Saturday 16 July 2016

Apa Kata Mamak - Ginger Noi Thai Kitchen, Cyberjaya.


Apa? dah jemu makan ketupat rendangggg sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagiii

ahahahahaha ok ada satu hari tu aku dengan Nad kelaparan tapi taktau nak makan apa tapi nak makan so kami pi Cyberjaya. Lama berjalan akhirnya kami menuju ke satu restoran Thai baru bukak kat situ, Ginger Noi nama dia.

Disebabkan makan berdua tapi nafsu membuak-buak tapi takmau membaziaq, kami pilih menu biasa ja. Plus menu kat sini pun tak banyak sangat.


Pineapple fried rice (?) tapi Nad punya ni agak berminyak. Dapat side dishes kerabu mangga, popia & tokua (tauhu)  goreng hangit sikit hahahaha. Price dia adalah bawah RM20. Aku tak ingat huaaaaah


Nasi butter chicken. Dalam claypot punya mangkuk. Nampak kurang selera tapi rasa dia sedap. Mai dalam bentuk set jugak, side dishes sama macam Nad.


Pandangan atas. Aku segan nak berdiri amik gambaq hahahaha. Kerabu mangga dia sedap weeeeiii. Popia ni pun. Harga pun belas-belas, bawah RM20.



Menu tambahan - pie tee. Ada sikit twist pada makanan ni, Instead of the normal taugeh / sengkuang / carrot, depa tambah teloq goreng hancoq dengan bawang goreng. Rasa dia.. emmmm.. aku suka Pai Tee The Chicken Rice Shop lagi hehehheheeh.

Food : 7/10
Price : 8/10
Ambience : 9/10 


Nindia alamat :

Ginger Noi Thai Kitchen
Dpulze (Lingkaran Cyber Point Timur)
63000 CyberjayaSelangor
Malasia

+60 3-8322 8366







Friday 15 July 2016

Prevention Is Better Than Cure.




Mamita : Awat tak boh ayaq dalam ni?

Aku : Nanti ada jentik-jentik.

*piap kena jentik telinga*

Thursday 14 July 2016

Gaya Mamak - OOTD Raya


kakakakakakak bongok sangat tajuk. Macamkan aku artis nak OOTD bagai. Cuma dua benda aku meluat gila raya kali ni.

BOOMERANG & DAB.

Kalau boomerang elok takpa jugak. Ni jadi lagu mana taktau. Dab tu tak payah cerita memang meluat. No mercy.

Ni aku nak boh OOTD raya aku pulak. Hampa meluat tu hampa punya pasai hahahahahaha masing-masing punya hak. Aku takda tema apa pun tapi entah macam mana since last year aku jatuh cinta dengan songket. So tiba-tiba jadi songket pulak tema hahahahaha.


Raya Pertama - Songket kaler ni punya payah nak cari baju nak match. Seluruh pelusuk KL aku cari (over) last-last kat SP jugak bertemu. Tu pun jenuh pintai pasai ada tali depa suruh ikat tepi simpui-simpui macam Uqasha Senrose. Kamon aku takdak masa. Pagi raya Mamita ikat ribbon ja kat belakang hahahaha setel tapi rasa macam perahu taktau pasaipa hahahahaha.


Raya Kedua - Ini aku mintak tolong si manis cantik dari @seamstressmalaya tolong jahitkan. Pun songket jugak. Baju tu cari kain chiffon crepe. Tapi seeloknya pakai dok dalam aircond ja la. Kalau dok bawah mentari, lavender jadi buah remia hahahahahaha. Tolong la sedap gila pakai. She made my blouse as well. Thank you Mek!


Raya Ketiga - Songket Sarawak. Baju aku tibai Uniqlo punya ja. Hahahahaha. 


Ni POTD (Periuks Of The Day) - hari-hari pakai.



Wednesday 13 July 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Pergh sebulan aku tak update? nak jadi apa ni?

hahahahaha

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sekalian umat kesayanganS pembaca blog sekalian. Aku mintak maaf kalau ada salah silap terkasaq bahasa sepanjang hampa dok baca blog ni. Kot-kot la terasa ka apa ka mana aku nak tau kan.

Macam mana raya hampa? Raya aku dengan raya tahun lepas tak banyak beza. Cuma kali ni depa terjun mai lepas sembahyang Zohor. Bermula dari pukui 3 petang sampai membawak ke malam. Hahahhaha bertimpa-timpa terkejut beruk aku.

Jadi aku takda nak banyak cerita sangat pun kecuali macam biasa aku mangkit lambat  lepaih tu siap lepak dapoq dan tunggu orang 'Assalammualaikum' hahahahaha and by the end of the day aku melepet kat dapoq.


#teamrayadalamperiuk