Saturday 30 January 2016

Patin United Roadtrip 2.0 Part VI

#MisiMencariRamlal
#BilalTelahDitemui

Hari last di Penang dimulakan dengan mangkit tidoq lambat sikit pasai nak lunch teruih. Plus nak berehat sikit pasai nanti nak jalan jauh merantau pulang ke hutan konkrit.


Nad charged powerbank dia. Tapi percentage tak naik. Pi cucuk wayar sama. Satu kat usb port satu kat output tu hahahaha sampai kiamat pun tak jadi apa.

Dah siap-siap checkout, kami pun menuju ke tempat untuk lunch. Sepupu aku habaq ada satu kedai nasi padang kat area Transfer Road, sedap dan murah. Jadi enough with mamak food. Aku mamak, tapi aku pun punya kepelbagaian citarasa jugak. Hahahahah.


Kedai dia opposite Roti Canai Transfer Road dengan Caltex. Ia adalah di dalam Kedai Kopi International Hotel




Ni dari jarak dekat. Kalau time tak cuti sekolah / public holiday, kedai ni biasa ja tak ramai orang. Kalau kena loteri hampa, merasa la bahang dulu sebelum dapat meja dan order ayaq enam gelas.



Nampak. Tapi hampa kena sabaq. Pasai walaupun hampa dok tunggu kat tepi meja dah, tak mustahil ada segelintir manusia yang _______________ (isi tempat kosong dengan perbendaharaan kata yang sesuai). Depa nampak sorang ja bangun, teruih depa duduk. Padahai depa dah lama nampak kita kat situ. Takpa, itulah yang orang selalu kata, kadang-kadang rezeki tu dah depan mata, pun belum tentu kita punya. 



Tapi kan aku selalu pesan wahai manusia, sesungguhnya sabaq itu lumayan. Hahahahahaha. Dah dapat meja, amik turn pi amik nasik, duduk, baca doa makan, makan dan tak cakap banyak. Pasai sedap dia yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Allah ya Tuhanku Malaysia bumi bertuah. Leng leng leng tergeleng geleng. 


Pinggan aku. Aku mamak tapi kalau lauk melayu / padang aku nanti cari tempe, masak lemak, sayoq pucuk, ikan bilis. Selalu orang panggil pinggan aku 'lauk Hospital Assunta'. Tapi ni la paling sedap.



Pinggan Nad. Minah ni pun leng leng leng tergeleng geleng jugak. 


Pja. Ayam kicap dia sedap. Lepaih tu dia amik nangka. Hahahaha aku ni citarasa pelbagai tapi kalau bab extra exotic tu aku kurang pengalaman. Masa dia habih tu aku tengok dalam pinggan dia ketulan-ketulan nangka. Aku amik la seketui. Aku taktau rupa sebenaq nangka tu macam mana masa awai Pja amik. Time tu pulak Pja pi basuh tangan. Nad tanya 'tu nangka dah makan ke belum?' Setan betui tanya time aku dok tengah merasa. Hahahahahahahaha. 'Pja, ni nangka ko dah makan ke belum? 'Belum.' Hahahahaa Legaaaaaa aku.




Sambil layan sedap makanan dan terik serta bahang mentari, hampa layan la view Komtar ni. Macam dok tengah renovate apa taktau. 



 Spoilt with choices. Ikutkan aku yang tamak semua aku nak. Tapi tepuk perut tanya lemak sendiri la.

Masa balik we decided to lalu ikut Telok Bahang sebab nanti boleh keluaq ikut Second Brigde. Secara tidak langsung pusing satu pulau. Plus scenes area situ pun best.



Empangan Teluk Bahang. Berenti tiga minit amik gambaq sikit ja pasai kehangatan mentariiii dinginn saljuuu. bertukar gantii harii ke harriiii. Tapi sumpah lawa rasa macam kat New Zealand ok tipu aku tak pernah sampai. hahahaha lawa dia macam kat Lake Toba. Lebih kurang sama la.

Jalan kat Teluk Bahang ni pusing-pusing. Kalau hampa tak tahan pening, standby la mentos ka hacks hitam ka anything minty. Takpun lena la. Kami takleh lena. Walaupun motion sickness aku paling teruk dalam dunia, magisnya aku tak rasa sangat kali ni hahahaha maybe pasai dah kenyang kot *tutup mulut beruk*

Agenda seterusnya adalah makan durian. Ada satu gerai sebelah kiri jalan, Tinggi sikit, ada tulis 'Mas Hitam King.' Maka berenti dan mulakan misi.



Durian expert tengah tinjau lokasi.



THE MAS HITAM KING. So far this is the best durian I've ever tasted. Tokei tu kata only in Penang. Takdak kat tempat lain. Dia ada lemak-lemak, pahit sikit, manis sikit, just nice. Harga dia ja kurang nice sikit. Sekilo RM60. Hahahahahahahahahahaha. Tapi Nad kata, 'bila lagi kita nak rasa.' Ok total RM172.00 bila lagi.


Tak banyak dok ada Mas Hitam King ni. Tinggai tiga bijik. Kalau kena musim (March onwards) harga murah sikit.

Destinasi seterusnya - Gertak Sanggul. Dulu (so many years back) aku pi tempat ni takda ramai sangat orang. Secluded lagi la. Tenang ja. So aku kata cantik la tempat ni boleh jadi sweet escapade. Elok sampai, nak masuk D tak boleh, R pun tak boleh. Orang punya ramai. Scrap Gertak Sanggul. Aku nak pi Palawan lepaih ni.




Seluaq ni memang best.



Second Bridge. Tamat sudah Patin United Roadtrip 2.0 - Misi Mencari Ramlal. Insya Allah lepaih ni ada lagi upcoming trips. Hehehehe lebih menarik hendaknya. 

Some pics - courtesy of : Nad & Pja 



Kau. Aku. Kita. Terima kasih sahabat. Terima kasih vampires.

No comments:

Post a Comment