Showing posts with label Apa Kata Mamak. Show all posts
Showing posts with label Apa Kata Mamak. Show all posts

Wednesday, 24 August 2016

Apa Kata Mamak - Dotty's @ Taman Tun Dr. Ismail

Hallu.

Mintak maaf aku slightly under the weather lately. Semua orang since lepas bulan puasa dok kata aku kurus. Mula-mula flattered jugak tapi lama-lama aku dah rasa annoyed sebab yang dok ulang cakap tu orang yang sama. Jadi untuk tidak mahu menambahkan rasa annoying itu mari kita tengok makanan.

These pictures were taken few months back. Aku kemaruk nak try makanan kat Dotty's. Sebab semua orang kata makanan ia adalah the IT food at the moment. So why not.


THE Salted Egg Yolk Cronut. Ini satu fenomena. Sedap meleleh tatkala dimakan pada waktu ia masih lagi hangat. Bila mana ia dah dibawa pulang ke rumah dan sejuk, rasanya adalah agak mehhhh sikit kerana ia berminyak. Tapi masih lagi sedap dan ciptaan ini adalah amat genius. 



Strawberry Tart. Juga genius. Macam kita makan tart yang selalu kita makan tapi ia dihiasi dengan strawberries dan ditaboq dengan pistachios. And the custard dibuat dengan penuh kasih sayang dan kelembutan hahahahaha, Tapi cinta aku tetap pada Paul's . Bila nak bawak mai sini taktau.


Sudut 270 darjah, Sorry tak banyak gambaq makanan sebab aku makan dua benda ni ja. Pasai takleh tamak nanti tamak makan tak habih berdosa masuk neraka terbakaq rentung.



Nindia address :

Dotty's At TTDI
20-G, Jalan Tun Mohd Fuad 2Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. 

Currently daily, 9am-5pm.

Tel: 03-77334233


Tuesday, 2 August 2016

Apa Kata Mamak - Miang Kham.


hahahaha satu macam punya miang.

Haritu jamuan raya ofis. Depa bukak booth banyak-banyak. Ada nasi dagang, laksa sarawak, spaghetti, pulut durian, ketupat, rendang, lemang dan pelbagai juadah hari raya yang lain. Posa sebulan kan. Raya pun kena sauk sebulan jugak. Makan sampai gemok lepaih tu 'weiii aku kena kurus ni raya makan tak ingattt.' Apa makan time bulan Syawal ja ka? Bulan Zulkaedah - Ramadhan tak makan langsung ka macam mana yang teruk kena pulun hahahahaha.

Dalam aku dok berjalan usha makanan tu, aku nampak ada satu slot dedaunan di suatu sudut. Aku bergerak perlahan-lahan dan wallahhhhhh! Miang kham! Dari dulu aku nak try tapi tak tercuba sebab sama ada aku takdak geng atau takdak sapa nak cuba makan dengan aku hahahahaha.





Miang kham ni sejenis snek tradisional di Thailand. Asik asik karipuley ja, sekali sekali kita makan la daun kaduk pulak sebagai meraikan darah campuran sebelah Siam. Nama Miang Kham ni dapat sebab orang yang cipta tu miang khakhakahkaha hambar. Dari segi fakta serius, miang kham ni maksud dia one bite wrap. Miang (food wrapped in leaves) kham (a bite).

Bahan-bahan?

Daun kaduk, 
Kacang tanah tumbuk
Limau nipis 
Buah pala
Udang kering
Nyoq
Cabai melaka
Halia muda
Madu

Pusing daun kaduk tu jadi macam kon aiskrim, masuk bahan-bahan tu semua, lepaih tu hampa drizzle madu kot ataih. Then tutup ataih daun kaduk tu jadi macam bentuk samosa kecik / tutup selagi tak berteraboq, ngap masuk mulut! 

Rasa dia?

Ada pahit-pahit (rasa daun kaduk), masam (limau), masin (udang kering, nyoq), pedas (cabai melaka), manis (buah pala dan madu).

Perghhhhhhhhh sedap kottttt.

Aku akan mula appreciate Raja Siam lepaih ni.


Saturday, 16 July 2016

Apa Kata Mamak - Ginger Noi Thai Kitchen, Cyberjaya.


Apa? dah jemu makan ketupat rendangggg sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagiii

ahahahahaha ok ada satu hari tu aku dengan Nad kelaparan tapi taktau nak makan apa tapi nak makan so kami pi Cyberjaya. Lama berjalan akhirnya kami menuju ke satu restoran Thai baru bukak kat situ, Ginger Noi nama dia.

Disebabkan makan berdua tapi nafsu membuak-buak tapi takmau membaziaq, kami pilih menu biasa ja. Plus menu kat sini pun tak banyak sangat.


Pineapple fried rice (?) tapi Nad punya ni agak berminyak. Dapat side dishes kerabu mangga, popia & tokua (tauhu)  goreng hangit sikit hahahaha. Price dia adalah bawah RM20. Aku tak ingat huaaaaah


Nasi butter chicken. Dalam claypot punya mangkuk. Nampak kurang selera tapi rasa dia sedap. Mai dalam bentuk set jugak, side dishes sama macam Nad.


