Thursday, 27 October 2016

Industri Asas Tani.

Ha!

Hai.

Hahahhahahahaahhaa. *sembunyi rasa bersalah lama tak update*

Wah tajuk takmau kalah. Semenjak aku berpindah ke kediaman baru di angkasa raya, aku rasa macam aku perlu bercucuk tanam. Nak berjimat. Ka pasai sebelum ni aku buat bajet lantas aku merasakan aku adalah manusia yang agak berkira la ni? Tak. Kita sebagai rakyat kena sentiasa buat kajian pasaran. Hampa bayangkan seluaq palazzo printed aku tengok kat Giant Sungai Petani selai RM79, aku pi Times Square harga RM25. Berapa beza tuuuu? Tak sejuta???? *sua muka mintak penampaq*


Ok berbalik kepada cerita asai. Sebelum ni aku pernah pi Jaya Grocer dan tengok all these herbs depa letak dalam pasu kecik. Harga lebih kurang RM5-RM6. Jin Jamie Oliver masa tu meresap masuk sat ja. Lepaih tu dah lama dok ulang alik pi, jin dia gamaknya dah bayaq deposit nak duduk dalam kepala aku, dok hasut beli macam-macam. Aku test beli basil dengan thyme ja dulu tengok lagu mana pasai iklim Malaysia ni kan khatulistiwa. Satgi manja jenuh aku nak dok tiup bagi suhu dok paras sejuk beku naya la aku.



Haaaaaa.. sebab rumah aku ada pintu grill macam ni, jadi senang nak cakuk dan bagi cahaya matahari lalu. Kalau takdak aku pemalas sikit nak atoq kat bawah pasai nanti nak siram jadi messy




Lama kelamaan kegilaan aku menjadi agak sukar dibendung. Hahahahahahaha aku mula menuju ke Jaya Grocer dan tersengih macam orang gila setiap kali aku nampak ada tumbuhan herba yang baru. Balik SP aku menggila pi kedai dua ringgit dan beli pasu-pasu yang berkenaan supaya senang aku nak bercucuk tanam di kawasan tanah tinggi perghhhh hahahahahhahah. Siap kata ini baru dok rumah berpangsa, kalau landed house silap-silap aku bela kambing. Depa taktau kambing kacang tu dah termasuk dalam perancangan masa depan aku.


Hai.



Serumpun ni adalah dill. Kalau masak salmon selalu boleh la guna. Tapi dill ni manja gila. Manja yang aku takleh nak handle. Padahai hari-hari aku dok bercakap dengan depa, wish good morning, bagi mandi, bagi makan. Apa lagi depa mau?? Spoiled brat!


Jadi bila kita dah tanam, dah sedang elok kita harvest la kan? Takkan nak layu di hujung mekar hahahahahaa. Pokok-pokok ni kalau dah agak tukaq kaler jadi kuning / brown tu trim la. Bagi ruang pokok baru nak tumbuh. Beri laluan! Beri laluan! Hahahahhaah. Aku  mengantuk sebenaqnya ni.

Selain daripada pokok-pokok herba, aku ada beli kotak hidroponik. Tapi tu tunggu sikit hari lagi (kalau aku ingat aku ada blog kakakakakaka) aku update. 

Selamat bercucuk tanam!



Wednesday, 12 October 2016

Boring.


Tu ja nak habaq.

Hahahhaahhahahaahhaa mati kena carut.

Ada banyak benda nak cerita tapi nanti la. Aku kena tunggu mood tu mai dulu. La ni waktu tidoq pun haywire. Kadang tidoq kadang tidak. Nak jadi apa taktau. Jadi ikan gamaknya. Ka ayam? Ayam tidoq? Ikan aku tau la ada masa depa dok sengap terapung tu depa lena. Time tu jangan kacau. Hahahahahah jangan main-main aku zoologist la ni hahahahahaha.

Ok nanti cerita lagi haaaa..

Monday, 26 September 2016

Tembakan Rambang.


Aku balik ke utara baru ni sebab ada meeting. Memandangkan dah ada meeting takkan nak pi dua jam lepaih tu terbang balik ya dok?

Makanya aku lepak SP dan masa banyak dihabiskan dengan TokBa atau tidoq. Tapi lagi banyak tidoq la kot hahahaha dok dalam aircond bergulung macam popia goreng sira sos kot ataih.

TokBa pun dah banyak lupa jugak aku rasa la ni. Tapi bawak kereta champion lagi keliling taman. Kebetulan depan masjid area rumah aku tu ada bukak satu kedai spek. Dia punya promote satu SP tu pi kedai tu, which is good la pasai murah pun murah and orang Melayu yang meniaga.

'Cuba tengok ni, elok?' Kata TokBa sambil menggayakan spek-spek baru dia.

'Elok. Berapa?' Aku tanya pasai aku nampak ejaan berbentuk Tissot kat tepi bingkai. Bukan calang-calang orang tua ni.

'Lima puluh ringgit.'

'WHAT??!! Ok isok jugak pi!'

Dia dok cerita la tokei kedai tu dok promote kat dia Tissot ni. Tapi dok sebut TISSOT *macam suster ngeSOT* Aku habaq la sebutan dia bukan TI SOT, tapi T IH S OH / TEE SO.

TokBa pun eja.

'T.I.S.S.O.T. = TOK HANG'


Ropol mulut aku dengan TokBa sama macam teloq goreng dalam pinggan kat dapoq.

Monday, 19 September 2016

Apa Ni??.


Dekat sebulan takmau update blog nak jadi apa? Hantu? Buaya?

Ada satu hari tu aku pi makan dengan rakan-rakan wanita hahahahahahaha dekat-dekat ja. Lepaih makan tu aku habaq la aku teringin nak pi Lovisa pasai aku teringin nak beli cincin yang banyak-banyak boleh pakai dari ibu jari ke jari kelingking baik kaki mahupun tangan.

Dalam pada dok tengok, masa tu ada offer. Tapi offer pada aku kalau daripada RM50 tak jadi RM20 ke bawah aku rasa tak berbaloi. Kedekut taik idong masin. Pasaipa kata orang kedekut taik idong masin? Orang pemurah taik idong rasa stoberi?

Ok kat mana tadi hahahahahahaha. Bodo rasa stoberi. Dalam pada aku dok kelebek barang-barang kat situ, aku dok pi usha la jugak bib necklace. Macam bib baby dok pakai, tapi beza dia untuk orang dewasa perempuan ia dihiasi dengan batu permata dan bukan untuk menangkis ayaq lioq daripada jatuh berciciran.


lagu ni la lebih kurang yang aku dok acu try test. Pasai nampak pun kan macam majestic. 

Dalam pada aku dok acu tu ada la sorang pompuan Arab kat belakang aku pakai purdah. Dok usha tengok natang ni jugak. Sorang sohabat perempuan ni mai depan aku tanpa menoleh kiri kanan depan belakang dengan lantang menyebut,



ANCK SU NAMUN!


Aaaaaaa.. aku hanya mampu bagi sign mata ja kepada apa yang berada di belakang aku kakhakahakhakahakhaka pasai expression sohabat lepaih tu adalah muka dia ada palitan cat Jotun kaler putih sikit hahahahahahahahahaha. Pelan-pelan aku letak balik bib tu, blah keluaq kedai. Takut keluaq kala jengking khakahkahakakhakhakakhaka *buta sejarah*


BINI FIRAUN GILA HANG TAK TAKUT???


Wednesday, 24 August 2016

Apa Kata Mamak - Dotty's @ Taman Tun Dr. Ismail

Hallu.

Mintak maaf aku slightly under the weather lately. Semua orang since lepas bulan puasa dok kata aku kurus. Mula-mula flattered jugak tapi lama-lama aku dah rasa annoyed sebab yang dok ulang cakap tu orang yang sama. Jadi untuk tidak mahu menambahkan rasa annoying itu mari kita tengok makanan.

These pictures were taken few months back. Aku kemaruk nak try makanan kat Dotty's. Sebab semua orang kata makanan ia adalah the IT food at the moment. So why not.


THE Salted Egg Yolk Cronut. Ini satu fenomena. Sedap meleleh tatkala dimakan pada waktu ia masih lagi hangat. Bila mana ia dah dibawa pulang ke rumah dan sejuk, rasanya adalah agak mehhhh sikit kerana ia berminyak. Tapi masih lagi sedap dan ciptaan ini adalah amat genius. 



Strawberry Tart. Juga genius. Macam kita makan tart yang selalu kita makan tapi ia dihiasi dengan strawberries dan ditaboq dengan pistachios. And the custard dibuat dengan penuh kasih sayang dan kelembutan hahahahaha, Tapi cinta aku tetap pada Paul's . Bila nak bawak mai sini taktau.


Sudut 270 darjah, Sorry tak banyak gambaq makanan sebab aku makan dua benda ni ja. Pasai takleh tamak nanti tamak makan tak habih berdosa masuk neraka terbakaq rentung.



Nindia address :

Dotty's At TTDI
20-G, Jalan Tun Mohd Fuad 2Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. 

Currently daily, 9am-5pm.

Tel: 03-77334233


Tuesday, 2 August 2016

Apa Kata Mamak - Miang Kham.


hahahaha satu macam punya miang.

