Thursday, 12 March 2015
Inovasi.
Kemarin (semalam) lepaih main basketball aku pi lepak dengan Bhol and the gang. Pasai mangkuk tu baru sampai sini, kursus tiga hari.
Semua setuju lepak Old Town White Coffee. Lepaih dah order, dalam pada dok tunggu order sampai pakat2 dok cerita la update segala benda. Lepaih tu Bhol dok cerita pasai dia mengajaq. Dia ni kalau bab putaq alam nombor satu. Aku nak tengok kali ni dia nak kelepet apa pulak.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiga orang sedang mandi wap. Jepun, India, Malaysia.
Dalam pada dok mandi, masing-masing cerita pasai kehebatan inovasi negara masing-masing. Mula dengan Jepun.
"Tiiiiiitt tiiiiitttt" - ada message masuk.
Jepun angkat tapak tangan, baca. Message boleh pancar ikut tangan, boleh baca di mana-mana saja, dalam apa jua keadaan.
India dengan Malaysia kagum. Malaysia dah senak perut sikit.
Lepaih tu India kata - negara aku pun ada inovasi yang hebat.
Mai kot mana taktau lampu pancaran kaler hijau banyak kot celah-celah depa mandi wap tu. India tu habaq kata boleh baca message jugak melalui pancaran lampu tu. Lagi punya hebat kat mana-mana pun lampu tu nanti keluaq.
Hat Malaysia ni dah senak perut lebih dah. Dia pun mintak izin pi jamban. Dalam jamban tu dia dok pikiaq apa benda la nak kelentong puak-puak ni. Dalam dok pikiaq tu dia amik tisu habuan nak lap hasil penyahtinjaan.
Otak jem jugak. Pasrah dah member. Kawan tu pun jalan la balik pi bilik mandi wap tu.
Masa sampai, India dengan Jepun tegoq.
"Tu kertas apa kat belakang?"
Malaysia ni pusing belakang nampak kertas tisu dok berjuntai elok celah pungkoq.
*lampu menyala*
"Ni, saya baru terima faks dari Malaysia."
Bergegaq Old Town White Coffee.
Wednesday, 11 March 2015
Knock Knock.
Who's there?
Kay! Kay who?
Kay,L,M,N,O,P,Q,R,S,T,U,V,W,X,Y,Z!
--------------------------------------------------------------------
Knock Knock
Who's there?
Keanu!
Keanu who?
Keanu let me in, it's cold out here!
--------------------------------------------------------------------
Knock Knock
Who's there?
Kevin Chu!
Kevin Chu who?
Kevin Chu please be seated for landing.
--------------------------------------------------------------------
Knock Knock
Who's there?
Jimmy!
Jimmy who?
Jimmy the Krabby Patty formula!!!!
p/s : Sila pi tengok Spongebob Movie : Sponge Out of Water
p/s/s : in before - lawak BUJANG TIGA. #mindatakberkembang
Tuesday, 10 March 2015
Lame Jokes.
Aku kan. Paling meluat bila pi dengaq ceramah, masa penceramah tu nak buat pengenalan diri, dia cakap macam ni.
*penceramah adalah lelaki. sedikit berusia.*
'Nama saya xxx bin xxx. Berumur 43 tahun. Telah berkahwin.'
Aku ingat habih tang tu. Dak.
'Tapi masih bujang. BUJANG TIGA.'
Kalau seratuih ceramah aku dengaq sepanjang hidup, 70% mesti pekenai diri macam tu. Awat aa?
Meluat.
Monday, 9 March 2015
Sushi! Hei! Hei Sushi!
*ikut nada Annoying Orange*
Jumaat baru ni lepaih keja aku lepak kat port biasa. Lepaih tu dah nak balik kaki gatai nak pi Alamanda. Jadi lagu mana taktau. Obsesi melihat barang-barang hahahahaha.
Dah nak jalan tu sudah la. Nak makan pulak. Padahai tadi tu baru bantai sate dekat lapan cucuk. Muka aku dah kembang macam orang tua with extra botox shots. *tampaq muka sendiri*
Lepaih tu jalan-jalan tengok dekat depan bowling centre tu ada satu restoran Jepun baru bukak. Nampak pulak sushi dia bentuk macam fancy. Laju ja kaki. Nama kedai tu Hei Sushi.
"Irasshaimaseeeeeee!"
*kembang-kembang idong masuk kedai.* Gaya tu dah honorific habih.
Masuk tengok ambience macam cosy. Fusion design.
La ni kan pesyen lampu gantung-gantung macam ni. Filament bulb la apa la. Mana nak cari lampu lagu ni?

Bagi teliang sikit kepala hampa tengok. hahahaha
Nampak dak sushi dia bulat-bulat? Tu la punca aku tala mai sini. Gastronomic experience dia kata. Mai nak tengok sikit. Menu dia tak banyak sangat. Menda-menda biasa di restoran Jepun tapi agak limited pilihan.
Mula-mula mintak order ayaq. Bukan depa mai tanya. Pilihan aku tentu green tea. Kali ni mintak hat hangat.
Elok sampai, dalam cawan melamine. #takbestpart1
Mula-mula order edamame (kacang soya hijau). Sekali mai suam-suam kuku, kacang macam mentah yang bila pepak (gigit) pun tak feel. #takbestpart2
Dah habih pepak kacang, boh la segala kulit tu dalam pinggan. Pinggan sampai melimpah, pekerja depa ni macam di awangan aku rasa. Lalu lalang, lalu lalang. Pengalaman aku la, mana-mana pi restoran Jepun hatta hat paling kokkak (cikai) sekalipun, kalau dah makanan dah habih, depa nanti mai kutip, biaq meja bersih. Pekerja nanti alert setiap kali depa lalu lalang depan meja. #takbestpart3
Disebabkan dah makan sate banyak, order hat ringan ja. Ringan tak ringan pun nasik jugak la semua ni. Kotak edamame dgn pinggan penuh kulit kacang tadi dah penuh kat meja. Mai hat ni pulak, aku kena susun atoq nak letak tang mana.
