Wednesday, 3 January 2024

2024

Setahun sekali, mamak datang lagi~

Apa habaq semua? Selamat tahun baru 2024 la hoh. Aku jengoi setahun sekali ja tapi kadang-kadang kalau aku nak tengok kelucuan sendiri aku melawat la jugak postings lama-lama waahhh perasan hang jenih lawak.

Haritu dalam reta macam banyak ja benda aku nak tulih tapi bila dah depan pc ni mula la otak kosong. Walaubagaimanapun, aku cuba la istiqomah hahahahahahaha semua pi melaka sekarang!

Nampak dak nak buat lawak pun tapi sangkut serupa ada penyakit lelah. Nanti la aku free aku timbui lagi macam ikan kaloi.

Speaking of ikan kaloi - hang nampak dak macam mana aku boleh divert?? Haritu sembang dengan Nard cerita pasai menatang ni.

Dia tanya aku 'Ikan kaloi ni gurame kan?'

'Ye la, goreng garing. Kesian anak dia dok tunggu kat tepi kolam, alih-alih mak dah bersambal'


Macam tu la aku mula Tahun 2024.

Sunday, 1 January 2023

2023


Kepala hotak setahun sekali timbui.

Selamat Tahun Baru. Sepalat mana dah tahun baru hampa? Aku banyak benda ni sembang ni tapi macam besa la hampa kena tunggu.

Aku ingat aku nak teruskan balik la hidup kat dunia ni. Sebab aku rasa bercerita dengan manusia secara harfiah ni kita tak boleh jangka sampai ke mana penceritaan dan penerimaan manusia tu terhadap apa yang hang cerita. 


Kecuali Nard. 

Dia memang tetap dan berpencen kena dengaq. Kalau aku mati dan jadi hantu pun, aku kacau dia jugak.



Monday, 17 January 2022

2022

Takkan setahun sekali Syawal datang lagi nak update blog??

Tapi aku kena la buat jugak sebab blog ni sebahagian dari kehidupan. Boring-boring aku baca hasil penulisan dan menghakimi diri sendiri.

Nak cerita apa ni? Ada orang dok baca lagi ka sini? Font apa aku pakai masa dok type ni pun aku dah tak ingat. Tengok kat traffic masih ada yang sudi singgah. Terima kasih la hoh, walaupun aku taktau apa benda yang hampa cari kat sini hahahahahahaha. 

Tunggu la kalau rajin aku update. Kalau tak rajin, hampa mai jenguk tahun 2023 dan aku akan ulang ayat yang sama buat-buat terkejut la macam dah lama gila tak update apa-apa.

Tapi tu lah, setiap kali tahun baru setiap kali tu la nak buat azam baru. Azam yang masih berbaki macam mana? kat SPRM? 



*pelan-pelan hilang*

Friday, 13 March 2020

Typewriter.


PC aku bila bukak website  ni slow dia serupa aku taip pakai typewiter.

Cerita pasai typewriter, Sarah (post aku yang beberapa lagi seterusnya pun akan menjurus kepada dia. Sebab nak suruh aku buat marketing pasai dia. Entahlah. Aku pun taktau apa dia nak dalam hidup) cerita pengalaman dia naik bas dari mana entah tapi lalu jalan kat Gerik.

'Kau tau kan jalan kat Gerik tu terpusing kona sana sini, kerusi dah la kerusi kayu!' Dengus Sarah.

Aku tengah bawak kereta menuju Aloq Setaq ni. Dengaq dengan tekun la pasai kalau tidak dia karate tengkok aku dari belakang.

'Ha lepas tu?'

'Aku duduk seat kayu tu, dah la takde pemegang, bila bas tu sekali kona baring, kau tau tak aku terseret pergi ke tepi seat tau-tau aku dah terduduk kat tengah bas!'

Harey dok taip ni pun aku tergelak lagi hahahahahahahahah.

Masa ni aku dah berasa sedikit sukar nak tekan minyak.

Aku curah minyak lagi 'Kau duduk sorang?'

'YE LA KALAU ADA ORANG SEBELAH AKU, MAU AKU SERET DIA MACAM TYPEWRITER PERGI KE TEPI KERUSI TU!'


typewriter


Sarah.

Unjuran.



Nampak  gaya macam dah sebulan tak melawat kawasan. Takat perkenai Sarah ja haritu.

Tapi dari sehari ke sehari aku kenai Sarah ni, makin lama makin menjadi perangai dia. Aku ingat aku dengan Nard dah cukup setan, rupanya dia lagi kepala dari kami.

Mimik muka dia macam takut nak tegoq sebab Sarah ni comel orangnya. Berketinggian aku agak dalam 155cm dan agak keberatan jugak aku nak ulas pasai berat dia hahahahahahahah. 

Tahun lepas dia mai Kedah dengan Nard, TokBah dengan adik dia sorang jumpa adik beradi kat Aloq Setaq. Hang berani lalu Aloq Setaq tak singgah SP? Makanya aku cadang kat depa, mai SP naik komuter, lepas tu tengok kalau rajin aku hantaq balik. Kalau tidak hampa balik dengan train jugak. 

Masa dalam train Nard dah call, aku baru terhegeh lepas mandi. Aku tanya tang mana dia kata kat Gunung Jerai hahahahaha pasai nampak dalam Waze. Bangang naik train pakai waze. Aku rilek lagi habaq kat Papito depa jauh lagi, kat Gunung Jerai lagi.

'Hoihhhh Gunung Jerai sampai stesen 10 minit ja! Keretapi letrik tau ka???? Laju!!' 
Sembang serupa kita dah pakai Shinkansen.

Aku cuak la sikit. Tapi aku dan jeling ataih meja ada nasik lemak Makcik Nor. Takkan aku nak perjudikan nasik lemak Makcik Nor demi mengejar keretapi letrik?? 

Aku siap laju-laju (muka takdan mekap), makan nasik lemak, zassss pi kat kereta.

'Bawak la bekai niii donat ada karipap ada makan satgi ataih jalan,' ujar Mamita.

'Takpa aihhh kedai berlambak satgi pi makan la,' aku - dengan nada sombong.

Sampai stesen keretapi, Nard masuk dok depan, Sarah lantas menghempas punggung di seat belakang lantas berkata,

'WEI AKU NAK MINUM KOPI. AKU LAPAR. KAT MANA KOPI SEDAP SINI?? KALAU AKU TAK KENA KOPI AKU MARAH.'

Tuhan. Kedai kopi yang aku tau kat SP adalah Kedai Lih Pin yang dah bertukaq jadi kedai bunga. 


Menyesai tak ambik donat tadi.


Wednesday, 5 February 2020

Salam Perkenalan.

... daripada Sarah ...

Sapa Sarah?

Sarah adalah sepupu Nard. Nampak tak betapa aku ni loner sampai tujuh keturunan Nard aku ada nombor telefon depa. Dia sendiri mintak diperkenalkan kat sini, walaupun dah tinggai tiga empat kerat ja yang baca, tapi mampuih la aku nak cerita jugak kat sini, sebab aku malas nak guna platform media sosial yang lain kerana so(sial). hahahahah eh bitter.

Sarah ni aku jarang jumpa. Tapi dalam rare occasions aku akan jumpa dia, dan dia tak pernah kecewakan aku dengan lantera kehidupan dia. Kisah hidup dia punya bangang sampai aku takleh tekan minyak masa nak bawak kereta dari Gurun pi Aloq Setaq, punya teruk manusia ni.

Tapi aku malas lagi nak cerita la ni pasai pc aku macam slow. Dia keluaq hurup seketui seketui. Orang ada masalah anxiety macam aku bukan boleh ada problem macam ni, jadi pedih ulu hati. Cerita dia aku kena restart ja tapi level malas aku la ni bukan tahap normal. Aku punya malas tu sampai nak bukak mata mangkit dari tidoq pun aku takmau.

Tak pasai-pasai dah empat perenggan. Nanti sambung lagi la. Nak warm up ja dulu.

Dak. Tipu.

Aku dengaq suara bos. Incoming acid reflux.

Thursday, 16 January 2020

Penipu.

Sebenaqnya azam aku adalah







Satu buah pinggang lepas beli iPhone 11 Pro Max 512GB Space Gray (add to cart biaq sampai berkulat). Kalau yang ni mungkin dua buah pinggang.

Kalau dah dua buah pinggang takdak, macam mana aku nak kencing?

Jinjit handbag Dior tapi kencing dalam tiub.




Wednesday, 15 January 2020

2020.

Dunia dah nak kiamat.

Apa azam tahun baru hampa?

Aku nak beli handbag Dior.

Tipu. Aku tak pernah ada azam.

Azam pun takdak, duit toksah cerita la.

Selamat Dekad Baru. Semoga aku pun tak hidup panjang untuk pening lama-lama.

Wednesday, 11 January 2017

Guna-Guna


Dulu budak kelas sekolah rendah aku nama Suguna. Tapi cerita ni bukan pasai dia. Ada yang lebih tak guna dari Suguna. Hahahahahahha.

Hampa tau dak manusia la ni kan suka benda-benda viral? Tak terkecuali la sahabat aku nan seorang bernama Nard ini. Dia tengah dok pulun diet sampai dengan aku sekali tercirit-cirit nak follow. Nampak dak tak guna yang pertama? kakakakakakakaka.

OK kegilaan dia adalah kepada serbuk teh hijau Thailand. Mula-mula dia tugaskan aku mencari, tapi gagal sebab semua pun nak pos dari Kelantan la apa. Tetiba dia habaq dah dapat boleh COD kat Bangi. Dia ajak aku pi sekali, aku pun ok la.

Janji nak jumpa kat KTM Bangi. Nalarekek punya jauh dok dalam hutan banat. Hahahhahahaha apa benda. Aku ingat yang juai ni student, rupanya staff situ. So masa sampai tu, Nard suruh aku turun, bawak handphone dia, pasai situ parking payah sikit. Aku dengaq dia habaq 'Nama dia Ilyas tau.' Aku pun turun tapi tak bawak pun phone dia. Aku dok pegang phone aku.

