Sunday, 5 June 2016

Mui Ne Trip - From Leo To Virgo Part III

We headed to Fishermen Village for our next tour. Kat sini nelayan-nelayan juai hasil tangkapan laut to locals and tourists. Salah satu benda yang aku noticed masa first Nad tunjuk gambaq Mui Ne adalah sampan bulat depa. Dari situ aku berazam nak duduk jugak dalam sampan ni, apa jadi pun. Tak kira. Tapi masa kami sampai tu orang tengah ramai, so we decided to cari di kawasan pantai waktu petang-petang.





Sama dak macam yang hampa Google? 




Ini ketam.


Lepak Fishermen Village sat ja sebab lepas tu kami menuju ke Fairy Stream. 


Fairy Stream ni macam anak sungai, panjang dalam 1 km macam tu. Rupa bentuk macam Grand Canyon hahahahah (takmau kalah). 



Ni semua pasiaq, tapi bila dah lama kena ayaq, depa jadi batu. hahahahah aku takda explanation lagi bangang dari ni.




Tips bila di Fairy Stream - hampa sebenaqnya kena bayaq 5,000 VND ja untuk cuci kaki dan kasut. Tapi masa kami sampai, ada sorang budak ni (dalam gambaq baju hitam seluaq putih - namanya Pha), kelui kami, nak tunjuk jalan. Suara bukan main kuat (dan sengau) dok explain macam-macam. Siap petik four leaf clover bagi sorang satu "This is lucky!" Kami pun dengan gembira ikut pasai ingatkan memang depa ni helpful.

Jadi bila dah jalan dalam 500 m, Pha kata dah boleh patah balik. So kami pun dengan niat hati yang suci murni berbincang nak bagi tips. Hawa sua 10,000 VND hahahaha.

Pha jerit dalam nada sengau "NO! I WANT 400,000!!! 10,000 NO NYAM NYAM!" 

HAHAHAHAHAHAHA. DIE.

Jadi hampa agak sapa kat sini yang jadi tukang nego / amuk?

Yes. Kakak Polis.

Nad cakap takda bagitau kat mana-mana kami kena bayaq, tapi Pha berkeras jugak. Aku memang senak kalau berada dalam situasi konflik macam ni. Cuak dan biru. RM68 untuk 500m hahahah kaki celup ayaq sampai buku lali ja. Tak patut jugak. 

Aku cucuk kot belakang ja. Kata kat Dolce, tapi kuat-kuat "Nad kan macam POLIS." Nasib baik Dolce pun sambut bola tanggung "Ha kakak POLIS, kena bawak pi balai POLIS." dok sebut polis lapan juta kali. Muka Pha dah nampak cuak dah. So Nad kata jom cakap dengan tour guide kami sekali, sambil depa dua dok bergaduh laki bini hahahahahahhaa.

Sampai kat tempat masuk Nad explain kat orang yang jaga tempat tu, orang tu kata "I don't know, you settle." Rasanya sebab depa nampak Nad pun TEGAS "If you want, we settle this at the police station."

Pha dah duduk tepi merempan. Nad memang takmau bayaq, tapi aku slow ja pi tepi dia tanya "Nad, camne?" hahahahahhahaha dia dah la tengah marah, aku curah minyak. Pha mintak 100,000 VND. Last sekali Hawa bagi 50,000 VND, dia takmau. Hawa tarik nak simpan duit dalam bag, dia mintak banyak mana ikhlas (NOT). Hahahahha

Sila berhati-hati ye. Kalau takda dalam tour or stated anywhere, kita tak payah accept offer depa. Takut kena macam kami la. Justeru, pulang dalam perasaan sedikit amarah tapi disejukkan dengan kopi Vietnam dan teh herba serta buah-buahan di guesthouse.

Kenyang makan dan minum, semua lena ternganga kecuali Dolce tengok Upin Ipin versi Bahasa Inggeris dan gelak sorang-sorang.


Saturday, 4 June 2016

Mui Ne Trip - From Leo To Virgo Part II


Tour untuk kesemua tempat yang aku sebut tu usually will start around 4 - 4.30 am. Sebab selalunya orang nak tengok sunrise di White Sand Dunes. Ternyata Dolce mangkit paling awai dan mandi hahahaha kami taktau dia mangkit pukui berapa tapi dia dah siap dan tolong buat breakfast untuk semua orang. Oh, waktu di Vietnam lewat 1 jam.

Jeep dah tunggu seawal 4am, tapi semua nak Subuh dulu, so by 4.30am kami dah gerak. Sunrise around 5 am macam tu.


Ni rupa Jeep kami (lebih kurang) Jeep lama, power pun tak berapa nak power dah hahahaha dok tengok ja Jeep lain dok potong. Tapi layan, angin pagi tu sejuk mencengkam waahh hahahaha.



