Wednesday 15 June 2016

Apa Kata Mamak - Restoran Firdouse, Jalan Kuching

Di suatu pagi yang damai, aku ikut Nad pi ofis hahahahahahha dah macam mak aku pulak dok ikut pi ofis. Pasai masa tu aku nak pi Wangsa Maju pakai keta dia, so mengekoq la. Nad ajak pi breakfast, minah ni kalau bab makan sedap champion jugak. Oh Aiza pun ada sekali masa tu. Hai Aiza hahahahah *lambaian Queen E*


Dia kata roti canai sini paling sedap. Mai kita test. Restoran ni dekat tepi jalan besaq. Hampa ikut Jalan Kuching, sebelum jalan nak masuk DUKE tu ada shoplot banyak-banyak. Perlahankan kereta dan lihatlah pada kedai paling hujung dengan papan tanda Firdouse sebesaq alam. Ataupun Waze. hahahahahhaa.


Ok aku sangat setuju. Roti dia nipis, rangup, garing, berasa butter / margerine. Roti kosong pun dah berasa. Wargh sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Tapi depa kata kalau nak padu lagi order kari kambing. Hampa try tengok nanti habaq kat aku ok?


Lagi padu jugak kalau letak teloq setengah masak. Goyang goyang.. goyang kepala goyang goyang.. 


Ini tosai. Makan dengan kelapa chutney. Mata berkaca-kaca.

Food : 9/10
Price : 9/10
Ambience : 8/10 


Nindia alamat :

Restoran Firdouse
76, Jalan 2/42, Taman City
52000 Kuala Lumpur




Tuesday 14 June 2016

Apa Kata Mamak - Pizza Hut New Loaded Pockets


Jarang aku nak try pizza baru daripada Pizza Hut sebab aku akan setia dengan Super Supreme. Tapi rasa macam nak mencuba something new, jadi kita order New Loaded Pockets. Kenapalah aku gamak buat review makanan di waktu siang di bulan Ramadhan yang mulia ini..




Ini rupanya dari atas. Di tengah-tengah itu adalah sweet spiced chicken. Boleh pilih chicken / beef. Rasanya manis-manis pedas berempah sikit-sikit. 



Yang dalam poket tu adalah creamy chicken and mushroom. Enak rasanya. hahahahahaa.


Kesimpulannya?

Rasa dia seperti berhari raya di perantauan. 

Selamat menjamu selera!


Nindia alamat :

Mana-mana Pizza Hut yang paling dekat dengan lokasi hampa
Atau call 1300-88-2525 ja. mueheheheheh.

Monday 13 June 2016

Apa Kata Mamak - Farid's Grill


Baru ni balik SP, Mamita ajak makan. Selalunya keluaq makan malam lepaih Isya', around 9.30pm macam tu. So bila Papito balik dari masjid, aku, Mamita dengan TokBa dah siap. Tanya nak pi makan mana, Mamita laju ja petik Farid's Grill. Aku ok ja hahahaha.

Farid's Grill ni adalah satu restoran yang menghidangkan makanan barat perghhh bahasa lantera timur sangat ni hahahahaha. Seketui dia ja kat shoplot tu. Satgi aku bagi alamat. Bila mai menu, depa pakat order fries, wedges. Amukan kecil aku. Kata lapaq, order la, Papito yang bayaq hahahahaa. 

Dah siap order, maka kami menanti dengan keterujaan. Ya la aku saja tak makan pasai nak bantai makan betui-betui kat sini. Dalam 15 mins makanan sampai. 


Fish nuggets. Erm. Kalau aku jadi tokei kedai, aku cari cara untuk buat makanan ni lebih appealing. Kalau macam ni mai goreng sampai kering, harga nak dekat sepuluh ringgit, ada yang hangit jugak, aku bagi -2 bintang. Sila cuba lagi.



TokBa's lamb chop. I am not a fan of anything lamb hahahaha. Tapi aku rasa dan rasanya macam ok (kot). Ada mashed potato & salad sebagai side dishes cuma aku tak paham pasaipa letak biskut segitiga yang selalu orang letak kat aiskrim tu sekali dengan mashed potato. 