Dari kejauhan aku nampak mamat baju biru. Aku pun pakai sign mulut la 'Encik Ilyas?' Dia angguk. So aku mara ke depan sikit. Dia tanya 'Kerja kat xxx ka?' Aku pun angguk ja la. Bayaq, amik barang, cakap 'saya beli' lepas tu masuk kereta la. Nard beli tiga bungkuih.

Selang berapa minit, dia text Nard

'Banyak beli, nak meniaga ke?'

Aik. Tadi bukan dah settle ka? Nard dengan aku dah macam ermmmmm. Aku kata si Ilyas ni dah pasaipa. Nard tanya aku

'Mana ko tau nama dia Ilyas???'

'Kan ko cakap aku tadi????'

'Bila masa aku cakap nama dia Ilyas????'

Habis apa yang aku dengaq sebenaqnya????? hahahahahahahahahhahaa bodo.


Lepaih tu sambung pikiaq macam mana nak reply. Kalau dok sambung jawab penuh kejujuran ni satgi jadi panjang cerita. Dia dok pikiaq nak reply apa. Pikiaq punya pikiaq, dia gelak macam orang gila sambil type

'Emmm tak la. Beli bagi my mom dengan MOM IN LAW.'

Yang text tu dia, yang keluaq amik barang tu aku. Aku taktau nak berperasaan macam mana. Aku rasa dipergunakan depan-depan hahahahahahahhahaha ha ni la contoh tak guna paling champion. Hampa bayangkan, lepaih dekat 15 minit baru mamat tu reply. hahahahahahaha padahai sebelum tu text ja reply, reply ja text. hahahahahahahahahahhaa. Tapi muka aku!!!! Haram.

Aku tak sabaq nak repeat order. Lepas ni pakai number aku, aku nak suruh Nard pulak pi amik. Rasain lo!


Tapi benda ni memang sedap gila pun. Bancuh dua sudu dengan ayaq hangat, lepaih tu tapis. Then masuk 4 sudu susu pekat, 4 sudu creamer. Simpan dalam peti es sat. Minum time tengok Hindustan perghhhhhhh mabuk sampai pagi hahahahahahaha.



LA NI CERITA DIA SAPA MOM IN LAW BAYANGAN AKU???

Thursday, 22 December 2016

Syahdu Di Petang Raya


Aku tak pernah rasa raya di perantauan. TAK PERNAH ok.

Kecuali ada dua kali dalam hidup aku raya tanpa Papito & Mamita - sekali masa depa pi haji, lepaih tu  masa depa pi Cambodia baru ni buat ibadah korban kat Kampung Chumnik sana. Tapi tetap aku balik beraya di SP. Dengan arwah Maktok & TokBa and recently beraya berdua dengan TokBa pasai Adik & family raya kat Taiping.

Jadi kali pertama ni, pasai cuti tengah-tengah minggu, aku terperangkap antara nak balik atau dak. Sebab cuti aku dah nyawa-nyawa ikan. Jadi aku buat keputusan yang paling berat dalam hidup. Beraya di tempat orang.

Sebelum bertolak pi Cambodia, Mamita bawak rendang Makcik Nor mai. Lepas hantaq pi airport, aku balik rumah. Termenung. Petang raya Nad ajak keluaq makan. Maka kami dua pun menuju ke Murni Discovery kat Bukit Jalil.

Elok order, dengaq takbir raya. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ayaq mata aku bergenang. Bergenang kat kedai makan! Rasa hangat ja muka tapi control hensem hahahahahahaha.


Dalam pada dok bergenang tu sampai ayaq ni. Poison nama dia. Betui dah la tu, petang raya order racun hahahahahahahaha. Dalam ni ada soda, timun, pudina, laici. apa benda tok nenek lagi aku tak ingat dah. Tapi kira kena la nama ayaq dengan perasaan huru hara aku time tu.



Ni ayaq Nad. Aku rasa teh tarik ka apa ka tiga layer. Basically ayaq teh la hahahahahaha. 


Apa pasai gambaq ada effect camera 360?? Nak bagi glow glowing cantik weh? Nak mampuih ayam pun nak flawless hahahahahaha. Ni nama dia chicken kikawi. Aku cuba cari sejarah kikawi tu tapi tak jumpa. Taktau apa maksud di sebaliknya. 


Ada grilled chicken, tengah-tengah letak cheese & ham, keropok moni, wedges, fries, mini hotdogs (ada nama lain dak?) dengan black pepper sauce. Yang ni sepinggan boleh share dua orang tu kira elok la. Makan telan slow-slow pasai nak handle lump dalam throat pasai sedih lagi. Bukan benda mudah la nak buat. Hahahahahhaaha.

Bila dah habih raya, Nad jumpa Mamita, dia pesan jangan biaq aku beraya di perantauan dah lepas ni. 


'DAH MACAM ORANG TAK BETUL MAKCIK.'


Eleh. Dia pun goyang gak aku tengok.


Wednesday, 21 December 2016

Melakau


Hawaaaaaauuuuuuuuuu

I bet that's how Melaka people answer their calls instead of the normal Hello bahahahahahahahaha aku melawak! aku melawak!

Ni trip ke Melaka bulan 9 haritu, bersempena hari keputerian ahli-ahli Leo-Virgo-Libra. Kira kampui semua sekali pi jalan-jalan dan buat sesi bertukar-tukar hadiah. Kek ja takdan nak buat, tapi takpa la, dah dewasa dah masing-masing. Ada akai hati dan perasaan boleh pikiaq dan tidak tersentap sana sini. Ehhhh. 

Jadi pada hari yang dijanjikan maka kami pun bergerak dua kereta menuju ke Melaka. Tidoq sana satu malam, esoknya berjalan-jalan keliling Bandaraya Melaka. Hangat nak mampuih rentung aku tengah jalan.

Tapi misi utama adalah nak pi makan asam pedaih la apa lagi. Aku puas tanya orang Melaka tang mana yang sedap, tapi depa kata bawah pokok la, tepi jalan la, tepi sungai la, payah nak habaq la. Yang payah nak habaq tu paling aku tak paham sekali, bukan kedai dok dalam laut yang takleh nak locate. Jadi sebagai permulaan dan benchmark, aku kata tempat ni adalah the best place (for me) untuk makan asam pedaih. Kalau stay tiga hari kat Melaka, tiga-tiga hari tu la aku nanti wirid ulang pi makan. Restoran Asam Pedas Selera Kampung. 


Dok tengok ni pun aku tampaq-tampaq pipi sendiri. Ni asam pedas ikan tenggiri kot kalau tak salah aku. Ikan tenggiri ka ikan parang tah aku tak dan nak belajaq ilmu alam kategori lautan sampai habih lagi hahahahahahaha. Tapi ultimate favourite aku yang ni. Kalau mai sepinggan macam ni, sampai licin kuah aku hirup (dengan sopan). 


Ini daging salai masak lemak cili api. Ya Aulohhhhhhhh. Dia punya pedaih-pedaih pegu (pair) dengan masak lemak tu ishhhhh. Licin jugak la hirup. Daging tak liat, tak pedaih sangat, tak lemak sangat. Sedang elok orang kata.


Lapaq sangat. Gambaq gegaq. Tapi ni sayoq kacang panjang goreng. Rasa standard la kat mana pun.



Ni pun gegaq sebab lapaq. Tapi daging masak kicap ni lembut gilaaaaa omggggg aku rasa nak start kereta pi Melaka la ni jugak. Masin, manis semua cukup. Perfect.


Asam pedas pari. Aku tak makan ikan pari sangat. Pasai rasa dia ada aneh-aneh sikit. Tapi basically kuah asam pedaih kat sini sama ja. Cuma bila masuk lain-lain jenis ikan mungkin rasa dia akan beza ikut pada ikan-ikan tu. Hahahhaaha hampa paham kannnn apa aku nak habaq ni???



Sayoq pucuk masak lemak ni memang kecintaan aku. No complaint at all.

Antara menu lain kat sini ada udang galah masak lemak. Udang dia besaq penampaq. Gemokkkk. Tapi aku malas amik pasai udang tu kepala dia ja gemok. Badan / isi tak banyak mana sangat pun. Harga mungkin boleh cecah RM30 untuk sekoq. Lagi satu ayam kampung. Tunggu depa goreng hangat-hangat perghhh. Makan bertambah I don't care.


Lepas tu jeans sangkut kat lutut.



Nindia address:

No. G2, Jalan PM3
Mahkota Square
Bandar Hilir
75000 Melaka

Phone : +60 6-288 1799

Business hours : 7am - 6pm

Saturday, 17 December 2016

Malam Yang Sepi Pi Pi


Aku dah lama tak melepak sampai Subuh. Ada satu malam tu, pi karaoke dengan Nad. Lepas karaoke tiba-tiba mai idea gila. Malas nak balik rumah. Pi jalan kat Uptown Puchong. Situ ada kedai perfume mamat yang dok jaga tu punya la elokkkkkkkk nasib baik aku terpersona tengok buku kening dia ja. Kalau kata terpaut mau habih beratuih kat situ. Saja dia buat kening macam Omar Borkan Al Gala bagi aku gementar hahahahahahahaha.

Apa dia aku nak cerita sebenaqnya?

Ok habih pi Uptown, singgah McD beli sunday chocolate. Konon cheat day. 

'Ko nak balik?'

'Nak pegi mana?'

'PD jom?'

Buat pasai. Masa tu pukui 2 pagi. Hahhahahahaha tapi pikiaq-pikiaq balik sampai PD pukui 4 pagi nak melangok apa dua orang. Tempat lepak pun tak best sangat. Khemah pun tak beli lagi. 

Maka merantau warrior la kami menuju KL, pusing-pusing macam zaman muda hahahahahahaha. Tapi bila dah lama sangat dok satu tempat tu, hampa jadi taktau nak tuju ke mana. Macam KL, hampa akan end up dok kat mamak, atau bersidai kat hipster cafe, atau Dataran Merdeka hahahahahaahaha. Maka kita pilih untuk lepak di tempat yang menyediakan teh tarik paling sedap dalam dunia - Pelita Bangsar. 

Tiba-tiba nampak ramai orang kat McD Bangsar. Beratoq panjang. 

'Weh ni apa ni ramai-ramai?'

Nad kata 

'Ni yang burger seringgit tu ke?'

'Ntah. Kalau seringgit boleh beli serba satu.'



'KALAU SERINGGIT BUKAN SERBA SATU, SERBA BERDIRI AKU MINTAK!'

Friday, 16 December 2016

Kanna Kanna Kanna Kanniiiileonnn


Cak!

Busuk punya orang. Update sebulan sekali. Nak jadi apa? Ayam?

Haritu keluaq dengan Nad & Anis. Mula-mula tu konon nak breakfast ja kat Village Park. Tapi merebak penyakit sampai Ikea, lepas tu Kanna. Disudahi dengan main pool hahahahahahahaha.

Anis dia taiko belah Bangsar dan kawasan sewaktu dengannya, so selalu dok sebut Kanna, Kanna. Macam dok zikir. Jadi di kesempatan yang ada, kami pun beriringan pi sana.

Macam biasa, duduk ada aneyyyyy mai amik order. Golek-golek kepala sikit apa lebih kurang, dia bawak mai la daun pisang dan perkakas-perkakas. Macam nak masuk wad pembedahan cingcong cingcong bunyi camca garpu kakakakakaka.


Kat Kanna ni dia tak pakai daun pisang betui macam Nirwana Maju dengan Devi's Corner. Pakai plastik. Hahaha lain sikit la feel dia. In terms of accessories bahahahahahaha tak banyak beza sangat ada acar, peria, acar timun, papadom. Barang-barang sama tapi cara depa masak lain-lain. Macam peria kat sini takdak yang goreng, dia macam campoq dengan kubis (bukan ikan laga bayangan aku) hahahahahahahaha. 


Kuah kalau ikut pada kesukaan aku, parpu dengan kari ayam. Aku jarang amik kari ikan. Taktau pasaipa. Hahahah. Nasi dia macam lembik-lembik sikit. Tapi. Taaaaapiiiii. Kena dengan ramuan mejip  parpu dengan kari ayam tu perghhhhhhhhhhh. Aku tau dah pasaipa orang dok meratuih nak mai sini. Hampa jangan lupa order teh tarik wunne. Baru sepadan bagai pinang dibelah dua.



Ini sampingan. Sotong goreng. Tiap kali pi mana-mana banana leaf restaurant, cuba order sotong goreng and make comparison. Setakat ni pada aku, Raju punya paling champion. Tapi yang ni pun ok, atas sikit dari Nirwana hahahahahahahaha. Telan ayaq lioq la dok taip!


Chicken masala. Masalah jugak bila dah try lepaih tu sedap nak mampuih.



Ikan goreng. Rasa macam ikan la hahahahahaha so-so la pasai rempah dia kurang sikit berasa pada aku. 


Perangai apa amik gambaq macam ni? Ayam seketui tergolek dah kena cubit lagu ni ishhh takdak seni langsung. Tapi ayam dia digoreng lembut, luaq garing dalam juicy. Perfect.


Jadi kesimpulannya, Kanna ni hampa kena try, pasai lepas tu hampa akan terkenang dan hampa akan pi lagi. Lepas tu pi lagi, lepak lagi. Makan lagi. Lepas tu gemok lepas tu diet lepas tu gastrik jalan terbongkok macam nenek kebayan.  Hahahahahahaha. Lepas tu la ni cuaca sejuk nak mampuih, tangan aku sama beku dengan otak jadi tak berapa nak mai idea nak tulih apa. 

Thursday, 3 November 2016

Introducing


Nampak? Walaupun aku sedikit trauma dengan Abang yang bertindak keterlaluan untuk membunuh diri, semangat juang aku kuat untuk terus berjaya dalam bidang perikanan. 

Di suatu minggu yang damai, aku ikut Nad balik Kuantan. Kan aku kata dalam kehidupan lepas aku orang Kuantan? Pasai semua kawan sekolah Nad dah jadi kawan aku hahahahahahahahahaha. Entah, suka aku dengan Kuantan. Tengok bola pun team Pahang number dua pilihan aku lepas Kedah pastinya.

"Ko nak tengok ikan laga tak????"

Kami kalau cakap memang macam suka menjerit sikit. Especially part "TAK" tu. Penekanan pada TAK tu akan memberi kesan kepada tindakan seterusnya. 

"Em.. Nanti kalau aku terbeli cane???"

"BELI JE LAHHHHH."

Lain kali jangan bagi kebenaran, dua ekoq aku beli ikan laga halfmoon kat kedai akuarium kat Kuantan tu. Elokkkkk. Dia punya kembang tu, terpesona aku. Dah beli sudah la. AKU RIBA DARI KUANTAN - KL. Hampa penah riba ikan selama tiga jam?? Pernah??? Aku bukan apa, takut depa pening kalau letak kat bawah hahahhahahahahahaha.



Dia ni kan. Elok sangat. I think he represents me. Hahahahahahah. Oh ikan laga kalau elok macam ni ekoq kembang ia adalah jantan. Betina dia kuncup dan buruk sikit. Aku mintak cadangan rakan-rakan dunia nyata dan maya. Yang paling tak tahan "Marissa N. Isabella" kakakakakakakaka nak suruh jadi pondan ka macam mana. Takut aku mendapat perangai Nursajat02 pulak nanti. Jadi setelah ditimbal balik baik dan buruk, aku letak nama dia Maurin(ho). Baru ni ManU kalah teruk kena 4-0 dengan Chelsea, pagi isok tu aku mangkit tengok Maurin(ho) dengan perasaan berbelah bagi hahahahahaha. 

Awai-awai sampai rumah dia punya kemurungan tu teruk weiii. Seminggu makan takmau apa pun takmau. Aku jenuh pujuk macam orang gila. Dia terapung ja. Aku pun macam dah redha kalau dia mati. Dok google "mengapa ikan laga termenung dan tidak mahu makan" kakakakakakakak mangkuk hayun betui. Ada suggestion suruh cari daun pokok ketapang letak dalam ayaq. Harey betui selama hidup dok tanam ketapang, jadi lagu ni nak buleh selai pun payah. Aku ganti dengan basil. Baru aku nampak cahaya dalam kehidupan dia. After two days, dia dah gembiraaaaaa!

Tapi kan. Dia ni kan. Manja gilaaaaa dengan aku. Nampak aku dari jauh dia dah gedik-gedik ekoq. Aku sua tangan sikit lagi dia nak makan tangan aku ingat makanan kot. Mungkin sebab aku dah bagi cahaya dalam kehidupan dia di tempat baru. Hahahahahaha. Sayang lebih la hat ni. Hampa jangan habaq kat sekoq yang kat bawah ni.


Dia ni. Perangai macam ada second child syndrome sikit hahahahahahaha. Kurang nak bersosial tapi kalau bagi makan dia mai. Cuma dia nampak aku dia tak tergedik macam Maurin(ho). Ini namanya Diavel. Ada cadangan untuk letak Klopp tapi aku rasa cukup la penderitaan aku dengan sekoq kat ataih tu. Dia banyak buat hal sendiri. Kira nampak boleh berdikari la pasai awai-awai mai dulu pun dia boleh adapt. Baguih dia ni. Nampak dak aku taktau nak cerita apa pasai dia ni? hahahahahah.


Jadi la ni hidup aku diserikan dengan dua ekoq ni dengan guppies hahahahahaa. Aku tak berani nak singgah kedai akuarium takut terbeli lagi ikan laga walaupun pada hakikatnya aku rasa macam ketenangan dengan perangai bengong depa ni. Aku dok teringin hat ni...


Aku akan namakan ia...


KUBIS.


Wednesday, 2 November 2016

Pish II.


Tadaaaa.

Ok jadi pada suatu hari yang memenatkan, pencarian ikan pun bermula. Jauh jugak merantau pasai tak banyak kedai ikan kat area aku ni.

Makanya, disebabkan dah ada hidroponik kat rumah dan aku takut ada jentik-jentik, aku decide untuk beli guppies. Hidroponik kat ofis letak ikan sepat. Pasai ikan sepat dan puyu takleh bersama - nanti depa bergaduh.



Nampak??

Beli tiga pasang, enam ekoq. Nama depa Laila Majnun, Beyonce Jayz, Uda Dara. Kakakakakakakaka. Nama tak menggambarkan jantina pasai ada 4 jantan, 2 betina. Yang ekoq cantik tu jantan. Betina tak berapa elok. Aku habaq kat Nad, kita kena beli betina jugak pasai nanti ikan-ikan ni takut support LGBT. Bagi ada betina biaq depa gangbang kakakakakkakakakakakakakakak. *lari jauh-jauh*

Tapi guppies ni manja banyak. Aku letak dalam bekas hidroponik pun kesian pasai depa tak nampak apa jadi di dunia luaq. Kelam ja dalam tu. Tapi nampak depa harmoni. Sampai ada satu ketika aku nampak ada tujuh ekoq baby guppies hahahaha comey nak mampuih nampak mata ja dua hahahahahahaha ternyata aku boleh berjaya dalam industri perikanan.

Cuma bila aku kata manja tu, kena rajin tukaq ayaq jugak. Kalau tidak depa mati. 



Dalam perkembangan yang lain, sepat yang dibeli telah dibawa ke ofis. Mula-mula aku bawak balik ke rumah dulu, bagi depa bertenang sat pasai pokok kat ofis takdak akaq lagi. 



Co tengok dalam bekas apa aku bubuh? Haaaa hahahahahahaha berguna kan???  Depa macam dok kat Aquaria. Tak payah pi KLCC. Tapi I tell you, dua ekoq ni lincah bukan main. Nama takdan nak bubuh. Nampak aku ja tergedik nak makanan, atau pun memang fitrah depa gedik. Ada jugak yang berani kata ikan ikut tuan. Setan.



Selepas seminggu menyesuaikan diri, hari yang dinanti pun tiba. Aku bawak dua-dua ni boh dalam tupperware Ikea, bawak pi ofis. Tenang elok ja walaupun nampak muka si adik (kiri) tu cuak sikit. Adik tu kecik ja. Abang lincah sikit.

Elok aku sampai ofis, aku uruskan depa dulu. Amboi kehidupan macam ada anak kecik hahahahahahaha. Aku tak berani pegang depa. Jadi aku guna any way possible untuk transfer depa dari bekas A ke bekas B. Dalam pada dok transfer tu, si Abang lompat kelepappp jatuh ataih carpet, buat-buat keraih. Tak guna betui. Dia tak kelepiaq macam ikan normal. Play dead konon hahahahahaha cilake. 

'Ok jangan panik.'

Aku nampak ada kain atas meja, aku tangkup dia angkat teruih masuk dalam bekas. Satu macam punya Micheal Phelps dalam tu. Lepaih tu transfer pulak si Adik. Bekas aku tak tutup la pasai saja konon nak bagi cahaya sebelum datang kegelapan hahahahahaha. 

Tiba-tiba.




ABANG LOMPAT MASUK KE TEPI KABINET DAN DECIDED UNTUK JADI PEKASAM.


R.I.P.



Tuesday, 1 November 2016

Pish!

Kembali bersiaran dalam slot Sayangi Peliharaan Anda.

Aku dok hingaq nak bela kucing sebenaqnya pasai aku rasa macam boring. Tapi kecaman yang diterima kiri kanan depan belakang buat aku terpikiaq beberapa kali.

'Ko tu dah la selalu mereput, aku takut nanti tinggai bulu kucing je dalam rumah tu, kucing pun sama reput.'

'Ko tu kalau tido dua hari straight boleh, kang kucing tu terjun bangunan depressed.'

'Kucing ni kena duduk kat tempat yang dia boleh bergerak, kalau duduk je kat balkoni dalam sangkar nanti dia tekanan perasaan.'

'Dia nak berak kena beli pasir, makan dia kena tengok sesuai ke tak, kena pegi groom, pegi sana pegi sini, suntikan vaccine, cucuk polio, check gigi, buat blood test..'

dan segala tok nenek ancaman-ancaman yang lain.

Membuatkan aku mempersoalkan keupayaan dan kredibiliti aku sebagai seorang manusia. Hahahahahahaha.

Jadi aku kensel bela kucing. Lama aku sengap sampai la satu masa aku tanam hidroponik.

'Hidroponik tu yang ada ayaq tu kan?'

Eh tak. Dia hidup pakai angin ja. hahahahahahahahahaha

Jadi bila ada hidroponik, kita kena la bertanggungjawab dalam memastikan ayaq dalam takungan itu tidak berpotensi untuk membiakkan jentik-jentik. Maka pencarian ikan pun bermula.

Colleague aku suruh cari ikan sepat dengan puyu. Aku baca ikan laga / guppy pun boleh. Jadi di suatu petang yang damai, aku pun merantau ke seluruh alam mencari ikan-ikan.

Jadi ikan apa yang aku pilih? Haaaaaaaa..


.. Bersambung


Hahahahahahahahahahahahahahahaa.

Saturday, 29 October 2016

Apa Kata Mamak - Restoran Bunga Cengkih, Dengkil


Aku takmau cakap banyak.

HAMPA KENA PI MAKAN KAT RESTORAN NI DAN ORDER SEMUA.



Menu dia macam ni ja. Ada daging salai masak lemak, teloq itik, asam pedas, ikan keli masak lemak. Masak dalam claypot. Nad kata ada buah mempelam. Tapi aku saspek dia letak buah bacang hahahahahaha. Sebab ada bau-bau bacang tapi bukan adik beradik hahahaha. Nasik tu macam banyak masa mai, tapi percayalah. Dengan sambai belacan secoet itu, sebijik nasik pun aku tak tinggai. Titik peluh petani tu. Kesian depa. Tapi jahat punya sedap ni punah diet aku. Tapi kita kena bersyukur dengan rejeki yang dilimpahkan Alhamdulillah jangan kufur nikmat nanti masuk neraka terbakaq rentung.



Ni masak lemak teloq itik. Aku tak try sebab aku teruja tengok teloq tu kaler oren. Padahai pada satu masa dan ketika dia jadi teloq masin jugakkk hahahahahaha.

Range harga tak salah aku dalam RM7-RM9. Pasai masak lemak daging salai aku makan tu baru RM7. Set dengan ayaq sirap ais kurang manis makan waktu tengah hangat perembang tengah hari perghhhhhhhh kecoq!!!!


Food : 9/10
Price : 10 /10
Ambience : 8/10 


Nindia address :

73, Ground Floor
Jalan Cyber Valley 1a/3
43800 Dengkil, Selangor
Malaysia

Phone : +60 19-682 6083

Business hours : 10am - 4pm (Monday - Saturday) eh cakap orang putih pulak hahahaha



Friday, 28 October 2016

Pukul Tiga Pagi.


Jam 1.15 pagi, di perkarangan luar Pusat Perubatan Universiti Malaya. Aku, Sham (pak menakan), Mamu FH, Mamu Pit, Mamu Kam dengan Mamu Meran dok gebang belakang gerai burger. Aku bertindak sebagai bunga penyeri kumbang-kumbang tua. Dok bercerita pasai silent phone.

Sham bukak cerita.

"Hang tau! Ada sekali tu aku mangkit awai pi Subuh kat surau depan rumah. Aku dah la jarang pi surau tu! Duduk pulak saf paling depan! Tok imam pun mesti ingat setan ni baru nampak muka! Aku pun baguih punya dok standby nak Subuh, dok tegoq orang sebelah menyebelah la.

"Elok Tok Imam mula Al-Fatihah, phone aku bunyi! Bergegaq-gegaq dalam poket. Kalau normal ringtone takpa. Haritu pulak aku pi set lagu PUSSYCAT DOLLS! Dalam hati dok barua betui aku nak buat lagu mana nii."

*aku dah biru kat sini*

"Lagu tu takmau berenti hang tau! Last sekali aku bawak keluaq phone tu tekan-tekan sampai off. Lepaih Tok Imam bagi salam AKU SORANG JA KAT SAF DEPAN TU MANGKIT BUAT LAGI SATU RAKAAT!!!! Mangkuk hayun orang tau la sapa punya lagu Pussycat Dolls."


Aku kata setan selalu tak nampak muka, tapi haritu dia turun pi surau dalam bentuk Sham dengan ringtone Pussycat Dolls nak pi kacau la hahahahahahahaha.



Thursday, 27 October 2016

Industri Asas Tani.

Ha!

Hai.

Hahahhahahahaahhaa. *sembunyi rasa bersalah lama tak update*

Wah tajuk takmau kalah. Semenjak aku berpindah ke kediaman baru di angkasa raya, aku rasa macam aku perlu bercucuk tanam. Nak berjimat. Ka pasai sebelum ni aku buat bajet lantas aku merasakan aku adalah manusia yang agak berkira la ni? Tak. Kita sebagai rakyat kena sentiasa buat kajian pasaran. Hampa bayangkan seluaq palazzo printed aku tengok kat Giant Sungai Petani selai RM79, aku pi Times Square harga RM25. Berapa beza tuuuu? Tak sejuta???? *sua muka mintak penampaq*


Ok berbalik kepada cerita asai. Sebelum ni aku pernah pi Jaya Grocer dan tengok all these herbs depa letak dalam pasu kecik. Harga lebih kurang RM5-RM6. Jin Jamie Oliver masa tu meresap masuk sat ja. Lepaih tu dah lama dok ulang alik pi, jin dia gamaknya dah bayaq deposit nak duduk dalam kepala aku, dok hasut beli macam-macam. Aku test beli basil dengan thyme ja dulu tengok lagu mana pasai iklim Malaysia ni kan khatulistiwa. Satgi manja jenuh aku nak dok tiup bagi suhu dok paras sejuk beku naya la aku.



Haaaaaa.. sebab rumah aku ada pintu grill macam ni, jadi senang nak cakuk dan bagi cahaya matahari lalu. Kalau takdak aku pemalas sikit nak atoq kat bawah pasai nanti nak siram jadi messy




Lama kelamaan kegilaan aku menjadi agak sukar dibendung. Hahahahahahaha aku mula menuju ke Jaya Grocer dan tersengih macam orang gila setiap kali aku nampak ada tumbuhan herba yang baru. Balik SP aku menggila pi kedai dua ringgit dan beli pasu-pasu yang berkenaan supaya senang aku nak bercucuk tanam di kawasan tanah tinggi perghhhh hahahahahhahah. Siap kata ini baru dok rumah berpangsa, kalau landed house silap-silap aku bela kambing. Depa taktau kambing kacang tu dah termasuk dalam perancangan masa depan aku.


Hai.



Serumpun ni adalah dill. Kalau masak salmon selalu boleh la guna. Tapi dill ni manja gila. Manja yang aku takleh nak handle. Padahai hari-hari aku dok bercakap dengan depa, wish good morning, bagi mandi, bagi makan. Apa lagi depa mau?? Spoiled brat!


Jadi bila kita dah tanam, dah sedang elok kita harvest la kan? Takkan nak layu di hujung mekar hahahahahaa. Pokok-pokok ni kalau dah agak tukaq kaler jadi kuning / brown tu trim la. Bagi ruang pokok baru nak tumbuh. Beri laluan! Beri laluan! Hahahahhaah. Aku  mengantuk sebenaqnya ni.

Selain daripada pokok-pokok herba, aku ada beli kotak hidroponik. Tapi tu tunggu sikit hari lagi (kalau aku ingat aku ada blog kakakakakaka) aku update. 

Selamat bercucuk tanam!



Wednesday, 12 October 2016

Boring.


Tu ja nak habaq.

Hahahhaahhahahaahhaa mati kena carut.

Ada banyak benda nak cerita tapi nanti la. Aku kena tunggu mood tu mai dulu. La ni waktu tidoq pun haywire. Kadang tidoq kadang tidak. Nak jadi apa taktau. Jadi ikan gamaknya. Ka ayam? Ayam tidoq? Ikan aku tau la ada masa depa dok sengap terapung tu depa lena. Time tu jangan kacau. Hahahahahah jangan main-main aku zoologist la ni hahahahahaha.

Ok nanti cerita lagi haaaa..