Sunday, 7 February 2016

Pasar Borong


Masa balik haritu kami lalu kat area kampung Papito. Sampai SP dah dekat pukui 8 lebih pasai jem kat Juru.

Tepi jalan situ tengok-tengok ada satu pasar borong punya besaq baru bukak. Berbumbung. Tapi kat dalam gaya bukak kedai macam ala-ala uptown.

Nunny dengan penuh excited.

'Tudiaaaaaa besaqnya tempat ni!! TENGOK TU ADA SINARAN BATMAN!'

Aku perbetui slow-slow.

'Spotlight....'



Saturday, 6 February 2016

Che Ad.


Ni bukan cerita pasai orang.




Kami pi rumah Mak Ngah, nak bagi beg. Rumah Mak Ngah ni kawasan dia sangatlah luas. Depan tu kalau kenduri boleh letak banyak khemah, belakang ada kandang kambing / lembu, reban ayam, kolam ikan, dusun. Eh ni rumah ka istana? Hahahaha.

Elok masuk gate, aku nampak ada kambing empat ekoq, baka elok comey kaler putih dok lari-lari.



Ni idaman aku. hahahaha comey kan?? Nampak macam sopan santun. Rupa depa tu macam ni la lebih kurang. Tapi segak lagi.




Elok sampai aku turun dulu pasai nak pi cari kambing-kambing tu. Aku pi belah tepi rumah Mak Ngah. Nampak la depa dok lepak bawah pokok nyoq. Lepaih tu aku nampak ada sekoq ni besaq. Bertanduk. Berdiri tepi kereta lepaih tu usha aku tak bergerak-gerak. Aku pun buat-buat comey 'kambinggg.. kambinggg.'

Sekali anak menakan aku lalu kot tepi.

'Semalam dia tanduk orang.' 

Aku nampak kambing besaq ni menampak selangkah ke depan. Dua tapak. Tiga tapak. Aku blah lari pi depan, pasai rupanya dia dok follow aku kat belakang. Aku masuk rumah Mak Ngah suruh aku katup pintu.


Nindia Che Ad. Seekoq kambing remaja berusia dua tahun yang tidak mempunyai ibu dan bapa. Mak Ngah cerita dia bela dari kecik, tapi bila dah besaq sikit dia tak berapa nak stabil emosi. Rupanya kemarin orang yang kena tanduk tu Mak Ngah la.



'Teruk ka kena tanduk Mak Ngah?'

'Mak Ngah nak tambat dia, lepaih tu dia lari mai nak sondoi, nak manja la kot. Tapi dia mai lari tu laju nak tanduk Mak Ngah takdan nak elak. Terduduk kat tepi kereta tu, luka la sikit tang tepi perut ni.'

Aku, Mamita, Adik, Nunny memandang sama sendiri. Ok cancel bela kambing.

'Luka teruk ka Mak Ngah?'

'SPENDA KOYAK!'


Friday, 5 February 2016

Nasi Kandar Kampung Melayu.


Ha!

Aku rasa kan, Line Clear dengan Beratoq boleh dok kat tepi sat. Bagi jalan kat nasik kandaq nan satu ni.

Nasi Kandaq Kampung Melayu.

Aku pi Penang baru ni, tau sapa petik pasai tempat ni? Mamita. hahahaha my mom's the best in the whole wide world.

'Adik satgi pi beli nasik kandaq kat bawah flat tu, beli bungkuih.'

Pasai kami pi visit Datin Khala, rumah dia dengan flat ni jalan kaki lima minit ja hahahahaha.

Tapi kami sampai masa tu dah pukui 12 lebih. So lauk pun kebanyakannya dah nak habis. Ditambah dengan terik mentari, aku bantai ayaq teh bunga dua kotak. Nak cari tempat ni, kalau hampa dari titi (Penang Bridge), amik jalan nak ke Jelutong. Lepaih tu tengok signage ke Air Hitam. Amik jalan nak pi Masjid Negeri. Kalau Waze pun ada. Kalau takdak, hampa cari Jalan Pisang Nangka/ Pisang Tanduk. Gerenti sampai.