Pan seared salmon. I'm a sucker for anything salmon hahahaha. UNIKNYA makanan ini adalah the gravy. Tuna infused gravy. Menjadikan rasanya.... Sukar untuk ditafsirkan. But a good way of sukar untuk ditafsirkan. Texture dia tak smooth sangat. And thankfully the salmon is cooked nicely. Tiga ketui tu bawang putih. Tapi roti tu aku rasa better diganti dengan roti lain yang sejiwa dengan makanan ni. Hahahaha macam roti zaman aku belajaq dulu. Beli sebungkuih makan hari-hari kepit tempeyek / kerepek bawang tengah-tengah.



Fish and chips. Ikan dia yang tiga ketui ada grated cheese tu. Besaq penumbuk aku yang comey hahahahaha. Ni menu Papito and Mamita setiap masa. Cuma sekali lagi, roti tu makan dengan benda lain kot hahaha. ganti dengan baguette ka.. Rasa dia ok, ada kelainan kat yang hijau tu. Aku rasa tu mint mashed potato (kot) tak ingat sorry.

All in all, kedai ni ok, cozy, best pi makan dengan family. Cuma mungkin dari segi menu, kena bagi sesuai dengan harga yang dikenakan. Sila cuba lagi. Menu dia sedap, aku mesti pi lagi untuk salmon itu. Bulan puasa review pasai makanan. Sesungguhnya aku memang suka uji diri sendiri.

Food : 6/10
Price : 5/10
Ambience : 8/10


Nindia alamat : 

Farid's Grill
No.14, Jalan PPZ 1
Pusat Perniagaan Zamrud
Sungai Petani

+6014 3005040 / +6018 4661267 / +6014 3015900

Business hours : 18:00 - 00:00



Saturday 11 June 2016

Apa Kata Mamak - Restoran Safa n Marwah Putrajaya


hahahahaha ok aku namakan slot ni 'Apa Kata Mamak' sebab aku yang nak berkata-kata bila dah rasa makanan hahahahaha bangang.

Dua tiga minggu ni aku kemaruk nak makan makanan Arab. Specifically 'Tabbouleh.' Tapi tak jumpa yang berkenan di hati, dok memang tak buleh sentiasa hahahahaa.

Jadi di atas cadangan, maka kita pun menuju lah ke Restoran Safa n Marwah di Presint 11, Putrajaya. Terperuk sikit tempat dia. Tapi restoran ni cantik wei. Cozy ja, rasa macam kita di Mekah. Percayalah.




Ceiling rumah aku nanti nak boh lagu ni hahhahahaa. 



Sebab first time, kita try sikit ja dulu, kita cuba makanan berasaskan roti. Ni chicken shawarma. Benchmark aku untuk chicken shawarma ni adalah seperti di Tarbush Pavilion. Pergh kecoq bila teringat. Shawarma kat sini kecik sikit (RM4.90) tapiiii rasa diaaaa perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, This is IT (cawangan Putrajaya) bahahahahaha. Yang hitam tu adalah balsamic vinegar. Sejenis kelainan. Yang bagus. Sos dia pun bukan sos cili biasa, ada rasa macam Tabasco tapi campoq dengan keajaiban yang lain hahahahaha. Ayam dia cukup rasa, cukup lembut, cooked to perfection


Yang ni aku tak ingat menu apa. hahahaha mintak ampun, tapi ia adalah ayam jugak. Pun very tender, isi ayam tu relai dan tak overcooked. Didatangkan bersama dengan roti Arab besaq penampaq. Penampaq pak Arab kot pasai saiz dia dua kali muka aku ahahahaha. Lembut. Roti tu, bukan penampaq. The texture tak terlalu chewy, ada rangup-rangup sikit dan nipis. Yang pastinya kalau makan roti saja pun dah sedap. Itu another benchmark untuk seorang mamak (aku) bila makan roti.

Yang hijau dalam pinggan tu la Tabbouleh. Hahahahah kat sini jadi macam boleh jugak. Tabbouleh ni adalah Middle Eastern vegetarian dish. Ada tomato, lots of parsley, pudina, bawang, bulgur and seasoned with olive oil, salt and lemon juice. Makan sejuk-sejuk perghhhhhh. Rasa dia fresh dan sedikit tangy walaupun hampa pikiaq akan rasa parsley yang melampau, tapi ternyata tidak. Mula-mula makan tu akan ada karan sikit la hahahahaha. Biasa laaaa. Baru kenai awai-awai pun karan jugak kakakakakakakaka. Nak mampuih punya analogy.