4.30 am local time. The picture does no justice to how truly beautiful the moon was.




Sampai. Subhanallah. Melopong kami lima orang masa nampak view ni. Rasa macam kat Dubai pun ada hahahaha. Kalau ke sini, better sewa Jeep, unless hampa nak berjalan di tanah gersang~ sewa untuk lima orang lebih kurang 600,000 VND (RM102) untuk sebuah Jeep. Ramai akan offer naik ATV, tapi better tak payah kot, sebab ATV dah lama, tak power dah. Rugi duit ja.





First mission - completed. Photo taken by our adorable Dolce hahahahaa.








Berapi wooooo.


Behind the scene. Berapa orang punya jurugambaq kena amik gambaq dia sorang nak lompat.



Kakak dan adik *awwwww* sayang lebih sikit hahahahaha






Dolce ingat dia ni Syeikh Arab nak korek nama besaq-besaq kat pasiaq.




Masa nak ke tempat lain di White Sand Dunes ni, kami naik semula Jeep yang disewa. Pergh bahasa aku bakunya hahaha. Budak tu saja turun ikut dune yang paling tinggi. Aku dengan Nad dok belakang, pintu apa pun takdak, pegang pada palang tingkap ja. Co tengok yang paling depan tu hahahahahahaha. 

Elok turun ja, aku tengok Nad dah terperosok ke tempat lain. Mangkuk tergelak aku sambil type. Beli seat A, turun-turun dia reseat ke B. Pungkoq melambung kakakakakakaka. Adeh sakit perut aku. hahahahahahaa. Ok Nad *sua pipi mintak penampaq, sua betis mintak kena kaki*



The other side of the dunes. Ada tasik. Boleh slide ke bawah kalau berani. 



Kaki burung comey-comey.






Next tour - Red Sand Dunes. Tengok gambaq atas, jalan ni turun bukit, and hampa boleh nampak laut punya luas kat bawah. Very scenic. Belah kiri ada kuboq orang-orang kat sini. Area White Sand Dunes ni dah macam area kampung-kampung. Ada la few resorts elok-elok. Tapi dah jauh dari pekan. Very calming.


Sampai disambut local kids yang offer untuk sand dunes slides. Takdan turun depa dah hurung. 



Mintak nyawa jugak nak naik. Sebab kaki dok tenggelam. Tips - pijak kat pasiaq yang orang dah pijak. Melainkan hampa nak orang ikut jejak langkah hampa menjadi orang yang berjaya, hampa buat kesan tapak kaki sendiri hahahahaha.


Nampak laut kat belakang tu? *nangis*


















Sand Dunes slides ni boleh buat sekali (30,000 VND) atau berkali-kali (50,000 VND). Harga lebih kurang tu ja. Kalau depa tibai lebih, nego. Kalau tak hampa bawak tikaq sendiri hahahaha.

Best gilaaaaaaaaaa weiii. Cuma towards the end tu sakit sikit badan pasai pasiaq tu berlekuk-lekuk. Kalau jerit ternganga macam aku, boleh la rasa macam mana yang orang dok kata makan pasiaq.


Selesai main slides, masa untuk tour seterusnya. Kalau rajin macam kami (read : Dolce dan Anis), bawak la bekai. Atau beli keropok Pringles kat kedai runcit. Sebab area ni takda tempat makan yang halal. Gambar diambil sebelum kena halau. Takmau beli jangan amik gambaq. Okkkkkaaayyy~

Nextttt!

Friday, 3 June 2016

Mui Ne Trip - From Leo To Virgo Part I


Trip ni planned sebelum aku pi umrah lagi.

Mari aku perkenalkan teraju-teraju utama cerita ni dulu :

Aku - cucu tukang juai carpet
Nad - cucu driver ambulans
Anis - cucu DO
Hawa - cucu Chief Clerk
Dolce - cucu engineer kapai British

From Leo to Virgo sebab Anis sorang ja bulan 8. Lain-lain semua Virgo. Jadi untuk tidak mahu Anis berasa dipinggirkan, kita letak la Leo jugak. Hahahahhahahaa. Anis mesti roll mata teruk.

Dimulakan dengan Nad tanya aku tau dak Mui Ne kat mana. Aku kata taktau. Dia tunjuk satu gambaq, aku teruih ON. Kami teruih beli tiket, lepaih tu mulakan pengajian dalam bidang Mui Ne (kepujian). Kami beli tiket hari rabu malam, stay semalam di Ho Chi Minh, esoknya bila Anis, Hawa & Dolce sampai baru gerak ke Mui Ne. Saja nak lepak satu malam supaya tak terkejaq.

Ayat Dolce masa nampak aku dengan Nad - 'tudiaaaaa tingginya depaaa.. aku ni katikk.' Daripada nak rasa segan teruih rasa nak penumbuk.

