Tuesday, 20 October 2015

Brooklyn B Bagel.


Aku tengok cerita Taken 3, teruih aku kemaruk nak makan bagel. Maksudnya dah lama aku nak makan, tapi aku tak tercuba-cuba. Dan aku dok mengaruk kat semua orang dalam dunia tapi taktau pasaipa tak pi.

Aku dok terbayang bagel, sour cream, salmon, capers, feta cheese, cream cheese. Allah sedapnya.

Jadi pada suatu hari, sang kancil dan rakannya keluar mencari palet. Palet pasai nak buat DIY project. Yang tu nanti aku cerita. Alang-alang ada kat area Subang, mentol kepala aku menyala la.

Google alamat, jumpa la Brooklyn B Bagel Bakery & Cafe. Sederet dengan Pizza Hut, berdepan dengan Asia Cafe, SS15.



Ni kedai dia. 



Bukak pintu masuk kedai ja dah bau bagel. Blissssssss. Ini interior


Aku ada trypophobia yang agak kronik. Tapi yang ni aku boleh tolerate lagi pasai dia tak dekat-dekat dan tak kecik-kecik.


Kalau hampa first-timer macam aku, mungkin hampa akan perak buih sat bila tengok bagel bergentayangan hahahahahaha dan beratoq macam ni. Tapi takpa, amik masa hampa pilih nak apa. Hampa dah besaq. Dah boleh buat keputusan sendiri.



Kat sini hampa kena order di kaunter, bayaq, and tunggu depa hantaq kat meja. Boleh usha menu yang ada, nak buat custom tu aku tak sure. Boleh la hampa tanya. Aku memang seumoq hidup nak apa yang aku nak. Aku kan dah besaq. Aku boleh buat keputusan sendiri (pirah, nak pakai kasut pi pasar pun kena tanya pendapat).


Ni signature bagelwiches. Yang jadi pilihan ramai. Berdasarkan kepada kemaruk aku, aku order la Lox With Cream Cheese. Minum dengan green tea. Pergh. Rasa macam eat healthy sangat (hampa tunggu post nasik kandaq dan makanan berlemak yang lain lagi lepaih ni.)







Masa sampai tu ayaq mata aku macam bergenang pasai impian aku nak makan bagel tercapai jugak akhirnya. Hahahaha I am a sucker for anything salmon, capers, feta cheese, sour cream, cream cheese. So this is perfect.


Side dishes. Coleslaw and chips. So-so. Mesti la mereka tak boleh overshadow bagel. Bahahaha tapi aku rasa patut sedap lagi. To compliment the star.


Jangan kira rupa. Yang penting rasa. First time cuba, aku ingatkan bagel ni lembut macam doughnut, rupanya keras jugak. Crunchy di luar, chewy di dalam. Memerlukan gigi yang kuat untuk hampa tokak. Hahahahahah. Taste wise, aku suka ja, pasai salmon. Nanti aku nak try menu lain pulak. Tapi aku rasa yang aku pilih ni adalah pilihan tepat. Pasai la ni aku telan ayaq lioq. Tara gunaaa. Cuma aku rasa mungkin aku kena pi New York untuk merasai nikmat bagel sebenar. Hahahahaha.


Lepaih habih makan, maka kita pun boleh ke angkasa lepas dan lena. 


Brooklyn B

41, Jalan SS 15/8A, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
+60 3-5611 6553





Wednesday, 14 October 2015

Penaakulan Mantik.


Aku ringkaskan cerita.

Sumber cerita ni dari Adik. Bukan adik aku. Adik Nad.

'Diiii anginn laluuu ku sampaikann kerinduannn...'

Hahahahah dak dak. Tu lagu patah hati aku.

'Di suatu hari di sebuah restoran berasaskan ayam di sebuah daerah di Pahang, Adik dan Umi menjengah dari luar. Kitorang nak lunch, masa tu weekdays, dalam pukul 2-3 petang macam tu. Tengok kat kedai dia letak reserved kat hampir semua meja.

Kitorang pun tanya la.

'Boleh masuk lagi tak?'

Budak India yang jaga tu cakap boleh. Kalau ikutkan masa tu ada sepuluh meja, lapan tu diorang letak reserved. Ada satu meja tu ada sorang tengah makan.

Masa nak amik order, tanya la waiter tu.

'Memang reserved ke semua table ni? Ada event ape?'

'Takde event ape Kak. Saya penat sebab saya sorang harini. Sorang cuti kawin, sorang lagi MC. Sebab yang kawin tu ex-girlfriend dia. Kenapa pulak ex-girlfriend dia kawin dia yang kena MC?'

Adik dan Umi tertunduk sambil tersenyum simpul dan pura-pura melihat menu.

Tuesday, 13 October 2015

Who We Really Are Part II.


Aku nak suggest hampa tengok cerita ni

'What We Do In The Shadows.'

A mockumentary pasai vampires yang share flat di Wellington suburb. Nope. Not your Twilight kind of vampires. These three are a galaxy away than everyone's Edward Cullen.

Tiga watak.


Vladislav (862 years old). Exotic. Ladies man with dark moustache and chest hair. Dia menggambarkan dirinya sebagai 'dead but delicious.' Laid back. Cool. Definitely Pja.


Viago (379 years old). The cutest. The most diplomatic. 19th-century dandy yang jatuh cinta di Europe lepaih tu keranda tersalah pos ke New Zealand. Fastidious and the most kind-hearted. Well. Semestinya Nad. Especially part taring tu. Samaaaaaa.



Deacon (183 years old). The Nazi Vampire. The bad boy, who likes to hang upside down in the closet. Pretty much describing yours truly. Pandai menari dan entertain flatmates. *doing the errotic dance* tak guna.

Hahahahahahahaa pi usha Youtube la trailer ka apa pasai cerita ni. Aku rasa full movie pun dah keluaq. Aku beli dvd promo seringgit ja. Ulang tengok lapan juta kali. We know the lines by heart already. Bila aku lepak Vampire Loft (nama rasmi kediaman Pja & Nad - aku tumpang lepak sekali sekala, berkali dan berkala dah) hahahaha, especially on the weekends, terpaksa tidoq hampir pagi. Lepaih tu sapa bangun pagi bukak curtain, yang bergelimpang kat hall depan tu menjerit perlahan dalam ketakutan. Takut jadi abu. hahahahahahahahahaha



Group photo.



So sassy.



Rosak. Rosak.

Friday, 9 October 2015

Thursday, 8 October 2015

Siapa Ayahanda.


Minggu lepaih lapaq terketaq. Bila lapaq terketaq ni takdak benda lain yang kita nak makan kecuali makanan yang sedap-sedap sahaja. Macam aku la ni.

Jadi menuju ke tempat makan Patin United naik Mr. A milik Nad. Dia baru balik dari Kuantan, pi cuci kereta sikit punya berkilat boleh cermin muka dan diri masing-masing.

Lokasi yang dituju?

Pastinya Mahbub. Kat Bangsar. Dulu aku dok tengok ja. Nad begitu bangga sebab dia berjaya mengketagihkan aku dengan beriyani. Hang sabaq sat. Tunggu aku bawak depa pi Beriyani Gam Batu Pahat baru depa tau maksud angau sebenaq. Angau bercinta pun takleh lawan angau kepada beriyani gam nan satu ini.





Nasi beriyani ayam madu. Dok dalam tempat aircond harga dia ada lebeyyy sikit.



Indah sinar sang suriaaaa. Bersinaq nampakkk.

Habih makan kan. Tangan tak sabun. Pasai nak bau macam Datuk Pujangga tepi tiang seri rumah dia dalam cita Musang Berjanggut lepaih com tangan Puspawangi. 

Selesai makan, nak gerak pi bercempera tempat lain pulak. Makanya bertiga-tigaan jalan pi kat kereta. Semenjak aku muntah kat Gombak lepas Patin United Roadtrip, aku banyak dok depan daripada seat belakang pasai aku ada motion sickness yang teruk hahahahahaha.

Maka Pja dengan cool-nya lepak belakang. Nad parked keta kat bawah pokok.

