Wednesday 31 December 2014

Hari Last 2014.


Standard la hari last mesti la nak kena tulih apa yang dah buat tahun 2014, apa azam 2015 bla bla. Tapi aku rasa tiap-tiap tahun pun macam aku tak pernah ada azam baru ja hahahahaha apa la nak jadi dengan aku? Pasai aku jenis go with the flow. Jangan tanya banyak-banyak pasai resolutions sebab aku menyampah.

TAPI.

Ni yang jadi tahun 2014 yang kalau boleh aku nak elak daripada melekat macam badi kat aku sampai bila-bila.

1. Jangan indecisive (tidak boleh membuat keputusan) sampai menyusahkan orang. Sat kata A, lepaih tu nak B bila A dah siap. Tiba-tiba mintak C. Lepaih tu nak A balik. JANGAN. Jangan rasa macam itu adalah tindakan bijak sebab ia memang tak. hahahahaha nasib baik watak Hulk tu hanya rekaan, kalau ada betui aku rasa lama dah kita ni buat keja kat tanah lapang.

2. Jangan jadi lembab. Aku ada masalah sikit kalau orang buat benda yang boleh cepat tapi jadi slow. Macam nak bawak keluaq duit di ATM, jangan amik masa lama nak eja satu-satu perkataan kalau kat belakang orang dah beratoq macam nak beli roti john kat Precint 2 Putrajaya masa bulan posa. JANGAN.

3. Jangan jadi incompetent. Kompang macam pakai kulit kambing paling sempoi, tapi ketuk tak sedap pun. Sapa dulu habaq kat aku kompang tu pakai kulit badak??

4. Jangan jadi pemalaih. Nak bukak kasut pun kena orang suruh. hahahahaha sapa berani suruh aku bukak kasut dia? Aku kerat kaki hampa pakai mesin rumput. Maksud aku kalau takat nak cari maklumat yang hampa rasa ada di Internet, tolong la cari dulu. Dah tak jumpa baru la tanya orang. Kecuali soalan hampa tu berbentuk nak tau kat mana ada makanan sedap yang kawan-kawan boleh recommend. Takpa la. Ni mai tanya 'wei apa maksud desert?' Pi tengok DBP laaaa.
 
"desert(désert) : bp pembasuh mulut, pencuci mulut.: Kamus Dewan Edisi Keempat"  

Tolong sapa-sapa lantik aku jadi Ketua Pengarah DBP.

5. Jangan la sukahati nak viral apa-apa mesej yang hampa baca sekali pun dah tau memang tak logik. Kalau dah tak pasti apa benda, simpan pada kita, kita baca kat mana-mana. Tak payah la nak sama naik dengan orang lain yang kita belum tentu tau sumber dia dapat pun sahih ka dak. Aku rasa media sosial masa la ni memang membunuh. Baik dok diam kaji sorang-sorang dari sama naik bodo dengan orang lain. Kecuali kita memang ada kepakaran, ada pengetahuan, cukup ilmu untuk bahas menda tu, takpa.

Aku rasa tu ja kot. Banyak lagi aku pikiaq semalam, tapi macam dah lupa.

Ha, lagi satu.

Kalau nak tala masuk lif tu, bagi la orang depan yang dok tunggu masuk dulu.


















Tuesday 30 December 2014

Bila Dah Tua.


Tadi kan. Aku pi isi minyak kat Shell dekat area rumah. La ni boh seminggu sekali ja pasai pakai RON97 hahahahaa bila lagi nak rasa kan. Belagak macam bawak Scuderia.

Masa aku nak isi tu aku perasan ada satu orang tua keja situ pakai vest Shell. Emosi aku dah huru-hara. Aku ada masalah kalau tengok orang tua yang umoq tara Papito dok ada kat kedai-kedai, kerja. Aku bukak pintu keta, pakcik tu bagi salam.

'Assalammualaikum Cik. Nak isi minyak?'

Kalau aku nak melawak buleh ja aku jawap 'Dak, nak tengok almari.' Hahahaha tapi aku rasa macam kurang ajaq sangat. Aku senyum ja kat pakcik tu aku kata

'Ha'ah. Nak isi minyak.'

'Nak pakai card ke bayar tunai?'

'Tunai pakcik.'

'Ada BonusLink card?'

'Ada, ada.' Sambey aku sua kad. Dalam kepala dok pikiaq dah berapa la points aku. Aku nak redeem payung hahahahahah.

Pakcik tu pun swipe la kad Shell, sekali dengan BonusLink aku. Sekali dia bagi aku dua-dua kad.

'Eh pakcik, ni kad pakcik. Kalau saya ambik nanti hari-hari isi minyak free pulak.' Aku gelak kecik.

'Minta maaf Cik. Tak perasan. Minta maaf.'

Aku kata takpa. Tapi dalam hati aku dah kecamuk. Kalau dia terlupa ka, lepaih tu ada orang amik pulak kad tu joli ka. Mana la nak tau kan. Pada aku, umoq macam tu tak payah kerja dah. Duduk rumah, bagi anak-anak tanggung pulak. Kalau dia ada anak la. Kalau takdak anak aku cadang buat benda lain yang tak akan susahkan dia pada masa depan.

Sebab bab duit ni boleh pecah belahkan orang. Aku tau. Kalau orang bayaq cash kat dia, lepaih tu tersalah amount ka apa ka pulak, gaji dia kena potong. Eish aku tak buleh la aku kesian. Aku tak suka tengok orang umoq macam tu dok keja lagi. Jadi guard la, angkat barang-barang berat kat kedai la.

Aku harap aku buleh berbakti kat Papito dengan Mamita dengan TokBa. Alhamdulillah setakat ni kehidupan sederhana tu dah cukup pada kami. Aku tak buleh bayang kalau yang jadi pakcik kat Shell tu bapak aku. Eish. Takleh. Aku doakan pakcik tadi murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik selalu sebab pakcik tu memang baik. Insya Allah.

Aku kalau dah tua isok ni, kalau aku still sorang-sorang, aku rasa aku daftar kat Rumah Orang Tua-tua. Ei takot.

Monday 29 December 2014

Dari Mana Mamak Celup Tepung Ni Mai.


Nindia cerita dia. Aku amik daripada sejarah yang depa tulih dalam Pertubuhan Ikatan Kaseh. Pertubuhan Ikatan Kaseh ni adalah satu pertubuhan keluarga belah TokBa aku la yang registered tahun ni di Penang.

Keturunan Mamak ni aku dapat belah TokBa. Tapi pasai muka aku ikut muka Papito, maka susah orang nak pecaya. Aku pi salon masa bulan posa pun cina tuang ayaq green tea depan aku hahahahah. Family aku besaq sebenaqnya ikut dua-dua belah Papito dengan Mamita. Pasai Papito dia suka cari adik beradik. Dengan Mamita pun selalu ajaq kita kena kenai adik beradik pasai ni la ikatan yang kita ada.

Hikayat ceritera di Penang dulu ni yang aku dok dengaq semua tok-tok menakan aku dok cerita adalah pasai Shaik Eusoff. Satu manusia yang ada di Penang, yang ada banyak kereta kuda, lepaih tu Mat Saleh jadi tukang cuci. Bukan Mat Saleh orang Melayu hahahah Mat Saleh la omputih. Tapi masa tu aku tak banyak sangat info, cuma everytime TokBa cerita aku suka dengaq, sebab setidaknya aku tau salah silah keturunan aku belah mana. Mai pakat baca pasai Shaik Eusoff, supaya nanti kalau ada sapa-sapa yang nak tau, boleh baca kat sini buat reference.

'Shaik Eusoff Bin Shaik Latiff adalah anak lelaki kepada Shaik Latiff Bin Shaik Nattar Sahib. Datuknya Shaik Natar Sahib adalah seorang pegawai askar. Askar East India Company dan berpangkat Jemadar. Di dalam askar British, pangkat Jemadar ialah Leftenan.

Shaik Nattar Sahib seorang yang berketurunan Gujerati yang telah datang dari Mumbai India bersama-sama Kapten Francis Light yang telah membuka Pulau Pinang pada tahun 1786. Beliau kemudiannya telah bermastautin di Pulau Pinang dan adalah seorang pemimpin masyarakat yang dihormati dan disegani pada masa itu.

Ketika askar-askar Sepoy datang ke Pulau Pinang beliau adalah hos bagi mereka dan persembahan 'boria' telah dimulakan oleh beliau melalui askar-askar Sepoy. Beliau telah membina dan mewakafkan sebuah bangunan yang merupakan surau dan juga tempat persembahan boria yang dinamakan 'Hasharah Khana' yang terletak di Jalan Masjid. Hasharah Khana juga digunakan untuk menyambut Hari Asyura iaitu 10 Muharram. Semasa itu boria adalah ritual keagamaan yang penuh dengan zikir dan doa-doa.


Sumber Gambaq Google. Produced by Jawi and Jawi House, Penang. 


Sumber Gambaq : Koleksi Peribadi Keluarga Shaik Eusoff & Hajee Bee

Shaik Nattar Sahib adalah orang pertama yang menonjolkan boria sebagai budaya peranakan dan sehingga kini adalah budaya yang unik untuk masyarakat Jawi Peranakan Pulau Pinang. Oleh itu Ikatan Kaseh dengan bangganya akan meneruskan legasi Shaik Nattar Sahib iaitu boria sebagai budaya warisan bangsa. Sehingga kini, ada sepuluh generasi di Pulau Pinang sejak zaman Shaik Nattar Sahib.


Sumber Gambaq Google. Produced by Jawi and Jawi House, Penang.
   
Selain daripada Hasharah Khana, Shaik Nattar Sahib juga telah mewakafkan tanah perkuburan di belakang bangunan tersebut dan kini Ikatan Kaseh sedang berusaha untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan di tanah perkuburan tersebut.

Shaik Eusoff telah meneruskan kerja-kerja amal bapa dan datuknya dengan membina sebuah rumah dalam tahun 1850an. Rumah ini masih tersergam indah dan dikenali sebagai Yeng Keng Hotel di Leboh Chulia. Mengikut cerita, Shaik Eusoff telah lahir pada tahun 1833 dan meninggal dunia pada 23 April 1894. Beliau telah berkahwin dengan Mak Wan Bee Binti Mohd Noordin dan mempunyai 8 orang anak, 2 lelaki dan 6 perempuan.


Ni aku letak mai salasilah Shaik Nattar Sahib sampai la kat aku. Kalau ikut perkiraan adik beradik depa amik kira dari Shaik Eusoff, makanya aku ni generasi keenam. Tapi aku takdak la kereta kuda aku ada kereta buatan Malaysia ja tu pun power window selalu problem hahahahahaha. Takpa nanti aku kaya sikit aku beli Rolls Royce Wraith sebijik.

Ok sambung balik.

Mak Wan Bee pula adalah dari keluarga yang terkenal di Pulau Pinang semasa itu. Bapa beliau adalah Mohamad Noordin Merican seorang hartawan dan usahawan yang berjaya dalam bidang perkapalan, tekstil dan rempah ratus. Empayar perniagaannya adalah dari Singapura, Acheh, Phuket, Burma dan India.  Beliau adalah adik kepada Kader Mohideen Merican iaitu Kapitan Kling Pulau Pinang.

Keluarga Kapitan Kling menggunakan Merican sebagai nama keluarga dan keluarga adiknya Mohd Noordin menggunakan nama Noordin sebagai nama keluarga mereka. Pusara Mohd Noordin dan kaum keluarganya terletak di Noordin Tomb di dalam kawasan Masjid Kling.

Semasa hayatnya Shaik Eusoff adalah seorang pemimpin masyarakat yang disegani dan telah dilantik sebagai 'juror' oleh pihak berkuasa British. Beliau adalah seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam dan telah mewakafkan sekeping tanah sebanyak 5 ekar untuk masjid yang dinamakan sebagai Masjid Shaik Eusoff di Dato Keramat. Beliau juga telah mengamanahkan sebidang tanah seluas 14 ekar di Air Itam untuk kepentingan keluarganya. Di atas tanah inilah terletaknya Rumah Anak-anak Yatim Pinang dan juga terletaknya Bangunan Syed Hussin Aidid Malay Boys Home. 


 
Sumber Gambaq : Koleksi Peribadi Keluarga Shaik Eusoff & Hajee Bee

Sumbangan Shaik Eusoff sebagai dermawan juga diabadikan dalam batu penderma-penderma hospital Pulau Pinang dalam tahun 1879.

Shaik Eusoff telah kembali ke Rahmatullah pada 23 April 1894 dan Mak Wan Bee pula telah mengikutnya pada tahun 1899. Pusara-pusara mereka telah diabadikan di Makan Keluarga Masjid Shaik Eusoff.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh-roh mereka dan anak-anak mereka dan mengampuni dosa-dosa mereka serta menempatkan mereka di dalam golongan orang-orang Solihin. Amin.'


Cucu cicit piut tokey kain rupanya. Patut baju aku nak ada labuci saja-saja.




Thursday 25 December 2014

Doodle


Aku bukan Picasso. Aku jugak bukan Van Gogh. Hahahaahhaah sebab kalau aku ni depa, aku tak melangok mengadap Microsoft Excel hari-hari. 

Aku nanti start (terer dak aku dah jumpa macam mana nak buat italic kat telefon hahahahaha) doodle / contiang buku bila aku dah boring. Kajian menunjukkan manusia hanya boleh fokus pada 20 minit pertama sahaja. Nanti kalau hampa yang dok baca ni jadi bos ka apa tolong la jangan meleret-leret pasai orang takdak masa nak nganga dengaq.

Nah aku bagi koleksi lukisan aku. Mana tau nanti bila-bila ada orang nak beli harga 2 juta USD ka hahahahaahah *katok kepala dengan frame gambaq*



Ni masa aku boring dalam mesyuarat. Yang orang cakap tu tengah bercakap benda yang takdak kena mengena dengan aku, walaupun aku suka perkara baru, tapi meleret-meleret itu membosankan. Hence, THE Blackberry. Hahaahhaahah.



Zaman aku gila layan 9gag.com. Lepaih tu aku perlukan 10-minutes break pasai otak aku dah jem. Tengok hat segitiga ataih tu, tu bukan illuminati, tu logo Jabatan aku hahahahahaha nampak sangat tak berapa berkenan dok situ lukih hat lain ikhlas ja, mai logo jari jadi macam keraih tak buleh nak lukih. 



