Wednesday 30 September 2015

Of Pipih and Musang.

Tinggi aku 168cm. Berat aku 49kg. Menyebabkan aku dapat nama-nama asing seperti pipih, rapuh, kayu, plywood, ranting dan seangkatan dengannya.

Balik Raya Haji baru ni.

Mamita suruh aku tidoq bilik depan sebelum Adik & family balik. Bilik aku takdak aircond jadi aku akan mudah bebai pasai SP hangat lit lit. Hahahahahha

Tapi masa aku checked-in dia pesan,

'Nanti tutup lubang ayaq tu. Musang dok masuk.'

Aku melopong nganga.

'Musang??'

'Jahat musang tu, dok curi sabun. Ma syak dua saspek. Papito dengan TokBa. Tapi depa nak curi sabun buat apa. Ma syak ada lagi satu saspek la. Musang.'

Dua hari jugak aku pikiaq. Lepaih tu aku usha lubang kat pancoq tu. Kecik ja diameter dalam 3 inci macam tu. Aku tak puas hati aku tanya Mamita balik,

'Ma sure ka musang? Bukan menatang tu besaq kucing ka?'

'Musang tu PIPIH jaaaaa. Badan buleh masuk kot lubang tu aih.'

Begitu yakin.

Menyebabkan aku terpikiaq dua saat.

Musang = Pipih

Aku = Pipih

Aku = Musang?


Awwwwwww~


Sunday 27 September 2015

Patin United Roadtrip Part VII.

#Misi Mencari Bauksit.

LAST!!!

Sebenaqnya idea nak pi cari bauksit ni timbui lepaih aku tertengok Amran (Amran Fans) boh gambaq seseorang berbaju oren dengan caption "Seketul bauksit." Lepaih tu aku nampak few orang dok post gambaq pasai warna oren di Gebeng. Maka terpacul dari mulut aku yang petah berbicara ni.

"Wei aku nak tengok bauksit!"

"Kau dah kenape??!!" - Skrip standard Nad.

"Ha'ah la Nad. Ko dok KL ade ape sangat. Pegi Kuantan ada bauksit weh. Ko ingat senang nak dapat benda-benda macam tu?" - Pja taboq perencah bagi cukup rasa.

Bauxite stockpiles ni kat area Gebeng. Area port. Berbekalkan keberanian yang lebih sikit dari kebiasaan, kami terjah pi.

"Selagi kereta ko tak jadi kaler oren, jangan keluar dari sini." Aku berkata lagi. Petah sungguh.

Elok masuk, memang oren! Hampa pernah tengok cerita Total Recall? hahaha ha oren dia macam tu. Masa masuk kawasan port tu hati sudah ada sedikit cuak pasai were sandwiched between lorries. Depan belakang lori. Berani tak tentu hala.

Aku dok amik gambaq dalam kereta. Tapi rasa macam tak puas. Mulut lancar berkata,

"Nad! Aku bukak tingkap amik gambar ok?"

"WOI KAU TENGOK DALAM KERETA AKU NI FABRIK KALER PUTIH! JANGAN NAK BUAT HAL!"

Hahahahahahahaha aku terlupa.
 


 Jalan masuk ke pelabuhan.

 Bauxite stockpiles.
 
 Aku semput tengok pokok ni. Kesiannya :((


 Ku lihattt orennnnnnnnn


Pelepah nyoq pun depressed


Satu antara beratus? Beribu? gunung bauksit. 

Aku taktau nak cerita macam mana. Tapi aku tak suruh hampa pi tengok pun. Tapi aku sedih sangat tengok kawasan tepi laut, kawasan hutan yang elok kena tarah, rosak pasai manusia yang tamak. Ayaq laut kat area sini tukaq jadi kaler merah. Macam berdarah laut tu. I really wish we could do something about it.

Bauksit dijumpai. Kereta Nad tak kaler oren seperti yang diharapkan. Lepaih dah keluaq area tu aku bercakap apa yang dalam kepala otak aku.

"Weih korang. Tadi kan aku pikir kalaula tetiba ada lori ke, kereta peronda ke tahan kita. Pastu tangkap kita tiga orang. Kita kena pukul sebab diorang ingat kita penguatkuasa ke wartawan ke. Lepas tu kita keluar paper. Tiga  orang hilang selepas misi mencari bauksit."

"Shit. Aku pun teringat macam tu." - Nad. Pja rilek ja.

Teruknya imaginasi.

Nasib baik selamat Alhamdulillah.


SOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO that's about it! Percutian singkat bersama tiga perempuan yang huru hara. Lepaih ni taktau nak pi mana pulak, tapi pastinya akan dipenuhi makanan, gelak tawa dan moments bangang masing-masing.

