Tuesday, 18 November 2014
Day 5 of 30-Day Blogging Challenge : Your Proudest Moment
Hahahaha topik ni bahaya ni. Salah cerita boleh dianggap bongkak, riak, takbur dan sama spesies dengannya dan boleh menjana jumlah haters yang berlipat ganda.
Jadi mari kita mula dari pokok pangkai dia dulu bagi hampa paham.
Aku ni boleh kira masuk dalam kategori rajin/pemalas. Hahahah macam mana tu. Maksud dia aku lalang. (bab MU aku tak lalang ok). Aku boleh jadi rajin melebih pada satu-satu masa dan tahap pemalas aku memang champion. Sama macam masa belajaq. Masa aku darjah satu sampai darjah enam aku rasa aku ok ja. Pernah la sekali dua dapat nombor satu.
Masuk sekolah menengah jahanam. Bukan sekolah aku nama sekolah menengah jahanam. Letak koma kat situ. Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3 aku kira ok lagi la. PMR pun dapat 7A 1B (aku dah kata aku tak suka Matematik). Naik Tingkatan 4, aku amik pure science. Hahahaha tulen habih. Aku dah mula pening. Co (cuba) hampa bayangkan, subjek macam ni:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Pendidikan Agama Islam
Matematik
Sejarah
Biologi
Fizik
Kimia
Matematik Tambahan
Prinsip Akaun.
Berapa tu? Sepuluh. Sepuluh! (Eleh, orang lain amik 32 subjek buleh ja score). Biaq pi kat orang lain. La ni aku yang pening. Hahahaha. Subjek teras tu aku ok la (kot). Yang lain-lain tu. Bermula dari Biologi dan ke bawah.
Mamita cikgu Sejarah. Tapi sorry Momsy, bila la ni ja rasa Sejarah tu best sebab dah tau betapa bestnya mengenang masa lalu (sebagai contoh, terkenang zaman muda/kecik-kecik tak payah pikiaq banyak benda). Buku Biologi aku ada banyak kaler-kaler. Sebab aku lukih tumbuh-tumbuhan. Siap ada eksprimen la apa la. Buku Fizik aku paling nipis. Pasai sampai harini aku tak paham. Aku tak minat. Buku Kimia pun sama.
Aku teringat kelas Kimia hari Selasa lepaih rehat. Selalu hari Selasa ada nasik goreng dengan ayam goreng makcik kantin buat sedap sungguh. Lepaih tu letak pulak sambai belacan. Masa tu makan nasik goreng mana pakai camca garpu. Pakai tangan. Siap colek sambai belacan tu amboi tengah taip teringat telan ayaq lioq aih. Elok masuk kelas Kimia, hampa bayangkan la kelas berapa puluh orang. Kalau separuh kelas makan nasik goreng ayam goreng sambai belacan? Cikgu Kimia aku kata,
'Hampa makan apa ni ha? Bau belacan habih makmal saya. Busuk kehong.'
Kehong. Teruknya. Hahahahahaha dalam erti kata lain busuk nak mampss la kot. Memang aku buleh bayang dia punya tahan tu pasai aku pun sabun tangan banyak kali bau belacan tak ilang hahahahaha.
Matematik Tambahan punya kelas lagi la. Pendek kata semua kerja aku dalam buku latihan tu, 15% ja aku buat sendiri. Sebab aku memang tak paham satu apa. Bila cikgu bagi homework, isok pagi sebelum kelas mula aku pi buat muka kesian kt member-member Cina. Ha cikgu Add Maths aku kan, muka dia macam watak Landlord dalam cerita Kungfu Hustle tu. Hahahaha. Ada sekali dia bagi kerja rumah. Dah la aku tak buat, aku tak bawak pulak buku teks yang tebai konkrit tu. Dia amik buku member sebelah aku, dia hempuk tengah bahu. hahahah nasib baik tak mati (ok tipu. sengai sikit ja, kena la dengan pemalaih aku tu).
Prinsip Akaun pun sama aku tak paham satu apa. Cikgu tu suka amik napas panjang-panjang bila nak cakap satu ayat. Aku rasa macam aku kena asthma attack kalau aku dok dalam kelas tu. Jadi bila time kelas, sama ada aku buat-buat fokus atau aku pi berjalan kat kelas orang atau paling bahagia masa tu aku ada practice kawad (aku hardcore Pandu Puteri).
Pendek kata, tu dua tahun paling azab dalam hidup aku. Sebab masa tu aku buang banyak masa kat Internet. Mabuk taik telinga (bercinta, bergayut) sampai study aku jahanam. Memang jahanam pun. hahahaha masa result SPM kuaq, aku tengok sekali ja. Pastu aku jalan kaki pi supermarket tenangkan pikiran sat hahahaha (takda la tenang pun. Aku takut nak balik rumah sebenaqnya). Result aku memang teruk. Daripada 10 tu berapa ja yang cantik. Subjek sains tak payah cerita la memang Wassalam. Tapi aku takdak fail. Aku tak credit ja hahahahah kira ok la jugak kan? (tampaq muka sendiri).
Lama-lama member semua pakat pi sambung belajaq sana sini. Aku ja dok kat rumah lagi. Aku takmau masuk Tingkatan 6. Aku dapat few offers daripada private colleges & universities tapi aku taktau pasaipa aku tak pi. Dok gigih tunggu IPTA. Mungkin rezeki aku (memang rezeki pun la), aku dapat masuk IPTA. Masa tau aku dapat masuk tu, Papito pi kat belakang mana tah, dia menangis. Masa tu aku dah janji kt diri sendiri dah, apa jadi sekali pun, masuk Universiti, aku takmau belajaq main-main dah.
Semester 1 kat Universiti, aku keja tidoq ja hahahahahaha. Pi kelas pagi, balik tengahari tidoq. Mangkit pi kelas balik pastu balik tidoq lagi. Aku taktau pasaipa. Bila mai nak exam, baru aku bercempera. Aku highlight semua nota hahahaha. Elok nak tau result sem 1, kena check online. Dah la zaman tu pakai TMNet. Hampa bayangkan 'dial 1515 teneneneeetttt tttttiiiiiiittttttt eoeoeoeoeeeeee krrrhhhhhhhzzzzzzzz ____________' baru line clear. Tapi nak berebut dengan sejumlah umat hat nak tengok result tu satu hal jugak. Sebab tu aku selalu cakap, sabar itu lumayan. Elok dah isi nombor kad pengenalan dengan nombor matriks, aku katup mata, baca Bismillah.
'3.5'
Aku tampaq komputer. Tak pecaya. Kena dial sekali lagi. Mangkaq. Aku refresh dua tiga kali, keputusan sama. Hahahahaha masa tu aku rasa kebas (tak sekebas cerita Dr. SMS la). Maka dengan itu, aku berjanji dan berazam dengan diri sendiri, aku akan cuba lagi semester depan. Gila kot keja tidoq tapi result macam duduk 24 jam kat perpustakaan. Hahahaha aku pun taktau macam mana aku buat tapi aku bersyukur sangat-sangat.
Lepaih tu semester-semester selepasnya tu aku jadi pressure lebih (tidoq tak kurang jugak). Alhamdulillah aku buleh maintain pointer macam tu dan meningkat. Bila aku grad, pakai selepang tu adalah untuk Papito dengan Mamita, TokBa dengan Adik sekali. Pasai aku devote kehidupan aku pada depa. Semua yang aku ada pada masa dulu, masa tu, masa la ni dan masa depan adalah untuk depa. Aku tak berenti situ la. Aku sambung lagi belajaq. Alhamdulillah aku merasa dua kali pakai selepang. Tu aku rasa masa yang paling berharga kat aku. Takmau cerita banyak-banyak. Benda ni semua pengajaran dan pelajaran kat aku. Pasai dulu aku buat lebih kurang, lepaih tu sendiri sakit kepala. Semoga aku boleh berjaya lagi pada masa depan.
Kesimpulan dia, mengong jugak aku dulu. Masa SPM aku jawap Add Maths tu, aku salin balik soalan, hantaq kat pengawas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment