Sunday, 28 June 2015

Dalam Hati Ada..


Pic source : @thefeedfeed

Yeap. Orang selalu kata dalam hati ada taman. Dak. Dalam hati aku ada berries. So freaking sour. And can be bitter and sweet at times. Hahahahahaha. 

Tapi berries in antioxidant

Anti oksidan - vitamin, mineral atau nutrisi yang berperanan menjaga dan memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat radikal (?) bebas. Radikal bebas itu adalah disebabkan oleh pencemaran, asap rokok, dan pola makanan yang buruk.

Kalau dalam hati aku ada berries. maksudnya ia memperbaiki sel-sel hati aku yang rosak.

Kiranya hati aku ni boleh jadi makin muda la dak?

*sua muka mintak penampaq*

Saturday, 27 June 2015

Semua Sendiri Part II.


Satu dunia takda aircond selama tiga hari.

Okay aku exaggerate. Dah dua hari aku migraine gila teruk pasai takda aircond kat office, lepaih tu bilik aku takda tingkap. Aku kan ikan dalam akuarium. Call me Dory.

Aku terpikiaq.

Kalau sampai minggu depan takda aircond jugak, hamba Allah ni bawak portable aircond ka pi bilik dia? Aku harap dia bawak yang bila sekali pasang tu berasa sampai bilik aku sekali.

Apa salah kongsi senang sama-sama.

Tak pun kalau aircond dah ok, aku takut masuk kerja isok ni keluaq salji ataih kepala aku.

Friday, 26 June 2015

Semua Sendiri.


Amboi tajuk nak emo ja.

Ada la hamba Allah sorang ni. Dalam bilik dia terdapat semua benda yang dia bawak sendiri.

Monitor pc kecik, dia bawak hat besaq TV 50".

Printer rosak dua saat, dia gaduh nak beli printer sendiri.

Microwave takdak kat level ni, dia bawak microwave dari rumah.

Kemarin dulu, aku terdengaq dia sebut;

'Bilik saya ni lampu takde la.'

Roomate aku yang bijak bistari pun keluaq lampu kat kepala dia. Tengok aku seraya berkata,

'Ko rasa besok dia bawak lampu tak?'

Bergegaq bilik aku.

Thursday, 25 June 2015

In The End.


Betui lah.

Hahahaha tak pasai-pasai.

Betuilah tu aku merujuk kepada percakapan aku dengan diri sendiri.

Akhirnya, kita sendiri yang akan rasional dengan diri sendiri. Akan pujuk diri sendiri. Akan sedaq dengan sendiri.

Diri kita sendiri.

Bukan orang lain.

Hahahaha aku rasa nak pi merantau jauh. Aci dak amik cuti setahun? Sebab? Mencari diri sendiri. Merantau balik SP hahahaha sebab dok dengan mak bapak aku rasa aku lagi kenai diri aku dari dekat sini aku kepeningan.

In the end, it doesn't even matter. To the people around you. 

It only matters to you. And you only.

Tuesday, 23 June 2015

Berbuka Puasa.


Because the word iftar has been overused. hahahahahah.

6 Ramadhan.

Dah 6 hari posa no. Aku rasa 6 hari jugak aku dok berkuntau masak & bukak posa kat rumah. Aku jadi menyampah nak pi pasar Ramadhan pasai dari simpang nak masuk rumah aku tu, aku stuck dekat 45 minit. Kat jalan besaq pasai kiri kanan orang park kereta nak beli kat gerai yang pun letak ataih jalan. Ada satu laluan ja untuk kereta/lori/kereta kebai/kapai korek lalu. Dan laluan tu pun penuh dengan homo sapiens yang ciwi nak beli makanan. *siap jeling kat kereta yang lalu kat situ* *istighfar*

Makanya aku amik keputusan untuk masak. Hahahahahah. Jadi la lauk bangang-bangang pun aku nak makan sorang ja. Tapi nafsu makan bulan posa ni kan kalah nafsu gajah. Tengok mentos dalam cawan depan keyboard ni pun aku nampak sedap.

Nah lauk berbuka aku.



Cey siap edit. Penne seafood aglio olio. Rebuih penne pasta. Lepaih tu hampa taboq la apa benda pun hampa nak. Aku letak sotong, udang. Dengan cabai melaka. Masak lebih supaya soq pun tak susah.


Resipi?

Penne pasta - rebus dengan butter dan garam. Aku letak garlic dengan pepper sikit. Tabiat,

Olive oil
Cabai melaka - potong kecik-kecik. Gunting kalau dah pemalaih sangat
Garlic - diced
Tomato - diced
Parsley

Sotong
Udang
(atau apa pun yang dalam keturunan seafood).

Garam la jangan lupa.

Tumis segala mak nenek dari olive oil sampai udang tu. Gaul ja dengan penne pasta yang dah masak.

Menu paling senang dalam dunia kan?




This, my lovelies. Ada makanan paling sedap aku penah masak hahahahahahahaahha matilah puji masakan sendiri. So bye-bye Top Spot, bye bye Sabah, bye bye Hokkaido.

Salted egg prawns. 

Aku dok masak tu betapa punya tahan diri nak rasa. Bau semerbak tu lembik lutut aku dok tahan hahaha exaggerating.

Resipi?

Udang - salut dengan tepung, garam sikit. Goreng dulu sampai crispy lepaih tu letak tepi sat.

Butter
Teloq masin (merah saja)
Garlic
Cabai melaka - agak-agak la
Karipuley (daun kari) - tiga empat batang depending on berapa ekoq udang
Gula - satu sudu kecik

Macam mana nak masak?

Amik dalam tiga sudu besaq butter, tumis garlic sampai naik bau. Lepaih tu letak teloq masin (merah saja), nanti dia akan jadi frothy, kacau-kacau kalau tidak nanti hangit pasai butter ni manja lebih. Lepaih tu bubuh cabai melaka dengan karipuley sekali. kacau-kacau lagi. Boh gula dalam satu sudu kecik. Kacau-kacau lagi tuan-tuan dan puan-puan.

Agak dah bertenang, amik udang tu campoq dan gaul.

Tadaaaaaa.

Hampeh telan ayaq lioq aku.



Lepaih tu pair la dengan nasik goreng. Nasik goreng pun takkan aku nak kena bagi resipi kot??

Dua hari aku ulang masak benda sama hahahahahahaha.


Ok lepaih ni nak masak apa pulak?


Sunday, 21 June 2015

Selamat Hari Papito


Dulu waktu kecik aku paling manja. Aku ingat selalu Abah bawak balik mainan bila dia balik dari kerja. Paling best dia beli Barbie (not knowing later on aku lagi suka panjat lori/panjat pokok/ buat kerja lasak). Dak, aku masih perempuan sejati. 

Sekolah menengah. Abah kena transfer keja sana sini. We decided not to follow sebab payah nak tukaq sekolah sana sini. Tara tak tukaq pun aku melingkup SPM. Cuba kalau tukaq-tukaq? Dah ada gap aku dengan Abah masa tu.

Phase hidup yang aku rasa paling aku jarang bercakap dengan Abah. Balik seminggu sekali. Penat kerja mungkin, aku pun zaman tu nak emo ja. Perang dingin. Bukan sehari dua. Makan tahun. Abah bising pasai aku dok melangok main Internet sampai pagi. Dia simpan kabel dalam beg. Aku pi beli kabel baru hahahahaha. Dia keluaq aku pasang, dengaq bunyi kereta balik ja macam orang gila cabut kabel masuk bilik dok diam-diam. Bongoknya zaman tu.

