Friday, 29 May 2015
Membuat Keputusan.
Kalau orang terkejut tegempaq ajak hampa buat benda best dalam masa tiga empat bulan akan datang, tolong pikiaq seminggu dua sebelum kata 'Okay lets!'
Tambah pulak orang tu hampa dah tak jumpa bertahun.
Bukan maksud aku orang tu ajak kawen ka apa. Gila cari nahas.
Ni tengok dalam konteks ni berjalan melancong ka, ajak pi rasa kepala buaya ka, telinga gajah ka. Lebih-lebih lagi apabila depa kata takpa depa advance dulu.
Hahahahahaha benda ni memang sumpah memakan diri.
Sebab lepaih depa dah settle all tickets and everything else needed for the 'benda best yang kita nak buat sama-sama tu', maka bermulalah penggegaran terhebat dalam dunia.
BILA HAMPA NAK BAYAQ DUIT YANG DAH MEMBE TU BAYAQ DULU.
hahahahahahahahahha.
Lagi teruk dari Along.
Seriously.
Lepaih tu hampa akan terpikiaq adakah keputusan 'Okay lets' yang dibuat sebelum ni adalah betui atau salah semata-mata? Bukan sebab takmau bayaq balik, tapi pikiaq akan gegaran yang lagi teruk dari gempa bumi pada 9.2 skala Richter.
Kesimpulan dia? Biaq la overthink daripada impulsive dan memakan diri.
Di sini menyesal dengan di sana.
Thursday, 28 May 2015
Lagi Pasai Orang
Pagi tadi aku dengaq radio. Ada satu artis ni denied about his death rumors.
Kepala aku jadi kebas sat. Ada jugak bangsa-bangsa yang banyak masa, atau tak ada kerja mungkin, dok pi buat cerita pasai berita yang tak betui. Gamak pulak tu dok karang cerita pasai hidup dan mati orang.
What has happened to our society?
People have become sadistic and cruel.
Aku jadi takut bila aku dok scroll kat Instagram, tengok betapa manusia begitu judgemental. Hampa letak ikan dalam pinggan pun orang akan keji dan kutuk dengan kejam betapa tak eloknya ikan hampa siang (padahai beli siap kat market brader tu dah tolong siang), betapa tak baguihnya ikan yang berkenaan (padahai bukan hampa beli sirip ikan yu atau pun Nemo), betapa hampa patut goreng ikan tu pada satu tahap di mana kegaringan ikan tu hanya boleh dilihat oleh orang yang tertentu sahaja (walaupun hampa sendiri yang goreng dan hampa tau ikan tu dah masak).
Hooo. Aku nak goreng ikan pun takut. Pasai aku akan post kat IG. hhahahahaha kalau tak post mampuih pi la rentung pun bukan hampa tau. Niat kita nak berkongsi ja. Masalah orang la ni, depa tak paham istilah berkongsi. Dalam minda yang jumud, kongsi = menunjuk. Ni dalam konteks memuatnaik gambaq la ok. Kongsi lain aku taktau. Aku tak sokong poligami hahahahahahaha.
So kesayanganS sekalian, aku harap takdak di antara hampa adalah judgemental freak. Let people live their lives. Siapa kita nak mengadili kehidupan orang apabila hidup kita sendiri tak tentu hala. Nak kutuk senyap-senyap boleh, mai kat aku. cita kat aku, habih kat situ hahahahahahaha. Jangan terbawa-bawa oleh emosi dan memporak-perandakan dunia manusia lain yang dah memang haru biru.
Ada mata, tengok.
Ada telinga, dengaq.
Ada mulut, diam.
Ada akai, guna.
Sekian.
Wednesday, 27 May 2015
How To Bash Your Anger.
Dah la lama tak update. Sekali update nak emosi pulak hahahaha.
Aku dah post last week, tapi aku delete. Tapi kali ni aku rasa biaq la aku type ja apa yang berbuku kat hati dengan kepala otak aku ni supaya amarah aku tak sampai pada orang, tapi habih kat sini.
Kita ni manusia kan?
Manusia ada otak kan? Manusia boleh pikiaq ka dak? Boleh kan.
Ka kita ni fizikal manusia tapi kapasiti otak macam ayam? Ayam pun marah kalau orang usik teloq dia. Ayam betina la. Ayam jantan mana ada teloq. Atau macam lembu? Lembu pun pening kalau hampa dok kibas-kibas kain merah depan muka depa. Lembu ada teloq? hahahahahahahaha bodo.
Kalau printer kita buat pasai, kita marah printer la. Walaupun printer tu memang dah dia nak penat, atau habih toner, atau serabut wayar-wayar. Kita marah kat printer. Jangan kita marah kat sapa-sapa pun yang lalu lalang depan ofis kita. Atau orang yang duduk sebelah kita. Tak pun kita pi Pavilion kita marah brader hat juai popcorn kat GSC. Pasai apa? Pasai amarah kita kat printer tu dok ada membara lagi.
WRONG.
Macam mana geram dan naik angin kita sekalipun, jangan affect pada orang sekeliling yang concern dengan kita, Yang berniat baik nak tolong mudahkan kerja kita. Yang nak jugak tanya walaupun masa tanya tu dia taktau dia tengah nak lalu tengah-tengah ribut taufan.
Acapkali kita jadi invisible punching bag pada manusia yang masih terumbang ambing dalam urus tadbir emosi.
Letih.
Friday, 15 May 2015
Ulat Buku.
Smart is sexy.
Smexy.
Apa ciri-ciri ulat buku?
1. Menikmati masa sendirian.
Hampa pi la mana pun. Bagi buku seketui yang dia suka. Pasti dia takkan sms/whatsapp 'kat mana?' 'lambat lagi dak?' 'mana?' 'bila nak habih?' Takut aku bangsa clingy ni.
2. Ada empati.
Orang yang baca buku ni aku rasa dia bersifat empati. Dia akan letak diri dia pada tempat watak/karakter yang dia baca dalam buku tu. Tapi kalau jenis yang drama slot Akasia tiap-tiap petang merajuk macam slot hat dok ada la ni, tak payah.
3. Boleh berfikir secara kritis.
Bergantung kepada bahan bacaan dia. Aku rasa kalau hampa baca Majalah Ujang / Apo pun hampa kritis dan kreatif jugak. Macam aku. Aku ada slot - Soalan Bangang Untuk Hari Ini.
4. Mampu mengubah perspektif.
Walaupun duduk dalam tempat yang mempunyai aroma seperti di selatan India, ulat buku ni mampu indulge dalam suasana tu apabila dia dah terbawak-bawak dengan apa yang dia baca. Aku? Aku migraine.
5. Senang terhibur.
Aku cepat tersuka kalau aku nampak buku yang aku suka. Eh semua orang macam tu kot? Kecuali kalau hampa tak suka baca buku.
6. Mampu berkongsi ilmu dengan orang sekeliling.
Hampa tau dak beruang kutub kidal?
7. Adventurous.
Tauk pi mana, bagi informasi baru. Selalunya ulat buku ni sedia untuk belajaq/amik tau benda yang baru. Ok aku nak travel Aceh tahun depan.
8. Pendengar yang baik.
Pasai hampa buleh spend masa berjam-jam baca buku, pasti hampa buleh luang masa untuk jadi pendengar yang baik. Tapi bergantung kepada topik. Kalau hampa nak cerita kat aku benda yang aku tak suka dengaq, aku potong siap-siap. Pasai ada buku yang tak best jugak untuk dibaca, hampa kena berenti dan cari buku lain hahahahahaha.
9. Sangat mudah untuk beli hadiah.
Beli buku. Come on! Aku nak Valentino Rockstud Ballerina. hahahahahahaha
10. Memori yang baik.
Membaca meningkatkan memori sebab hampa buleh ingat apa jadi kat mana, muka surat berapa. Aku wonder gajah tu kuat membaca jugak ka?
11. Kesedaran sivik yang tinggi.
Aku rasa macam susah nak ulas hat ni. hahahahaha. Ulat buku lebih berkemungkinan untuk pergi mengundi (aku agak gusar perkara ni, CGPA aku 4.00 btw hahahahahaha), menghadiri acara kebudayaan (haa aku suka tengok teater).
12. Yang paling best.
Aku mungkin buleh buat hampa baca buku. Aku rasa yang ni paling menipu. hahahahahahah.
Walaubagaimanapunnnn.
Membaca lah kerana manusia pada masa kini lebih suka ikut hati dan akai yang kosong dari berhujah dengan fakta.
Thursday, 14 May 2015
Betel Leaf Round 3.
This place is fast becoming my favorite. Tapi nak parking memang amarah membuak-buak di dalam hati. Especially bila hampa celik mata pagi-pagi (anjak jam pi dalam pukui 11 pagi hahahahaha) perut lapaq, lepaih tu nak terhegeh-hegeh siap lagi sejam pakai mascara, tempek foundation, pilih baju. Nak layan jem lagi. Masa sampai dah dekat pukui 4 petang hahaha padan muka.
Tapi penantian tu selalunya berbaloi. Macam mantra aku selalu pakai. Sabar itu lumayan.
Senyum-senyum sikit kat Macha kedai. Dia pun senang hati layan hampa, servis pun lebih pantas.
Masala tea. Cawan dia ringan aku rasa macam zaman kecik-kecik dulu main masak-masak punya perkakas. This drink consists of cardamom powder, cinnamon powder, ground cloves, ginger powder and pepper powder. Lepaih tu depa boil dengan masuk satu sudu loose black tea. Rasa dia? Sedapppp gila. Bila mana ayaq teh tu lalu kat paru-paru hampa, satu perasaan tenang menusuk ke jiwa hahahahahaha. That's how I interpret my kind of hot drink. Macam mana hampa bawak keluaq angin dalam badan lepaih tu terpulang la. Aku takmau cerita part aku. Hilang elegan. Hahahaha.
Lagi satu.
EJAAN UNTUK LADA DALAM BAHASA INGGERIS ADALAH PEPPER. PEPPER. PEPPER. BUKAN PAPER. PLEASE. *iCringe*
Thali meal. Perfect marriage (refer Thaali) hahahahaha. hampa blend semua mak nenek dalam mangkuk kecik tu, makan dengan nasik. BOMB. Aku tiap-tiap kali suap dok goyang-goyang kepala pasai sedap. Sat. Aku edit balik gambaq boh nombor la senang. BRB.
Ok back.
1. Kootu. Aku rasa dia sayoq bayam.
2, Macam acar/chutney tapi ada kacang kuda, garlic, minyak sapi, cabai melaka (cili padi) hui sedapppp.
3. Sambar Rassam. Elok untuk hampa yang tengah batuk macam nak tekeluaq paru-paru/demam macam aku.
4. Butter chicken. Menu wajib.
5. Takdak pasai aku terlupa nak edit letak nombor 5 hahahahahahahahahaha.
6. Nasik.
7. Sweet dish. Rasa dia macam laddu tapi texture dia lagi fine and smooth. Ni hampa letak kat ataih campuran lauk pauk.
8. Curd spicy curry. Memang pedaih.
9. PAPADOM. Takdak hat ni aku suggest depa tutup kedai.
10. Parpu.
11. Poriyal. Sauteed vegetables. The only sayoq yang aku rasa nak makan pasai dia sedap. Ni carrots.
12. Tairu (yoghurt). Ni sebenaqnya kalau ada bawang merah memang tebabom terpelanting.
13. Mana nombor 13?? hahahahahahahah
14. Soup.
14 dishes in a plate. Aku pasti aku sengkak. Tapi aku bahagia. A perfect marriage in a plate full of happiness (food). bahahahahahahaha.
Nah address.
- Address: 77a, Leboh Ampang, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, MalaysiaPhone:+60 3-2032 5932
Wednesday, 13 May 2015
Mimpi.
Lately memang aku ada masalah tidoq.
Eh.
Bukan lately la. Dah nak masuk 4 tahun aku dok toss and turn. Menyebabkan kehidupan aku tunggang langgang hahahahahha. Pasai tu bila aku ada peluang aku tidoq harini lusa baru aku mangkit.
Lepaih tu la ni aku dok batuk & selsema & demam on and off. Nak masuk tiga minggu dah aku dok stone ja makan ubat. Tapi keuntungan sedikit pasai ubat drowsy membolehkan aku tidoq la jugak walaupun ada ketika dah makan ubat tapi mata aku cerah lagi tapi aku pening lalat la.
Malam tadi aku lena awai pasai aku makan ubat. Konon.
Tapi aku mimpi tak best. So vivid sampai la ni urat saraf aku berasa macam dalam mimpi tu.
Aku mimpi gigi aku patah.
Tiga gigi bawah. Siap yang geraham bawah satu tu ada skru emas. Aku tegelak dalam mimpi hebat sangat ni siap ada emas tanam kat situ. Dengan satu gigi depan aku belah kiri. Tapi hat tu tak patah. Dia goyang-goyang tapi ada darah banyak and aku rasa ngilu gila. Ngilu tu la sampai la ni aku rasa.
Masa aku mangkit aku rasa-rasa gigi bawah dengan depan. Nasib baik ada. Kalau tidak aku dok pikiaq nak call Nunny suruh dia standby mold gigi baru. Ihhhhh aku takleh bayang aku pakai gigi palsu. Hilang elegan aku hahahahahah.