Haritu jamuan raya ofis. Depa bukak booth banyak-banyak. Ada nasi dagang, laksa sarawak, spaghetti, pulut durian, ketupat, rendang, lemang dan pelbagai juadah hari raya yang lain. Posa sebulan kan. Raya pun kena sauk sebulan jugak. Makan sampai gemok lepaih tu 'weiii aku kena kurus ni raya makan tak ingattt.' Apa makan time bulan Syawal ja ka? Bulan Zulkaedah - Ramadhan tak makan langsung ka macam mana yang teruk kena pulun hahahahaha.

Dalam aku dok berjalan usha makanan tu, aku nampak ada satu slot dedaunan di suatu sudut. Aku bergerak perlahan-lahan dan wallahhhhhh! Miang kham! Dari dulu aku nak try tapi tak tercuba sebab sama ada aku takdak geng atau takdak sapa nak cuba makan dengan aku hahahahaha.





Miang kham ni sejenis snek tradisional di Thailand. Asik asik karipuley ja, sekali sekali kita makan la daun kaduk pulak sebagai meraikan darah campuran sebelah Siam. Nama Miang Kham ni dapat sebab orang yang cipta tu miang khakhakahkaha hambar. Dari segi fakta serius, miang kham ni maksud dia one bite wrap. Miang (food wrapped in leaves) kham (a bite).

Bahan-bahan?

Daun kaduk, 
Kacang tanah tumbuk
Limau nipis 
Buah pala
Udang kering
Nyoq
Cabai melaka
Halia muda
Madu

Pusing daun kaduk tu jadi macam kon aiskrim, masuk bahan-bahan tu semua, lepaih tu hampa drizzle madu kot ataih. Then tutup ataih daun kaduk tu jadi macam bentuk samosa kecik / tutup selagi tak berteraboq, ngap masuk mulut! 

Rasa dia?

Ada pahit-pahit (rasa daun kaduk), masam (limau), masin (udang kering, nyoq), pedas (cabai melaka), manis (buah pala dan madu).

Perghhhhhhhhh sedap kottttt.

Aku akan mula appreciate Raja Siam lepaih ni.


Monday, 1 August 2016

The Most Important Question Of Your Life.


Nak makan mana?

hahahahahahah dak dak. Aku tengah cuba jadi sarkis dulu sebelum aku nak menuju ke arah topik perbualan yang lebih serius.

Ok begini.

Aku ceritakan semula ja la no? Olah sikit jalan cerita.

Ada satu keluarga, ada bapak, mak, anak-anak. Bapak dan mak dah tak bekerja dan sekarang suka buat kerja-kerja kebajikan membantu orang susah setakat mana kudrat dan keupayaan depa mampu.

Menjelang upacara tahunan, adalah menjadi kelaziman untuk bapak dan mak ni menuju ke suatu tempat yang jauh dari tempat asai depa, menempuh jalan beribu batu, gunung dan ganang untuk membantu sebuah perkampungan orang yang daif. Dan menjadi kelaziman juga untuk bapak dan mak mewar-warkan kepada seluruh penduduk alam akan kepergian mereka ke sana, dengan harapan ada yang sudi untuk membantu orang-orang kampung yang daif ini.

Kelazimannya setiap kali perjalanan mereka akan berjaya memberikan sedikit cahaya kegembiraan kepada penduduk kampung ini dengan membawa keperluan-keperluan kat depa. Dan seterusnya pulang semula ke tempat asai dengan azam dan harapan untuk membuat yang lebih baik kepada penduduk kampung ini pada upacara-upacara tahunan akan datang.

Tahun berganti tahun, upacara tahunan bakal menjelma dan kali ini anak-anak juga terdorong untuk mewar-warkan berita ini kepada sahabat handai. Namun begitu, baru tiga empat perutusan disampaikan, sudah ada yang mula berbunyi.

'Apalah pi jauh-jauh, yang dekat ni pun ada, kenapa tak bantu yang dekat dulu?'

'Kat sini tak ada orang yang susah? Kenapa kita kena sibuk membantu orang yang tiada kena mengena dengan kita sedangkan di depan mata ada yang lebih susah?'

'Semut di seberang boleh teropong nampak, gajah setongkoi depan mata buat-buat takdak.'

Maka anak-anak duduk berbincang. Kata anak yang seorang,

'Biaq pi kat orang la, kebaikan ni ada di mana-mana. Terpulang pada sapa-sapa nak buat amal kebajikan di mana-mana.'

Orang-orang sekeliling, kalau takmau terbabit, mungkin cukup hanya kata Insya Allah akan pertimbang / spread the words around / terima kasih atas ingatan. Daripada kita persoal tindakan dan seterusnya mengutarakan 'our what-ifs' kepada orang yang berkenaan. Tentu sekali depa tau apa yang depa buat. Cumanya depa pi buat tu bukan dalam radius yang dapat diterima oleh akal dan fikiran sesetengah orang.

Some souls are too deep for shallow people.