Monday 29 December 2014

Dari Mana Mamak Celup Tepung Ni Mai.


Nindia cerita dia. Aku amik daripada sejarah yang depa tulih dalam Pertubuhan Ikatan Kaseh. Pertubuhan Ikatan Kaseh ni adalah satu pertubuhan keluarga belah TokBa aku la yang registered tahun ni di Penang.

Keturunan Mamak ni aku dapat belah TokBa. Tapi pasai muka aku ikut muka Papito, maka susah orang nak pecaya. Aku pi salon masa bulan posa pun cina tuang ayaq green tea depan aku hahahahah. Family aku besaq sebenaqnya ikut dua-dua belah Papito dengan Mamita. Pasai Papito dia suka cari adik beradik. Dengan Mamita pun selalu ajaq kita kena kenai adik beradik pasai ni la ikatan yang kita ada.

Hikayat ceritera di Penang dulu ni yang aku dok dengaq semua tok-tok menakan aku dok cerita adalah pasai Shaik Eusoff. Satu manusia yang ada di Penang, yang ada banyak kereta kuda, lepaih tu Mat Saleh jadi tukang cuci. Bukan Mat Saleh orang Melayu hahahah Mat Saleh la omputih. Tapi masa tu aku tak banyak sangat info, cuma everytime TokBa cerita aku suka dengaq, sebab setidaknya aku tau salah silah keturunan aku belah mana. Mai pakat baca pasai Shaik Eusoff, supaya nanti kalau ada sapa-sapa yang nak tau, boleh baca kat sini buat reference.

'Shaik Eusoff Bin Shaik Latiff adalah anak lelaki kepada Shaik Latiff Bin Shaik Nattar Sahib. Datuknya Shaik Natar Sahib adalah seorang pegawai askar. Askar East India Company dan berpangkat Jemadar. Di dalam askar British, pangkat Jemadar ialah Leftenan.

Shaik Nattar Sahib seorang yang berketurunan Gujerati yang telah datang dari Mumbai India bersama-sama Kapten Francis Light yang telah membuka Pulau Pinang pada tahun 1786. Beliau kemudiannya telah bermastautin di Pulau Pinang dan adalah seorang pemimpin masyarakat yang dihormati dan disegani pada masa itu.

Ketika askar-askar Sepoy datang ke Pulau Pinang beliau adalah hos bagi mereka dan persembahan 'boria' telah dimulakan oleh beliau melalui askar-askar Sepoy. Beliau telah membina dan mewakafkan sebuah bangunan yang merupakan surau dan juga tempat persembahan boria yang dinamakan 'Hasharah Khana' yang terletak di Jalan Masjid. Hasharah Khana juga digunakan untuk menyambut Hari Asyura iaitu 10 Muharram. Semasa itu boria adalah ritual keagamaan yang penuh dengan zikir dan doa-doa.


Sumber Gambaq Google. Produced by Jawi and Jawi House, Penang. 


Sumber Gambaq : Koleksi Peribadi Keluarga Shaik Eusoff & Hajee Bee

Shaik Nattar Sahib adalah orang pertama yang menonjolkan boria sebagai budaya peranakan dan sehingga kini adalah budaya yang unik untuk masyarakat Jawi Peranakan Pulau Pinang. Oleh itu Ikatan Kaseh dengan bangganya akan meneruskan legasi Shaik Nattar Sahib iaitu boria sebagai budaya warisan bangsa. Sehingga kini, ada sepuluh generasi di Pulau Pinang sejak zaman Shaik Nattar Sahib.


Sumber Gambaq Google. Produced by Jawi and Jawi House, Penang.
   
Selain daripada Hasharah Khana, Shaik Nattar Sahib juga telah mewakafkan tanah perkuburan di belakang bangunan tersebut dan kini Ikatan Kaseh sedang berusaha untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan di tanah perkuburan tersebut.

Shaik Eusoff telah meneruskan kerja-kerja amal bapa dan datuknya dengan membina sebuah rumah dalam tahun 1850an. Rumah ini masih tersergam indah dan dikenali sebagai Yeng Keng Hotel di Leboh Chulia. Mengikut cerita, Shaik Eusoff telah lahir pada tahun 1833 dan meninggal dunia pada 23 April 1894. Beliau telah berkahwin dengan Mak Wan Bee Binti Mohd Noordin dan mempunyai 8 orang anak, 2 lelaki dan 6 perempuan.


Ni aku letak mai salasilah Shaik Nattar Sahib sampai la kat aku. Kalau ikut perkiraan adik beradik depa amik kira dari Shaik Eusoff, makanya aku ni generasi keenam. Tapi aku takdak la kereta kuda aku ada kereta buatan Malaysia ja tu pun power window selalu problem hahahahahaha. Takpa nanti aku kaya sikit aku beli Rolls Royce Wraith sebijik.

