Saturday, 22 November 2014

Day 8 of 30-Day Blogging Challenge : 5 Current Goals


Aku kan. Sebenaqnya hidup macam go with the flow. Bukan aku tak pikiaq masa depan. Aku pikiaq. Tapi aku kan suka pikiaq banyak. Jadi bila lagi banyak aku pikiaq lagi aku rasa serabut. Hahahaha.

Jadi mai la kita tengok dan baca dan hayati apa yang aku nak dalam hidup.

1. Nak jadi superwoman. Aku dah ada costume Batman. Hahahahah mati la. Tapi betui la. Aku nak jadi satu pompuan yang boleh buat semua benda. Tapi kalau buleh tu jangan la suruh aku angkat kayu balak. Aku takmau jadi orang yang hanya boleh buat satu benda pada satu masa ja. Aku tau semua pompuan dalam dunia ni hebat. Sebab depa boleh buat baaaaaaaaaaaaanyaakkkk  menda dalam satu masa. Dan pada masa yang sama otak depa pun ada banyak cabang-cabang. Hebat kan. Aku nak cita pasai pompuan ja. Pasai lelaki aku takmau cerita. Hampa yang lelaki la habaq hahahaha.

2. Aku nak jadi businesswoman. Keja makan gaji tu ok. Tapi takdak la sampai nak kaya teruk (tapi kalau ada rejeki lebih kena terima dan bersyukur la kan. Bolkiah ada seat lebih? hahahaha) Aku tak kejaq kekayaan. Aku nak kalau boleh hidup Papito, Mamita, Adik, Iwanie, Muslim, Tokba senang. La ni pun Alhamdulillah, cukup kalau kaya dengan budi bahasa, harta dunia ni sederhana sudah la. Tapi nanti kalau betui kaya aku nak beli clutch tembikai Judith Lieber dengan Birkin. Hahahahahah.

3. Kehidupan yang teratoq. Buat masa la ni hidup aku, aku sendiri yang jadi nakhoda. Aku sendiri yang belayaq. Aku sendiri yang kayuh sampan. Aku sendiri yang bawak kapai. Aku rasa ni goal yang paling susah. Macam MatYo. Orang lain semua dah sepak masuk, tapi mai kat dia tak masuk. Hahahahaha. Aku paling suka part tu. HogohPahangHogoh.

4. Oi baru nombor 4 ka! Aku nak sambung belajaq la. Tapi untuk dapat balik masa zaman Universiti dulu aku rasa takdak la kot. Aku jaki ja tengok budak Universiti. Pi kelas, lepak dengan member, buat assignments, huru hara masa nak exam. La ni kalau aku sambung lagi belajaq mesti aku yang terbalik dengan keja lagi. Nak sambung belajaq bukan setakat nak cert, tapi apa yang kita boleh dapat. Setengah orang bagi dapat scroll ja. Tapi buleh pakai selepang lagi ka? Nampak dak pressure kat situ?

5. Aku nak pi INDIA!!!!!!!



No comments:

Post a Comment