Thursday 25 December 2014

Doodle


Aku bukan Picasso. Aku jugak bukan Van Gogh. Hahahaahhaah sebab kalau aku ni depa, aku tak melangok mengadap Microsoft Excel hari-hari. 

Aku nanti start (terer dak aku dah jumpa macam mana nak buat italic kat telefon hahahahaha) doodle / contiang buku bila aku dah boring. Kajian menunjukkan manusia hanya boleh fokus pada 20 minit pertama sahaja. Nanti kalau hampa yang dok baca ni jadi bos ka apa tolong la jangan meleret-leret pasai orang takdak masa nak nganga dengaq.

Nah aku bagi koleksi lukisan aku. Mana tau nanti bila-bila ada orang nak beli harga 2 juta USD ka hahahahaahah *katok kepala dengan frame gambaq*



Ni masa aku boring dalam mesyuarat. Yang orang cakap tu tengah bercakap benda yang takdak kena mengena dengan aku, walaupun aku suka perkara baru, tapi meleret-meleret itu membosankan. Hence, THE Blackberry. Hahaahhaahah.



Zaman aku gila layan 9gag.com. Lepaih tu aku perlukan 10-minutes break pasai otak aku dah jem. Tengok hat segitiga ataih tu, tu bukan illuminati, tu logo Jabatan aku hahahahahaha nampak sangat tak berapa berkenan dok situ lukih hat lain ikhlas ja, mai logo jari jadi macam keraih tak buleh nak lukih. 



Chessur The Cheshire Cat. Dia buleh hilang *poof* bila-bila dia suka. Tapi aku takleh buat macam dia masa aku dalam mesyuarat tu. Aku mampu lukih ja hahahahaha.



Ni memang cara aku lukih lembu. Jangan pertikai. 



Cari kapai tak jumpa. Pray for MH370Pray untuk diri sendiri jugak masa ni pasai otak aku dah melencong teruk. 



Aku rasa Stitch ni macam ada masalah thyroid hahahahahaa pasai dia nampak macam cengkung dan stress. 



Hat ni spontan. Pasai fasi bagi empat cotton buds suruh buat something out of it. Hahahahaha sekali groupmate aku pi buat bentuk kotak ja kat ujung kiri ataih tu. Co tengok dia siap boh masking tape macam tu. Habih takkan aku nak lukih tupperware? Maka jadi la natang ni hahahahaha terer jugak aku. Tapi mata besaq sebelah ah pedulik. Sepuluh minit ja sapa nak dan. 



Hat ni pipi melambung ntah ke mana pasai aku memang sumpah boring. 

Takdak la aku pandai melukih tapi aku buat pi la pasai aku memang bukan bangsa boleh lena dalam kelas/ mesyuarat/seminar ka apa-apa. Memang aku tak buleh. Takpa la kira mata aku bukak telinga aku dengaq. Tapi otak aku ja tak fokus hahahahaha.



Nah kecintaan baru. Buat isi masa lapang. 

Ada sapa-sapa nak suruh aku lukih mural kat dinding? Hahahahahaah


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment