Thursday, 30 April 2015

Selamat Bercuti!


Kepada semua worang, selamat bercuti panjang dan berhati-hati di jalan raya wokeh.

Bawak kereta tolong berhemat pasai tadi sepanjang aku dari ofis ke Ampang aku rasa macam nak boh penumbuk kat semua orang hahahahahaah *emo satu hari*

Aku ada banyak makanan nak tunjuk kat hampa, tapi nanti tunggu aku ada masa sikit ok. Aku kan busy kalah Menteri.

Selamat Hari Pekerja kepada semua! Pasai sebenaqnya semua orang bekerja dalam dunia ni. Dok saja-saja goyang pun masuk dalam definisi berbuat sesuatu jugak. Hahahahahah *die*

Oh.

Satu pesanan aku. Berkaitan kerja.

Hampa kan, kalau isok-isok ni jadi Bos dan ada anak buah kan. Tolong tambah ilmu pengetahuan pasai kerja yang hampa buat okay? Pasai macam tak syok kan kalau depan hampa anak buah senyum, tapi selang tiga tapak kena maki berkandaq. Pasai ZERO. Dah zero, takmau amik tau. Dah takmau amik tau, buat pandai. Buat pandai tu ibarat nampak tiang cracks, tapi takmau amik tau punca, dok habaq garis cracks tu tak cantik. Hahahahahaha tak ada guna punya orang.

Okay?

Be safe lovelies!

Thursday, 23 April 2015

Sambungan Cerita Derma Organ.


Sambungan ni tak panjang mana pun.

Malam tadi masa aku nak tidoq aku ada terpikiaq menda ni.

Soalan aku.

Kalau kita derma mata, dan mata kita juling, tak kira la juling ayaq ka juling itik ka, juling Taiping - Simpang Renggam ka, bila kita derma mata tu, dan orang yang mendapat mata kita tu akan juling jugak ka?

Ka macam mana?

Tuesday, 21 April 2015

Derma Organ.


Lama aku pikiaq sebelum aku buat keputusan. Eh ya ka lama? Hahahahaha ok it took me quite a few months to think of it sebelum aku search pasai organs donation ni.

Lepaih tu aku pun bukak website aku baca seketui-seketui apa requirements and whatnot. Takda la susah mana. Nak karang ayat pakai ipad ni lagi susah hahahahahahaha.

2012. Masa register sebagai penderma tu aku tak cakap kat sapa-sapa. Pasai manusia kadang-kadang amat skeptikal kepada benda-benda macam ni. So aku buat kering ja. Tapi aku letak alamat kat Kampung halaman. Elok sampai kad dekat rumah, Papito sama Mamita bergabung bukak surat sama-sama. Hahahaha depa call tanya aku,

"Bila register? Tak habaq apa pun."

Menjadi aku, memang aku buat ikut kepala aku ja. Tambah benda macam ni kan. Kalau habaq memang insya Allah agak payah nak lepaih. Mamita pulak bangsa overthinker.

"Isok ni habih la semua depa belah. Awat buat kat anak Mama macam tu." Drama Hindustan.

Let me clarify this lovelies. Sat bagi aku stretch tangan sat. Lenguh oi type kat ipad ni.

Daripada aku mereput saja-saja, ada jugak baiknya aku derma apa yang boleh pakai lagi pada aku ni. Mata. Rabun. Buah pinggang. Aku banyak makan KFC, McD. Hati, metaphorically banyak stitches tapi aku rasa dari segi realitinya elok lagi. Jantung. Jangan bagi nampak Remy Ishak atau Khairy Jamaluddin ja la. Hahahahaha. So, baik la aku derma ja kan?

Soalan / respond aku selalu dapat bila tanya orang pasai derma organ?

Tau ka kat sapa nak derma? Tak risau ka organ kita tu dapat kat entah sapa-sapa?

Macam ni lah. Derma organ ni tak wajib pun. Terpulang pada hampa nak buat ka dak. Tak ada sapa paksa. In fact kalau hampa dah ikrar pun kalau waris tak benarkan, pun tak boleh jugak.  Lepaih tu kalau hampa tiba-tiba tukaq fikiran nak cancel pun tu  adalah hak hampa.

