Friday 3 June 2016

Mui Ne Trip - From Leo To Virgo Part I


Trip ni planned sebelum aku pi umrah lagi.

Mari aku perkenalkan teraju-teraju utama cerita ni dulu :

Aku - cucu tukang juai carpet
Nad - cucu driver ambulans
Anis - cucu DO
Hawa - cucu Chief Clerk
Dolce - cucu engineer kapai British

From Leo to Virgo sebab Anis sorang ja bulan 8. Lain-lain semua Virgo. Jadi untuk tidak mahu Anis berasa dipinggirkan, kita letak la Leo jugak. Hahahahhahahaa. Anis mesti roll mata teruk.

Dimulakan dengan Nad tanya aku tau dak Mui Ne kat mana. Aku kata taktau. Dia tunjuk satu gambaq, aku teruih ON. Kami teruih beli tiket, lepaih tu mulakan pengajian dalam bidang Mui Ne (kepujian). Kami beli tiket hari rabu malam, stay semalam di Ho Chi Minh, esoknya bila Anis, Hawa & Dolce sampai baru gerak ke Mui Ne. Saja nak lepak satu malam supaya tak terkejaq.

Ayat Dolce masa nampak aku dengan Nad - 'tudiaaaaa tingginya depaaa.. aku ni katikk.' Daripada nak rasa segan teruih rasa nak penumbuk.

Masa berjalan nak ke bus station, Dolce drop lagi satu bomb - 'Nad ni macam polis. Kakak polis.' hahahahahaha ya Dolce, semua orang pun cakap macam tu.

Mui Ne adalah satu resort town along the South China Sea in Southwest Vietnam.




Perjalanan HCM ke Mui Ne amik masa 4 - 5 jam. Nak ke Mui Ne dari Ho Chi Minh ada tiga cara :

1. Naik kereta - boleh check dengan agents yang ada di airport / sekitar hotel untuk tau rate. Kalau pi ramai-ramai, satu MPV muat lima orang dengan beg (backpacks) dalam 2,000,000.00 VND, lebih kurang RM340 masa tu. Ikut rate la. Masa tu 100,000 VND = RM17-RM18. Jatuh sorang dalam RM68 pi balik.

2. Naik keretapi - renyah / susah sikit sebab dari HCM nak ke train station amik masa dalam 45 mins. Then nak beli tiket online pun agak kurang mudah hahahaha. Sebab bila dah sampai window nak bayaq, jadi slow / hang / hilang. Everytime. Jadi kena pi kat agent jugak. Ada tu ada, dalam USD7 lebih kurang. Tapi nanti bila sampai Mui Ne, hampa still kena amik cab untuk keluaq dari kawasan train station - dalam 30 mins jugak.

3. Naik bas - USD 6 per trip. Pi balik dalam RM46-RM47. Jumpa travel agent, depa akan bagitau kat mana nak naik bas. Bas ada wifi, dan tidak berbentuk seperti bas biasa. Ada la bas biasa, tapi kami try bas yang berbentuk katil siap. Hahahahah senang nak mereput. Cuma tengok timing la. Sebenaqnya better amik bas malam, boleh tidoq, then pagi / subuh sampai. Nak balik boleh amik bas tengahari. Ikut perancangan hampa nak stay macam mana. 



Ada bas yang ada toilet, so tak perlu risau. Bas akan berhenti sekali ja untuk perjalanan ni. So hampa boleh turun dan makan buah / keropok. Toksah beli roti la takut tak halal hahahah. Bas akan hantaq direct ke hotel tempat kita duduk, just bagi alamat. Waktu balik nanti pun sama, kita tunggu depan hotel, nanti bila sampai masa, bas muncul.


Suasana malam di dalam bas. Macam dalam disko.

Bila sampai, semua dah melelong-lelong sebab bas tinggi, semua duduk belakang sekali pasai seat lima in a row hahahahahhaa.


Pic source : Google

 Kami stay di Quoc Dinh Guesthouse. Seberang jalan dan tak mengadap laut (ini adalah percutian bajet). Tapi sebenaqnya kalau hampa cari lagi ada ja guesthouse yang mengadap laut dengan harga murah. Bilik luas and staff kat sini very friendly (Madam Thi). Hampa boleh pilih untuk tour sendiri atau ikut tour yang hotel offer. Lagi mudah ikut yang offered la. 

Aku cadangkan bawak la bekalan makanan. Sebab sini tak banyak kedai halal. Masa sampai ni pun kami teruih masak IndoMee makan dengan seaweed. Sedap sungguh rasa makan ramai-ramai. Hahahahaa.



Lepas makan, jalan-jalan kat luaq tengok bulan. Naik moto, kena asthma attack hahahahah. Orang Vietnam ni kalau bawak moto macam hilang akai keja nak hon ja.

Then balik bilik semula. Sesi suai kenal diteruskan. Lepaih tu pakat cerita aktiviti esok dan pukui berapa nak bangun. Untuk USD6 per pax kami dapat tour White Dunes, Red Dunes, Mui Ne Fishing Village & Fairy Stream. Gerak as early as 4.30am. Dan la Subuh dulu.

Dalam dok sembang, Dolce kata dia mandi 45 mins. Dia ni paling adik. Hahahahaha. Kami kakak-kakak sepakat dia kena mandi dulu (jam masa tu dah pukui 11 lebih). Dia dok berteleku ataih katil dok kira pukui berapa nak mangkit hahahahahaha.

Malam tu semua tidoq ternganga. 

Dolce ja tak habih kira lagi.




1 comment: