Sunday 5 June 2016

Mui Ne Trip - From Leo To Virgo Part III

We headed to Fishermen Village for our next tour. Kat sini nelayan-nelayan juai hasil tangkapan laut to locals and tourists. Salah satu benda yang aku noticed masa first Nad tunjuk gambaq Mui Ne adalah sampan bulat depa. Dari situ aku berazam nak duduk jugak dalam sampan ni, apa jadi pun. Tak kira. Tapi masa kami sampai tu orang tengah ramai, so we decided to cari di kawasan pantai waktu petang-petang.





Sama dak macam yang hampa Google? 




Ini ketam.


Lepak Fishermen Village sat ja sebab lepas tu kami menuju ke Fairy Stream. 


Fairy Stream ni macam anak sungai, panjang dalam 1 km macam tu. Rupa bentuk macam Grand Canyon hahahahah (takmau kalah). 



Ni semua pasiaq, tapi bila dah lama kena ayaq, depa jadi batu. hahahahah aku takda explanation lagi bangang dari ni.




Tips bila di Fairy Stream - hampa sebenaqnya kena bayaq 5,000 VND ja untuk cuci kaki dan kasut. Tapi masa kami sampai, ada sorang budak ni (dalam gambaq baju hitam seluaq putih - namanya Pha), kelui kami, nak tunjuk jalan. Suara bukan main kuat (dan sengau) dok explain macam-macam. Siap petik four leaf clover bagi sorang satu "This is lucky!" Kami pun dengan gembira ikut pasai ingatkan memang depa ni helpful.

Jadi bila dah jalan dalam 500 m, Pha kata dah boleh patah balik. So kami pun dengan niat hati yang suci murni berbincang nak bagi tips. Hawa sua 10,000 VND hahahaha.

Pha jerit dalam nada sengau "NO! I WANT 400,000!!! 10,000 NO NYAM NYAM!" 

HAHAHAHAHAHAHA. DIE.

Jadi hampa agak sapa kat sini yang jadi tukang nego / amuk?

Yes. Kakak Polis.

Nad cakap takda bagitau kat mana-mana kami kena bayaq, tapi Pha berkeras jugak. Aku memang senak kalau berada dalam situasi konflik macam ni. Cuak dan biru. RM68 untuk 500m hahahah kaki celup ayaq sampai buku lali ja. Tak patut jugak. 

Aku cucuk kot belakang ja. Kata kat Dolce, tapi kuat-kuat "Nad kan macam POLIS." Nasib baik Dolce pun sambut bola tanggung "Ha kakak POLIS, kena bawak pi balai POLIS." dok sebut polis lapan juta kali. Muka Pha dah nampak cuak dah. So Nad kata jom cakap dengan tour guide kami sekali, sambil depa dua dok bergaduh laki bini hahahahahahhaa.

Sampai kat tempat masuk Nad explain kat orang yang jaga tempat tu, orang tu kata "I don't know, you settle." Rasanya sebab depa nampak Nad pun TEGAS "If you want, we settle this at the police station."

Pha dah duduk tepi merempan. Nad memang takmau bayaq, tapi aku slow ja pi tepi dia tanya "Nad, camne?" hahahahahhahaha dia dah la tengah marah, aku curah minyak. Pha mintak 100,000 VND. Last sekali Hawa bagi 50,000 VND, dia takmau. Hawa tarik nak simpan duit dalam bag, dia mintak banyak mana ikhlas (NOT). Hahahahha

Sila berhati-hati ye. Kalau takda dalam tour or stated anywhere, kita tak payah accept offer depa. Takut kena macam kami la. Justeru, pulang dalam perasaan sedikit amarah tapi disejukkan dengan kopi Vietnam dan teh herba serta buah-buahan di guesthouse.

Kenyang makan dan minum, semua lena ternganga kecuali Dolce tengok Upin Ipin versi Bahasa Inggeris dan gelak sorang-sorang.


No comments:

Post a Comment