Friday 2 January 2015

Melekat Di Jari.


Happy New Year!

My New Year's Resolution is to stop hanging out with people who ask me about my new year resolutions hahahahahaa. Melawak. Aku ada beberapa benda yang aku nak buat takpa nanti pelan-pelan aku cerita.

Pada hari tahun baru aku kena keja. Pasai bila jaga duit ni, tengah lena pun kena mangkit pasai orang dok tanya bila nak dapat duit. Tapi takpa, sebab pada masa sama kita buat benda untuk kemudahan pada orang. Walaupun tak banyak macam orang yang betui-betui turun padang, setidaknya ada la benda kita buat jugak untuk bantu ringankan beban.

Lepaih buat keja, aku dilema antara nak pi IOI City Mall atau pi makan kat KL. Pikiaq balik mall baru mesti manusia mengembut (yes, tadi membe aku habaq dia nak keluaq parking ja sejam setengah kemarin!) Maka tala la pi KL meredah hutan batu mencari sesuap nasik.




 Ingat lagi buku ni? haaa ni kitab kecik aku nak cari makanan best kat KL untuk tahun 2014. Salah satu guidance aku untuk cari best food. Nampak hat bulat-bulat tu tanda aku dah pi mencemar duli la tu hahahahaa. And yes, tidak mengecewakan langsung malahan membuatkan aku terigau-igau.



Pada hari tahun baru, aku pilih untuk pi Betel Leaf Restaurant di Lebuh Ampang KL. Sebab aku geram ja tengok masalodeh tu nipis-nipis dengan parpu macam tu. Menguji. Nasib baik dah sekerat jalan baru otak aku dan pikiaq 'eh kedai bukak ka harini?'

Aku telefon, ada hero hindustan jawap.

'Hallow, Beetle (Betel) Leaf.'

'Hello, ini hari you bukak ka?'

Padahai dah ada orang jawap, mesti la bukak kan. Bertenang, rasional aku telefon sebab mungkin dia bukak untuk masak untuk tujuan katering sahaja atau untuk private function. Pelbagai kemungkinan.

'Ini hari buka. Coming, coming.'

Eh. Dia cakap bagi pihak pulak. Takpa, pederaih pi.

Elok la tara nak sampai pun jalan nak menuju ke Lebuh Ampang tu memang tak pernah tak jem.


Elok nampak Guardian belah kiri tu, kat traffic light tu tala pi kiri. Tapi kan, hampa ni awat bila lampu merah tak bagi jalan pun hampa suka nak lintaih? Lepaih tu jeling orang dalam kereta. Takpa tu nanti aku buat satu entry lain hahahahaha


Masuk-masuk Lebuh Ampang ja nah buleh nampak banner ni rentang jalan. Dengaq kata macam best. Takkan tak best, Rajnikanth kot belakon.

Hampa kena ke depan lagi, Betel Leaf ni dia dekat-dekat nak sampai hujung jalan dah. Sini jalan sehala (one way). Lepaih tu kena langut tengok sikit pasai restoran ni kat tingkat ataih. Bawah dia kedai juai sari nama Nalli. Pinaq mata aku tengok sari elok-elok tang ni. Restoran ni sebelah kanan jalan. Cuma sini nak cari parking memang buleh tahan, pandai-pandai hampa la nak park tang mana jangan kena tow sudah. Jauh nak pi kutip balik kereta kat Kepong lepaih tu bayaq RM200 hahahahah ya aku bercakap dari pengalaman.
 


Park tang hujung jalan, baca doa apa lebih kurang, kunci kereta. Aku rasa macam kat Mumbai hahahahaha pasai kiri kanan semua hero Hindustan. Sanjay Dutt ada, Salman Khan ada, Ranbir Kapoor ada. Saif Ali Khan dengan Shah Rukh Khan ja takdak. Kalau ada aku kena tukaq tajuk entry ni melekat di hati hahahahaha. Tapi yang syok turun-turun kereta tu bau gulai/kari tu perghhhhhh. Indescribable. Paham dak bila selalu pi mamak biasa bau gulai kan macam nak sama, ni dak. Ni betui-betui punya. Aku nak explain pun taktau tapi bau karipuley (daun kari), rempah, segala mak nenek lain la memang tepat. Pendek kata dok sini hari-hari mesti aku bahagia (isi form mintak tukaq keja KL. Alasan : saya lebih bahagia dengan bau kari dari asam pedas)


Cantik kan menu dia?


Menu dia tebai, jadi aku snap sikit ja. Lebih-lebih tu hampa pi sendiri la explore. Ikut review lain yang aku baca, menu wajib sini adalah betel leaf chicken, rabbit masala dengan butter paneer. Cuma disebabkan menu dia adalah dalam bahasa yang mungkin agak asing, maka hampa kena rajin bertanya dan kalau nasib hampa baik, depa layan la pasai orang memang nalla ramai. Restoran ni tingkat ataih, paihtu ada aircond dengan kipaih. Elok la pasai lauk-lauk memang pedaih.

