Tuesday 30 December 2014

Bila Dah Tua.


Tadi kan. Aku pi isi minyak kat Shell dekat area rumah. La ni boh seminggu sekali ja pasai pakai RON97 hahahahaa bila lagi nak rasa kan. Belagak macam bawak Scuderia.

Masa aku nak isi tu aku perasan ada satu orang tua keja situ pakai vest Shell. Emosi aku dah huru-hara. Aku ada masalah kalau tengok orang tua yang umoq tara Papito dok ada kat kedai-kedai, kerja. Aku bukak pintu keta, pakcik tu bagi salam.

'Assalammualaikum Cik. Nak isi minyak?'

Kalau aku nak melawak buleh ja aku jawap 'Dak, nak tengok almari.' Hahahaha tapi aku rasa macam kurang ajaq sangat. Aku senyum ja kat pakcik tu aku kata

'Ha'ah. Nak isi minyak.'

'Nak pakai card ke bayar tunai?'

'Tunai pakcik.'

'Ada BonusLink card?'

'Ada, ada.' Sambey aku sua kad. Dalam kepala dok pikiaq dah berapa la points aku. Aku nak redeem payung hahahahahah.

Pakcik tu pun swipe la kad Shell, sekali dengan BonusLink aku. Sekali dia bagi aku dua-dua kad.

'Eh pakcik, ni kad pakcik. Kalau saya ambik nanti hari-hari isi minyak free pulak.' Aku gelak kecik.

'Minta maaf Cik. Tak perasan. Minta maaf.'

Aku kata takpa. Tapi dalam hati aku dah kecamuk. Kalau dia terlupa ka, lepaih tu ada orang amik pulak kad tu joli ka. Mana la nak tau kan. Pada aku, umoq macam tu tak payah kerja dah. Duduk rumah, bagi anak-anak tanggung pulak. Kalau dia ada anak la. Kalau takdak anak aku cadang buat benda lain yang tak akan susahkan dia pada masa depan.

Sebab bab duit ni boleh pecah belahkan orang. Aku tau. Kalau orang bayaq cash kat dia, lepaih tu tersalah amount ka apa ka pulak, gaji dia kena potong. Eish aku tak buleh la aku kesian. Aku tak suka tengok orang umoq macam tu dok keja lagi. Jadi guard la, angkat barang-barang berat kat kedai la.

Aku harap aku buleh berbakti kat Papito dengan Mamita dengan TokBa. Alhamdulillah setakat ni kehidupan sederhana tu dah cukup pada kami. Aku tak buleh bayang kalau yang jadi pakcik kat Shell tu bapak aku. Eish. Takleh. Aku doakan pakcik tadi murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik selalu sebab pakcik tu memang baik. Insya Allah.

Aku kalau dah tua isok ni, kalau aku still sorang-sorang, aku rasa aku daftar kat Rumah Orang Tua-tua. Ei takot.

No comments:

Post a Comment