Chessur The Cheshire Cat. Dia buleh hilang *poof* bila-bila dia suka. Tapi aku takleh buat macam dia masa aku dalam mesyuarat tu. Aku mampu lukih ja hahahahaha.



Ni memang cara aku lukih lembu. Jangan pertikai. 



Cari kapai tak jumpa. Pray for MH370Pray untuk diri sendiri jugak masa ni pasai otak aku dah melencong teruk. 



Aku rasa Stitch ni macam ada masalah thyroid hahahahahaa pasai dia nampak macam cengkung dan stress. 



Hat ni spontan. Pasai fasi bagi empat cotton buds suruh buat something out of it. Hahahahaha sekali groupmate aku pi buat bentuk kotak ja kat ujung kiri ataih tu. Co tengok dia siap boh masking tape macam tu. Habih takkan aku nak lukih tupperware? Maka jadi la natang ni hahahahaha terer jugak aku. Tapi mata besaq sebelah ah pedulik. Sepuluh minit ja sapa nak dan. 



Hat ni pipi melambung ntah ke mana pasai aku memang sumpah boring. 

Takdak la aku pandai melukih tapi aku buat pi la pasai aku memang bukan bangsa boleh lena dalam kelas/ mesyuarat/seminar ka apa-apa. Memang aku tak buleh. Takpa la kira mata aku bukak telinga aku dengaq. Tapi otak aku ja tak fokus hahahahaha.



Nah kecintaan baru. Buat isi masa lapang. 

Ada sapa-sapa nak suruh aku lukih mural kat dinding? Hahahahahaah


Sent from my iPhone

Monday 22 December 2014

Hokkaido Seafood.


Kegilaan aku terhadap ketam kadang-kadang boleh membuat orang menyampah hahahaha pasai aku nak ketam hat rasa macam dekat Top Spot kat Kuching tu. Aku nak rasa macam tu tapi setakat la ni aku tak jumpa lagi. Jadi selagi aku tak jumpa selagi tu aku cari. Amboi.

Aku terbaca blog Kak Engku Elly Irfan pasai Hokkaido Seafood dekat area KL. Jadi aku pun memandangkan hujung minggu memang aku khaskan untuk makan, maka aku pun cobalah. Lokasi dia betui-betui depan Hotel Vistana. Bau udang tengah goreng, garlic, toksah cerita la. Hahahahaha hidong aku macam nak keluaq dulu dari kereta.

Ni sign kedai dia.



Kalau hampa jumpa Hotel Vistana tapi tak nampak Restoran ni aku rasa aku kena korek mata hampa la hahahahah.

Masuk-masuk kedai tu aku tengok nalla punya ramai orang. Lepaih tu orang pakat dok beratoq macam tengah tengok ikan kat akuarium jadi aku rasa situ tempat yang betui nak order makanan la. Aku pun beratoq la amik sama dengan tourists lain pakat-pakat buat sebok ambik gambaq jugak.



Ikan-ikan ni berjaya mencuri perhatian aku. Pasai hat dalam akuarium tu aku dah segan nak ambik pasai satu restoran ni hangat. Dua orang ramai sangat (perasan orang tengok aku macamkan aku ni artis). Hahahaha


Tapi hat ni paling comey. Aku taktau pasaipa dia kena dikorbankan untuk dibuat gulai pasai review kata gulai ikan yu kat sini sedap. Aku tetap tak sampai hati nak makan. Biaq la aku order hat lain-lain dulu tengok rasa lagu mana. Yang satu lagi sebab pasai aku takut sekali dah siap nak bayaq kat kaunter harga 3 juta pasai makan ikan yu hahahahah mati la aku mana nak pi karau duit.
  
Tara nak tunggu order sampai tu berjanggut jugak tunggu. Makan kacang macam biasa la pi kedai seafood depa mesti mau bagi kacang dulu. Pepak amik sampai dah nak habih baru mai ayaq. Lepaih tu mai la nasik goreng cina ni. Aku dah la tengah lapaq. Tapi nak tunggu lauk lain mai dulu bukan ka, aku sabaq ja. Aku tenung nasik tu, dia tenung aku balik hahahahahaha. Rasa dia sedap. Nasik goreng cina memang la sedap. Masin-masin sikit, ada sayoq. Macam biasa la. Takda la special sedap gila aku nak kena tambah lagi dua pinggan tu tak la.

 
Kailan ikan masin. Ni kena dengan nasik memang A la. 


Elok tak lama lepaih tu mai pulak butter prawns ni. Bau dia memang menangkap. Tapi aku tengok udang tu aku ada rasa kecewa la. Banyak jugak kekecewaan aku pasai udang ni nak tau dia fresh ka dak kita tengok kat warna dia bila dah goreng/masak. Ni mai depan muka aku putih ja. Aku rasa udang tu stress sampai pucat lesi lepaih tu dia kena goreng hahahahahahha ok tak lawak. Aku tau ni udang lama lepaih tu kulit mesti melekat dengan isi. Lepaih tu isi dia macam flat ja tak gebu. Tak capai standard ISO makanan seafood yang aku nak. Amboi mengada. Eh biaq la bukan makan free. Tapi kalau makan free pun tetap aku nak kena highlight pasai menda yang nampak remeh macam ni sebenaqnya tentukan kualiti makanan kita. Ceyyyyy. Udang dia sebenaqnya kalau fresh memang sedap gila pasai 'sarak-sarak' (menda yang macam rumpai-rumpai tepi/atas/kiri/kanan udang tu la) cukup rasa butter, masin dia. Kena pulak dengan nasik goreng cina tadi kan.



Buruk seni ambik gambaq aku hari tu.

 Hat ni sampai last elok pasai aku pun dok tagak nasik tu dok taruh nak makan dengan ketam. Ni Salted Egg Crab. Nak order tak buleh sekoq. Kena dua ekoq. Sekoq RM32.00. Hahahahaha pinau. Dia punya tekstur tu ada sikit kasaq la pasai aku penah rasa yang gila smooth buat aku terigau. Dari segi rasa memang padat. Masin la pasai teloq masin. Ada pedaih-pedaih sikit, dengan rasa macam ada kacang. Bukan pasai aku dah makan kacang sebelum tu. Rasa dia rich. Tu aku suka. Dengan portion dia yang besaq, memang aku pening nak perabih. Ni kalau ada roti memang aku tak mangkit la nak balik. Aku terlupa nak order roti sebenaqnya. Hahahahah

Total makanan aku malam tu RM126.00. Aku rasa ok la kot cuma udang tu ja kena bagi fresh lagi. Takdan nak try menu lain pasai aku dah sengkak.

Nindia alamat :

Restoran Hokkaido Seafood
Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 

Friday 19 December 2014

Day 12 of 30-Day Blogging Challenge : Your Favourite Childhood Book


Zaman kecik-kecik aku takdak la hebat atau gempak sangat macam sesetengah orang. Aku rilek-rilek ja hahahaha. Pasai kecik dulu aku banyak membesaq dekat Rumah Nenek. Aku cucu Maktok yang hardcore. Jadi disebabkan aku besaq di kampung, ya, pada sapa-sapa yang suka kata aku ni taktau life kat kampung tu macam mana mai sini aku jentik lubang idong hampa. Cuma aku takdak la dok lari keliling bendang pasai Rumah Nenek dulu kawasan dia luas. Pastu berpagaq keliling. Macam dalam istana hahahahahahah nak jugak. Tapi sungguh la Rumah Nenek dulu besaq, ada tangga nalla punya tinggi kat depan tu. Laman keliling luas. Aku tak payah sebok nak keluaq pi cari bendang. Dalam kawasan tu pun tak habih explore.

Sebenaqnya nak cerita pasai buku kan? hahahahah walaupun TokBa adalah terer bersembang dalam English, tapi masa dulu dia banyak meneroka pekan SP. hahahahaha maksudnya he was not around that much makanya aku dok banyak dengan Maktok. Jadi bahan bacaan aku banyak kat buku-buku Mamita masa sekolah dulu, buku orang lama-lama.

Tapi ada jugak Mamita beli kat aku dengan Adik yang sampai la ni dok ada simpan kat rumah. Memang favourite aku dengan adik.


Sumber gambaq Google pasai aku takleh nak mintak Mamita amik gambaq buku kat rumah hahahahaha mau kena pukui. Buku ni ada dua set. Pasai kisah 25 Rasul. Baca sampai naik lunyai tapi yang paling aku suka sekali kisah Nabi Nuh a.s. Lepaih tu aku suka berangan aku cun macam Zulaikha dalam cerita Nabi Yusuf hahahahahahah *tikam diri sendiri*



Macam ni la lebih kurang buku dia. Besaq saiz A4. Aku dulu punya teringin buku cerita Aesop's la apa la yang dalam English tu sampai ke sudah tak dapat. Bebulu ja tengok member sekolah dok tayang.

Dah besaq sikit masuk sekolah rendah dalam darjah 5 macam tu aku ingat mak menakan aku tunjuk buku Budak Setan 1. Dia punya kecintaan kat Ahadiat Akashah masa tu memang kronik aku pun tak paham pasaipa. Maka aku pun baca. Memang mendapat kronik dia kat aku.


Gambar dari Google lagi. Macam ni la lebih kurang buku Budak Setan I, II & III. Cerita pasai budak sekolah menengah jatuh cinta kat awek cun tapi mamat ni nakai macam setan tapi dia punya cinta kat awek tu memang sampai mati la. Pasai tu buku dia beratoq lepaih tu.


