Sunday, 30 August 2015
An Offer.
Yang aku taktau nak pilih ka dak.
Mesti mau kena istikharah ni.
Pasai lani dah dok dalam mulut buaya.
Takut nanti keluaq mulut buaya, masuk pintu neraka ja.
Saturday, 29 August 2015
Patin United.
Nama dah dipatenkan. Tiga sekawan. Jadi ketagih nak duduk bergelak ketawa dan mengaruk sama-sama.
Kemarin dulu. Aku dengan Nad amat-amat stress. Amat stress. Pasai aku rasa jantung aku macam terbakaq. hahahahaha. Aku kata aku nak makan KFC.
Balik keja, aku pi KFC dengan Nad. Nad ordered satu dinner plate, coleslaw besaq, milo takmau ais. We shared. Kami sweet. *tembak mulut sendiri*
Budak yang amik order dok buat kalut-kalut. Dinner plate ada, milo ada. Coleslaw besaq takdak. Tengok dalam resit pun takdak. Nad yang terbakaq dari pagi bertambah terbakaq.
"Dah jom makan. Kesimpulannya dia bodoh."
Aku tergelak pasai kami terlalu marah pada haritu maka kami boleh kata apa jua untuk didengar oleh kami sahaja.
Sesi luahan perasaan.
Aku usha jam. 8.23 malam.
"Woi Maghrib!"
Marah kat manusia sampai lupa Tuhan. Ni la manusia.
Kami jalan macam peserta Race Walk Kejohanan Olimpik menuju ke surau. Begitu laju amik wuduk aku tak tengok jam dah. Elok dah pakai telekung aku tanya Nad,
"Wei sempat lagi ke?"
Takdan Nad jawap Tok Bilal ketuk mic.
"Tap. Tap. Tap."
Aku tengok Nad. Nad tengok aku. Jahanam. Nak tergelak tapi rasa bersalah sungguh-sungguh. Elok habih bang (azan) kami pun standby la masuk saf. Aku tengok kat depan yang lelaki pakat semayang sendiri-sendiri. Yang pompuan dok satu saf tapi naik turun macam graf ekonomi dunia. Aku kira dah lebih dua rakaat ni.
Aku yang dok dalam saf kalih kat Nad. Dia tengok aku. Dua saat. Aku tau dia pun ter-confused dengan pandangan aku.
Aku kata, "Ha ye, ke ko nak jadi imam?"
Nad tengok aku lama sikit kali ni. "Diorang tengah semayang sunat la kau dah kenape!"
Aku tanya dia balik. "Abes, kita camne?"
Dia kalih belakang hembuih telekung dia nak buang sisa nak tergelak yang tunggu masa nak meletup.
"Sendiri-sendiri je la!"
Jangan buat pasai dengan orang yang stress dan amarah.
Depa juga boleh jadi bangang dalam masa yang sama.
Friday, 28 August 2015
Adik Ipaq.
Menjadi mamak, panggilan dalam keluarga ni kadang ada beza sikit la dengan orang Melayu ni.
Tok/Nenek - Nanima
Tokwan - Dadima / Dada / Tata
Pakcik - Mamu / Mamak
Makcik - Khala / Mami / Massi
Abang - Nana / Bahiya
Kakak - Aci
Kakak ipaq - Aci / Maini / Bhabhi
Pengantin lelaki - Mapley
Pengantin perempuan - Ponu
Banyak la lagi sebenaqnya tapi kali ni kita cerita mengikut konteks kekeluargaan.
Masa nak kenduri Adik dulu, Datin Khala (mak menakan) tanya la aku,
"Nanti Nunny nak panggil apa? Aci ka Maini ka Bhabhi ka?"
Aku kata panggil macam Adik dok panggil la. 'Kak *'
Pasai takut nanti kalau tiba-tiba pada masa hadapan ada konflik ka apa (mintak jauh la), daripada dok lembut-lembut panggil aku Bhabhi, boleh bertukaq jadi binatang haram pulak.
Datin Khala diam dua saat.
"Betui nooo.. Bhabhi nanti jadi Baaaaabi."
Tak ada hembusan nafas lembut di hujung Bi tu.
Datin Khala goyang-goyang kepala dan tangan, berlaga gelang utas pertama dan kedua. Setuju dengan kenyataan sendiri.
Thursday, 27 August 2015
Test Drive.
Adalah menjadi kerja aku untuk pi sign approval untuk sesebuah kenderaan di sesebuah Jabatan untuk depa bawak. Kenderaan itu adalah berupa van atau MPV atau apa sahaja bentuk yang orang JKR suruh aku sign.
Ada sekali hari tu aku test drive van jenazah. Aku kena check menda-menda dalam van tu supaya berfungsi. First time aku masuk van jenazah. Aku risau-risau. Duduk kat driver's seat, aku nyalakan enjin. Wow nyalakan hahahahahaah. Aku pusing belakang nampak ada tingkap pembahagi. Dok standby nak kena check belakang pulak. Aku tanya pakcik JKR,
'Belakang ada apa Encik?'
Dia tergelak.
Dua saat aku proses gelak dia sebelum dia jawap,
'KERANDA.'
Seminggu aku demam.
Kemarin aku pi. Jumpa pakcik ni. Dia cerita balik pasai van jenazah haritu,
'Guard telefon saya tengah malam bagitau van jenazah start sendiri. Saya sampai, tengok dah senyap.'
Okay.
Demam aku valid.
Wednesday, 26 August 2015
Cara-cara Bermain Ping Pong.
1. Dapat jadual perlawanan.
2. Pilih pemain.
3. Pemain hadir di perlawanan.
4. Pemain melihat aturcara perlawanan.
5. Pemain sengaja makan julap supaya cirit-cirit. Pemain asal mencari pemain ganti.
6. Pemain ganti adalah seorang pemain batu seremban.
6. Pemain ganti terpaksa menggantikan pemain asal.
7. Pemain ganti teruk dimarahi oleh jurulatih akibat prestasi yang hambar.
Akhirnya pemain ganti menjadi gila.
Tuesday, 25 August 2015
The Limit.
To know that there are a few people who can still be rational is totally a blessing. I thank you very much for that and you people have my utmost respect.
May Allah blesses our souls and brains.
In the meantime, I am building layers of concrete walls and shutting down.
Monday, 24 August 2015
Sakit Tenat.
Minggu lepaih dapat kiriman emel Koleksi Lembar Bahasa. Terima kasih kepada tuan yang menghantar dah lama saya tak rasa gembira.
Aku tak kisah kalau Bahasa Melayu yang aku dok nampak tu dieja dalam loghat atau slang negeri. Takdak masalah. Yang sakit mata aku bila dok mem-Bahasa Melayu-kan perkataan Inggeris.
Guys - Gais
All of you - jadi you all - Uolls
Like - Loike
Class - Curlast/ Curlasss
Empat ja aku boleh pikiaq la ni.
Ini Bahasa Melayu standard yang di-kiut-kan oleh budak-budak muda, hat tua pun ada jugak dok buat perangai ni.
Sikit - Ciked
Kuat - Kuad
Awak - Awaa
Saja - Sajork
Saya - Saia
Hat ni pulak yang Bahasa Inggeris dieja dengan sangat hodoh.
Tacap - Bersolek
Very Der - Sangat
Aku dok taip ni rasa macam dok terbakaq hujung jari. Tolong la. Jangan mai berkomunikasi dengan aku. Mengeja tu tolong bagi ada akai. Ni dah mengeja macam tu satu hal, gaya bercakap pun nak macam pondan jugak.
Oh. Hat dok kat tempat paling tinggi baru ni pun guna bahasa paling bawah. Heh.
RIP Bahasa Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
