Wednesday 21 January 2015

Bila Mamak Masuk Dapoq.


Aku kena admit aku dah lama sangat tak menggila masak macam dulu. Dulu apa terlintaih dekat kepala ja aku masak. U name it. Tak dan jadi trend lagi aku dah kuntau kat dapoq try nak buat. Tapi aku taktau apa jadi pada diri ini sehinggakan dah lama aku hilang mood nak masak hahahaha tak aku bukan pemalaih percayalah. Aku teramat sukakan masak sampai satu masa depa suruh aku masuk Masterchef (hat ni aku tak tipu).

Tapi weekend baru ni aku lepak kat rumah takdak keluaq pi mana, aku pikiaq takkan nak order pizza kot makan? Mat Saleh sangat lah padahai kan aku dah kata aku mamak berapa kali nak habaq??? hahahaha maka aku pun pi la kedai runcit beli perkakas nak masak. Rasa pelik ok.

Maka kuntau la aku kat dapoq. Nah aku bagi hampa tengok gambaq ja.


Mami Penang kata 'Masak kari tu mau nanti kena goreng sikit rempah tu, bagi dia pecah minyak tau ka, baru la berasa sedap.' Aku kalau masak gulai tak pecah aku rasa macam amik SPM tapi dapat SAP.



Linangan ayaq mata. Simple ja aku masak hari tu. Aku goreng ikan dua ekoq habuan petang satgi nak perangat. hahahahah. Pasai aku rindu Mamita punya gulai. Dari dulu Mamita ajaq aku masuk dapoq, nasib baik la. Kalau tidak mesti aku dah mati kebuluran hari tu hahahahaha.






Isok tu pulak aku nak makan nasik lagi tapi aku rasa macam nak test skill lain pulak. Nak tengok mojo ada lagi dak. Hampa jangan ingat Mojo masa AJL29 ja dapat persembahan terbaik. Pasta aku ni pun kalau makan sama feel macam dengaq Caliph Buskers menyanyi RomanCinta. Bergenang ayaq mata, goosebumps, sebak, terharu semua perasaan ada hahahahahaha *nah sua muka mintak penampaq*

Lepaih tu kan. la ni aku rasa macam seronok ja masak balik. eh memasak tu memang seronok kot? Cuma takdak sapa nak makan la pasai aku sorang kat rumah hahahaha. Buat lauk lima jenis kalu terlentang nak perabih. Takpa. Pelan-pelan kayuh sambil aku mengimbau memori zaman kerajinan melampau aku dulu.



Soto ayam. Macam tak percaya aku rajin pulak pi gumpai-gumpai daging tu jadi begedil. Sedap pulak tu. *sapa lagi nak puji masakan kalau bukan diri sendiri*

Kegilaan aku tidak hanya pada masakan lauk pauk atau berbentuk seperti di atas sahaja. Aku jugak ada kegilaan terhadap bakaq membakaq. Baja TokBa dulu pun aku pi bakaq, dok dalam plastik elok lagi tak usik, aku ingat sampah hahahahah 'you love burning things so much you even burnt the untouched soil in the bag.' -_______- hahaha sorry TokBa!


 Bread butter pudding. With vanilla sauce. Simply because Mamita loves it.

Ni zaman red velvet baru nak naik. La ni takdak sapa heran dah. Gigih cari resipi, bakaq tengah-tengah malam. Rasa macam aiskrim pun ada bila letak mascarpone cheese kot ataih. Kalau hampa nak cari red velvet cupcake paling sedap dalam KL ni, sila bergerak ke Bisou. Ada di KLCC dengan Bangsar Village. Hands down.


Ni. Yang paling mencabar tahap kesabaran dan minda aku. Macarons. Because they are extremely tricky to make and many of their ingredients can be expensive and/or difficult to source. Pasai tu kalau seketui sepuluh ringgit pun aku rasa berbaloi (aku rujuk pada Laduree, hampa kena kali dengan nilai kadar mata wang asing). Aku percaya pada statement tu. Pasai nak buleh dua ketui macam gambaq ataih ni, aku rasa ada dekat 30 kali aku cuba buat. Nak pukui teloq tak leh over, nak boh gula takleh macam tu macam ni, nak fold kena kot ni kot tu. Lepaih tu kena tengok weather! Khidmat bomoh hujan boleh pakai kat sini. Humidity is the enemy because with too must moisture in the air, the results can be devastating with flattened or cracked shells instead of shiny, perfect domes. Moody gila hahahaha. Nampak? Stress. Nak kena polish balik ni.


Tapi la ni api dapoq gas aku pun moody jugak.


2 comments:

  1. Bila bleh rase hang masak? Macaroon tu nampak sedap. ;)

    ReplyDelete
  2. haaaa aku baru dok tengah pepak macarons ni. hahahaha kalau mau nanti ang roger aku weekend kalau aku pi jejalan memana bleh beli kat ang.

    ReplyDelete