saturday 14 November 2015

Bergaduh Besaq.


Muslim adalah anak menakan aku. Umoq dia baru menjangkau dua tahun dua bulan.

Baru ni aku lepak rumah Adik, tinggai aku, Nunny dengan Muslim. Papito & Mamita ada kat hospital pasai Adik operate. Hat tu nanti aku cerita lain.

Muslim dengan aku ada love-hate relationship. Ada masa kami macam pasangan bercinta yang tak dapat dipisahkan. Ada ketika dia tengok aku pun dia jerit.

So malam tu aku pun lepak kat sofa sambil tengok tv, Nunny dah bancuh susu bagi Muslim minum sebelum tidoq. Tapi kan akai dia panjang macam aku jugak. Dia pi pulaih tudung botoi tu, sampai terbukak. Tertumpah la sikit ataih carpet.

Nunny kata la dengan lemah lembut,"No Muslim, put it back, close the bottle properly."

Aku diam pasai aku tau timing tak kena kalau aku pun petik sepatah dua kata. Tapi aku usha ja dia dari jauh. Dia pegang botoi sambil usha aku balik.

Oh shit. This is not good.

Dia tuang sebotoi dengan muka tak bersalah dan dalam masa sama tengok aku.

Hahahahhahahaahhaah kalau budak lain aku dah tepuk. Tapi aku nak marah tapi aku nak tergelak.

"Muslimmm!!" Nunny jerit.

Lepaih tu Nunny pi tepuk pelan-pelan kat Muslim (sebagai pengajaran). Hahahaha time ni la aku tambah perencah.

"Haaa, haaaa,, Mama marah.. Haa haaa taktauuu.. Haaaa haaa.." Dengan nada paling annoying sekali aku buat.

Dia jeling aku macam nak terkeluaq bijik mata. Tapi muka dia dah nampak riak rasa bersalah. Hahahaha aku dah nak tergelak. Sekali dia lepuk aku kuat-kuat! Banyak-banyak kali! Dia tunjuk kat Nunny, tuding-tuding jari tuduh aku dengan mulut macam burung dok mencicit-cicit.

Warghahahahahahaha sumpah aku taktau nak marah ka apa. Sebab dia lepuk aku sesungguh hati, siap tarik rambut aku kuat-kuat. Hahaha confirm bersalah.


Badan kecik. Ego besaq.


Friday 13 November 2015

Gegar Vaganza.


Ok la ni setiap hari Ahad aku ada di Vampire Loft. Pasai nak tengok Gegar Vaganza. Kecenderungan aku adalah kepada Nassier Wahab. Begitu immortal aku rasa umoq dia 800 tahun dan dia adalah vampire hahahahahahahaha. Gila muka dia 30 tahun dulu pun macam sama ja dengan la ni.

Sebelum mula macam biasa la kami masak memasak. Menu simple, nasik goreng sardin. Tapi sedap tu Ya Allah Ya Tuhanku Malaysia bumi bertuah, Pja tambah tiga kali hahahahahaha aku perabih semangkuk.



Dalam dok prepare nasik goreng sardin ni, ada lagu Ella dengan Awie - Baldu Biru. Pja kan Awie, so dia dok menyanyi-nyanyi kat depan tv. "Bagaii ditusuukk sembiluu woooooh.." Aku dok potong bawang. Nad dok bertinggung tepi washing machine nak amik detergent kot.

Tiba-tiba.

Dengan nada halus, jeritan kecil yang sama. Dalam posisi yang masih kekal seperti tadi (potong bawang dan bertinggung tepi washing machine),

Serentak kami bersama-sama.


BAGAIIIIIII.!!!"


!!!!!!!!!!!!!!!!!






'KORANG DAH KENAPE????" - Pja.



Monday 9 November 2015

Polident.


Hampa pernah tengok iklan Polident? Yang pelekat gigi palsu tu. Selain dari pelekat gigi palsu (denture adhesive cream), Polident ni ada lagi satu product berbentuk macam Panadol Soluble, dipanggil denture cleanser. Tablet tu masuk dalam ayaq then hampa boleh rendam gigi untuk cuci, whiten, etc.

Haaa.

Aku lepak sembang dengan Nunny kemarin. Dia kan doktor gigi. Dia cerita pasai patient dia sorang pakcik ni mai kat klinik.

"Pakcik, pasaipa tak pakai gigi yang dah buat tu?"

"Pakcik dah cuba bagi lekat, tapi gigi tak lekat-lekat jugak."

"Pakcik buat macam mana?"

"Macam doktor suruh la. Pakai Polident."

"Ok pakai Polident, tapi macam mana tak melekat tu?"

"Pakcik letak yang macam ubat selsema tu masuk dalam air, lepas tu pakcik rendam. Lepas rendam pakcik cuba la pakai. Taknak melekat."


*katup mulut macam beruk*


Aku takleh bayang kalau pakcik tu susun tablet tiga penjuru kat belakang gigi nak bagi melekat kat lelangit.