Pandangan atas. Aku segan nak berdiri amik gambaq hahahaha. Kerabu mangga dia sedap weeeeiii. Popia ni pun. Harga pun belas-belas, bawah RM20.



Menu tambahan - pie tee. Ada sikit twist pada makanan ni, Instead of the normal taugeh / sengkuang / carrot, depa tambah teloq goreng hancoq dengan bawang goreng. Rasa dia.. emmmm.. aku suka Pai Tee The Chicken Rice Shop lagi hehehheheeh.

Food : 7/10
Price : 8/10
Ambience : 9/10 


Nindia alamat :

Ginger Noi Thai Kitchen
Dpulze (Lingkaran Cyber Point Timur)
63000 CyberjayaSelangor
Malasia

+60 3-8322 8366







Wednesday, 15 June 2016

Apa Kata Mamak - Restoran Firdouse, Jalan Kuching

Di suatu pagi yang damai, aku ikut Nad pi ofis hahahahahahha dah macam mak aku pulak dok ikut pi ofis. Pasai masa tu aku nak pi Wangsa Maju pakai keta dia, so mengekoq la. Nad ajak pi breakfast, minah ni kalau bab makan sedap champion jugak. Oh Aiza pun ada sekali masa tu. Hai Aiza hahahahah *lambaian Queen E*


Dia kata roti canai sini paling sedap. Mai kita test. Restoran ni dekat tepi jalan besaq. Hampa ikut Jalan Kuching, sebelum jalan nak masuk DUKE tu ada shoplot banyak-banyak. Perlahankan kereta dan lihatlah pada kedai paling hujung dengan papan tanda Firdouse sebesaq alam. Ataupun Waze. hahahahahhaa.


Ok aku sangat setuju. Roti dia nipis, rangup, garing, berasa butter / margerine. Roti kosong pun dah berasa. Wargh sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Tapi depa kata kalau nak padu lagi order kari kambing. Hampa try tengok nanti habaq kat aku ok?


Lagi padu jugak kalau letak teloq setengah masak. Goyang goyang.. goyang kepala goyang goyang.. 


Ini tosai. Makan dengan kelapa chutney. Mata berkaca-kaca.

Food : 9/10
Price : 9/10
Ambience : 8/10 


Nindia alamat :

Restoran Firdouse
76, Jalan 2/42, Taman City
52000 Kuala Lumpur




Tuesday, 14 June 2016

Apa Kata Mamak - Pizza Hut New Loaded Pockets


Jarang aku nak try pizza baru daripada Pizza Hut sebab aku akan setia dengan Super Supreme. Tapi rasa macam nak mencuba something new, jadi kita order New Loaded Pockets. Kenapalah aku gamak buat review makanan di waktu siang di bulan Ramadhan yang mulia ini..




Ini rupanya dari atas. Di tengah-tengah itu adalah sweet spiced chicken. Boleh pilih chicken / beef. Rasanya manis-manis pedas berempah sikit-sikit. 



Yang dalam poket tu adalah creamy chicken and mushroom. Enak rasanya. hahahahahaa.


Kesimpulannya?

Rasa dia seperti berhari raya di perantauan. 

Selamat menjamu selera!


Nindia alamat :

Mana-mana Pizza Hut yang paling dekat dengan lokasi hampa
Atau call 1300-88-2525 ja. mueheheheheh.

Monday, 13 June 2016

Apa Kata Mamak - Farid's Grill


Baru ni balik SP, Mamita ajak makan. Selalunya keluaq makan malam lepaih Isya', around 9.30pm macam tu. So bila Papito balik dari masjid, aku, Mamita dengan TokBa dah siap. Tanya nak pi makan mana, Mamita laju ja petik Farid's Grill. Aku ok ja hahahaha.

Farid's Grill ni adalah satu restoran yang menghidangkan makanan barat perghhh bahasa lantera timur sangat ni hahahahaha. Seketui dia ja kat shoplot tu. Satgi aku bagi alamat. Bila mai menu, depa pakat order fries, wedges. Amukan kecil aku. Kata lapaq, order la, Papito yang bayaq hahahahaa. 

Dah siap order, maka kami menanti dengan keterujaan. Ya la aku saja tak makan pasai nak bantai makan betui-betui kat sini. Dalam 15 mins makanan sampai. 


Fish nuggets. Erm. Kalau aku jadi tokei kedai, aku cari cara untuk buat makanan ni lebih appealing. Kalau macam ni mai goreng sampai kering, harga nak dekat sepuluh ringgit, ada yang hangit jugak, aku bagi -2 bintang. Sila cuba lagi.



TokBa's lamb chop. I am not a fan of anything lamb hahahaha. Tapi aku rasa dan rasanya macam ok (kot). Ada mashed potato & salad sebagai side dishes cuma aku tak paham pasaipa letak biskut segitiga yang selalu orang letak kat aiskrim tu sekali dengan mashed potato. 