Gambar Google jugak pasai aku tak balik SP lagi nak pi korek rak buku aku. Lagenda Budak Setan tu kira selepas tu kot. Kalau tak salah aku. Tapi yang aku ingat, tiap-tiap kali aku baca buku tebai konkrit ni mesti mata aku bengkak. Pasai ending dia memang rabak sedih. Pasaipa Ayu mati???? Cerita ni memang aku rasa terkesan sangat pasai aku pikiaq-pikiaq balik ada ka manusia macam tu punya baik cinta awek dia sampai macam tu. Ada ka? Ada kaaaaaa? hahahahahaha *tadah tangan berdoa*

 Ni pun aku korek amik kat Google. Lagenda Berakhir ni kira last part pasai Budak Setan la. Ni satu-satunya novel Melayu yang aku baca dan aku akan baca dan baca lagi pasai aku rasa dekat dengan aku cerita dia. Macamkan aku ni pegang watak Ayu tu hahahahahahaha.

Jadi tu la cerita dia buku aku suka baca masa kecik-kecik. Novel Ahadiat tu kira tak berapa nak kecik sangat dah la. Buku 25 Rasul tu tetap buku yang paling aku suka. Cuma la ni aku rasa masa tu macam tak berapa nak ada nak spend untuk baca buku tebai-tebai. Kalau dulu The Da Vinci Code tu satu malam aku buleh habih. La ni nak habih sepuluh helai pun aku rasa macam merangkak.


Robert Fisk - The Great War For Civilisation

Muka surat 1-30 dari tahun 2008 sampai hari ni.


Monday 15 December 2014

Hujung Minggu Saya.


Cak! Assalammualaikum! Hahahaha (gila apa bagi salam paihtu gelak). Mohon maap la, sapa yang kenai aku memang tau aku macam ni.

Weekend hampa macam mana? Aku punya sangat produktif sampai hari ni aku tempek koyok penuh lengan. Aku ada team building mula hari Jumaat petang sampai Sabtu tengah hari. Hahahah jangan tanya awat sat sangat, pasai aku tak pernah suka team building. Apatah lagi team building lama-lama. Tapi kudos to the fasilitators pasai ubah persepsi aku kali ni. Tapi buat kat hotel kira ok la. Kalau dalam hutan aku dah prepare surat doktor hahahaha.

Lepaih habih team building aku merantau pi rumah Adik kat Wangsa Maju. Jalan-jalan kat Wangsa Walk, beli Batman sekoq, beli Fredzilla sekoq, baju selai (dua tiga ......) *sembunyi plastik dalam plastik* Tapau KFC bawak balik rumah depa (KFC Double Down is BACK!).

Aku sambung buat keja aku kat rumah depa sampai tengah malam. Manyau tu toksah kira la pasai hari kerja aku dah letih. Hari minggu selalu aku rehat (tidoq dari hari ni sampai isok hahahaha). Ahad pagi mangkit awai perabih lagi sikit keja pasai aku kena ligan deadline. Pi Farm in the City kat Seri Kembangan. Tapi yang tu nanti aku review (kalau aku ingat). Hangat lit lit. Muka kami macam ada minyak sorang tiga cupak jenuh nak edit gambaq masuk Instagram hahahahaha. Balik tu singgah IOI City Mall. Orang macam semut. Tak suka. (dah tau mall baru bukak, mesti la orang ciwi nak pi, kita pun sama naik nak mengembut dengan orang jugak, padan la muka).

Sampai Wangsa Maju balik konon nak tidoq la sat. Harapan. Malam tu Adik & family bawak aku pi makan kat Setapak. Pasai petang tu aku ajak depa pi makan kat area Ampang Point. Tapi depa kata tang Setapak sedap lagi mai kita tengok sedap ka dak.


Nindia.

 
Nama restoran ni RSMY Best Cheese Naan. Tengok luaq kedai macam biasa ja. Aku dalam hati dok kata 'buleh pecaya ka depa ni.' hahahaha Takpa kita coba tengok. Tapi parking kat sini memang melampau sikit la pasai dia one way. Kalau buleh double park tu tolong la tinggai nombor telefon hampa. Basement pun ada, tapi kalau siang aku rasa ok kot. Malam tak payah la.


Restoran ni kat sebelah NZ Curry House, Setapak. Landmark paling senang Colombia Asia Hospital Setapak. Nampak hospital tu ja maka betui dah la jalan hampa. Tapi kebetulan malam tu Manchester United vs Liverpool. Jadi agak packed sikit la tempat tu. (Liverpool la ni kalau nak tengok dalam table EPL kena usha jauh macam hampa dok tingkat 20 nak tengok kedai kopi kat bawah hahahahahahaha jangan marah Liverpool fans.)

Aku prefer dok luaq pasai ada angin sikit.



Menu dia. Simple ja.


Aku tak tengok sangat pasai aku dah tau dalam kepala aku nak makan apa. Ni menu makanan.