Masuk universiti, Abah menangis. Biggest turning point in my life. Dengan duit PTPTN dapat 1/5 ja daripada orang lain. Tiap-tiap minggu without failed dia transfer duit kat aku. *oi apa banyak habuk ni kat sini dok masuk mata aku*
Aku bagi dia hadiah selepang atas stage at the end of semua zaman belajaq aku.

The worst time of my life, bila aku dah tak boleh nak cope dengan life situation pada satu masa dalam hidup aku. Masa yang aku rasa kalau manusia normal dah bunuh diri. Abah was my numero uno rational meter. Simple. 'Istighfar. Dah makan dah? Pi makan, minum ayaq sikit. Istighfar.' Aku dah nak jatuh gaung, tapi Abah bagi tali. Tali yang cukup kuat kat aku untuk aku naik balik. Tali yang cukup kuat untuk aku rasa selamat.

*ni sapa pi potong bawang Bangladesh tiga kilo ni*


Abah,

I thank you for everything you did to me. From the day I was born, until today. You are my greatest support system, and Mamita too. I have failed so many times in my life, but you still have faith in me. And I thank you for always being there for me when I needed you the most. I always wish that we can always live in this time, and the clock will stop ticking, we never grow old and I don't have to see people I love grow old. I just want us to be here, like this, forever. 

I love you too much, Abah. Too much.


Sent from my iPhone

Saturday, 20 June 2015

Gedek-gedek.


Kisah terjadi waktu Adik pi Japan bulan lepaih. Maka apabila Adik pi Japan, Mamita jadi tak senang duduk pikiaq menantu dan cucu dia buleh ka dok berdua sahaja?

Nunny kata takpa.

Tapi tentula never convincing to her. Maka berangkatlah Papito dan Mamita mai ke KL untuk menjadi Tok Abah dan Nanima yang paling best dalam dunia sanggup merantau beratuih kilometer demi cucu tersayang. Yes, my parents are like that. Aku demam sikit pun depa mai hahahahaha tapi aku tak spoilt insya Allah pasai kalau tidak aku dah terlentang tantrum bukak posa sorang-sorang kat rumah.

Upon arriving.

'Ma nak pi Pesta Buku. Nak beli buku kat Telaga Biru.'

Ah sudah. Aku paling menyampah bersesak-sesak kat PWTC tu. Tapi mengenangkan permintaan ayah bunda aku turutkan jua.

Maka keluaq la kami berlima isok tu nak ke PWTC. Papito bawak kereta. Dia kan kalau nak bawak kereta nak tunjuk terer ja dalam KL kan. Beriya nak pakai shortcut. Ok takpa kita tengok.

'Lalu kot Petronas ni buleh tembuih ke jalan besaq dak Nunny?' Dia tanya.

'Buleh, masuk kot tepi Petronas tu.' Menantu mithali jawap.

Elok masa tu dia dah kona masuk agak laju la. Aku dok depan. 

'Tapi Abah kena slow sikit depan tu ada 'gedek-gedek'.' Nunny habaq. (Pronounce ge as in GElang, dek as in keDEKut) 

Aku dok bajet gedek-gedek tu macam bump ada dua tiga ketui kat exit Petronas tu which is about 50metres ke depan lagi.

Tak sampai lima saat aku rasa kereta tu bergegaq-gegaq belah kanan dok terangkat-angkat macam dilambung ombak. Aku kalih tengok Papito dia dah macam sotong hahahahahaahaahahaha

Rupanya gedek-gedek tu bonggol-bonggol tangki simpan minyak kat stesen tu hahahahahahahaha. Ada lima ketui kot kat situ Papito pi bantai redah semua dia pun tak perasan.

Elok lepaih dilambung gedek-gedek tu semua terdiam. Takleh brain apa yang terjadi pasai sapa pun tak paham gedek-gedek tu apa kecuali Nunny hahahahahahahahahaha.

Lagi aku takleh pikiaq macam mana orang kat luaq tengok kami dalam kereta masa tu. 



Sent from my iPhone