Friday 3 April 2015

Trending Cafe.


Hari-hari lepak kat kedai makan cerita pasai cita-cita.

Masing-masing pun ada harapan dan impian dan cita-cita untuk buat menda selain daripada jadi kuli kerja makan gaji (no, not complaining here).

Masing-masing nak jadi Boss.

Aku?

Aku habaq la kat depa aku nak bukak Trending Cafe. Apa-apa yang dok trending pada masa tu ada kat cafe aku. (Angan-angan aku ja baru.)

Reaksi macam biasa la bercampur-baur. Ada yang okay, ada yang tak.

Tapi dalam clan aku ni, setiap kritikan dan pendapat tu adalah setakat ni yang terbaik pernah aku dengaq. Walaupun kena kutuk pedih berdesing telinga, tapi itulah yang betui.

Macam contoh dulu pavlova tengah popular, semua orang buat pavlova. Lepaih tu macarons, lepaih tu durian crepes, jeruk asam boi, puding sedut (aku tak berapa setuju hat ni).

La ni pulak kan tengah in aiskrim pasu. Mana-mana pi mesti orang sebut aiskrim pasu. Ada pasu yang edible, ada pasu yang beli kat kedai pokok hat habuk kot bawah pasu pun ada lagi.

Ninja gelak kat aku. Dia kata

"Boleh bai, kau buat aiskrim jugak. Tapi jangan dalam pasu."

"Habis tu?"

"Ko buat dalam TAYAR."

No comments:

Post a Comment