Pan seared salmon. I'm a sucker for anything salmon hahahaha. UNIKNYA makanan ini adalah the gravy. Tuna infused gravy. Menjadikan rasanya.... Sukar untuk ditafsirkan. But a good way of sukar untuk ditafsirkan. Texture dia tak smooth sangat. And thankfully the salmon is cooked nicely. Tiga ketui tu bawang putih. Tapi roti tu aku rasa better diganti dengan roti lain yang sejiwa dengan makanan ni. Hahahaha macam roti zaman aku belajaq dulu. Beli sebungkuih makan hari-hari kepit tempeyek / kerepek bawang tengah-tengah.



Fish and chips. Ikan dia yang tiga ketui ada grated cheese tu. Besaq penumbuk aku yang comey hahahahaha. Ni menu Papito and Mamita setiap masa. Cuma sekali lagi, roti tu makan dengan benda lain kot hahaha. ganti dengan baguette ka.. Rasa dia ok, ada kelainan kat yang hijau tu. Aku rasa tu mint mashed potato (kot) tak ingat sorry.

All in all, kedai ni ok, cozy, best pi makan dengan family. Cuma mungkin dari segi menu, kena bagi sesuai dengan harga yang dikenakan. Sila cuba lagi. Menu dia sedap, aku mesti pi lagi untuk salmon itu. Bulan puasa review pasai makanan. Sesungguhnya aku memang suka uji diri sendiri.

Food : 6/10
Price : 5/10
Ambience : 8/10


Nindia alamat : 

Farid's Grill
No.14, Jalan PPZ 1
Pusat Perniagaan Zamrud
Sungai Petani

+6014 3005040 / +6018 4661267 / +6014 3015900

Business hours : 18:00 - 00:00



Saturday, 11 June 2016

Apa Kata Mamak - Restoran Safa n Marwah Putrajaya


hahahahaha ok aku namakan slot ni 'Apa Kata Mamak' sebab aku yang nak berkata-kata bila dah rasa makanan hahahahaha bangang.

Dua tiga minggu ni aku kemaruk nak makan makanan Arab. Specifically 'Tabbouleh.' Tapi tak jumpa yang berkenan di hati, dok memang tak buleh sentiasa hahahahaa.

Jadi di atas cadangan, maka kita pun menuju lah ke Restoran Safa n Marwah di Presint 11, Putrajaya. Terperuk sikit tempat dia. Tapi restoran ni cantik wei. Cozy ja, rasa macam kita di Mekah. Percayalah.




Ceiling rumah aku nanti nak boh lagu ni hahhahahaa. 



Sebab first time, kita try sikit ja dulu, kita cuba makanan berasaskan roti. Ni chicken shawarma. Benchmark aku untuk chicken shawarma ni adalah seperti di Tarbush Pavilion. Pergh kecoq bila teringat. Shawarma kat sini kecik sikit (RM4.90) tapiiii rasa diaaaa perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, This is IT (cawangan Putrajaya) bahahahahaha. Yang hitam tu adalah balsamic vinegar. Sejenis kelainan. Yang bagus. Sos dia pun bukan sos cili biasa, ada rasa macam Tabasco tapi campoq dengan keajaiban yang lain hahahahaha. Ayam dia cukup rasa, cukup lembut, cooked to perfection


Yang ni aku tak ingat menu apa. hahahaha mintak ampun, tapi ia adalah ayam jugak. Pun very tender, isi ayam tu relai dan tak overcooked. Didatangkan bersama dengan roti Arab besaq penampaq. Penampaq pak Arab kot pasai saiz dia dua kali muka aku ahahahaha. Lembut. Roti tu, bukan penampaq. The texture tak terlalu chewy, ada rangup-rangup sikit dan nipis. Yang pastinya kalau makan roti saja pun dah sedap. Itu another benchmark untuk seorang mamak (aku) bila makan roti.

Yang hijau dalam pinggan tu la Tabbouleh. Hahahahah kat sini jadi macam boleh jugak. Tabbouleh ni adalah Middle Eastern vegetarian dish. Ada tomato, lots of parsley, pudina, bawang, bulgur and seasoned with olive oil, salt and lemon juice. Makan sejuk-sejuk perghhhhhh. Rasa dia fresh dan sedikit tangy walaupun hampa pikiaq akan rasa parsley yang melampau, tapi ternyata tidak. Mula-mula makan tu akan ada karan sikit la hahahahaha. Biasa laaaa. Baru kenai awai-awai pun karan jugak kakakakakakakaka. Nak mampuih punya analogy.

Oh. Bulgur adalah cereal food made from the groats of several different wheat species, most often from durum wheat. Bulgur is a kind of dried cracked wheat and it is most common in European, Middle Eastern and Indian cuisine. Nampak macam quinoa atau couscous. Again, macam yes, tapi bukan.


Nindia alamat :

Restoran Safa n Marwah
No. 20, Jalan Jati Bukit P11/25
Presint 11
WP Putrajaya

+603-8861 7499