Masa berjalan nak ke bus station, Dolce drop lagi satu bomb - 'Nad ni macam polis. Kakak polis.' hahahahahaha ya Dolce, semua orang pun cakap macam tu.

Mui Ne adalah satu resort town along the South China Sea in Southwest Vietnam.




Perjalanan HCM ke Mui Ne amik masa 4 - 5 jam. Nak ke Mui Ne dari Ho Chi Minh ada tiga cara :

1. Naik kereta - boleh check dengan agents yang ada di airport / sekitar hotel untuk tau rate. Kalau pi ramai-ramai, satu MPV muat lima orang dengan beg (backpacks) dalam 2,000,000.00 VND, lebih kurang RM340 masa tu. Ikut rate la. Masa tu 100,000 VND = RM17-RM18. Jatuh sorang dalam RM68 pi balik.

2. Naik keretapi - renyah / susah sikit sebab dari HCM nak ke train station amik masa dalam 45 mins. Then nak beli tiket online pun agak kurang mudah hahahaha. Sebab bila dah sampai window nak bayaq, jadi slow / hang / hilang. Everytime. Jadi kena pi kat agent jugak. Ada tu ada, dalam USD7 lebih kurang. Tapi nanti bila sampai Mui Ne, hampa still kena amik cab untuk keluaq dari kawasan train station - dalam 30 mins jugak.

3. Naik bas - USD 6 per trip. Pi balik dalam RM46-RM47. Jumpa travel agent, depa akan bagitau kat mana nak naik bas. Bas ada wifi, dan tidak berbentuk seperti bas biasa. Ada la bas biasa, tapi kami try bas yang berbentuk katil siap. Hahahahah senang nak mereput. Cuma tengok timing la. Sebenaqnya better amik bas malam, boleh tidoq, then pagi / subuh sampai. Nak balik boleh amik bas tengahari. Ikut perancangan hampa nak stay macam mana. 



Ada bas yang ada toilet, so tak perlu risau. Bas akan berhenti sekali ja untuk perjalanan ni. So hampa boleh turun dan makan buah / keropok. Toksah beli roti la takut tak halal hahahah. Bas akan hantaq direct ke hotel tempat kita duduk, just bagi alamat. Waktu balik nanti pun sama, kita tunggu depan hotel, nanti bila sampai masa, bas muncul.


Suasana malam di dalam bas. Macam dalam disko.

Bila sampai, semua dah melelong-lelong sebab bas tinggi, semua duduk belakang sekali pasai seat lima in a row hahahahahhaa.


Pic source : Google

 Kami stay di Quoc Dinh Guesthouse. Seberang jalan dan tak mengadap laut (ini adalah percutian bajet). Tapi sebenaqnya kalau hampa cari lagi ada ja guesthouse yang mengadap laut dengan harga murah. Bilik luas and staff kat sini very friendly (Madam Thi). Hampa boleh pilih untuk tour sendiri atau ikut tour yang hotel offer. Lagi mudah ikut yang offered la. 

Aku cadangkan bawak la bekalan makanan. Sebab sini tak banyak kedai halal. Masa sampai ni pun kami teruih masak IndoMee makan dengan seaweed. Sedap sungguh rasa makan ramai-ramai. Hahahahaa.



Lepas makan, jalan-jalan kat luaq tengok bulan. Naik moto, kena asthma attack hahahahah. Orang Vietnam ni kalau bawak moto macam hilang akai keja nak hon ja.

Then balik bilik semula. Sesi suai kenal diteruskan. Lepaih tu pakat cerita aktiviti esok dan pukui berapa nak bangun. Untuk USD6 per pax kami dapat tour White Dunes, Red Dunes, Mui Ne Fishing Village & Fairy Stream. Gerak as early as 4.30am. Dan la Subuh dulu.

Dalam dok sembang, Dolce kata dia mandi 45 mins. Dia ni paling adik. Hahahahaha. Kami kakak-kakak sepakat dia kena mandi dulu (jam masa tu dah pukui 11 lebih). Dia dok berteleku ataih katil dok kira pukui berapa nak mangkit hahahahahaha.

Malam tu semua tidoq ternganga. 

Dolce ja tak habih kira lagi.




Wednesday, 1 June 2016

Pemikiran.


Wah tajuk macam berat.

Cerita dia macam ni.

Di suatu petang yang damai, Nad di dapoq, aku di depan berlingkaq tengok Grey's Anatomy.

Perbualan jarak sederhana ini berkisar tentang tempat di sekitar Putrajaya.

'Dengkil dengan Sepang sebelah-sebelah kan?' Mungkin begitu topik bermula.

'Ha'ah.' Aku jawab.

'Eh tapi ada satu benda tu, orang cakap pemikiran yang dengkil kan?'

'.....DANGKAL......'

*tutup muka.tidoq*