Oh. Bulgur adalah cereal food made from the groats of several different wheat species, most often from durum wheat. Bulgur is a kind of dried cracked wheat and it is most common in European, Middle Eastern and Indian cuisine. Nampak macam quinoa atau couscous. Again, macam yes, tapi bukan.


Nindia alamat :

Restoran Safa n Marwah
No. 20, Jalan Jati Bukit P11/25
Presint 11
WP Putrajaya

+603-8861 7499






Friday 10 June 2016

Bola Tanggung.


Baru ni lalu tepi satu Italian cuisine restaurant. Tapi setelah sekian lama, aku tak pernah nampak kedai tu bukak. Jadi aku bertanya,


'Kedai ni tak bukak pun..?'


'HA'AH, TUTUP.'


-___________________________________-

Wednesday 8 June 2016

Mui Ne Trip - From Leo To Virgo Part VI


Kebaih tangan aku dok watermark. Hahahaha. Sampai-sampai kami di HCM, around 6pm, letak bag kat hotel, oh kami stay di hotel yang sama masa sampai dulu (Yen Trang 2 Hotel, District 1), teruih jalan laju-laju menuju Ben Thanh Market sebab Hawa balik awai (malam tu) dan dia nak shopping barang sikit.

Taktau la sama ada depa jalan gila laju atau aku makin gemuk kaki berat tak dapat menampung berat badan hahahahaha, tapi yang pastinya bila masuk market aku amik inhaler tekan tiga kali hahahahahaha. Terketaq-ketaq kaki tangan aku.





View Ben Thanh Market dari depan kedai Hawa shopping. Habis shopping Hawa naik cab ke airport. Tinggai la kami berempat duduk dua malam lagi di HCM. Bye Hawa, jumpa di Zawara Cafe hahahahaha.




Misi mencari pho. Sebab dah lapaq terketaq. 




Kat HCM tak susah cari makanan halal. Sedap dengan dak ja hahahahaha. Lepas tu siap la satu dish dalam 140,000 VND - 199,000 VND, campoq ayaq dalam 40,000 VND, so basically sekali makan akan habis dalam RM20 - RM30 ++. Bergantung la kepada berapa kali makan. Sebenaqnya duit habih ke makan ja hahahaha. Public transportation tak naik langsung kecuali ke airport. Sekali jalan, 16,000++ steps perghhhhh kurusssss kaki.


Teh apa taktau tapi nikmat dia rasa macam makan chewing gum tapi boleh telan tanpa rasa takut chewing gum terlekat celah qhengkong.


Esok harinya kami jalan-jalan sekitar HCM. 


View depan hotel.



Tapi kan, kita mulakan dengan kisah seram ringkas kali kedua.


Mamat ni dari jauh tala ke kasut Anis, dia tunjuk tapak terkoyak. Impressive gila dari jauh bleh nampak. Dia offer nak tampal, so Anis setuju. Siap tampal, cuci dan berus. Anis pun bagi la 20,000 VND. hahahahahahaha dia takmau! Dia nak 200,000 VND (dalam RM34). Dah la masa tu semua dah pakat jatuh miskin, makan catu hahahahahah Anis takmau pening-pening dia bayaq ja. Sepanjang jalan tu nampak kasut ja dok tanya mana lagi mahai, kasut baru ka tampal kasut hahahahaha. Kesian.



Vietnamese spring rolls. Rasa dia aneh. Aku cuba makan untuk rasa. Tapi untuk ulang mungkin tidak. hahahahaha.



Pesta buku Vietnam. Jarak hotel ke Ben Thanh Market lebih kurang 700m. Saja bagi exercise lebih.

 

Tiba-tiba nampak Menara Rebung. Eh bila sampai KL?


Saigon Central Post Office.






Saigon Notre-Dame Basilica.


Settle jalan-jalan, kami lapaq. Haahhahaahha mana duit tak habih. Pi makan, then shopping lagi sikit. Then balik hotel rest sebelum keluaq pulak petang tu.



Nasi goreng apa tak ingat hahahhahaha. Nenas dia besaq kapai.