Bab sapa nak dapat tu aku tak mau kupas panjang pasai ilmu aku pun tak tara mana. Aku anggap macam kita pi sedekah. Part kita sampai dekat niat kita nak sedekah nak membantu orang. Lepaih tu dah bukan dalam kawalan kita dah. Sama macam derma darah jugak. Hampa tau ka la ni darah hampa derma tu ada dalam salur darah Erra Fazira ka, Che Ta ka. Hampa taktau kan. Tapi balik pada niat asai pasaipa hampa nak derma darah. Macam tu la pada aku.

Aku tick semua kotak kat belakang kad. Indicating that I am willing to donate all my organs and tissues yang mana boleh pakai pada ketika otak aku dah mati. Mati yang betui-betui takdak oksigen semua. Ikut metafora memang otak mati lama dah hahahahaha.

Jadi aku nak ajak sapa-sapa yang ada niat nak buat, please do so. Kalau takmau buat takda sapa paksa, tapi tolong jangan begitu skeptikal dan pertikai benda yang di luar kawalan kita. *peace*

Nah sini ada info lagi panjang pasai Kempen Menderma Organ. Selamat membaca!

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/projekkhas/dermaOrgan.php






Tuesday, 14 April 2015

Kehidupan.

I am swamped with work.

Aku taktau mai kot mana kerja-kerja sekalian ini tapi aku rasa hingga ke saat ini, dunia aku pusing-pusing hahahahahaha.

Nak kata aku tak complaint, yes, there were times aku rasa nak boh penyepak screen pc. Tapi isok ni penat kat aku balik. Aku anggap ni semua proses pembelajaran. A very painful-in-the-ass process of learning hahahahaha. Tapi aku buleh gelak lagi kira ok la kan? Ka aku dah nak gila?

Sila amik maklum ini adalah perumpamaan yang amat emosional. Datang dari sudut hati paling dalam hahahahahahahahah.

Aku ibaratkan kehidupan kita ni macam jamban.

Masa kita beli jamban nak pasang kat rumah, jamban tu sikit punya lawa ka kilat-kilat. Siap tokei kedai suruh pekerja dia cuci pakai Harpic. Tapi lama-lama mesti kotoq. Jangan tanya la mai mana. Hahahahaha.

Macam tu la kehidupan kita kat ofis. Masa masuk semua macam berkilat cantik. Tapi ada kala, bila jamban tu dah berkarat teruk sangat, kita kena amik berus dan cuci. Sampai berkilat. Sebab Afdlin Shauki yang patut letak Harpic kat keliling mangkuk jamban tu takdak. Dia shooting tempat lain.

Jadi kalau jamban tu pun kita guna, tentu la kita takmau kalau dok kotoq. Jadi kita pun capai la berus dan cuci la kalau buleh sampai habih bersih berkilat buleh cermin muka sendiri.

Hahahahahahahahahha.

Sekian.

Catatan : Kisah benar ini tercetus ketika penulis sedang mencuci jamban selepas pulang dari kerja.

Wednesday, 8 April 2015

Storage.


That's already full with rage.

Hahahahahaha.


*NEWSFLASH*

Contrary to what you believe, the world doesn't revolve around you. 


The end.

Friday, 3 April 2015

Trending Cafe.


Hari-hari lepak kat kedai makan cerita pasai cita-cita.

Masing-masing pun ada harapan dan impian dan cita-cita untuk buat menda selain daripada jadi kuli kerja makan gaji (no, not complaining here).

Masing-masing nak jadi Boss.

Aku?

Aku habaq la kat depa aku nak bukak Trending Cafe. Apa-apa yang dok trending pada masa tu ada kat cafe aku. (Angan-angan aku ja baru.)

Reaksi macam biasa la bercampur-baur. Ada yang okay, ada yang tak.

Tapi dalam clan aku ni, setiap kritikan dan pendapat tu adalah setakat ni yang terbaik pernah aku dengaq. Walaupun kena kutuk pedih berdesing telinga, tapi itulah yang betui.

Macam contoh dulu pavlova tengah popular, semua orang buat pavlova. Lepaih tu macarons, lepaih tu durian crepes, jeruk asam boi, puding sedut (aku tak berapa setuju hat ni).

La ni pulak kan tengah in aiskrim pasu. Mana-mana pi mesti orang sebut aiskrim pasu. Ada pasu yang edible, ada pasu yang beli kat kedai pokok hat habuk kot bawah pasu pun ada lagi.

Ninja gelak kat aku. Dia kata

"Boleh bai, kau buat aiskrim jugak. Tapi jangan dalam pasu."

"Habis tu?"

"Ko buat dalam TAYAR."

Wednesday, 1 April 2015

Patin Place.


Buleh kata hari-hari lalu.

Tapi minggu lepaih baru merasa.

Masya Allahhhhhhh ikan patin diaaaaa.

Aku bukan jenis makan sangat ikan patin ni. Tapi apa salah merasa. Dan memang tidak salah hahahahah.

Ni kedai dia. Hampa buleh waze ja Patin Place ni pasai dia dah memang famous. Landmark? Tangki ayaq nalla punya besaq tulih Puchong Utama.


Entrance


Ni bahagian dalam kedai.



Dia punya Patin Wall Of Fame. (kot) hahahaha Ramai artis ada. 



Ni belah luaq. Aku dok luaq sebab aku tak tahan sejuk. hahahaha pasai tu takmau pi London Paris.


Ni daya tarikan kedai ni jugak aku rasa. Satgi nak call Papito tanya honda bulat TokBa tu buleh pakai lagi ka dak. Kalau tidak aku nak buat lagu ni jadi penarik kedai roti jala aku kat pulau nanti hahahahahaha. Sebab Mamita kata lantai dia dah belubang. Kalau TokBa nak bawak pun tak payah tekan minyak, kayuh kaki ja macam Flinstones. 


Menu dia buat pakai bat pingpong. So kalau dah dapat hat ni pun hati berkocak dah nak macam-macam. Hampa usha tengok. Kat sini famous dengan masak lemak ikan patin tempoyak dengan stim kering patin dan makanan laut yang lain. 



Tu set dia. Kedai ni claim dia satu-satunya yang buat stim kering ketuhar aku pun tak sure rupa bentuk lagu mana tapi nampak gaya macam begitu sedap. Cuma pi tak ramai, nak order macam-macam pun aku takut terlentang kenyang, membazir tu sedara setan mati tebakaq rentung.


 Menguji. Tapi takut gout. (takut pi jamban ja lepaih tu sebenaqnya hahahahahaha)



Hong Kong Kailan. Setengah tempat panggil Ying Yang Kailan. Dia racik haluih-haluih sayoq tu pastu deep fried, Lepaih tu goreng sekali lagi dengan minyak sikit letak bawang putih, gula, garam. PERGHHHHHHHHH sedap dia pejam-pejam mata. Ni menu wajib aku kat mana-mana dah la ni. Sedappp. Sebelah tu rendang ayam. Punnnn sedappp.




Nah aku bagi close up. Untuk orang yang tak makan sayoq macam aku, ini adalah satu kehebatan. Mangkaq dok telan ayaq lioq sambil taip.



Patin dia kan. Patin dia. Patin dia ni. Paling tersedap dalam dunia penah aku rasa. Dengan berlemak, fresh macam dia ada sangkaq kat belakang kedai. Haih. Nak pi Temerloh jauh kan. Nah, kat sini pun aku rasa dah cukup. Puaih hati sangat.


Ni dari dekat. Ishhhhhh. Kuah dia likat tak ceroi macam setengah tempat. Sedang elok semuanya. Aku order seketui ja. Tu pun tak tengok kiri kanan dah. 


Bila rasa satu dua makanan yang sedap macam ni, aku tau Restoran ni mesti best. Makanya pengulangan lagi dan lagi perlu dilakukan pada masa akan datang. Hampa try la. Gerenti tak menyesai. Tapi kalau pi hari ni dah kena GST la hahahahahahahah. 


Highly recommended.


14, Jalan BPU 5, Kawasan Perniagaan Bandar Puchong Utama,
47100 Puchong, Selangor

No. Tel : 016-208 9012

GPS Coordinate : 2.992441, 101.621087