On a serious note. Aku dok terpikiaq apa pasai aku mimpi macam tu. Tangan aku pun sebok Google tafsir mimpi.
Ok aku takut dan sangat disturbed la ni.
Harap mimpi tu hanya mainan tidoq ja. Setan dok kacau. Mangkaq betui pi tebakaq rentung dalam neraka pi. Damn you.
Nauzubillah min zalik.
Buat Pasai.
Apa dia pikiaq aku ni beranak-beranak dulu teruih ada bateri Energizer hat buleh rechargeable boh sepanjang tulang belakang aku gamaknya. Dia sorang ja penat. Padahai aku dah dok belai cukup dari mula dia sampai mai kat aku.
*amarah*
p/s: beranak-beranak = dilahirkan.
Tuesday, 12 May 2015
How To Love The Woman Who Unapologetically Knows What She Wants.
More than anything, I admire decisive women.
We’re always told that if we aren’t asking for permission, we’re asking for forgiveness. The woman I’m taking about does neither. She doesn’t seek your approval nor does she care for your forgiveness. She just stands up and says here’s what I’m doing and fuck you if you don’t like it.
There’s something about making decisions without question or regard for consequence that has an underrated appeal.
Do you know how hard that is? To choose a path and blatantly tell people the plan instead of asking for their advice?
It requires muting every voice – those of the people around you, and the ones in your head – that tell you you’re making the wrong choice.
Look around at the women in your life and I guarantee you at least one of them is this exact breed. She’ll take your breath away, not because of the way she looks, but because of what she’s doing and how she’s doing it.
The “it” is almost irrelevant. In my life, I can point to women who devoted their lives to raising kids on their own, who chose to travel the world instead of getting married off, or who went back to school after years off. But really it’s any woman who said yes to the far more challenging option because they knew they wanted it enough to make it work.
These are not the women who dabble in being ~rebellious~.
They are the women who have one beautiful plan and nothing to fall back on. The women who didn’t take the help, even though it may have been offered to them. The woman that were offered a perfectly decent path and decided to take the extraordinary one instead.
Don’t try to stop her.
Accept that she won’t shy away from the advice that she doesn’t like. She’ll give you a full explanation of why you’re wrong. She will never succumb to something based on your cautions. She won’t let you see her falter.
She will be hot headed, rash and fired up. She will, occasionally, get upset at you when it’s not your fault. But she will be worth it because her passion knows no bounds.
She will never bore you.
She will defend what she believes in and ruthlessly argue her point of view. What you don’t realize is that when you’re not in the room she will defend you the same way.
She might choose a path that doesn’t have you in it. You can come into her life and become a priority, but you will never take the place of priorities she already has. It doesn’t mean she doesn’t love you, it means she loves her freedom too.
She is real. She says what she feels when she feels it. She is not a “long texter” or a “short texter” or a “distant texter.” If something merits a long response, she’ll send back a novel. If she’s being short with you, it’s because she’s busy. She is open about her sexuality, her make-up regiment and her donut intake. These are just details, and she’s not shy about exposing them.
Hope that she’ll give you enough time to get to know you. If she says she will, she actually means it. If she says it’s not the right time, trust that it’s not a ploy to get out of seeing you, or make you work harder. She just has other priorities that require her attention. She’s consumed with pushing against the confines of her own life and everything else sometimes pales in comparison.
If you can get her love, hold on to it. It’s rare that she would give her heart away. Not because she’s protecting it, but because she’s thrown it into so many other things. Places. People. Work. Life. The best you can do is try to keep up.
Aku? Aku nak pilih shawl biru royal dengan biru elektrik pun amik masa sejam.
Monday, 11 May 2015
Selimut Hati.
Hari Jumaat pi karaoke dengan Ratu Dangdut. Tekan lagu Cita Citata, tapi dua-dua ternganga depan screen taktau nak menyanyi macam mana. Masuk part "Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku.." baru buat-buat ikut yang macam dalam video clip.
Elok habih sejam setengah, berjalan kaki balik ke ofis. Selang setengah jam, guruh berdentum punya kuat. La la tu jugak aku WhatsApp Ratu Dangdut.
"Kakak, bukan salah kita kan?"
"Eh takde. Ni nama dia hujan rahmat. Sejuk sikek." Dia orang Kelantan.
Aku kalau pi karaoke aku cari lagu yang senang nyanyi ja. (senang dalam erti kata suara paling rendah yang paling takdak effort. Yes aku pemalaih macam tu). Tapi dah tiga empat hari lagu Selimut Hati dok dalam kepala aku.
