Monday, 10 November 2014
Dunia Hari Ini.
Tajuk tu bagi bunyi macam Farid Ismeth Emir baca berita pukui 10 malam. Aku kalau dengaq dia baca berita, hat cerita pasai Festival Tomato kat Spain pun aku rasa macam dia tengah cerita pasai dunia nak kiamat.
Lagi satu kalau dengaq radio pagi-pagi. Sinar FM. Frekuensi 105.3fm. Pembaca berita dia yang lelaki tu wohh. Aku buleh tahan berapa minit ja lepaih tu aku takut. Sebab suara dia bagai halilintar membelah bumi. Tak percaya cuba hampa pagi-pagi nak pi kerja tu dalam pukui 8 ka tune in tengok jadi lagu mana.
Sebenaqnya cerita aku takda kena mengena dengan depa dua. Hahahahahaha aku nak cerita pasai penyakit dalam dunia hari ni. Sebab dari kemarin dok dalam kereta aku dok pikiaq menda ni.
1. Penyakit dalaman.
Ini bukan expose mistik atau Siri Bercakap Dengan Jin - Tamarjalis. Ini penyakit bercakap dengan diri sendiri. Monolog dalaman. Maka apabila sesuatu manusia itu mempunyai penyakit dalaman, secara tidak langsung beliau akan .... affect bahasa Melayu kata apa? Akan.. (cubaan takmau Google). Akan.... mempengaruhi! Yes! Aku berpegang kepada pendirian 'Jangan Manjakan Otak.' Sebab kalau pemalaih macam lembu sikit-sikit nak guna Google, isok ni kalau battery handphone habih, letrik takdak, elok seminggu aku rasa kena masuk sekolah balik. Tang mana tadi? Ha. Secara tidak langsung beliau akan mempengaruhi manusia sekeliling.
Sebagai contoh. Pada hari minggu yang sepatutnya indah kepada semua umat manusia, tetapi tidak kepada seorang Hamba Allah ini, maka diharapkan janganlah mempengaruhi emosi manusia yang lain. Sebab emosi itu berjangkit-paut. Salah. Bersangkut-paut. Kalau muka kita macam taik, orang depan kita tengok mesti nampak macam taik. Lain la kalau tiba-tiba dia nampak lawa macam kapkek. Yang tu aku rasa pakai susuk.
Jadi macam mana nak buat? Macam slot motivasi diri pulak.
Ni pendapat aku la. Orang lain aku taktau. Pasai aku rasa kalau aku jadi macam tu, aku akan buat macam ni. Kalau tak jalan jugak baru aku guna Google hahahahahaha.
Mula-mula Tuan-tuan dan Puan-Puan, cuba kita pikiaq apa masalah kita. Takmau pikiaq? Takpa. Jangan tipu la mesti pikiaq punya hahahahaha. Otak manusia ni direka untuk menjahanamkan tuan punya otak sendiri kalau sel-sel tak berhubung. Kalau kata terdetik satu kali, cuba tepih. Tepih la. Ketis kelepappp jatuh ke muka Direktor Ahmad Nifsu! ha buat macam tu.
Manusia ni kan aku kata tadi ada otak. Cuba guna.
T-Think P-Pikiaq
D-Digest T- Telan dulu
S-Speak C-Cakap
A-Act T-Tindak(ber)
Aku rasa macam ada satu lagi. Tapi takpa yang tu pun dah cukup.
Sebab kalau aku, mai kat (D) tu aku dah bleh berenti. Tak payah proceed sebab selebihnya tu akan menyusahkan aku dan jiwa raga aku balik. Walau berat macam mana pun, kita sabaq. Sabaq itu lumayan. Cey senang cakap. Sapa kata senang? Aku dok type ni ingat senang nak pikiaq nak tulih apa?
Macam tu lah.
2. Penyakit luaran.
Hat ni banyak. Tapi punca dia daripada dalam jugak. Cuma kategori dia tak banyak beza dengan lembu. Sebab kebanyakan penyakit luaran ni dia tak banyak pakai otak. Ikut hati. Mati.
