Monday 13 June 2016

Apa Kata Mamak - Farid's Grill


Baru ni balik SP, Mamita ajak makan. Selalunya keluaq makan malam lepaih Isya', around 9.30pm macam tu. So bila Papito balik dari masjid, aku, Mamita dengan TokBa dah siap. Tanya nak pi makan mana, Mamita laju ja petik Farid's Grill. Aku ok ja hahahaha.

Farid's Grill ni adalah satu restoran yang menghidangkan makanan barat perghhh bahasa lantera timur sangat ni hahahahaha. Seketui dia ja kat shoplot tu. Satgi aku bagi alamat. Bila mai menu, depa pakat order fries, wedges. Amukan kecil aku. Kata lapaq, order la, Papito yang bayaq hahahahaa. 

Dah siap order, maka kami menanti dengan keterujaan. Ya la aku saja tak makan pasai nak bantai makan betui-betui kat sini. Dalam 15 mins makanan sampai. 


Fish nuggets. Erm. Kalau aku jadi tokei kedai, aku cari cara untuk buat makanan ni lebih appealing. Kalau macam ni mai goreng sampai kering, harga nak dekat sepuluh ringgit, ada yang hangit jugak, aku bagi -2 bintang. Sila cuba lagi.



TokBa's lamb chop. I am not a fan of anything lamb hahahaha. Tapi aku rasa dan rasanya macam ok (kot). Ada mashed potato & salad sebagai side dishes cuma aku tak paham pasaipa letak biskut segitiga yang selalu orang letak kat aiskrim tu sekali dengan mashed potato. 



Pan seared salmon. I'm a sucker for anything salmon hahahaha. UNIKNYA makanan ini adalah the gravy. Tuna infused gravy. Menjadikan rasanya.... Sukar untuk ditafsirkan. But a good way of sukar untuk ditafsirkan. Texture dia tak smooth sangat. And thankfully the salmon is cooked nicely. Tiga ketui tu bawang putih. Tapi roti tu aku rasa better diganti dengan roti lain yang sejiwa dengan makanan ni. Hahahaha macam roti zaman aku belajaq dulu. Beli sebungkuih makan hari-hari kepit tempeyek / kerepek bawang tengah-tengah.



Fish and chips. Ikan dia yang tiga ketui ada grated cheese tu. Besaq penumbuk aku yang comey hahahahaha. Ni menu Papito and Mamita setiap masa. Cuma sekali lagi, roti tu makan dengan benda lain kot hahaha. ganti dengan baguette ka.. Rasa dia ok, ada kelainan kat yang hijau tu. Aku rasa tu mint mashed potato (kot) tak ingat sorry.

All in all, kedai ni ok, cozy, best pi makan dengan family. Cuma mungkin dari segi menu, kena bagi sesuai dengan harga yang dikenakan. Sila cuba lagi. Menu dia sedap, aku mesti pi lagi untuk salmon itu. Bulan puasa review pasai makanan. Sesungguhnya aku memang suka uji diri sendiri.

Food : 6/10
Price : 5/10
Ambience : 8/10


Nindia alamat : 

Farid's Grill
No.14, Jalan PPZ 1
Pusat Perniagaan Zamrud
Sungai Petani

+6014 3005040 / +6018 4661267 / +6014 3015900

Business hours : 18:00 - 00:00



No comments:

Post a Comment