Friday 15 May 2015

Ulat Buku.


Smart is sexy.

Smexy.

Apa ciri-ciri ulat buku?

1. Menikmati masa sendirian.

Hampa pi la mana pun. Bagi buku seketui yang dia suka. Pasti dia takkan sms/whatsapp 'kat mana?' 'lambat lagi dak?' 'mana?' 'bila nak habih?' Takut aku bangsa clingy ni.

2. Ada empati.

Orang yang baca buku ni aku rasa dia bersifat empati. Dia akan letak diri dia pada tempat watak/karakter yang dia baca dalam buku tu. Tapi kalau jenis yang drama slot Akasia tiap-tiap petang merajuk macam slot hat dok ada la ni, tak payah.

3. Boleh berfikir secara kritis.

Bergantung kepada bahan bacaan dia. Aku rasa kalau hampa baca Majalah Ujang / Apo pun hampa kritis dan kreatif jugak. Macam aku. Aku ada slot - Soalan Bangang Untuk Hari Ini.

4. Mampu mengubah perspektif.

Walaupun duduk dalam tempat yang mempunyai aroma seperti di selatan India, ulat buku ni mampu indulge dalam suasana tu apabila dia dah terbawak-bawak dengan apa yang dia baca. Aku? Aku migraine.

5. Senang terhibur.

Aku cepat tersuka kalau aku nampak buku yang aku suka. Eh semua orang macam tu kot? Kecuali kalau hampa tak suka baca buku.

6. Mampu berkongsi ilmu dengan orang sekeliling.

Hampa tau dak beruang kutub kidal?

7. Adventurous.

Tauk pi mana, bagi informasi baru. Selalunya ulat buku ni sedia untuk belajaq/amik tau benda yang baru. Ok aku nak travel Aceh tahun depan.

8. Pendengar yang baik.

Pasai hampa buleh spend masa berjam-jam baca buku, pasti hampa buleh luang masa untuk jadi pendengar yang baik. Tapi bergantung kepada topik. Kalau hampa nak cerita kat aku benda yang aku tak suka dengaq, aku potong siap-siap. Pasai ada buku yang tak best jugak untuk dibaca, hampa kena berenti dan cari buku lain hahahahahaha.

9. Sangat mudah untuk beli hadiah.

Beli buku. Come on! Aku nak Valentino Rockstud Ballerina. hahahahahahaha

10. Memori yang baik.

Membaca meningkatkan memori sebab hampa buleh ingat apa jadi kat mana, muka surat berapa. Aku wonder gajah tu kuat membaca jugak ka?

11. Kesedaran sivik yang tinggi.

Aku rasa macam susah nak ulas hat ni. hahahahaha. Ulat buku lebih berkemungkinan untuk pergi mengundi (aku agak gusar perkara ni, CGPA aku 4.00 btw hahahahahaha), menghadiri acara kebudayaan (haa aku suka tengok teater).

12. Yang paling best.

Aku mungkin buleh buat hampa baca buku. Aku rasa yang ni paling menipu. hahahahahahah.


Walaubagaimanapunnnn.


Membaca lah kerana manusia pada masa kini lebih suka ikut hati dan akai yang kosong dari berhujah dengan fakta.

No comments:

Post a Comment