Friday 23 October 2015

Program Taat Setia II - Setia Kepada Mamak dan Melayu dan Seangkatan


(Mohon baca dalam gaya Pengacara Nona)

Program Taat Setia diteruskan lagi pada Episod Kedua dengan membawakan secara langsung masakan-masakan mamak dan melayu dan yang seangkatannya dengannya untuk kejian Tuan-tuan dan Puan-puan yang berterusan. Ini adalah bentuk makanan yang berulang kali dibuat disebabkan keenakan rasa serta keikhlasan si tukang masak dalam memastikan pengunjung mendapat kepuasan sebenar dalam menikmati makanan yang diidamkan. Kita saksikan.




 Kak Mah Nasi Dagang, Gate 1, Putrajaya


Tapi ni nasik kerabu. Hahahahaha Sini hari-hari orang ramai sampai beratoq. Nasik dagang dia kalau kena, tengahari tak payah keluaq dah. Lena bawah meja.


Nasi Ayam Kampung, 35 Medan Selera, Kampung Baru


Waktu ni first time try, Adik bawak. Tengok lauk apa dia amik. Aku start makan budu dengan tempoyak kat sini. Pergh. Pergh. 


Mat Ayam Kampung


Dulu, Kini. Selamanya.


Lake Club, Precint 8, Putrajaya



Butter chicken x Kailan x Tomyam


Stall Tepi Jalan, Pantai Dalam (Dekat LRT Universiti)


Nama stall takdak, tapi brader tu orang Kedah, bawak lori meniaga. Dia letak kerusi meja sepanjang jalan. Tengok camca garpu tu menunjukkan itu adalah pinggan kedua aku makan. Tapi semenjak jerebu ni dia takdak pulak. Tunggu cerah sikit kot.



Wong Solo, Bangi



Dengan syarat. Sambai kena asing. Pasai aku selalu menangis makan kat sini. 


Patin Place, Puchong Utama



Daisy cakap aku dah berubah sebab dok order nasik goreng ayam kunyit. Tak order patin dah. Dia taktau mood aku berubah-ubah.


Mee Tarik Warisan Asli


Slurp. Slurp. Slurp. Aku tak makan mee. Tapi ini aku bagi pengecualian khas. Especially bila tambah dengan sambai dia. Pergh. Berderaian ayaq mata.


Old Town White Coffee


Mee kari. Ni pun termasuk dalam pengecualian khas. Walaupun minyak berlinang, tapi rasa dia, Tengok tokua tu. Allah.... Kecoq!


Restoren Sri Nirwana Maju, Bangsar


Takmau kata apa la. Hampa pi makan la. Peria tu. Cabai goreng tu. Rassam tu. 


Vampire Loft


Salted egg prawns x daging salai masak lemak cili api x tomyam. Tambah la berapa kali pun. hahahahaha 


Mi Casa





Aku dah kata gulai Mamita paling sedap dalam dunia. Satu periuk aku punya.




 Nasik tomato Mamita. BOMB.


Ok homesick.






No comments:

Post a Comment