Macam kita tengok moto orang tu lawa. Sebenaqnya kita geram pasaipa dia boleh beli moto besaq mahai bunyi ekzos Termig ka Akra korek lebih ka berdentum satu Kolumpu buleh dengaq. Tapi kita suka moto dia. Tapi kita tak puas hati. Kita usha moto dia, mula kita tanya.
'Ni CKD ka CBU?'
'Awat fairing tak tukaq lagi?'
'Bila nak pasang Termig?' (kalau dia beli moto besaq tapi maintain ekzos sedia ada, ni la soalan favourite.)
'Penah try lebih dari 180 dak?' Awat tak try? Beli mahai bawak 60 ja buat apa.'
Tu kalau moto.
Kalau handbag, baju, kasut (ompompuan) lagi teruk.
'Berapa ribu? (main ribu ja. Kalau ratuih tu kira kita sengkek).
'Awat tak beli yang handle macam ni, kulit macam tu, kaler ni lawa lagi.'
Lepaih tu kalau orang tu masih mengekalkan gaya rilek, kita lagi sakit hati. Pastu mula mengutuk. Eish. Soalan aku. Kenapa kita selalu kena negatif terhadap benda yang kita tak boleh dapat?
Apa kata kita sentiasa bersyukur dan bergembira dengan rezeki yang kita dapat. Pada masa sama usaha untuk cari rezeki lagi. Dunia la ni aku tengok makin lama makin kronik.
Sebab tu dalam entry sebelum aku dah sebut. Kalau orang tu cari rezeki, biaq la kat dia. Tu bahagian dia. Tapi kalau meniaga bagi mancung hidung pun bagi dia kaya-raya, biaq la. Tapi bagi aku gelak seround dulu. Sebab kalau aku beli, testimoni aku mesti GAGAL.
Masa sekolah dulu ada sorang cikgu ni. Semua orang takot gila kalau boleh dalam seminggu tu tak payah ada hari Isnin. Pasaipa? Pasai garang dia ridiculous. Tapi dia ajaq seni. Seni itu halus. Dan manusia yang berseni itu sepatutnya kompleks. Tapi dia ridiculous. Sebab dia terlalu halus.
'Pasaipa hang gemok?'
Sampai hari ni aku takda jawapan.
Jangan la terlalu kronik. Sebab kronik tu tak best. Bagi pening kepala. Bagi kita sentiasa tak senang. Simple sudah la. (aku macam dok tengah tampaq muka sendiri bila type menda ni hahahahaha). Jangan ikut perasaan. Jangan ikut kesemua menda.
Tapi kan.
Aku tak suka perkataan 'Uols' tu.
Rasa-rasa aku kronik dak?
Saturday, 8 November 2014
Perkara-Perkara Media Sosial.
Dari sudut mata pandangan kayro aku.
mIRC.
Hi. A/S/L Plzzzzzz.
Medium komunikasi pertama zaman tok Nadoq nak connect pi Internet kena merangkak bawah meja PC sambung wayar telefon dekat belakang modem pelan-pelan pasai takut bapak aku hingaq bil RM200++.
Zaman channel seperti #kampung (masa tu lagi dok pakai hashtag dah) dan channel-channel sekolah dan bandar dan negeri dan berasa amatlah bangga kalau boleh kenai SOP mahupun Founder. Lagi bongkak kalau tiba-tiba jadi AOP kat channel besaq macam tu. Kalau channel sekolah nak riak lebih kena jadi SOP sebab boleh kick dan ban orang. Lepas tu orang kenai. (bukan aku).
Kenalan masa tu pun lebih easy going, lebih mudah. Tak suka senyap. Paling teruk block. Ya. Kita harus kejam macam tu. Tak banyak memori IRC sebab guna pun dua tiga tahun. Lepas tu khianat dan beralih arah kepada Yahoo Messenger.
