Monday, 17 November 2014
Day 4 of 30-Day Blogging Challenge : Your Dream Job
Assalammualaikum!
Apa macam hari minggu anda? Hari minggu saya pasti penuh dengan kalori dan kolestrol. Aku nak makan ketam, pi cari ketam. Dapat sekoq ketam, buat masak chilli tomato. 600gram. Tak berapa nak rasa. Harga? RM57.00. Tak berbaloi sangat lah. Dok tengok flight ticket pi Sarawak. Ketam kat sana buat aku terigau-igau.
Hari ni cerita takdak kena mengena dengan ketam.
Your Dream Job.
Fasa I kehidupan.
Kecik-kecik dulu. Aku nak jadi pensyarah. Sebab Papito suruh. Dia kata jadi pensyarah tu kita boleh adjust masa sendiri, bila nak buat kelas, kita sendiri boleh plan jadual. Dah lama-lama aku rasa macam tipu ja. Lain la kalau kita jadi pensyarah kat universiti sendiri. Kelas semua matapelajaran kita ajaq memang sukati kita la. Kalau mengajaq kat tempat ada banyak pensyarah, mesti la jadual bukan kita yang buat.
Nasib baik tak jadi pensyarah. Kalau tidak aku pulak kena buat jadual nak makan nasik kandaq.
Fasa II kehidupan.
Aku minat kaji bintang. Nak jadi ahli astronomi. Dulu-dulu aku suka dok ataih buaian (orang Kedah sebut ndoi), amik bantai layan tengok bintang malam-malam. Aku bayang dok tepi laut. Tapi tak lama la pasai nyamuk banyak. Hahahahaha gila. Baru nak syok tengok bintang, masuk dalam rumah muka aku macam bubble wrap.
Jadi masa tu aku akan baca banyak pasai sistem solar. Milky Way la, black hole la. Aku tau planet ada berapa, macam-macam la. (cuba tanya harini, aku mesti confuse.)
Aku ingat ada satu masa tu ada berita pasai komet apa nama taktau. Halley kot. Akan berpotensi untuk melanggaq bumi. Lepaih tu serpihan daripada komet tu yang sebenaqnya ada potensi nak langgaq bumi tu. Bukan komet berkenaan. Kalau komet tu aku rasa dah babai dah. Makanya serpihan komet tu terbahagi kepada 12 bahagian kot. Aku pun gigih buat kajian pasai benda tu. Bayangkan baca dalam sokkabaq ja nak dapat info mana ada reti nak Google ka apa masa tu. Aku amik satu buku, aku lukih batu serpihan tu seketui-seketui dari nombor 1 sampai 12. Hahahahaha. Lepaih tu aku tak buat apa dah. Sebab batu tu pun tak kena bumi (kot). Kalau kena mungkin la ni aku kat NASA, takpun watak minah (aku lupa nama dia) dalam Interstellar tu mesti bukan Anne Hathaway yang bawak. Hahahahaha. Eh tapi cerita tu sedih. Dan memeningkan. Hampa kena tengok.
Lepaih tu masuk sekolah menengah aku join Kelab Astronomi. Jadi setiausaha kot. Tapi aktiviti satu pun tarak. (ka aku yang tak pi?) hahahahaha tak ingat. Tapi mula pada masa tu kecintaan aku terhadap dunia cakerawala dah semakin kurang (aku rasa aku ada sajak jugak buat pasai cakerawala. harap Mamita tak simpan. Masak aku kalau dia jumpa, tujuh keturunan kena kata).
Cuma kegilaan aku kembali bila Sheikh Muszaphar tiba-tiba muncul dan menghiasi kaca televisyen. Jadi angkasawan. Aku yang tarik sawan berbulan-bulan. Segala buku, poster, sokkabaq, majalah semua aku beli. Ada sesuatu pada Dr. SMS ini. Hensem toksah cerita la. Aku tengok dia ja aku kena standby Panadol. Hahahahaha. Gila teruk penyakit aku masa tu. Kena pulak ada sekali tu, aku kat KL, tak pasai-pasai TokBa tepon habaq,
'You know Sheikh Muszaphar? You know him ka?'
Yes. TokBa dia cakap omputih dengan aku selalu. Level dia lain macam.
'Of course I know him. He's my idol.' (Penipu. Padahai dia ni dah masuk kategori crush tahap teruk penyakit tak boleh diubati lagi.)
'I'm going to meet him tonight. He's coming over to *****'s house for kenduri tahlil. What do you want me to tell him?'
MAMAAAA! NAK BALIK SP LA NI JUGAK!!
Aku jadi tak senang duduk macam kucing nak beranak (tipu lagi. Aku mana tau kucing tu tak senang duduk pasai nak beranak ka, sembelit ka, angin ka). Tapi memang aku tak senang duduk lah. Dok kira kalau balik masa tu buleh sampai dak on time. Lepaih tu nak kena mai KL balik pasai isok tu aku ada hal lain. Tak jadi.
Isok tu TokBa hantaq gambaq dia dok sebelah Dr. SMS. Dengan autograph siap kat buku Reaching For The Stars.
Kepala aku kebas.
Lepaih tu dia kawin dengan Dr. Halina.
Lagi aku kebas.
Cari dream job lain.
Fasa III kehidupan.
Fasa realiti. Keja jadi journalist. Paling aku suka sepanjang kehidupan aku.
Fasa IV kehidupan.
Current job. Nak kata tak suka, aku suka. Nak kata suka, ada masa memang aku meluat.
'Pi la cari keja lain.'
Hahahaha tu ayat kenyataan yang sampai harini aku tak rasa nak balaih balik.
Tapi sebenaqnya, aku suka pada kerja yang memudahkan orang. Orang kata aku sesuai duduk kat service field. PR ka. Ntah. Masa aku keja la ni pun aku suka ja solve keserabutan orang (yang sendiri serabut tak reti pulak nak solve hahahahaha). Cuma aku tak suka keja yang bila mana kita boleh guna diplomasi tapi kita tak guna. Kita lebih emosi / keja nak hantuk orang. Orang tak habih cakap lagi dah potong. Orang tak habih explain lagi dah marah. Lepaih tu tak boleh terima pendapat orang. Ekoq lembu yang dah bengkok depan mata pun dia nak suruh p bagi luruih jugak. Orang macam tu patut take over tempat lembu tu masa korban hahahahaha.
Kita mudahkan kerja orang. Orang mudahkan kerja kita. Kita diplomasi dengan orang. Orang takmau diplomasi dengan kita orang punya pasai la. Tapi kita dah buat yang sehabih elok untuk orang tu. Tu ja dream job aku. Kerja yang walaupun kepala nak pecah pikiaq, tapi ada cara dan saluran yang betui, sebab manusia ni bukan dilahirkan bodoh, cuma taktau. Jadi jangan buat macam kita ni keluaq-keluaq tengok dunia sampai ke sudah adalah bodo. Bodo. Hahahahhaha.
Tapi sebenaqnya duduk rumah pastu duit masuk macam gaji CEO la dream job aku. Hahahahaha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment