Thursday 28 May 2015

Lagi Pasai Orang


Pagi tadi aku dengaq radio. Ada satu artis ni denied about his death rumors. 

Kepala aku jadi kebas sat. Ada jugak bangsa-bangsa yang banyak masa, atau tak ada kerja mungkin, dok pi buat cerita pasai berita yang tak betui. Gamak pulak tu dok karang cerita pasai hidup dan mati orang.

What has happened to our society?

People have become sadistic and cruel.

Aku jadi takut bila aku dok scroll kat Instagram, tengok betapa manusia begitu judgemental. Hampa letak ikan dalam pinggan pun orang akan keji dan kutuk dengan kejam betapa tak eloknya ikan hampa siang (padahai beli siap kat market brader tu dah tolong siang), betapa tak baguihnya ikan yang berkenaan (padahai bukan hampa beli sirip ikan yu atau pun Nemo), betapa hampa patut goreng ikan tu pada satu tahap di mana kegaringan ikan tu hanya boleh dilihat oleh orang yang tertentu sahaja (walaupun hampa sendiri yang goreng dan hampa tau ikan tu dah masak).

Hooo. Aku nak goreng ikan pun takut. Pasai aku akan post kat IG. hhahahahaha kalau tak post mampuih pi la rentung pun bukan hampa tau. Niat kita nak berkongsi ja. Masalah orang la ni, depa tak paham istilah berkongsi. Dalam minda yang jumud, kongsi = menunjuk. Ni dalam konteks memuatnaik gambaq la ok. Kongsi lain aku taktau. Aku tak sokong poligami hahahahahahaha.

So kesayanganS sekalian, aku harap takdak di antara hampa adalah judgemental freak. Let people live their lives. Siapa kita nak mengadili kehidupan orang apabila hidup kita sendiri tak tentu hala. Nak kutuk senyap-senyap boleh, mai kat aku. cita kat aku, habih kat situ hahahahahahaha. Jangan terbawa-bawa oleh emosi dan memporak-perandakan dunia manusia lain yang dah memang haru biru.

Ada mata, tengok.

Ada telinga, dengaq.

Ada mulut, diam.

Ada akai, guna.


Sekian.

No comments:

Post a Comment