Friendster
Upload profile picture nak nampak lawa hidung mancung ja. Angle kena betui sebab kalau tidak muka jadi hodoh. Lagi satu penyakit jawap questionnaire kat board. Copy paste jawap soalan pasai diri sendiri. Lagi bangang buat luahan perasaan post bagi semua kawan baca. Pepijat alaf.
MySpace
Tak banyak cer. Sebab buat account lepaih tu lupa.
Facebook
Ini penyakit paling teruk merebak. Lama terjebak. Tahap 4. Tapi Alhamdulillah boleh diubati. Sebab aku tengok harini FB dah bukan macam satu masa dulu bila kita boleh gelak dan rasa terhibur baca status orang. Hari ni baca status orang buat kita rasa nak hempuk Iphone 6 yang baru beli tu. *tutup muka belakang tudung tingkap*
FB dulu aku boleh cerita kat notes. Dan haters pun tak segila hari ini. Harini semua haters adalah kejam. Orang buat kek dengan buah pelam jeruk asam boi pun kena kutuk kaw-kaw padahai kawan tu pi kutip buah pelam kat belakang rumah dia bukan dia pi curi pun. Macam tu lah. Hari ni FB dah jadi tempat urus niaga. Takdak masalah selagi aku rasa itu medium untuk orang mencari rezeki. Biaq la kat dia. Dia ada idea nak tambah duit. Biaq. Dia tak kacau kita. Kecuali dia dok tag kita kat gambaq spenda/jamu pelansing lepaih tu kita lupa nak setting approval untuk gambaq yang ditag, ha itu kita kena marah.
Instagram
Haaaaa. Hat ni nak cerita sebenaqnya. Aku rasa fungsi Instagram tu adalah untuk kita upload gambaq dengan caption seminima mungkin. Walaupun aku kadang-kadang terbabas jugak tapi aku pastikan orang takkan scroll dua kali untuk baca caption aku. (tipu. aku tau hampa tak baca). Ini satu gambaq upload caption tudia macam nak buat satu column 'dari kamar tinta penulis.' setiap hari Ahad di akhbar arus perdana. Bukak blog la bang.
Lain-lain aku taktau. WeChat pun aku rasa dah nak delete sebab macam takda beza atau pun impak kepada arus media sosial di telefon bimbit mahupun gajet aku yang lain.

Friday, 7 November 2014
Kegilaan.
.. Apakah ini..?
Hari Ahad. Hari minggu yang sepatutnya menjadi hari yang indah. Memang indah pun pada permulaan. Dihiasi senyuman mak dan apak yang datang jauh dari kampung. Maka bergeraklah sekoyan umat alam dari Wangsa Maju menuju ke Dewan Tun Rahah dihiasi baju dan jubah baru bersama glitter shawls (baru beli hari sebelum) demi untuk kelihatan bergaya di majlis. Menjadi resmi, kalau kenduri belah Mamak ni, baju tak sah kalau takdak bling. ya. bling itu yang paling susah.
Sampai tempat kenduri. Makan dan beramah mesra. Lawan kenyit mata tok mak pak menakan. Pelok cium hat mana yang dah berbulan tak jumpa.
'Awat makin kuruih?'
'Kering sangat ni. Makan banyak sikit.'
'You sakit ka?'
Dialog normal. Hakikat dia memang keturunan aku takdak besaq Tok Gajah.
Balik kenduri, singgah beli keropok lekor dengan goreng pisang. Aku harus akui goreng pisang kat area Wangsa Maju antara yang agak sedap di Kuala Lumpur.
'Hang mai apom balik?' Adik tanya.
'Takmau. Tak cukup rasa. Kurang garam ka gula taktau. Nasik lemak pun tawaq. Tak cukup rasa.'
'Selera boya.' Adik kata.
Aku diam. Dah memang betui tak sedap.
Balik rumah. Nak kuaq dari keta aku dah rasa telinga macam bengang-bengang. Bukan bengang marah. Bengang macam sebelah tertutup. Macam kita naik bukit time kat Ipoh nak p KL tu. Ha macam tu. Pastu masuk rumah dah settle apa semua, aku pun tidoq la. (gila tak tidoq. Masa itu emas).