Ni nama dia Rasam. Atau Saaru. Atau Chaaru. Tapi besa kita panggey Rasam la. Sebut dia macam Awesome. Ok sebut sekali lagi. Rasam. Bagus murid-murid. Rasam ni adalah sup di India Utara. Pakai jus asam jawa as base, lepaih tu tambah tomato, pepper, chili pepper, cumin dengan macam-macam spices lain untuk rasa. Rasa dia masam campoq heat lada. Tapi tak pedaih. Dulu Mamita suka buat. Pasai selalu orang letak rasam dalam jag ja. Boh dalam gelas/mangkuk kecik. Setengah orang makan dengan nasik. Tapi aku suka minum dalam gelas/mangkuk kecik ja. Lagi best kalau dok rasa nak demam tu, pi cari rasam hangat-hangat minum. Lega rasa. RM6.50.


Butter chicken (boneless). Nak menangis kalau aku ingat balik pasai sedap sangat kuah dia. Ayam dia perap dulu, lepaih perap tu baru dia masak dengan kuah tu pulak. Ayam rasa macam tandoori, cukup berempah chef dia potong kecik-kecik. Senang nak makan. Aih. Nampak betapa cantik kuah dengan pecah minyak elok ish ni kalau ada roti gardenia sebuku habih kat aku sorang. RM15.00


Ni. Hat ni BOMB. Masala Fried Jinga. Bukan jingle bell atau pun junglee kahey. Masa sampai aku tak impressed sangat tengok. Sekali rasa, nah. Sampai la ni aku takleh lupa. Udang masala. Dekat menu dia ada gambaq cabai kecik. Tandanya pedaih. MEMANG PEDAIH. Hampa nampak cabai kecik-kecik tu? Bukan kacang panjang. Tu periuk api. Sedap bomb. Sangat sedap. Tapi sedap dia sama naik dengan pedaih. Aku masuk semulut, minum ice lemon tea tiga kali. Minum rasam sekali. Ayaq masak sekali. Ayaq mata toksah cerita. Sikit lagi sama level tengok Kabhi Kushi Kabhi Gham. Berdesup sampai gegendang. Sungguh tak tipu. Tapi sungguh jugak. Sedap.Haa ni udang dia hebat. Gebu. RM20.00.

Plain briyani. Honestly, sedap, tapi tak setinggi ekspektasi aku. Tapi masih sedap dan berada dalam kategori aku akan makan berkali-kali. Cuma aku bagi 8.5/10. Portion dia kecik ja. Briyani ni macam tak berapa cukup minyak sapi sangat. Ada dry sikit. Pada aku briyani yang sedap takleh lupa adalah yang lembut, wangi, ada minyak-minyak sikit. Tapi ini pun dah memang aku tak buleh complaint banyak. Mata putih naik ataih jugak tapi tak semua la hahahaha. RM9.00.


Mamak sejati ja akan hidangkan makanan dengan ini. Tairu campoq bawang. Hahahahah ni memang ultimate favorite aku. Mamak pelita dah tau. Siap boh tiga camca besaq nak suruh aku beli deodorant sedozen kot.



Nah kegembiraan. Nampak besaq tapi sebenaqnya kecik comey ja. Haihh udang tu...


NI. NI NAAN PALING SEDAP. Dalam KL. Sedap dia aku rasa bergenang ayaq mata aku masa amik secubit boh dalam mulut. Bomb nombor dua. Bayangkan sedap rasa macam roti canai tapi dia sebenaqnya roti. Lepaih tu kan, texture dia konsisten. hahahahaha amboi teruk sangat. Maksud aku kelembutan dia tu terserlah. Kalau anak mami ni mau hantaran 30 ribu serba satu bagi terduduk mapley. Aku makan pejam-pejam mata. Pasai aku tengok kat sini majoriti yang makan mesti akan order naan. Jadi aku rasa hampa patut cuba. RM4.00



Cicah pulak dengan kuah berapi tadi tu kan. Aku takmau kata apa dah. Hampa mai rasa la tang ni.


Dah habih kenyang makan hat pedaih-pedaih tu hampa mai la jalan sikit dekat kaunter bayaq dia. Ada macam-macam sweets. Aku mula nak amik candy, tapi macam berlemak sangat pulak. Nampak gulab jamun dok berenang lagu pun aku dah goyang. jaleebi lagi. Takpa, aku cuba amik laddu. Seketui cukup. Nak rasa tengok lagu mana.



Ni laddu hat tingkat tengah paling kiri.




Laddu ni pakai tepung kacang kuda, minyak sapi, buah pelaga, bijik jangguih, susu, etc lepaih tu goreng. Tapi buat dia ada tiga langkah. Takpa hampa cari resepi dia kat mana-mana aku nak cerita pasai sedapnya manisan ini hahahahahah. Mamita suka sangat order kat kedai lepaih tu bagi kat orang. Kenduri time kalu toksah cerita la beratuih bijik dia order jamu. Jadi hat ni, yang terpaling sedap aku penah rasa setakat ni. Pasai luaq crunchy dalam lembut. Rasa pun tak overpower dengan rempah. Indian food ni memang kaya dengan rempah, jadi kalau hampa bukan bangsa yang suka dengan rempah ratus, aku rasa laddu ni kurang sikit kot kat hampa. Nasib aku tak tamak pasai masa tu aku dah sengkak. Seketui ja aku rasa, but I will be back for more! RM1.70

Total makan? Campoq tax dalam RM71.25. Aku rasa berbaloi pasai memang licin pinggan tu tinggai daun pisang ja hahahahaha.

Ni alamat :

Betel Leaf
77A/79A, Lebuh Ampang
50100 Kuala Lumpur

www.betel-leaf.com

Tel : 03-2032 5932

11 am - 11 pm.

No comments:

Post a Comment