Friday, 12 February 2016

Roti Canai D'Bukit


Berbukit la jugak tempat dia.

Tapi percayalah Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, roti canai dan nasik lemak dia adalah antara yang sedap yang kita boleh dapati di kawasan sekitar Bangi/Putrajaya/Kajang.


Tempat dia macam tersorok sikit ataih bukit, tapi orang yang mai sini akan park kereta sampai ke tepi-tepi jalan kat luaq tu. Weekend selalu ramai kot. Aku rasa la. Pasai masa aku pi baru ni pun meja penuh. Kebanyakan orang nampak macam baru lepas bersenam dan lapaq terketaq dan tambah kalori dengan order sorang dua keping roti canai, nasi lemak ayam sepinggan, (tidak termasuk aku).


Families having breakfast. Suka aku tengok ada lagi suasana macam ni kat hutan batu zaman sekarang.


Nasi lemak dia kan, rasa macam kat kampung. Maksud aku depa buat tu cukup rasa. Rasa macam nasi lemak Makcik Nor depan rumah hahahaha maksudnya sedap la tu sebab berpuluh tahun aku makan dan tak rasa jemu. Cinta sejati betui.


Ayam goreng berempah. Makan dengan nasi lemak. Sedappppppp oi. Bahagia rasa.


Roti canai. (Takkan la tak kenai kan?) hahaha takpa. Walaupun aku mamak, tapi tak semua roti canai mamak aku suka makan, pasai bezanya roti canai mamak lebih tebal, manakala roti canai Melayu, lagi garing. Tapi kalau kuah menang ke mamak la. Pasai yang macam kat atas ni, kuah dhal (parpu) campoq dengan gulai. Aku kalau makan roti canai, aku tak reti makan dengan gulai campoq-campoq macam tu. Cukup dhal dengan sambai. Ok minggu depan repeat hahahahaha.

Aku dengaq-dengaq ada makanan lain lagi macam soto, mi jawa, tokua sumbat dan lain-lain. Takpa. Kan aku kata nak repeat?

Kedai Roti Canai D'Bukit ni bukak pukui 6.30 pagi - 12 tengah hari. Isnin tutup. Aku ulang. Isnin tutup. 

Roti Canai D'Bukit 
Jalan Saujana (Persiaran Jaya)
Seksyen 10, Bandar Baru Bangi
Koordinat: 2.9689701463732914,101.75019979476929

Thursday, 11 February 2016

Teka Teki Pendek.

Waktu tengok TV dengan Nad. Dia tanya aku.

'Weh sapa dia ni?'

*Google tajuk drama*

'Will Quah.'

'Ye, Will Quah ni sape?'

'Dia CHINESE.'

*amik limau nipis titiskan ke dalam mata*

Wednesday, 10 February 2016

Nasik Kandaq Yasmeen


Aku malaih nak cakap banyak.

Kalau hampa pi Kedah, tala la ke Jitra atau Sungai Petani. Aloq Setaq pun ada kalau tak salah aku. Pasai aku kenai Yasmeen ni pun lambat dari orang. Tapi aku bersyukur depa bukak kat SP.




Landmark - berdepan dengan C-Mart, Amanjaya Mall. Tak nampak jugak hampa korek bijik mata sendiri hahaha.



Yang paling hebat dengan Yasmeen ni adalah ayam goreng dia. Setakat ni aku rank ayam goreng dia number 1 dalam kategori nasi kandaq bukan francais. hahahahaa


Boleh bebai bila pikiaq awat depa takmau bukak cawangan kat KL. 


Tuesday, 9 February 2016

Klinik Gigi Part II.


Masih di klinik yang sama.

Seorang lelaki berusia pertengahan 30-an ke klinik untuk rawatan.

Dipercayai gigi lelaki ini ada lubang yang menurut doktor tidaklah sebesar mana.

'Kita tampal gigi encik ok.'

'Saya takleh tahan doktor. Doktor cabut je la. Nanti boleh tumbuh balik.'

'Encik, ini gigi. Bukan bulu.'

Monday, 8 February 2016

Klinik Gigi Part I.


Satu pakcik tua telah pi ke Klinik Gigi untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat pergigian.

Dipercayai pakcik berkenaan tidak mempunyai bermula dari gigi taring. End to end.

Pakcik berkenaan juga sedang dalam usaha untuk membuat gigi palsu di klinik itu. Tapi pada masa yang sama pakcik nak jugak modify dan melakukan penambahbaikan pada gigi dia yang sedia ada.

'Doktor, boleh tak pakcik nak bagi putih gigi pakcik?'

'Pakcik nak putih macam mana? Kita kat klinik ni takda banyak pilihan sangat.'

'Pakcik nak gigi putih macam Fazura.'


Sunday, 7 February 2016

Pasar Borong


Masa balik haritu kami lalu kat area kampung Papito. Sampai SP dah dekat pukui 8 lebih pasai jem kat Juru.

Tepi jalan situ tengok-tengok ada satu pasar borong punya besaq baru bukak. Berbumbung. Tapi kat dalam gaya bukak kedai macam ala-ala uptown.

Nunny dengan penuh excited.

'Tudiaaaaaa besaqnya tempat ni!! TENGOK TU ADA SINARAN BATMAN!'

Aku perbetui slow-slow.

'Spotlight....'



Saturday, 6 February 2016

Che Ad.


Ni bukan cerita pasai orang.




Kami pi rumah Mak Ngah, nak bagi beg. Rumah Mak Ngah ni kawasan dia sangatlah luas. Depan tu kalau kenduri boleh letak banyak khemah, belakang ada kandang kambing / lembu, reban ayam, kolam ikan, dusun. Eh ni rumah ka istana? Hahahaha.

Elok masuk gate, aku nampak ada kambing empat ekoq, baka elok comey kaler putih dok lari-lari.



Ni idaman aku. hahahaha comey kan?? Nampak macam sopan santun. Rupa depa tu macam ni la lebih kurang. Tapi segak lagi.




Elok sampai aku turun dulu pasai nak pi cari kambing-kambing tu. Aku pi belah tepi rumah Mak Ngah. Nampak la depa dok lepak bawah pokok nyoq. Lepaih tu aku nampak ada sekoq ni besaq. Bertanduk. Berdiri tepi kereta lepaih tu usha aku tak bergerak-gerak. Aku pun buat-buat comey 'kambinggg.. kambinggg.'

Sekali anak menakan aku lalu kot tepi.

'Semalam dia tanduk orang.' 

Aku nampak kambing besaq ni menampak selangkah ke depan. Dua tapak. Tiga tapak. Aku blah lari pi depan, pasai rupanya dia dok follow aku kat belakang. Aku masuk rumah Mak Ngah suruh aku katup pintu.


Nindia Che Ad. Seekoq kambing remaja berusia dua tahun yang tidak mempunyai ibu dan bapa. Mak Ngah cerita dia bela dari kecik, tapi bila dah besaq sikit dia tak berapa nak stabil emosi. Rupanya kemarin orang yang kena tanduk tu Mak Ngah la.



'Teruk ka kena tanduk Mak Ngah?'

'Mak Ngah nak tambat dia, lepaih tu dia lari mai nak sondoi, nak manja la kot. Tapi dia mai lari tu laju nak tanduk Mak Ngah takdan nak elak. Terduduk kat tepi kereta tu, luka la sikit tang tepi perut ni.'

Aku, Mamita, Adik, Nunny memandang sama sendiri. Ok cancel bela kambing.

'Luka teruk ka Mak Ngah?'

'SPENDA KOYAK!'