Aku sudahi entries Patin United Roadtrip dengan makanan kejayaan. A sweet treat.


Pavlova by Panaderia. Imej di belakang adalah lori bauksit. Misi berjaya.

Thank you bebehS! I had fun. Till the next roadtrips! Lebiu both!

Saturday 26 September 2015

Patin United Roadtrip Part VI.

#Misi Mencari Bauksit.

Malam selalunya orang akan pi makan seafood. Yang famous-nya di Tanjung Lumpur. Tapi Nad bawak kami pi Sara Thai di Balok. Cantik restoran dia. Service pun cepat. Mata aku tertancap pada sotong goreng tepung besaq penumbuk. Aku ingat vadai.


Gambaq tak justify. Memang besaq sotong goreng tepung ni. Macam donut. Besaq penumbuk. Tapi bergantung pada besaq penumbuk hampa la. Penumbuk aku comey ja. 

Seafood tomyam tak salah aku. So-so ja la.



Stars of the night. Terpejam-pejam mata kami makan. Salted egg crabs. Daun bawang pun sedap apa citaaaaa.

Tak banyak. Tapi tersandaq.


Balik pusing McD. Makan sunday cone pulak. Penutup.

Tapi Nad baru amik puding raja daripada mak dia.

*tepuk-tepuk perut sendiri taktau nak happy ka nak menangis*


Ok aku janji bersambung last part 7. Janji. Ini janji.

Friday 25 September 2015

Patin United Roadtrip Part V.

#Misi Mencari Bauksit

Teruk ni sampai lima parts dah hahaha bajet La Usurpadora kot.


Kami singgah sat kat Tanjung Api Esplanade hahahaha gempak kan nama. Wow *Jamal Pak Tongko* spent about 45 mins kat situ, tengok orang amik gambaq sebelum kawen, gambaq tengah kawen, gambaq lepaih kawen, gambaq dah tua, gambaq tak kawen-kawen hahahahahaha segala macam manusia.


Masa duduk ni tiga-tiga diam. Aku ingatkan dok layan view. Rupanya dalam kepala dok pikiaq takut boya lompat keluaq dari ayaq. Nak terkam sapa dulu. Masuk dalam kereta baru cerita. Hahahahaha.


Nad ni dia ada perangai suka candid gambaq orang. Aku dok feeling Kate Winslet. Pja aku taktau nak jadi Leonardo DiCaprio ka bodyguard. Hahahahahahah matilah.


Lama aku tengok gambaq ni. Luas jugak no. Tapi jeti tempat paling aku suka. Bak kata Nad - teroleng-oleng. Rasa angin, nampak langit, nampak laut, nampak ikan. Nampak ketenangan.


 Habih lepak Tanjung Api, tak serik lagi cari makanan. Tapi singgah makan cendoi ja pasai rojak ayam habih. Kalau tidak dengan aku sekali berkokok dah. Sengkak macam apa ja.

Kat Kuantan kami stay kat Hotel Mandurah. Area Beserah. Aku dok ulang lapan juta kali Hotel Honduras taktau pasaipa hahahaha. Hotel baru. Katil super single so rapat-rapat tu Nad la tidoq tengah. Hahahahah kaki sebelah selimut Pja, sebelah selimut aku. Bengong. Recommended la pasai nampak semua pun elok, makan pun sedap. Lagu gamelan kat Lobby tu ada fusion sikit aiseyman aku terlupa nak tanya depa mana punya band main hahahahaha.

Belakang hotel ni Pantai Balok. Tapi tak berapa elok sangat la ayaq.



 'Maybe we'll meet again when we're better for each other.'

 Selamat pagi awok.

 Duduk kat pantai memang aku rajin mangkit pagi jalan-jalan tepi laut. Tapi tengok, ayaq laut kotoq. Sampah merata. Sayang betui. Ada kerja kosong? Gaji 8-10k. Aku nak keja cuci pantai hahahahaha

 Rise and shine. It's beach walking time!


Takdak punca.
 Buah cempedak tidak hanya di luaq pagaq. Depa dok tepi pesisiran pantai la ni. *ni cempedak ka nangka?*



Kosong.


Bersambung lagi Part 6. Insya Allah last kot.

Thursday 24 September 2015

Patin United Roadtrip Part IV.

#Misi Mencari Bauksit.

Selamat Hari Raya Haji kesayanganS!!!

Hahahahaha ok kembali kepada makanan.

This is the ever famous Kula Cakes yang diagungkan oleh Nad. Aku perlu setuju dengan dia bahawa Mango Cheesecake tu memang sedap dia Ya Allah Ya Tuhanku Malaysia bumi bertuah, ada lagi makanan yang ikhlas dari hati macam ni.

  A96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia



The Evil Union. Creme Brulee x Mango Cheesecake x Toblerone Cheesecake x Pavlova. Kuantan ada company mana-mana nak pakai pekerja dak? Yang gaji 8-10k sebulan. Aku nak pindah sana nak makan menda ni hari-hari.



Pavlova. Hahahahaha ada BBNU (Budak-budak Baru Nak Up kata Nad) kat meja sebelah depa makan pavlova tapi meringue tu chocolate. Siap terjerit "Eh apahal dia punya ada chocolate?" Aku tertunduk malu. Budak-budak Taktau Malu (BBTM). hahahahahahaha.


Ok nak pi raya sat. Nanti aku sambung lagi. Banyak-banyak part baru padan muka hampa tunggu hahahahahah.

Bersambung Part V.

Wednesday 23 September 2015

Patin United Roadtrip Part III.

#Misi Mencari Bauksit

Belum sampai lagi part bauksit tu. Hampa sabaq sat.

Setelah perut kenyang. Nad tanya.

"Weh. Nak makan Kula Cakes?"

Serentak aku dengan Pja.

"Kau nak bagi perut kitorang pecah?? Pegi jalan-jalan dulu, bagi turun makanan."

Maka dia pun bawak kami pi Pantai Batu Hitam. Hampa tengok la gambaq-gambaq ni ok.

Ku lari ke pantai, kemudian teriakku. Sepi. Sepi dan sendiri aku benci.
 Cacat sangat tangan yang belah kanan tu.


Kita bagaikan ombak dan pantai
Tidakkan terpisah lagi
Walaupun pasangnya
Walaupun surutnya laut


Aku pergi bukan hanya pergi. Aku pergi mencari rezeki. Untuk keperluan setiap hari. Biar nggak ada hutang di sana sini *kutip siput*


Nad gila kata aku in the zone. Aku gila ka dia yang gila? Tengah bercakap dengan batu. Tara guna. Aku tengah dok tanya dia kottt batu hat mana nak pi duduk. Aku tunjuk la batu tu. *mencebik*



Pasir pantai di pinggir laut bergerak didorong ombak. Aku bertemu ketenangan dan keindahan.


Di pantai ku berlabuh. Di pantai ku habiskan waktu bersamamu sahabat-sahabatku. Bersamamu kita nyanyikan lagu.



Jiwang karat teruk melimpah ruah macam ice cream dalam root beer A&W.


Bersambung Part IV.


Tuesday 22 September 2015

Patin United Roadtrip Part II.

#Misi Mencari Bauksit.

Perjalanan diteruskan sampai la ke Kuantan. Aku bawak keta sampai Kuantan macam tak percaya ja rasa hahahaha setelah berpuluh tahun aku tak sampai sana. Aku ingat Teluk Chempedak ada McD ja.

Nad tanya nak makan patin dak? Apa ke gila tanya soalan macam tu bila pi Pahang. Sengkak tara mana pun tak kira nak kena sumbat jugak. Dia pun confident cakap nak pi Mabiq. Lalu jalan naik bukit turun bukit tujuh hutan belantara. MABIQ TUTUP. khahahahahahahahaha.

Dia nak cover panic dia ajak kami pi satu lagi tempat. Gobang Maju. Tapi menurut pakar patin ni, dia dah try Gobang Maju kat KL tak sedap langsung. Tapi dia kata yang kat Kuantan sedap. Tapi kami tiga-tiga pun tak pasti dengan diri sendiri. Maka dia kata kita pi Akob Patin House. Ok aku pun tekan minyak ikut waze tempatan kat sebelah. Masuk balik pekan Kuantan kiri kanan depan belakang. AKOB PATIN HOUSE DAH PINDAH. hahahahahahahhahahaha dia jadi construction site! Masa ni Nad dah mempersoalkan asal usul dia dari Kuantan ka mana.

Tapi dia masih tak panic. Dia suruh aku tala kot lain pulak. Pusing punya pusing, ada pun Akob Patin House. Rupanya dah pindah ke tempat lain.

Akob Patin House
Tapak PCCL
Lorong Hj Abdul Rahman 1
Kuantan


Patin tempoyak. Perghhhh rasa durian dia aku macam nak menangis. Nikmat apakah ini. 


Daging salai masak lemak ni pun mencurah ayaq mata jugak makan. 

