Tuesday 4 August 2015

Sebuah Kereta.


Ada sebuah kereta. Dulu engine kereta ni running tapi ada la jugak semput-semput.

Selepas beberapa tahun, engine kereta mula buat pasai. Mula-mula compressor, wiper, indicator, lepaih tu minyak hitam, mak nenek apa lagi. Last sekali bateri kong.

Bila bateri kong kita nak kena buat jumpstart. Pakai jumper.

Kecuali kita kaya, tiap kali bateri kong, kita beli bateri baru. Takpun kita beli Passat CC. Bila bateri Passat CC kong, kita beli Beemer 5 series. Kong lagi, kita beli Cayenne Turbo.

Tapi kita tak kaya. Kita cari jumper. 

Tapi masalah dengan jumper ni, kuasa menghidupkan semula tak kuat.

Tsss! Tssss! Ccckkkkhh! Cccckkhh! Tsss! Tsss!

Akhirnya kereta itu pun mati.


No comments:

Post a Comment