Thursday 7 May 2015

Sambungan Cerita Derma Organ Part II.


Masa cuti haritu aku sembang dengan Nunny. Memandangkan dia adalah doktor bertauliah dan merangkap adik ipaq aku, maka kadar mereng aku tingkatkan sikit bila dengan dia (she's a cool sister in law, we get mereng together).

Aku tanya la dia.

'Nunny kalau kita derma organ, contoh mata, lepaih tu mata kita juling, kebarangkalian untuk orang yang dapat mata kita untuk juling tu pasti ka macam mana?'

Nampak soalan aku begitu berilmiah.

Dia dengan Mamita terdiam.

Tak sangka soalan aku macam doktor pakar kot.

Lepaih tu dia jawap.

'Mungkin la kot. Pasai saraf dalam mata tu dah memang lari alignment dia, so benda tu mungkin akan bawak sekali.'

Terangguk-angguk dia explained. Dengan Mamita pun sekali.

Okay aku pegang jawapan dia dulu setakat ni, sampai aku dapat jawapan lain pulak.

No comments:

Post a Comment