Ni menu ayaq. 

 Aku nampak kedondong asam boi tu ingat nak order. Tapi nak makan dengan naan macam tak kena pulak. Kurang feel Middle East minum ayaq kedondong hahahahaha. Aku order teh bunga. Kami order Garlic Cheese Naan, Butter Garlic Naan, Chenna, Dhall Fry, Mutton Kerayi. Niat di hati nak tamak lagi tapi aku takot aku lena ja tengah dok kunyah roti tu hahahaha.
 
 Nindiaa dah mai. Garlic Cheese Naan dia perghhhhhh. Bau tu toksah cerita la. Kalau kedai dia satu tu ja memang aku tak pakai Waze. Aku navigate pakai hidong ja hahahahaha. Roti dia lembut, cheese dia bertali-tali macam hampa tengok iklan Pizza Hut tu. Bawang putih pun dia potong kecik-kecik takdak la besaq ngan taboq macam nak halau pontianak. Roti dia tak besaq. Saiz pinggan makan sederhana tu ja. Elok la untuk seorang aku makan. Pasai cheese dia pun dah nalarekek punya berlemak, jangan bongkak buleh makan banyak-banyak.


Nah aku bagi close-up lagi satu. Aku segan nak amik gambaq sambil tarik naan ni nak bagi nampak cheese panjang-panjang tu pasai takot tinggi lapan tingkat hahahahaha dah la meja kiri kanan ada brother-brother dok tengok bola. Aku kan pemalu hahahahaha (nah sua muka mintak penampaq kali ketiga)





Ni Adik punya. Garlic Butter Naan. Harga RM4.00. Aku tak rasa tapi aku rasa-rasa macam sedap la hahahahaha. Pasai pinggan dia licin.


Tak berapa lawa sangat gambaq ni. Pasai tadi kata kan aku ni pemalu. Ni Dhall Fry. Kuah parpu la senang cerita. Aku dok besa sebut parpu. Kuah dhall la tu. Sedap. Cuma aku rasa macam ada sikit hangit. Rasa dia cukup rempah semua cuma kalau takdak rasa hangit tu memang baik lah. Harga RM2.00.


Haihhhhh... gebu.


 Mutton Kerayi. Harga RM12.00. Walaupun Adik kata daging dia liat, tapi pada aku menu ni sedap. Pasai aku buleh makan and takdak bau kambing. Aku ada masalah makan kambing sebab kalau sekali lalu kt hidong tu ada bau memang hampa kata la sedap macam mana pun memang aku tak makan. Kuah dia pun sedap. Tak ceroi, rempah pun berasa pastu tak overpower.


Ni nama dia Chenna. Kuah kacang kuda. Pedaih sikit pasai rempah dia. Kacang masa malam tu tak berapa lembut sangat. Kena dengan naan hadoihhhh sedapnya. Lagi sekali mau patut bagi kacang tu lembut lagi lepaih tu aku nanti order dua mangkuk hahahahah. Harga RM4.00




Seni ambik gambaq malam tu tak berapa ada pasai aku segan. Tapi makanan kat RSMY Best Cheese Nan ni memang sedap. Lepaih ni aku pi aku nak order ayam tandoori dengan beriyani pulak. Dalam gambaq macam lawa. Hahahaha

Ni info dia :

RSMY Best Cheese Naan @ Danau Kota KL
(Belakang Colombia Asia Hospital, Sebelah NZ Curry House)
70, Jalan Danau Niaga 1
Crystal Ville
Kuala Lumpur

No 11 & No 13, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur
+603 – 2697 0700 atau
No 16 Lorong Bunus 6, Off Jalan Masjid India, 5100 Kuala lumpur.
+603 – 2692 9700
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2013/12/27/hazman-vs-food-roti-naan-cheese-restoran-selera-my-rsmy/#sthash.6wjHIAh6.dpuf

Ni lagi cawangan dia :

RSMY House of Real Beriani
11 & 13, Jalan Medan Tuanku
Kuala Lumpur
Tel : 03-2697 0700

No 16 Lorong Bunus 6, Off Jalan Masjid India, 5100 Kuala lumpur.
Tel : 03 – 2692 9700
 
Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat : 11:00 pg – 12:00 mlm
Sabtu: 4:00 ptg  – 01:00 pg
Ahad & Cuti Umum: 4:00 ptg – 12:00 mlm


No 11 & No 13, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur
+603 – 2697 0700 atau
No 16 Lorong Bunus 6, Off Jalan Masjid India, 5100 Kuala lumpur.
+603 – 2692 9700
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2013/12/27/hazman-vs-food-roti-naan-cheese-restoran-selera-my-rsmy/#sthash.6wjHIAh6.dpuf


No 11 & No 13, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur
+603 – 2697 0700 atau
No 16 Lorong Bunus 6, Off Jalan Masjid India, 5100 Kuala lumpur.
+603 – 2692 9700
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2013/12/27/hazman-vs-food-roti-naan-cheese-restoran-selera-my-rsmy/#sthash.6wjHIAh

Wednesday 10 December 2014

Nasi Lemak Bumbung.


