Thursday, 13 August 2015
Wayar Putuih.
Orang kata jangan selalu merempan. Nanti memang gila.
Mana tak gila, aku sendiri dah taktau apa benda aku dok buat.
Macam kita keja sapu sampah, kita tak boleh pilih sampah apa kita nak kutip. Tapi kalau tong recycle tu dia ada plastik, kertas, aluminium etc. Jadi adala dia punya separation of power.
Ini dak, satu tong sampah tu, patut dia ada plastik ja. Tapi dok lambak segala benda. Nasik basi, roti berkulat, kerepek bawang masuk angin semua la hat orang simpan tapi tak makan.
Yang lagi sakai, ada taik. Taik yang tak flush.
Jadi sapa yang nak kena cuci semua tu?
Taik betui.
Wednesday, 12 August 2015
Buat Pala.
Nama kata buat pala mestila Papito kan.
Weekend pi beraya rumah Mak Menakan Pak Menakan Tok Menakan Mamak Mami Mamu semua dok ada.
Masa pi ikut Adik kot belakang. Pi dua kereta pasai 7 orang takkan aku nak dok ataih riba TokBa pulak. Reban orang tua tu. Dia bawak ikut jalan besaq.
Masa balik, Adik pi gatai ikut jalan lain. Kereta Papito bawak dok depan. Aku, Papito, Mamita. Tiga orang. Aku habaq aku kena pikiaq sat pasai jalan hat dok lalu tu aku tak biasa.
Papito dok bising.
'Betui ka ni jalan ni?' 'Kanan ka kiri?'
Aku kata - 'Betui la ni, Ikut kanan,'
Lepaih tu dia jawap balik.
'HA TAU LA.'
-_____________________________-
Tuesday, 11 August 2015
Pembakaran Terbuka.
Ada sorang member sekolah aku ni. Membuat pembakaran secara terbuka. Dia dok mai ajaq aku pasai camera.
Sat-sat dia bagi gambaq semut. Sat-sat dia mai gambaq maruku. Hat gambaq maruku aku tak tahan. Pasai sebab gambaq tu habih maruku sebalang aku tibai. Tapi aku takleh letak gambaq kat sini pasai tuan punya segan (galak - dia ingat aku nak cerita pasai dia).
Dia bakaq aku dengan benda ni :
Fujifilm XT-1
Begitu haluih dan berseni. Gambaq ihsan Google.
Leica D-Lux
Nampakkk. Bulu lebah pun hampa buleh kira. Tapi kena pakai makro lens la. Gambaq ihsan Google jugak.
Aku dok berangan pakai camera best pi amik gambaq Aurora Borealis. Hahahahahaha bintang kat langit tepi pantai pun sama naik jugak dok pasang angan-angan.
Makin lama pembakaran dia makin teruk. Takut bomba pun takleh nak pi padam dah. Kena pakai helikopter dan buat pembenihan awan. Pasai dekat seminggu lebih dah aku dok check akaun bank takdak sapa pulak nak baik hati derma kat aku. Lepaih tu time macam ni jugak la iPhone SIX (nak kena cerita jugak - riak) aku nak jatuh menghempas bumi retak seribu. Aku nak tengok / baca apa-apa kepala aku kena senget pi ke kanan pasai belah kiri crack. Nak pebetui RM500. Hahahahahahah Hahahahhahaha di mana good luck charm aku? Macam makin majal (malang teruk) ja.
Ok bai nak pi lambung lima kupang masuk tabung.
Thursday, 6 August 2015
Yang Namanya Mamita Part II.
Mamita ni dia ada special saraf crack dalam otak dia aku rasa yang menyebabkan dia adalah Mamita paling best dalam dunia. Dia macam lantunan bola pingpong dan boleh jadi bola hat bagi pecah bangunan tu. Ada ja maklum balas.
Nampak?
Hat ni memang betui PakYa tu dok ataih bumbung.
*terlentang gelak*
Yang ni memang tara guna. Depa buat simulation orang mai raya pasai aku tidoq tak mangkit-mangkit. Letih oi.
Tapi Mamita dah ada protege. Aku rasa menantu dia dah belajaq banyak dari perbualan-perbualan yang berlangsung.
Tuesday, 4 August 2015
Sebuah Kereta.
Ada sebuah kereta. Dulu engine kereta ni running tapi ada la jugak semput-semput.
Selepas beberapa tahun, engine kereta mula buat pasai. Mula-mula compressor, wiper, indicator, lepaih tu minyak hitam, mak nenek apa lagi. Last sekali bateri kong.
Bila bateri kong kita nak kena buat jumpstart. Pakai jumper.
Kecuali kita kaya, tiap kali bateri kong, kita beli bateri baru. Takpun kita beli Passat CC. Bila bateri Passat CC kong, kita beli Beemer 5 series. Kong lagi, kita beli Cayenne Turbo.
Tapi kita tak kaya. Kita cari jumper.
Tapi masalah dengan jumper ni, kuasa menghidupkan semula tak kuat.
Tsss! Tssss! Ccckkkkhh! Cccckkhh! Tsss! Tsss!
Akhirnya kereta itu pun mati.
Sunday, 2 August 2015
Yang Namanya Mamita.
(Tidak. Ini bukan payback time kepada Papito.)
Kisah 1.
Hari Raya Ketiga. Tengah makan nasik, cerita pasai makanan.
Mamita pegang hirisan timun, nak explain.
"La, ni hat macam TIPUN ni *paused* nak kata Timun Jepun. Takdan brek."
Aku angkat gelaih letak kat telinga. "Hello?"
_________________________________________________________________________________
Kisah 2.
Di kedai mamak.
Mamita : Sini apa ada sedap mau makan?
Aney : Nasi goreng ayam, nasi goreng kampung, nasi goreng pattaya, nasi goreng cina, mee goreng mamak, mee goreng biasa, mee goreng ayam, kuetiaw, roti kosong, roti telur. Semua ada.
Mamita : Laju aih. Tahfiz mana?
-_________________________-
Saturday, 1 August 2015
The First Step.
To living the life you want, is leaving the life you don't want. Taking that first step forward is always the hardest. Always. But then, as it goes by, each step forward gets easier and easier.
And each step forward gets you closer. And closer. Until eventually, what had once been invisible, starts to be visible. And what had once felt impossible, starts to feel possible.
Okay.
Aku kena pikiaq positif nih. Aku tak enjoy langsung pun buat keja ni, tapi disebabkan oleh keperluan untuk kelangsungan hidup, aku hadap ja hahahahaa nampak unsur kegilaan dah ada kat situ. Tengok nombor, tengok orang. Hahahaha.
Jadi aku kena mulakan langkah.
Resipi roti jala dah ada.
Lokasi nak meniaga dah ada.
Tinggai nak tala pi pulau ja set up gerai.
Hahahahahahahaaha.
Subscribe to:
Posts (Atom)