Aku pun gerak pi kat pintu. Elok aku nak bukak, aku terpandang ada taik burung berjatuhan di gigi-gigi pintu Mr.A. Aku gelak dulu. Takdan nak warning Pja dia dah pegang handle pintu.

Elok dia pegang ja dia perasan benda putih suam-suam kuku dah melekat kat tangan dia.

Khahahahahahaahha terkancing-kancing gigi aku gelak sampai terduduk tepi kereta.

Aku tak gelak pasai dia terpegang taik burung tu.

Aku dengaq dia jerit


'Woi! AYAHANDA!'


khahahahahahahahahahahahahaa.

Sampai la ni dia pun taktau pasaipa dia jerit ayahanda.

Lepaih tu la ni bila nak bukak pintu, tiga-tiga remind tiga-tiga.


'Jaga-jaga woi AYAHANDA.'

Wednesday, 7 October 2015

Sekuel Cerita Test Drive.


Hampa ingat aku cerita pasai van jenazah? Tak ingat hampa pi korek balik cerita pasai aku test drive van jenazah sampai aku demam dua bulan lepaih.

Aku cerita kat Patin United pasai peristiwa ini.

Soalan Nad.

'Ko memang kena pegi test drive la setiap kali ada kenderaan nak keluar?'

'Yes.'

'Tak pegi tak boleh?'

'Tak pegi sampai aku dok dalam jamban pun diorang cari.'

Pja pulak masuk campoq.

'Habis masa ko pegi test drive van jenazah tu, dalam keranda ada benda tu la?'


Aku ingat aku bagitau depa aku pi test drive ja.

Bukan tukaq jawatan jadi pemandu van jenazah atau pun penggali kuboq.

Saturday, 3 October 2015

Pilihan Hati.



Bulan lepaih semua orang dok berdentum dentam pasai Dr. Mike. Hampa kenai Dr. Mike?


Nah. Dr. Mike. Dikatakan doktor paling handsome di seantero dunia. *sambil type sambil berdebaq* 

Fenomena berkongsi gambaq dia ni jugak merebak dari satu-satu group WhatsApp sampai nak meletup handphone aku. Tidak terkecuali jugak group 'Cucu Cicit TokWan' di mana ChikDa aku mula post gambaq ni sambil dok kelui aku.

'Ni mai tengok Dr.Mike ni. Berkenan?'

Hahahahahahaha. Tengok la lapan juta kali pun tetap telan ayaq lioq.

Merebak ke Patin United.


Nad dengan Pja jerit.

'Kau tengok!! Caption dia 'You have to really love your job to look this happy being woken up by a page at 3 am.' 3AM bangun muka macam ni? Kalau kita ko ingat???'

Aku kalau mangkit pukui 3 muka lagu ni, aku tidoq pakai baju keja ja hari-hari hahahahaha. Pengotoq.

Balik raya haritu. Aku lepak tengok tv dengan Mamita. Kebetulan pulak kat Astro Prima ada rancangan Hala3 (Tiga) bukan Hala Hala Hala hahahhahahaa di mana pengacaranya tentulah tidak lain dan tidak bukan Remy Ishak.

'Mamita, Remy Ishak ni hensem dak?'

'Sapa? Dia ni? Awat berkenan ka?'

Amboi tanya macamkan nak pi tolong pinangkan dengan Bismillah. *tersipu malu* khahahahahhaha

'Hensem dak?' Aku tanya lagi sekali.

'Boleh la. Hensem jugak. Tapi Ma berkenan dengan Sherson Lian tu. Pi la kawan dengan dia.'

Eh ehhhhh Mamita sapa laaa ni..

Hampa kenai Sherson Lian? Chef Lima Rencah Lima Rasa tu. Muka dia kan macam merata kat AFC.

Tang mana Mamita berkenan pun aku taktau. Tapi ada rupa Filipino la. Sebab dia hari-hari dok tengok cerita kat tv. 

Aku tak berkenan sangat orang putih-putih ni. Hahahahahhaah. Aku taktau pasaipa. Takmau overshadow aku kot hahahahahahahaah bongok sangat ni.

Tapi kan.. Tapi. Tapi.


*rebah terlentang tak buleh nak bangun*