Friday 12 February 2016

Roti Canai D'Bukit


Berbukit la jugak tempat dia.

Tapi percayalah Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, roti canai dan nasik lemak dia adalah antara yang sedap yang kita boleh dapati di kawasan sekitar Bangi/Putrajaya/Kajang.


Tempat dia macam tersorok sikit ataih bukit, tapi orang yang mai sini akan park kereta sampai ke tepi-tepi jalan kat luaq tu. Weekend selalu ramai kot. Aku rasa la. Pasai masa aku pi baru ni pun meja penuh. Kebanyakan orang nampak macam baru lepas bersenam dan lapaq terketaq dan tambah kalori dengan order sorang dua keping roti canai, nasi lemak ayam sepinggan, (tidak termasuk aku).


Families having breakfast. Suka aku tengok ada lagi suasana macam ni kat hutan batu zaman sekarang.


Nasi lemak dia kan, rasa macam kat kampung. Maksud aku depa buat tu cukup rasa. Rasa macam nasi lemak Makcik Nor depan rumah hahahaha maksudnya sedap la tu sebab berpuluh tahun aku makan dan tak rasa jemu. Cinta sejati betui.


Ayam goreng berempah. Makan dengan nasi lemak. Sedappppppp oi. Bahagia rasa.


Roti canai. (Takkan la tak kenai kan?) hahaha takpa. Walaupun aku mamak, tapi tak semua roti canai mamak aku suka makan, pasai bezanya roti canai mamak lebih tebal, manakala roti canai Melayu, lagi garing. Tapi kalau kuah menang ke mamak la. Pasai yang macam kat atas ni, kuah dhal (parpu) campoq dengan gulai. Aku kalau makan roti canai, aku tak reti makan dengan gulai campoq-campoq macam tu. Cukup dhal dengan sambai. Ok minggu depan repeat hahahahaha.

Aku dengaq-dengaq ada makanan lain lagi macam soto, mi jawa, tokua sumbat dan lain-lain. Takpa. Kan aku kata nak repeat?

Kedai Roti Canai D'Bukit ni bukak pukui 6.30 pagi - 12 tengah hari. Isnin tutup. Aku ulang. Isnin tutup. 

Roti Canai D'Bukit 
Jalan Saujana (Persiaran Jaya)
Seksyen 10, Bandar Baru Bangi
Koordinat: 2.9689701463732914,101.75019979476929

No comments:

Post a Comment