Nad sorang makan nasik. Aku dengan Pja ratah lauk ja. Tempoyak dia sedap teruk. Ada aku amik ayam goreng kampung tapi macam so-so ja. Tapi habih jugak kami makan. Orang selalu cakap kalau pi Pahang makan patin kat Temerloh. Tapi masa kat Temerloh tu kami dok kenyang lagi. Kat rnr tu pun dah ada yang sedap dah. Jadi Akob Patin House aku suggest la kalau hampa nak pi. Kecoq lagi aku teringat masak tempoyak dia haihh.

Masa dok makan ada satu budak ni tengah nak cuci tangan. Aku dengan Pja nampak kuah merah dah separuh muka dia. Pja tanya aku.

"Ko tengok budak tu. Dia makan ke ape tu?

"Dia rendam muka dalam kuah kot."

"Aku rasa dia zombie."
 

Bersambung Part III.

Monday 21 September 2015

Patin United Roadtrip.


#Misi Mencari Bauksit.

Trip Patin United ni dah dirancang dengan teliti setelah sekian lama. Masa dok lepak kat Patin Place. Dijadikan trip bulan September pasai tiga-tiga kami adalah adik beradik lain mak bapak lain tahun. Nad kakak sulung. Aku tengah. Pja bongsu. Tapi Nad dengan aku sama date. Pja dengan aku sama tahun. hahahahahah

First Patin United Roadtrip kita mula dengan pi Kuantan. Sebab Nad suka agung-agungkan Kula Cakes tu, maka dia telah mewujudkan rasa keinginan yang membuak-buak pada aku dengan Pja.

Malam tu aku lepak rumah Nad. Sembang sampai pukui 1. Tapi isok nak gerak lepaih Subuh ni. Pja sampai pukui 11 malam. Isok pagi tu aku mangkit 5.30 pagi. Tu pun sebab aku dengaq pintu bukak tutup. Nad dah mandi dok siap. Pja nak masuk bilik sambung tidoq.

'Aku bangun nak kencing je.' -________________-

Sorry takdak pasai nak biaq dia lena balik hahaha mau kena heret turun tingkat 5.

Maka perjalanan pun bermula. Konon nak pi breakfast nasi lemak ayam kampung kt Gombak ka mana taktau. Alih-alih tayar kereta automatik gerak pi Damansara Uptown hahahahaha.

Aku introduced Nasi Lemak Ayam Goreng Village Park kat depa dua. Tergeleng-geleng kepala dek kesedapan yang amat sangat hahahahahaha. Mangkaq kecoq pulak aku pikiaq.


That fried chicken tho. Pic courtesy of Pja.


Aihs.

Sambil dok sembang, ada moto-moto besaq singgah. Aku habaq depa tahun depan aku nak bawak moto balik. Tak pedulik.

Maka perjalanan pun diteruskan dengan aku menjadi co-pilot pasai Pja punya mata dah rabak. Lepaih tol ja Nad pi kiri jalan tanpa persetujuan aku. Hahahahahaha dak dak. Aku tau nanti dia baca mesti aku kena punya. Aku habaq nak bawak pasai dia dok sakit belakang. Lagi satu masa balik nanti aku tak payah bawak dah hahaha strategi kena ada.  

Dia pasang video dalam phone, kami duet lagu kami. Ceyyy. Hahahahahah. Aku jadi Cakra Khan, dia jadi Siti Nurhaliza, macam biasa. Practice nak bagi perfect nanti nak pi karaoke boleh rekod upload Instagram untuk kejian masyarakat bahahahahahaha. Pja dah sampai Trinidad dan Tobago masa ni.

Elok dia bangun. Dia tanya Nad.

"Nad, Tasik Chini ada apa?"

"Ada naga. Apesal ko nak tengok naga???"

"Ko taktau ke Nad? Dragonball ada tujuh biji kesemuanya."


Bergoyang steering kereta.

Bersambung Part II.

Saturday 12 September 2015

Teaser.


Dua jorong ja Nad bawak balik. Tapi sedap dia tu macam setan dalam Satandagi kat Nobu. Aku maybe slowpoke banyak tapi aku dah usha Kula Cakes ni dah lama. Tak tersampai ja lagi. Tunggu sat weekend ni aku merantau pi sana. Balik aku review kaw-kaw punya. Patin United Roadtrip here we go!

Friday 11 September 2015

Pekak.


Kemarin dulu kan. Ada satu makcik ni called office number aku.

Aku jarang nak hangin kat ofis, kecuali kalau memang aku dah tak menang tangan tu pun aku bising kat dalam bilik ja la. Keluaq bilik aku gelak macam biasa.