Di celah-celah bangunan batu yang padat ini terselit seketui kedai nasik kandaq yang terpaling hebat di antara sekalian nasik kandaq yang ada.


Ni aku amik masa tengah jalan kaki dengan Adik. Jalan pulak dengan payung hahahaha. Dari kejauhan dah bau karipuley.



Roti canai pun ada.


Tengok lauk pun dah tak berapa nak ada. Tapi hampa tinjau sikit yang belanga paling depan hat kuah hitam tu. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Campoq dengan daging. Pasai Datin Khala kata kedai ni lauk yang paling sedap dia adalah daging. Gulai ayam dia pun tak kurang hebat. Tapi ayam dia besaq dua penumbuk aku. Makan elok share la tak pun mintak asing. Besaq sungguh tak tipu.


Tips beli nasik kandaq bungkuih. Kalau takmau campoq kuah dengan nasik, letak asing. Tapi mintak aney kedai boh kuah campoq satu plastik. Kalau kata nak makan lambat lagi la. Kalau nak makan dalam lima belas minit lepaih tu bungkuih sekali nasik dengan kuah pun takpa. Nak lagi cepat? Beratoq dan makan situ hahahaha.

Aku tak amik gambaq banyak pasai phone memory aku dah almost full. 16Gb ja. Gambaq ja dekat dua ribu. hahahahaha. Hampa Google tengok la gambaq nasik kandaq dari tempat ni. Tapi sesungguhnya ia adalah yang paling sedap setakat ni aku pernah makan. Mamita tambah tiga kali. Adik tambah dua kali. Aku tambah dua kali jugak. Pakat bertambah-tambah. 

Tapi nak mai makan kat sini kena awai. Pagi. Mai dekat nak tengahari jadi macam aku la. Tapi tu pun jangan. Rasa tetap sedap. Kalau mai pagi aku rasa terlentang aku tang situ.

Ish...bila nak buleh pi Penang pulak ni.

Thursday, 4 February 2016

Big Mouth Republic


Ini adalah sejenis kedai member yang dah tujuh tahun dia bukak, tapi everytime aku lalu dia mesti katup. Pasai aku nanti lalu time raya, dengan hari Selasa. Memang time tu dia tak pernah bukak hahahahaha.

This place is owned by Enon. My schoolmate. Dia kelas Sains Sosial. Aku kelas Sains Tulen (yang melingkup semua subjek sainsnya) hahahaha. Mamat ni kecik ja, tapi vision dia besaq. So balik baru ni aku ajak Adik, Nunny & Muslim pi makan kat kedai dia. Papito, Mamita dengan TokBa dah melepet tak larat pasai dok pi kenduri ja. Socialite.

Aku pi takdak reservation ka apa. Mana nak tau kedai dia sentiasa full house. Hahahah so melangok la sat tunggu orang habih makan, baru kami duduk. Aku habaq Enon, aku mai mencemar duli hahahaha. Elok sat tu dia sampai. Maka kami pun order la makanan.

Big Mouth Republic ni dia serve western food & oriental cuisine. Aku takdan nak snap gambaq menu, so aku search ada few blogs yang ada menu ni.



Pic source : www.harrizam.blogspot.com



Pic source : www.harrizam.blogspot.com



Pic source : www.harrizam.blogspot.com



Pic source : www.harrizam.blogspot.com


Tengok punya tengok, belek punya belek, kami pun order la. Bezanya regular dan big mouth pada menu tu adalaj portion untuk setiap makanan tu. Regular tu untuk manusia normal la. Big mouth punya portion tu aku rasa besaq. Besaq penampaq. Hahahahahah. Pasai harga pun lebih kurang dua kali ganda jugak.



Cuba teka ayaq aku hat mana? Dari kiri : Carrot Juice, Root Beer Float, Ribena Lychee. Hahahahah tentu la aku minum dalam jug! Masa sampai tu aku terdiam pikiaq jenuh sengkak la aku satgi.


Ni menu Nunny. Fish and chips. Taste wise, overall okay. Cuma ikan tu ada rasa ada sliiiiiiiighhttttlyyy *sikit ja tak banyak* overcooked. Pasai coating tu kaler gelap. Hehehehe Enon woi jangan marah aku. Muslim makan fries, two thumbs up dia kata.


Ni adik punya Lamb Chop. Dia takdak complaint. Dia makan sampai licin. Memang sedap la tu.


Ni makanan aku. Seafood platter. Dalam pinggan ada crab sticks, fish fillet, udang besaq tiga ekoq. Side dishes basically sama dengan Nunny. coleslaw dengan thousand island dressing. Lepaih tu ada jagung semangkuk kecik. Which aku terima ja pasai aku suka makan jagung hahahaha.



Tempat masak dia aku rasa ada dua. Satu kat dapoq, satu kat luaq, Luaq ni untuk grill la mostly. Cekap depa buat keja. Order dalam lima belas minit macam tu dah dapat. 



Enon ni memang suka benda-benda classic. Volkswagen tu beratoq hampa nampak. Combi pun dia ada sebijik.


Full house.


Sebagai kesimpulannya aku sangat puas hati dengan services & food kat sini. Insya Allah aku doakan Enon & team akan berjaya lagi di masa depan pehhh skema aih ayat.

Kalau hampa lalu SP, singgah la tang sini. Senang ja nak mai. Keluaq tol SP Selatan, first traffic light kona kiri, satu lagi traffic light kona kiri, amik first kanan. Restoran dia betui-betui bertentang dengan Parkson. Tapi Enon kata hari Selasa dengan Hari Raya dia katup hahahahahah.



Big Mouth Republic
C123, Lorong 10, Taman Sejatih Indah
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 012-437 9003

Wednesday, 3 February 2016

Jaja Jazz House


Baru ni aku amik Nunny dengan Muslim, nak balik SP weekend. Tapi haritu aku tak makan banyak, lately pun aku makan tak banyak sangat so aku sentiasa kelaparan hahahaha. Bila dah amik aku tanya nak makan mana, Nunny kata jom kita usha Bukit Dinding Coconut, baru bukak katanya.

Elok sampai, diberitahu depa katup sat untuk preparation untuk slot petang la kot. Ntah. Aku malaih nak port banyak pasai dah lapaq. Bila lapaq takut nak bebai. Jadi sebelum bebai kita pi kedai sebelah. Kedai sebelah tu pulak takdan nak tengok nama apa, tapi ada khemah kat luaq. Tala meja, teruih pi amik nasik, duduk dan makan.

Dok tengah makan nasik tu ada pekerja lalu, aku pun sejuk ja,

'Adik, sirap ais satu, kurang manis.'

Budak tu pun senyum, angguk, amik la ayaq bagi aku. Tapi dalam gelas polistrin. Tak kisah la. Lepaih tu aku suruh dia kira.

'Harini makan free kak, kita buat kenduri.'

Ooooopppssssss...

Aku dengan Nunny mula tinjau kiri dan kanan. Rupanya kedai tu baru bukak and haritu ada promosi pembukaan di mana semua orang makan free. Tapi kami punya paranoid ni melampau, dok pikiaq matilah, ni mesti adik beradik or kawan-kawan tokei kedai ja depa jemput. Kami ni makan dah tak tengok kiri kanan. Muka dah rasa kebas pasai sat-sat tokei dia lalu tengok hahahahaha. Last sekali aku panggil pekerja dia tanya. Nak kepastian yang pasti dan muktamad.

'Harini kitorang buat promosi pembukaan kak. Makan free harini. Nak bagi orang rasa makanan kitorang. Sini goreng-goreng pun ada, tapi petang sikit la.'

'Betui la ni? Sungguh tak payah bayaq?'