Mangkit makan kopok lekor dengan goreng pisang. Pejam mata lagi. Mangkit lagi skali makan nasik goreng ayam goreng kunyit. Sedap. Cukup rasa walaupun ada ketika aku rasa macam makcik kedai tu goreng plastik skali.
Elok jam 10 aku pun nak melabuhkan tirai. Sekali rasa tak sedap perut. Tak sedap betui punya. (Ini mesti mau kena kuaq balik ni semua makanan, kalau tidak aku tak lena).
Maka bermula jam 10.30malam, selang 15 minit. Ulang alik pi toilet. Bukan diarrhea (saja takmau type CB pasai tak berapa elegan). Kena drip dua botoi. Ubat secekak.
Empat hari. Muka aku dari besaq pasu bunga raya, dah jadi besaq pasu kaktus harga seringgit.
Saturday, 1 November 2014
Perkara-Perkara Pening Kepala.
Kenangan bangang. *pitam*
Dalam hidup aku, ada beberapa perkara yang kalau diingat balik memang akan membuatkan aku pening kepala.. sama ada pening tahan nak tergelak, atau pun pening sebab gelak terlalu banyak.
1. Kak Ana @ Sadewa ku.
Satu ketika masa kitorang serumah, dia bawak balik tudung saji yang kekonon eksklusif. Yap. Dengan kain yang berupa material seperti french lace, dia bangga dengan sumbangan untuk rumah itu. Dan kami pun setuju tudung saji itu memang tampak bergaya dipadankan dengan lauk2 yang kadangkala 3-4 hari tak berusik di atas meja.
Entah bagaimana, mungkin terlintas di benak kak ana, dia bercerita tentang baby baru lahir yang diletak di dalam benda berbentuk bekas (inkubator barangkali).
Semangat bercerita kak ana memang tinggi. Laju. Bagai peluru kapoQ. Sampai la satu ketika di saat dia nak menyatakan betapa tudung saji tu kelihatan seperti tempat yang letak baby tu, dia keluarkan statement ni.
"Ha'ah laaaaaaaa.. ni laaaaa.. tempat yang letak baby dalam KARBURETOR tu..."
Seisi rumah terpempan.
Tapi kenapa dia lompat kat aku dulu?
------------------------------ ------------------------------ ------------------------------ ------------------------------ ------
2. aJiE @ Super aJiE
Selalu berasakan dia hero. Dalam Ice Age pun dia nak Diego. Entah kenapa. Terlalu banyak perkara yang ajie buat sehingga aku tak mampu nak list down. Sebab? Ajie ni spontan orangnya. Terlalu spontan.
Satu malam. Tgk tv. Aku, Yda, Ajie. Cerita apa aku kurang pasti.
"Anak KAMBING nani." Kuat. Di samping spontan, ajie ini 'loud' orangnya. Tolong percaya kata-kata aku.
Aku dengan spontan jugak menyanyi " Anak rusa Nani, baru kembang ekor..." Anak KAMBING Nani, baru kembang ekor.." Cuba untuk mencari kepastian.
Rusa ka Kambing jie?
------------------------------ ------------------------------ ------------------------------ ------------------------------
3. Lyanna @ Lyl Wacko
Time jalan-jalan. Bitching corner. Bila orang lalu, aku dan lyl akan selalu tengok dari atas ke bawah, mencari perkara-perkara salah. Pura-pura tidak menyedari diri sendiri tidaklah sempurna mana. Melihat akan perkara pelik itu kadang kala melucukan. Selalunya.
Bila dengan lyl, perkara pertama yang dia akan detect adalah mata. Entah kenapa bila ada kena mengena dengan mata, sama ada dia akan tarik-tarik baju aku, atau pun dia akan sign jugak mata dia. Ke arah orang yang berkenaan.
"Aina......... Crosseddd Eye..."
Boleh ke juling sebelah mata?
------------------------------ ------------------------------ ------------------------------ ------------------------------
4. Nur Sapran
Dia bagai obsess dengan nama sendiri. Aku ter'miss tengok Nur Kasih episod yang entah ke berapa. Masuk opis.
"Nur, semalam Nur Kasih jadi ape?" semangat nak tau.
"Jadi Nur SAPRAN." Dia gelak dengan sangat kuat.
Boleh tak aku baling kasut kt dia?
------------------------------ ------------------------------ ------------------------------ ------------------------------
5. Cik **** (Nur Sapran kenal)
Ini yang latest. Aku terpaksa buat muka tepet aku sedaya mungkin. Menjadi aku, susah bila contact lens tak berwarna. Ya. Lagi tentang mata. Cik **** datang ke balkoni sekangkang kera aku, nur dan fiza. Seperti biasa membincangkan perihal berkaitan.(Kerja sepatutnya). Lens aku berwarna kelabu.
"Eh eh aina.. pakai contact lens kaler eh? Cantik laa.." aku faham dia maksudkan warna lens aku. Aku sentiasa berpijak di bumi yang nyata.
" Ha'ah puan. Kalau pakai yang takde kaler saya rasa tak confident sket.." Confident plak aku jawap.
"Saya ingat nak pakai jugak la. Tapi dulu saya dah penah pakai dah.."
"Ooo.. ok. Lepas tu kenapa puan dah tak pakai?" Naluri kewartawanan dah meresap.
"Sebab saya pakai sekali tu, saya TERbersin. Terus terkeluar contact lens tu." Dia demo kat aku cara dia bersin, dengan gaya tangan menangkap lens yang dah terkeluar tu.
Takutnya.
Dalam hidup aku, ada beberapa perkara yang kalau diingat balik memang akan membuatkan aku pening kepala.. sama ada pening tahan nak tergelak, atau pun pening sebab gelak terlalu banyak.
1. Kak Ana @ Sadewa ku.
Satu ketika masa kitorang serumah, dia bawak balik tudung saji yang kekonon eksklusif. Yap. Dengan kain yang berupa material seperti french lace, dia bangga dengan sumbangan untuk rumah itu. Dan kami pun setuju tudung saji itu memang tampak bergaya dipadankan dengan lauk2 yang kadangkala 3-4 hari tak berusik di atas meja.
Entah bagaimana, mungkin terlintas di benak kak ana, dia bercerita tentang baby baru lahir yang diletak di dalam benda berbentuk bekas (inkubator barangkali).
Semangat bercerita kak ana memang tinggi. Laju. Bagai peluru kapoQ. Sampai la satu ketika di saat dia nak menyatakan betapa tudung saji tu kelihatan seperti tempat yang letak baby tu, dia keluarkan statement ni.
"Ha'ah laaaaaaaa.. ni laaaaa.. tempat yang letak baby dalam KARBURETOR tu..."
Seisi rumah terpempan.
Tapi kenapa dia lompat kat aku dulu?
------------------------------
2. aJiE @ Super aJiE
Selalu berasakan dia hero. Dalam Ice Age pun dia nak Diego. Entah kenapa. Terlalu banyak perkara yang ajie buat sehingga aku tak mampu nak list down. Sebab? Ajie ni spontan orangnya. Terlalu spontan.
Satu malam. Tgk tv. Aku, Yda, Ajie. Cerita apa aku kurang pasti.
"Anak KAMBING nani." Kuat. Di samping spontan, ajie ini 'loud' orangnya. Tolong percaya kata-kata aku.
Aku dengan spontan jugak menyanyi " Anak rusa Nani, baru kembang ekor..." Anak KAMBING Nani, baru kembang ekor.." Cuba untuk mencari kepastian.
Rusa ka Kambing jie?
------------------------------
3. Lyanna @ Lyl Wacko
Time jalan-jalan. Bitching corner. Bila orang lalu, aku dan lyl akan selalu tengok dari atas ke bawah, mencari perkara-perkara salah. Pura-pura tidak menyedari diri sendiri tidaklah sempurna mana. Melihat akan perkara pelik itu kadang kala melucukan. Selalunya.
Bila dengan lyl, perkara pertama yang dia akan detect adalah mata. Entah kenapa bila ada kena mengena dengan mata, sama ada dia akan tarik-tarik baju aku, atau pun dia akan sign jugak mata dia. Ke arah orang yang berkenaan.
"Aina......... Crosseddd Eye..."
Boleh ke juling sebelah mata?
------------------------------
4. Nur Sapran
Dia bagai obsess dengan nama sendiri. Aku ter'miss tengok Nur Kasih episod yang entah ke berapa. Masuk opis.
"Nur, semalam Nur Kasih jadi ape?" semangat nak tau.
"Jadi Nur SAPRAN." Dia gelak dengan sangat kuat.
Boleh tak aku baling kasut kt dia?
------------------------------
5. Cik **** (Nur Sapran kenal)
Ini yang latest. Aku terpaksa buat muka tepet aku sedaya mungkin. Menjadi aku, susah bila contact lens tak berwarna. Ya. Lagi tentang mata. Cik **** datang ke balkoni sekangkang kera aku, nur dan fiza. Seperti biasa membincangkan perihal berkaitan.(Kerja sepatutnya). Lens aku berwarna kelabu.
"Eh eh aina.. pakai contact lens kaler eh? Cantik laa.." aku faham dia maksudkan warna lens aku. Aku sentiasa berpijak di bumi yang nyata.
" Ha'ah puan. Kalau pakai yang takde kaler saya rasa tak confident sket.." Confident plak aku jawap.
"Saya ingat nak pakai jugak la. Tapi dulu saya dah penah pakai dah.."
"Ooo.. ok. Lepas tu kenapa puan dah tak pakai?" Naluri kewartawanan dah meresap.
"Sebab saya pakai sekali tu, saya TERbersin. Terus terkeluar contact lens tu." Dia demo kat aku cara dia bersin, dengan gaya tangan menangkap lens yang dah terkeluar tu.
Takutnya.
38.
Penyakit ni dulu ada masa zaman Friendster. Tapi saja aku nak buat jugak. Sukati ah.
1. When you were young(er), what did you want to be when you grew up?
~ An astronaut. muahahahahahahah. But I flunk so bad in science subjects. How la?
2. What would you rather listen/watch to: TV, Movie, or Music?
~ movie. and music. But I watched lots of TV progs these days. What have I become?
3. What are you listening to right now?
~ Robbie Williams - Eternity. Lagu ini sesuatu.
4. What was the last thing that you ate?
~ Fries. Nasik Lemak. Woah makan macam lembu sekarang. Blame the Vitamins and EPO.
5. Can you drive a stick shift?
~ buleh la. dari gear 2 masuk 4.
6. Person you would like to speak to most? Why?
~ Mi Mama. Dia penenang jiwaku.
7. What is your favorite hobby?
~ Tidoq la. Tidoq. Some depressed women want to sleep all the time (research said) hahahaha.
8. How old are you today?
~ rahsia aaaaa
9. What is your favorite sport to watch on TV?
~ bola sepak!
10. What is your favorite drinks?
~ light coke. green tea. ayaq masak. untuk awet muda.
11. Have you died your hair?
~ ever since aku kenal apa itu pewarna rambut. nine years and hundreds bottles later baru aku itamkan balik. heh
12. Favorite food?
~ food. whatever food. bring me food now.
13. What was the last movie you watched?
~ Gandhi. The best ever.
14. Favorite day of the year?
~ happy days.
15. How do you vent anger?
~ Saya diam.
16. What was your favorite toy as a child?
~ barbie. lame.
17. What is your favorite season?
~ winter. trrrrr.trrrr. sejuk la best buleh bungkuih dalam selimut rasa macam aircond tidoq lena.
18. Cherries or Blueberries?
~ blueberries. pelawas. hahahaha
19. Have you been to another country? Where?
~ Indonesia. Thailand. Vietnam. Mana lagi?
20. Have you lived in more than one place? Where?
~ kedah-kl-selangor-johor.