"Hello, Cik. Saya nak tanya ni, kami nak buat surat ni, nak hantaq kat sapa?"

Soalan dia buat aku tarik sawan. Seumoq hidup dok buat kerja hantaq kat Boss aku, awat yang harini mai tanya soalan ni?

"Hantaq kat Boss la, Puan. Macam biasa."

"Oooo. Hantaq kat Boss. Boss tingkat berapa?"

Tingkat menyampah aku berdesup naik.

"Tingkat 7."

"Oooo. Tingkat 7. Hantaq kat boss noo. Lobby berapa?"

Tingkat menyampah aku dah capai tahap tertinggi.

"Tempat biasa Puan hantaq surat Puan." 

Mata aku dah rolled lapan juta kali pusing dunia.

"Oooo. Kat situ no. Ha.. Kat situ."

Aku dah terbakaq kat tepi telefon.


Kemarin  pun dia called lagi.

"Hello, Cik. Nama Boss Chow Fatt Yun ka Chow Yun Fatt (bukan nama sebenar)?"

Ya Allah Ya Tuhanku Malaysia bumi bertuah.

"Puan, Chow Yun Fatt. Macam surat-surat sebelum ni dok hantaq. Macam biasa. Nama Boss pun sama."

Kali ni aku hangit dan rentung tepi telefon.


Wednesday 9 September 2015

Dugaan.



Payah betui nak menggunakan rangkaian jalur lebar dan internet tanpa had di sekitar lembah Klang dan kawasan sekitarnya ini.


Banyak nak cerita ni tapi aku busy sampai terlentang-lentang. Balik rumah terjun tiruk teruih tidoq hahahaha ok huduh perangai tu.  Tapi aku amat penatla lately.


Insya Allah nanti aku merempan lagi kat sini ok!

Friday 4 September 2015

Hari Ini.


Alhamdulillah for another day.

Semoga tahun-tahun yang mendatang adalah yang lebih baik untuk aku. Untuk keluarga aku.

Apa yang paling aku syukuri saat pergantian tahun?

Banyak. Terlalu banyak.

Apa yang aku nak?

Doakan aku dapat ketenangan dalam hidup. Moga hari-hari aku yang akan datang penuh dengan senyuman.



Nah aku hadiahkan senyuman kat hampa sempena hari puja umoq aku harini. Hahahahaha. 


Birthday shout out to my Patin United confidante - Nad and Pja (Pja muda dua hari dari kami semua) and my Babe, Sheer. Not to forget Baby Kesha and last but not least, Beyonceeeeeeeee!


Sept 4th babies rock!


Thursday 3 September 2015

Lucy.


Malam tadi pi lepak dengan Patin United. Tiga orang ni kalau dah duduk memang bergegaq dunia.

Entah macam mana tercerita pasai zaman save gambaq dalam disket.

Nad kata,

"Aku dulu sanggup ni pegi CC saved gambar Backstreet Boys dua keping dalam disket lepas tu print color. Sebab ape? Sebab nak letak dekat fail plastik."

Dari disket bersambung ke pendrive.

Pja habaq zaman dulu beli pendrive 128MB siap gantung nak tunjuk kata dah advanced. Dengan tidak semena-mena Nad tunjuk powerbank dia yang melingkup kat Pja.

"Kau tengok! Bateri ni dah kembung. Kang kalau meletup ni masuk habis cas-cas elektron dalam badan aku! Macam mane tu?"

Tiga-tiga sebut Lucy!

Hampa tengok dak cerita Lucy? 

Cerita dia sikit punya hebat, Lucy (lakonan Scarlett Johansson) ni kena paksa seludup dadah. Depa pi belah perut dia boh kampit dadah yang begitu hebat. Lepaih tu dia kena penyepak, kampit dadah tu pecah, menyebabkan dadah tu masuk dalam sistem badan dia dan dia jadi sangat hebat sampai boleh merupa, macam-macam lagi la.

Tapi lama-lama cells dia destabilized. Dia jumpa Professor Norman (lakonan Morgan Freeman - kali ni dia tak jadi Tuhan) and cerita semua, Sebab orang jahat still dok cari dia. Elok orang jahat jumpa, Lucy ni dah reached 100% of dia punya cerebral capacity dan hilang within spacetime continuum. Tinggai kain baju kaler hitam dia pakai.

Tapi yang paling kami sakit hati, masa dia hilang tu, sel-sel dia melingkaq pi kat komputer. lingkaq punya lingkaq, keluaq pendrive kat USB port. Lucy jadi pendrive. Berapa GB depa tak habaq.

Tiga-tiga tepuk meja serentak.

Awat dia tak jadi server?