Wednesday, 19 November 2014

Day 6 of 30-Day Blogging Challenge : What Are You Afraid Of.


Aku takot hantu.

Hahahahahahaha.

Nampak macam ganas dengaq Slipknot, Korn bagai. Tapi aku penakut.

Memang la kena takut pada Yang Satu. Yang tu jangan pertikai. Tapi aku manusia biasa. Aku ada respons terhadap benda yang mistik macam ni. Iaitu dengan menjadi takot.

Ada sekali tu, aku kena handle  menda beratus-ratus juta, dalam masa tiga hari nak kena bagi bos sign (sawan tangis). Maka berkampung la aku kat ofis. Aku dah plan nak lepak sampai pukui 1 ke 2 pagi paling lewat pasai aku tau limit aku sampai kt situ ja hari tu. Isok nak kena masuk ofis macam biasa. Mana flexi hours????? Dah la aku tak suka Matematik. Bagi aku bergelumang dengan nombor. Tapi takpa. Aku terima dengan redha. Hahahahaha ya la benda kita kena belajaq jugak. Kita cuba, tapi kalau lepaih tu aku dah meluat, memang aku meluat la jangan dok suruh aku suka.

Aku pun lepak dok buat keja tu. Elok jam pukui 9.00 malam macam tu lampu bilik aku bukak, tutup, bukak, tutup, bukak, tutup (deng aku dok type ni rasa kembang kepala). Lepaih tu tutup teruih. Aku keluaq tengok kat area luaq tu elok pulak lampu cerah terang benderang.

Takpa.

Sambung sikit lagi.

Elok dia mai pulak bukak tutup kali ni lagi lama.

Hahahahah baca ayat Kursi dah berteraboq. Aku nak amik beg nak cabut tapi kaki aku rasa kebas. Aku rasa lama gila nak buleh keluaq dari bilik. Mangkaq hahahaha. Keluaq dari bilik aku tak tengok kiri kanan dah celapak keluaq turun bawah pi kat kereta.

Isok pagi jumpa bos.

'You sudah siap ka kerja?'

'Ada sikit lagi Puan. Semalam saya nak stay tapi ada hantu kacau lampu kat bilik.'

'Oh ho. You sudah takut?'

'Tak. Saya takut Puan lagi.'



2 comments: