Tuesday 31 May 2016

Floria 2016


Apa kabar oranggg kampunggggg lama sudahhh tak berjumpaaaa
Adun sebati goreng dan sediaaaa tepung cucur Adabi rahsianyaaa

hahahaha rhyme dak??

Ok aku nak cerita sikit pasai Floria. Floria Putrajaya atau Royal Floria Putrajaya 2016 ni dah jadi macam acara tahunan di Putrajaya. It gets bigger every year dan tahun ni first time aku pi hahahahah.

Tahun ni punya tema adalah Magical World of FLORIA. Bunga tema kali ni is Chrysanthemum (Bunga Kekwa). Jangan confuse dengan bunga taik ayam. Macam yes, tapi bukan. 


Aku cerita sikit pasai highlights di Floria ni.

1. Magical Gardens - Ada Mystical Forest, Chrysanthemum Garden, Mermaid's World and Candy Courtyard.

2. Musical Garden

3. Tropical Magic in a Glass (Terrarium exhibition)

4. Chrysanthemum Garden

5. Royal Garden (ada istana Serene, Johor)

6. International Orchid Competition

7. Designer Gardens 

8. Tea Party Garden - boleh lepak duduk tepi tasik beli ayaq dan minum sambil menikmati pemandangan

9. Cat Pavilion - hampa tolong pi picit Maine Coon, Bengal, Scottish Fold, Persian bagi pihak aku. Tapi Maine Coon tu bukan nak kata la, dah la besaq kambing, hensem pulak tu. Ishhhh.

10. Floral Pavilion - indoor space untuk floral displays by local and international exhibitors.

11. Garden Bazaar & Horticultural Market - tempat untuk tembak poket

12. Floria Arts & Crafts - try batik coloring hahahaha

12. FLORIA Flavours - tempat makan.

13. Showcase Gardens - tengok garden by Lim Kok Wing University. Seahorses depa buat pakai camca besi hahaha mostly designs yang guna barang-barang terpakai.


Ok nah layan gambaq pulak. Tapi aku mintak maaf sangat, ada gambaq yang kualiti tak berapa elok. hahahaha esp. yang waktu malam. Biasa la.. hahahaha


Hewwo!






Maze Garden. Time ni dah panic sebab aku punya claustrophobic mantap jugak.




Nak beli kat Nad tapi taktau nak tanam mana. Hahahahah dia buat cucoq majestic pakai daun kunyit sedap nak mampuih. Leng leng leng tergeleng-geleng.


Takut makan TAK bangun-bangun hahahaha.



Lembu mempunyai penglihatan monokular.


Pokok buah tin (figs) baaaanyakk juai kat sini. Beli dan tanamlah. Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Jika aku mengatakan ada buah yang turun dari syurga, maka inilah buahnya (tin) (HR Abu Darda) 








Aku rasa tenang tengok susun-susun macam ni. Hahahhaha it satisfies the OCD in me.



Up Close and Personal : Venus Flytrap in a terrarium.



Local exhibitors displaying their arts.













Malam ada flotilla berhias. Imej dalam gambar adalah berbeza dari yang sebenar. Jadi hampa kena pi tengok~


Pulau Pinang


  Perbadanan Putrajaya


Johor 


Dalam banyak-banyak, Kedah punya la paling ermmmmmmmmm sekali hahahaha. Lepaih tu aku rasa depa design sebelah ja, lampu kat tulisan Kedah Darul Aman tu pun ada yang tak menyala. Bila boat nak patah balik, yang Kedah jalan paling lambat, lepaih tu kosong tak nampak apa sebelah satu lagi. hahahahaha. Buat malu orang Kedah ja hampa nih.


Kelantan. Cantik!




Negeri Sembilan.


Melaka


Pahang


Perak


Gajah Putih hahahahahaha.



INFO PENTING!


Floria Putrajaya 2016 


TARIKH: 

27 Mei - 4 Jun 2016


MASA:

9 am - 10.30 pm (Isnin - Khamis)
9 am - 12 midnight (Jumaat - Ahad)


HARGA TIKET :

Dewasa (Adults) : RM7.50 (MyKad) 
                               RM22    (Non MyKad)

Kanak-kanak (Kids) : RM3.50 (MyKad)
                                      RM11    (Non MyKad)

Ada additional charge untuk Magical Gardens :

Dewasa (Adults)        : RM7.50
Kanak-kanak (Kids) : RM5.50 

**Tickets can be purchased online too at http://www.floriaputrajaya.com.my/ . Payment can be made through FPX or Credit Card. Easier so hampa tak payah nak beratoq panjang. Percayalah, queue dia panjanggg.



EXTRA INFO:

* Parking akan menjadi azab, jadi mungkin hampa boleh merancang perjalanan dan bawak payung sebab la ni musim hujan tak tentu. Dan pakai kasut yang sesuai sebab kalau hujan nanti berlecak. 

*Surau di hujung kanan dan kiri Floria.

Have fun!

No comments:

Post a Comment