Weekend baru ni pun aku dok menyanyi.
"Aku bisaaaaaa untuk menjadi apaaaaa yang kau miiintaaaa."
Lepaih tu dialog seterusnya menjurus kepada lirik lagu berkenaan. Aku kata,
"Saya mintak awak jadi kambing la."
Dibalas begini.
"Macam tu saya mintak awak jadi rumput la."
Melingkup kambing dengan rumput.
Thursday, 7 May 2015
Sambungan Cerita Derma Organ Part II.
Masa cuti haritu aku sembang dengan Nunny. Memandangkan dia adalah doktor bertauliah dan merangkap adik ipaq aku, maka kadar mereng aku tingkatkan sikit bila dengan dia (she's a cool sister in law, we get mereng together).
Aku tanya la dia.
'Nunny kalau kita derma organ, contoh mata, lepaih tu mata kita juling, kebarangkalian untuk orang yang dapat mata kita untuk juling tu pasti ka macam mana?'
Nampak soalan aku begitu berilmiah.
Dia dengan Mamita terdiam.
Tak sangka soalan aku macam doktor pakar kot.
Lepaih tu dia jawap.
'Mungkin la kot. Pasai saraf dalam mata tu dah memang lari alignment dia, so benda tu mungkin akan bawak sekali.'
Terangguk-angguk dia explained. Dengan Mamita pun sekali.
Okay aku pegang jawapan dia dulu setakat ni, sampai aku dapat jawapan lain pulak.
Wednesday, 6 May 2015
Catatan Hati.
1. Seminggu cuti dengan Mamita & Papito ada sekali. Seminggu cuti aku tidoq bawah ketiak Mamita. Seminggu cuti aku berkepit dengan family. Seminggu cuti walaupun tune waktu tidoq aku lari, tapi aku puaih hati. Malam tadi last aku tidoq dengan Mamita sebelum depa balik tengah hari ni. Aku peluk dia kuat-kuat. Dia pegang tangan aku, dengan nada mamai-mamai dia kata, 'makan la anak mak sayang, jangan la kuruih sangat.' Dia taktau ka orang kata aku makan macam bela jin? Ka aku lupa nak habaq kat dia aku nak kaki macam Gisele Bunchen?
2. Mamita pesan lagi, jangan kerja teruk-teruk. Dia rimas kot tengok aku dok balik lambat. Aku kata nak buat lagu mana kadang-kadang pukui 5.29 petang tu bos nak macam-macam.
3. What she said hit me hard. Aku tengok balik, orang yang kerja, walaupun gaji tak besaq, depa happy. Cukup time balik. Be with family. Aku kadang-kadang taktau apa yang kita kejaq. Harta dunia? Kaya? Hidup senang? Rumah besaq? Kereta besaq? Pi berjalan satu dunia? Aku tak rasa aku mau sampai macam tu. Hidup senang tak semestinya kaya. Kereta biasa bukan tak boleh bawak pi berjalan-jalan. Rumah 900 sq bukan tak boleh panggil adik beradik mai tidoq. Nak pi berjalan bukan tak boleh pi Pantai Remis lepak makan jagung bakaq. Ada tapi dak?
4. Makin lama pikiaq makin unfair aku rasa. Makin lama pikiaq makin aku taktau nak buat macam mana. Cycle of life, bila kecik parents kita jaga. Sampai besaq masuk universiti, lepaih tu kita kerja jauh. Ada kehidupan sendiri. Kita tinggai parents kita jenguk dua tiga bulan sekali. Sebab apa? Busy kerja. Busy itu, busy ini. Kita ka yang sebabkan the unfairness? Aku setuju dengan soalan aku.
5. Jem kepala when you think of your parents yang dah makin lama makin berusia, hidup dua orang, tiga kalau ada TokBa macam family aku. Hari-hari rutin sama, juruih pokok, bagi kucing makan, masak, buat kerja rumah, pi masjid, pi kenduri. Aku selalu pikiaq, kalau depa ada masalah depa cerita kat kita ka? Dengan sapa depa cerita? Depa simpan. Kita? Kita ada kawan baik keliling pinggang. Kita ada Facebook, Instagram nak merempan. Aku ada blog nak mengaruk.
6. Ni parents aku dah balik. Life balik macam biasa. Aku pi kerja macam biasa. Balik rumah tengok dinding, tengok kipaih, tengok Gintama macam biasa. Malam tadi baru tidoq kapok Mamita, peluk cium dia puaih-puaih. Ini hari dunia aku kosong.
Habuk banyak pulak masuk mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)