21. Forgive & Forget or remember and stew?
~ I don't forgive. And I don't forget. Aaaaaa..
22. Living arrangements?
~ I live on my own.
23. When was the last time you cried?
~ Haisz.
24. What is on the floor of your closet?
~ macam2
25. Who is the friend you have had the longest that you are sending to?
~ sending what?
26. What did you do last night
~ Layan Laksamana Do Re Mi. Sabonnnn di bilik mandi sabonnnnn sabonnnn. Tidoq.
27. What are you most afraid of?
~ Allah
~ losing my loved ones.
~ pokai. ahahaha
28. Plain, cheese, or spicy hamburgers?
~ whatever burger.
29. If you were an animal what would you be & why?
~ Sekoq harimau. Sebab rimau macam hensem.
30. Favorite day of the week?
~ weekend. buleh tidoq sampai mati.
31. Favorite place you've lived/visited?
~ sg petani la. kalau aku dok sg. petani la ni mesti aku dah boleh beli banglo. tp sp takdak Sushi Zanmai.
32. Diamonds or pearls?
~ diamonds. and pearls. I'm tamak like that.
33. What is your favorite flower?
~ Calla lily. Always.
34. What would you like to do if you had the opportunity?
~ What opportunity?
35. Sweet or salt?
~ Salt. I'm already sweet *sua muka mintak penampaq*
36. Lefty or Righty?
~ lefty
37. Favorite book?
~ the godfather.
38. Favorite cartoon character?
~Stitch!
Friday, 31 October 2014
Teleskop.
Di suatu petang yang hening..
'Kring kring..' talipun berdering macam biasa.
'Hello, selamat petang, boleh saya bantu?' skrip biasa aku.
'Hello cik, saya daripada Kementerian Penerangan, Kebudaa... emm... aaa...' Dia dah gelabah.
'Takpe cik, saya tau kementerian tu,' simpulan senyum aku dah mula.
'Camni, saya call ni nak tanya, berkenaan permohonan pengecualian untuk menduduki exam sorang calon ni..'
Aku angguk-angguk kepala tanda faham. Walaupun dia tak nampak.
'Dia ni buta, jadi susah la kalau nak ambil exam..' Cuma yang membuatkan aku keliru suara dia seakan bergetar.. sebakkah cakap dengan aku?
Aku tanya pulak. 'Buta sepenuhnya ke?'
'Tak, sebelah kiri je..' Aku menanti untuk jawapan seterusnya. Senyap.
'Sebelah kanan boleh nampak la?' Aku tanya balik.
'Sebelah kanan tu rabun teruk.. sebab kalau baca dia kena pakai TELESKOP.'
Aku kena diam. aku betul-betul kena diam.
Wednesday, 29 October 2014
#Cerita Lama : Kena Tembak
Terjadi suatu ketika dahulu. Tapi bila teringat/baca balik mesti senyum simpul aku macam orang dapat rebate roadtax.
Kerja tak berapa banyak. So banyak masa habis depan pc, click sana sini. Rutin setiap pagi, membuka semua akhbar online, melihat tajuk berita.
Satu headline captured aku. Satu perenggan cukup. It went something like this - akibat bla bla seorang penumpang kenderaan cedera apabila peluru yang dilepaskan oleh polis mengenai punggungnya.
*pause*
*tahan gelak jap*
Punca - kawan dia yang bawak keta tu overtake keta Kelisa yang polis ni bawak. Xpuas hati barangkali, ajak main tembak2 pulak.
*pause. Tahan gelak lagi*
*cari aJiE*
'Jieeeeeeee! Masalahnya dia tak turun keta punnnnn. Cemana peluru boleh kena pungkoq diaaaa???'
Man, ure in a deep shit. Nak duduk xleh, nak cangkung apatah lagi. (Apply prinsip keanjalan di sini) damn.
Kesian.
Pasni bawak keta kena igt byk perkara. Jangan igt duduk dalam keta muka jà senang calar, kaki tgn ja senang patah.
Pungkoq pun boleh kena tembak.
Subscribe to:
Posts (Atom)