Taste wise. Walaupun rupa dia fancy, rasa aku mampu bagi 2/5 ja. Especially the sushi rice part. Bland. Perkakas kat ataih sushi tu pun so-so ja pada aku. #takbestpart4
Lepaih tu dalam sepuluh minit mai hat bekaih ni pulak. Ingat balik kotak edamame tu depa tak kutip lagi. Dalam kedai ada tiga empat meja ja ada orang. Yang dok lalu lalang ni makin kerap dok lalu lalang. Aku tak panggey saja nak tengok tahap alert macam mana. Emph. Nehi. #takbestpart5.
Hat dua ketui ataih ni rasa pun so-so jugak. Aku tak impressed sangat.
Ni menu wajib aku yang last. So far aku rasa hat ni ja yang kena dengan selera aku pasai somehow salmon ni macam melt dalam mulut aku. Cuma hat kulit ataih tu berpintai-pintai sampai at one point aku rasa macam ada sotong hidup dalam mulut aku cuba menyelamatkan diri hahahahaha.
Kesimpulannya.
Aku tak rasa nak pi dah tempat ni kecuali lepaih ni ada improvement. I have discovered the exprerience and that 'gastronomic experience' tagline tu tak sampai kat aku. Sebab aku prefer makanan yang honest. Masak dari hati. hahahahaha
Lagi satu, kalau tak boleh terapkan culture Jepun dalam urusan perniagaan, setidaknya make sure pekerja hampa alert dengan customer. Kalau ramai sangat kat kedai aku paham. Kalau ada tiga empat kerat ja, tolong la. Tapi aku still prefer Japanese restaurant yang betui-betui prektis budaya Jepun.
Nak try kalu nindia tempat dia :
Hei Sushi
Alamanda Shopping Centre
LG North Entrance.
Wednesday, 4 March 2015
Kira-Kira.
Bulan lepaih aku pi hantaq kain kat Aunty buat baju. Aku dah established rapport dengan dia plus baju dia buat pun sedap pakai.
Baru ni pi sehari sebelum Raya Cina. Dia siap tunjuk rambut dia baru kaler hitam pekat.
'Cantik ah saya punya rambut? Kasi hitam sama gulung-gulung. Saya tak biasa ini macam.'
'Ok ja Aunty. Nampak muda, cantik.' - ayat kipaih aku nak suruh dia jahit baju aku dalam tempoh paling pantas.
Harini aku saja call.
'Aunty, saya punya baju sudah siap? 6011 nombor.' - dia takdak resit. Dia main koyak ja kertas apa ada kat depan muka dia, lukih dengan ukoq semua kat kertas tu. Lepaih tu dia nanti tulih nombor. Kertas tu pulak dia koyak hat belah bawah, bagi customer simpan. Jangan tanya aku nombor tu dia keluaq kot mana. Sampai hari ni aku tak buleh pikiaq.
Lepaih tu dia jawap.
'Apa nombor?'
'6011 Aunty.'
'Mana ada 6011. Ada dua saja. 6, 0. Lagi berapa?'
Aku nak WhatsApp tak buleh dia pakai Nokia hat ada torchlight tu.
'Aunty tulis sini 6011.'
'Dua saja. Itu 6, 0. Lagi nombor berapa?'
Lama aku tengok kertas tu.
Tuesday, 3 March 2015
Kura-Kura.
Assalammualaikum!
Kalau ada battle aku dengan Internet speed di ofis ni, aku pasti menang tanpa bertanding. Sampai la ni Gmail aku dok loading menatang bulat tu dok pusing-pusing sampai aku hypnotized.
Nak cerita pasai Boracay trip pun aku takdan nak transfer gambaq dari GoPro (saja gatai sebenaqnya buleh ja tulih kamera. Perangai biasa la). Takpa takpa aku nanti tulih jugak cerita tu. Dok ketaq tengok trip pi pulau-pulau lain pulak. Pulau tu macam aku punya booster. Macam mana orang pompuan suka shopping untuk terapi. Aku suka pi pulau. Dengan shopping hahahahahaha. (Elie Saab Summer 2015 Collections are TDF!) *tauk lima kupang dalam bekaih Pringles hari-hari untung-untung buleh dapat 3 juta*
Ada banyak benda dalam kepala aku nak utarakan. Cuma aku dok pikiaq wajar atau tidak. Pasai kadang-kadang benda yang aku petik tu buleh tahan bangang jugak hahahaha.
Ha mesin perakam waktu dah bunyi.
Thursday, 12 February 2015
Mabuhay!
Salamat pok! hahahahaha tu terima kasih.
Lama rasa tak mengaruk kat sini. Harap hampa semua habaq baik la no.
Nah aku bagi teaser sikit bagi menjawap kehilangan aku selama seminggu lebih ini.
Dok ataih kapai terbang pun dok wow tak habih-habih. Nasib baik mulut buleh katup lepaih tu. Kalau tidak naya aku nak cari klinik nak suruh doktor perbetui rahang.
Hari-hari punya view. Aku takmau pi London, Paris. Bagi aku pulau. Aku tak mintak apa dah. Tapi kalau Eurotrip tu sponsored sekupang pun aku tak payah bawak keluaq duit aku ikut la hahahahahha.
Travel buddy. Manolo aku tinggai pasai takut tumit tenggelam dalam pasiaq.
Nanti sambung lagi!
Subscribe to:
Posts (Atom)