Aku bukan penggemar kopi, tapi satu sip kopi Vietnam ni memang padu. Sedap gila. 


Petang menjelma, kami pi Cau Mong Bridge. Dalam 20 minit jalan dari Ben Thanh Market.











Malam konon nak tengok Water Puppet Show. Tapi check duit dalam purse macam kesian sangat kat empat orang kami hahahhahahaha. Yang ni takda dalam plan. So kita cancel. Takut tak cukup duit nak balik. Kata percutian bajet. Ingatkan bangunan ni buat show tu, rupanya salah. Jadi memang dah ditakdirkan memang takkan tengok show tu hahahahaha. Kita amik gambaq ja la.



Try jalan nak tengok baju kurung buat meniaga. Peh. Kualiti semua out. Tapi harga mahai. Cuma kat sini depa pesta tudung Neelofa hahahahaha. Kiri kanan jalan depa dok juai. Orang kita pun sama naik dok membeli dengan pakai kat sana. Vietnam 1 - Neelofa 0.

Settle jalan, singgah sekali lagi tengok last round apa benda yang boleh dibeli dengan portion duit untuk shopping. Pekena pho dengan roti ayam seround. Balik tidoq ternganga.


Masa untuk pulang esoknya.


Orang Vietnam dan motosikal mereka. Sejenis kegilaan di atas jalan. Nak lintas sama ada kena berani atau buat kering atau separuh pungkoq hilang hahahahaha.


Kat airport pun nak ballet lagi.



Pengajaran sepanjang percutian ini? Berhati-hati dan bijak berbelanja. hahahahahaha

Photo credits : Nad, Anis, Hawa & Dolce.




Hahahhahahahahaa. To another fun and magical trips!

Tuesday 7 June 2016

Mui Ne Trip - From Leo To Virgo Part V


Kan aku dah kata, mangkit isok tu takda sapa nak kalut sangat. Hahahaha tapi Dolce dengan Anis buat breakfast. Kami beli makanan segera Brahim's etc wah macam pi London hahahahaha. Tapi percayalah, memang berguna semua makanan ini sebab hampa banyak berjalan. Bila banyak berjalan, lapaq. Simple maths hahahah tetiba.

Konon nak tengok sunrise kat laut pulak. Aku yang kelaut hahaha so around 7++ macam tu baru keluaq jalan-jalan tepi pantai yang dekat dengan guesthouse pulak.




Pantai berdekatan guesthouse ni penuh dengan cengkerangs (plural) hahahahaha. Better jalan pakai slipper la. 





Boleh buat telefon. 



Peliharaan Dolce. Bila masa tah dia dok bawak natang ni. 


Mak Smurf.


Family nelayan kutip hasil tangkapan. Tapi sepanjang kami tengok ni, tak banyak sangat pun depa dapat.




Retards.


Elok nak balik Anis dengan Hawa kelui kata ada seafood. Dolce dari awai dok nak makan scallop. Aku dengan Nad ikutkan ja. Tengok depa meniaga seafood memang fresh gila. Bayangkan yang tadi nampak dok memukat tu, tiba-tiba depa mai bawak bekas penuh seafood. hahahahaa. heaven.

Hawa belanja makan ketam. 11 ekoq ketam fresh 100,000 VND (RM17 lebih kurang). Tiba-tiba mai sorang lagi pulak juai ketam macam lain pulak. Nad pulak beli 4 ekoq. Depa masak depan mata. Dolce beli sepinggan scallop. Cicah dengan asamko + limau. 







Aku tak berani sangat mula-mula sebab aku ada sejarah hitam dengan makanan bercengkerang. Tapi the moment scallop ni masuk mulut. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. *tengok tiket ke HCM sekarang*




Scallop, kacang tanah, chives. Bakaq sampai masak. Dua kali order hahahahahaha. Hampa rindu dak makanan ni?



Sebelah kanan tu pakat dok meniaga. Segala jenis seafood depa ada. Tapi memang murah gila.



Selesai makan, balik ke guesthouse & siap-siap nak gerak semula ke HCM dengan bas. 


View sepanjang jalan. Masa pi tak nampak sebab malam. Hawa siku aku yang tengah elok standby nak mereput. Aku kata dia dok paling hujung, dia amik hahahaha. Macam Miami woi.


Thank you Mui Ne. You have been magical.