'Betul kak. Heheheheheheheheheheehhe.'

Panjang budak tu gelak. Hampeh.

Nama kedai ni Jaja Jazz House. Kedai nasi campoq, lepaih tu ada goreng-goreng jugak. Masa kami pi tu ada varieties of gulai, masak lemak dengan masak kicap.



Interior kedai pun aku tak berapa nak amik betui-betui. Dah kata kan cuak ingat kedai buat kenduri tertutup hahahaha.


Menu masakan goreng-goreng.



Dalam belanga ni tersimpan lauk masak lemak yang amatlaaaaaaa sedappp. Ada macam-macam jenis lauk masak lemak.



Garden of youth. Ulam - awet muda. Hahahaha






Aku nak highlight kat makanan ni sebenaqnya. Ayam masak kicap. Kuah dia macam pekat-pekat and pedas sikit tapiii perghhhh.. Kalau tak kenangkan kami kalut nak balik haritu, aku dah tambah dua tiga kali. Aku rasa ni memang signature dish kedai ni kot. Harapnya macam tu lah. Sedap sungguh.



Ok kalau hampa lalu kat area ni, usha-usha and singgah masuk & makan kat Jaja Jazz House ni. Betui laa 'Perrrghhh Terbaeekkk!!!' dia punya tagline


Restoran Jaja Jazz House
Jalan Wangsa Delima, Seksyen 5
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

Tuesday, 2 February 2016

Kena Game.


Sapadia?

Muslim la sapa lagi.

Gaya nak macam orang tua ja. Baru ni dia amik sekotak susu HL strawberry dok bawak mai kat ruang tamu. Depan tu ada tilam dia dengan aku dengan semua orang dok bergelimpangan.

Aku usha ja perangai dia. Dia pun usha ja aku.

Sambil pegang kotak tu, dia bukak penutup pelan-pelan. Sebelah tangan lagi pegang cawan.

'Muslim mai dok sini, tuang pelan-pelan dalam cawan mai.'

Dia mai sambil senyum kat aku. Aku senyum balik.

Takdan senyum nak habih dia amik kotak tu tuang ayaq ataih aku. Aku terkejut aku terjerit la sikit. Tak marah dia pun sebab naluri aku kan selalu betui. Hahhaha aku dok berasa nak kena dah.

Nunny amik kotak tu, aku dah macam mandi lulur. Nasib baik la tak banyak.

Dia dah selop teriak. Adik pi dukung dia. Aku lalu nak pi basuh kat sinki dia tunjuk-tunjuk aku kat Adik sambil mulut mencicit-cicit. Lima minit lepaih tu dia gelak-gelak mai peluk cium aku takmau lepaih.

Takpa. Takpa.

Monday, 1 February 2016

Makanan Online.


Hampa ingat cerita urutan butter?  Ha ni sambungan.

Baru ni birthday Apja. HAPPY BIRTHDAY APJA! 

Nad call sembang dengan dia, wish (sehari lambat pulak tu. Tu pun aku ternampak kat instagram) hahahaha takpa yang penting ingatan tulus ikhlas maaf zahir dan batin.

Lepaih tu dia pass kat Pja dengan aku maka kami pun turut sama wish. Jeles aku dengan Apja. Dia dok KK, hari-hari boleh pi Mabul hahaha gambaq nak dengan ikan ja. Ko tunggu kitorang sampai nanti!

Pass balik kat Nad. Dalam pada dok sembang tu, kami terdengaq Nad dok sebut popcorn dengan lazada. Hahahahah hantu raya aku takleh berenti tergelak sambil type.

Kesian Apja, mungkin terkenangkan Garrett Popcorn kot, dia pi usha popcorn kat Lazada. Kot-kot ada juai and buat delivery. Hahahaha comey ja.

Hahahahahahhaah. Apja, sini alamat ko, meh sini aku beli yang dalam tin aku pos kat ko.


Jangan dia mai sini penyepak aku sudah.