Kali ni aku nak cerita sikit pasai satu magazine yang aku baru jumpa. hahahaha semenjak aku mula menceburkan diri dalam bidang pemakanan ni, aku nak mencari tempat-tempat makan, selain daripada tanya orang, bukak blog baca, kena la tengok kat sumber bacaan bercetak jugak. Aku jumpa TimeOut KL Magazine teruih aku rasa macam 'wow bestnya.' Versi online pun ada http://www.timeout.com/kuala-lumpur . Lepaih tu dalam issue yang baru ni ada menda ni :


Supplement depa bagi dalam magazine.



Nah aku bagi gambaq close-up. Tapi tak semua tempat la dalam supplement ni hampa buleh pi. Melainkan ada yang baca blog aku ni non-Muslim, then hampa buleh pi try test tengok :)


Aku dok usha punya usha nampak dalam buku kecik tu pasai banyak tempat makan best ada dalam tu. Sambil tengok sambil meratuih lapaq. hahahahaha. Mata aku tertancap pada ini :



Dua kali depa sebut dalam buku ni, makna kata memang sedap. Bila kata sedap tu tayar keta pun mula la golek menjalankan pencarian. Aku pakai Waze cari jalan dia dulu Jalan 21/11B. Lepaih tu biaq la Mat Saleh pompuan tu bagi jalan kat hampa, hampa tekan minyak ja. Elok sampai kawasan tu, aku pun tutup Waze. Pasai bau nasi lemak tu gila kuat aku rasa tak payah pakai navigator, hidong aku buleh bertindak sebagai pencari punca bau makanan yang mewangi tu hahahahaha. Aku bukak tingkap dok ikut bau nasik lemak hahahahah. Kalau hampa nak pi, landmark dia dekat dengan Maybank. Tempat makan dia di celah-celah antara Maybank dengan Restoran Sum Fatt Kee.





Aku sampai dalam pukui 5.00 petang. Tengok meja ka apa takdak lagi. Tapi buleh kata dok siap dah la. Ketaq kepala lutut. Kalau hampa sampai awai taktau nak buat apa, kat depan restoran tu ada Snooker Centre. Aku pekena pool dua round. Elok la habih pun aku tengok dah ada orang duduk dengan dok order makan.



Aku order nasi lemak ayam goreng. Aku dok depan aney yang buat sambai nasi lemak ni. Yang baguihnya, dia dok masak dia senyum ja. Aku pulak yang tersipu-sipu malu hahahahahah. Servis dia laju, hampa order, lima saat dah sampai haha aku up sikit daripada Rojak Bellamy. Kira tak payah tunggu lama-lama la nak dapat makanan dalam lima minit macam tu nasi lemak dah sampai.



Nak tereyak aku tengok gambaq ni. Lapaq! Masa awai-awai sampai kat meja tu, aku amik bau dulu. hahahaha lepaih tu aku cucuk sikit ayam. Rasa dia mula-mula tu (since masa sampai tu ayam hangat-hangat lagi), ada sikit overpower tang rempah. Aku dah jem (apa ni majalah macam tipu ja). Tapi, makin lama hampa makan, ayam dah sejuk sikit pehhhhhhhhh. Tolong. Ini amat sedap ok. Ayam dia goreng cukup rasa, garing kat luaq, dalam still juicy. Selalu kalau pi makan kebanyakan tempat kan isi dah kering (overcooked). Ini tidak. Nasi lemak dia cukup rasa. Garam, santan apa benda semua cukup. Sambai dia pun compliment semua. Aku saspek pasai aney tu masak sambil senyum pasaitu sedap hahahaha. Dia tak macam sambai mamak yang biasa dok makan. Ini ada manis-manis sikit. Bawang potong kecik-kecik jadi they simply melt in your mouth. Portion nasi lemak pun kira cukup untuk aku. Ngam-ngam tapi kalau hampa bangsa yang makan macam orang tiga hari tak jumpa nasik, maka aku cadang order lagi satu ataupun mintak nasik tambah. Harga? RM5.00 untuk sepinggan nasi lemak ayam. Ada lagi no nasi lemak sedap macam apa ja pastu harga murah. Aku bersyukur.

Selain dari nasi lemak, tempat ni pun popular dengan Indomee goreng dengan Maggi goreng. Cuma aku tak try la pasai aku dah kenyang sengkak nak tebalik kerusi dah.

 
PJ Ibumie/ Nasi Lemak Bumbung/ Nasi Lemak Paramount
Jalan 21/11B, (near Maybank)
Seapark, 46300 Petaling Jaya,
Selangor.




Closed on selected Fridays.

5.30pm till 3.30am