Ok sambung balik.

Mak Wan Bee pula adalah dari keluarga yang terkenal di Pulau Pinang semasa itu. Bapa beliau adalah Mohamad Noordin Merican seorang hartawan dan usahawan yang berjaya dalam bidang perkapalan, tekstil dan rempah ratus. Empayar perniagaannya adalah dari Singapura, Acheh, Phuket, Burma dan India.  Beliau adalah adik kepada Kader Mohideen Merican iaitu Kapitan Kling Pulau Pinang.

Keluarga Kapitan Kling menggunakan Merican sebagai nama keluarga dan keluarga adiknya Mohd Noordin menggunakan nama Noordin sebagai nama keluarga mereka. Pusara Mohd Noordin dan kaum keluarganya terletak di Noordin Tomb di dalam kawasan Masjid Kling.

Semasa hayatnya Shaik Eusoff adalah seorang pemimpin masyarakat yang disegani dan telah dilantik sebagai 'juror' oleh pihak berkuasa British. Beliau adalah seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam dan telah mewakafkan sekeping tanah sebanyak 5 ekar untuk masjid yang dinamakan sebagai Masjid Shaik Eusoff di Dato Keramat. Beliau juga telah mengamanahkan sebidang tanah seluas 14 ekar di Air Itam untuk kepentingan keluarganya. Di atas tanah inilah terletaknya Rumah Anak-anak Yatim Pinang dan juga terletaknya Bangunan Syed Hussin Aidid Malay Boys Home. 


 
Sumber Gambaq : Koleksi Peribadi Keluarga Shaik Eusoff & Hajee Bee

Sumbangan Shaik Eusoff sebagai dermawan juga diabadikan dalam batu penderma-penderma hospital Pulau Pinang dalam tahun 1879.

Shaik Eusoff telah kembali ke Rahmatullah pada 23 April 1894 dan Mak Wan Bee pula telah mengikutnya pada tahun 1899. Pusara-pusara mereka telah diabadikan di Makan Keluarga Masjid Shaik Eusoff.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh-roh mereka dan anak-anak mereka dan mengampuni dosa-dosa mereka serta menempatkan mereka di dalam golongan orang-orang Solihin. Amin.'


Cucu cicit piut tokey kain rupanya. Patut baju aku nak ada labuci saja-saja.




16 comments:

  1. Perghh! Keluarga bangsawan rupanya.

    ReplyDelete
  2. Dah boleh adjust jemput buat boria dah Tok!

    ReplyDelete
  3. I feel so proud MashAllah . Am also sheikh eusoff family too. Saya pon pergi majlis tu hari tu .and u can see in that book it's written my grandpa name as well as the generation of sheikh eusoff. My grandpa name is Mass Ahmad Zainul. :) MashAllah May Allah always bless our good generation Ameen.

    ReplyDelete
  4. I feel so proud MashAllah . Am also sheikh eusoff family too. Saya pon pergi majlis tu hari tu .and u can see in that book it's written my grandpa name as well as the generation of sheikh eusoff. My grandpa name is Mass Ahmad Zainul. :) MashAllah May Allah always bless our good generation Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam! Hello cousin! *lambai2* Tengok depan-depan insya Allah i boleh kenai kot. Masa pi Penang last month i went to Jawi House in Armenian Street, ada some info on Sheikh Eusoff's families. Gambaq Arwah Nani Yang (Wan Sayang) pun ada kat wall dia. Thank you for reading! *blushed* hahaha

      Delete
    2. MashAllah do add me Facebook Eazza Akhbar :)

      Delete
    3. MashAllah do add me Facebook Eazza Akhbar :)

      Delete
  5. Hi! nk kenal. maktok zera cicit sheikh eusoff... Please respond. I nk faham lebih pasal family kita.
    Thank you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Zera,

      Email me at mamakcelup@gmail.com. Nanti kita sembang :)

      Delete
  6. Hang kemaih!!! Sora sedap... patut dok nmpk baaik punya merelit merelap.

    ReplyDelete
  7. http://projekmakam.blogspot.my/2015/11/makam-keluarga-shaik-eusoff-pulau-pinang.html

    ReplyDelete
  8. Mak tok xeyra bkn cicit shaik eusoff mak tok cucu la xeyra mamu yes cicit

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum tuan- puan milik akaun boleh saya share gambar dan sumber tuan/puan untuk kajian saya tentang lagenda Shaik Eusoff☺️

    ReplyDelete
  10. Ini no saya 0184686107 jika sudi tuan/ puan untuk saya mohon kerjasama pertanyaan bagi tujuan kajian saya☺️😁

    ReplyDelete
  11. Saya jgk kerterunan daripada kumpulan last cicit Khatijah Bee

    ReplyDelete