Wednesday, 25 March 2015
Denggi.
Kemarin meeting pasai denggi kat ofis.
Aku masuk makan popia ja.
Dalam dok meeting tu depa cerita la pasai denggi punya keadaan la ni.
Kalau tak salah aku la, dalam dok meeting tu, orang tu habaq kes ada yang cecah 2000 pada satu masa baru-baru ni.
Kalau aku salah tolong perbetui la. Aku pun antara dengaq dengan dak pasai bunyi kulit popia lagi.
Lepaih tu.
Depa habaq. Minggu lepaih kes dah menurun dalam 1000 macam tu.
Pengerusi tanya,
"Why ah? Because of school holiday is it?"
Kena buat kajian.
Tuesday, 24 March 2015
Monday, 23 March 2015
Time Flies.
Kita ni kalau buat apa-apa, semuanya rasa cepat.
Sembang dengan member harini, tengok-tengok sembang sekali lagi dua atau tiga tahun selepas tu.
Bila pi kenduri, jumpa adik beradik pakat dok cakap
'Tudiaaaaaa dulu besaq tungau la ni besaq gajah dahh.. Sat nyaaa rasaaaa.' *bukan kata kat aku*
Tapi kan.
Sebenaqnya.
Ada masa yang kita rasa lambat sangat that we literally counting the seconds.
Masa bila?
Masa kecederaan time tengok bola sepak. Satu-satu saat hampa dok zikir kan?
#ggmu
Saturday, 21 March 2015
Bawai.
Kecintaan aku terhadap makanan laut makin kronik. Aku rasa pada kelahiran lepaih aku hidup dalam laut, berbentuk sekoq du(gong)yong.
Dua hari tak sihat. Dua hari pi klinik. Dalam pada nak balik, pi petik kata nampak kedai ikan bawai dekat-dekat area klinik.
Jari mulus tak tunggu lama. Open safari. Google ikan bawal in *******.
Search results found:
1. Siapa cari bawal cantik2 ni bolehlah ke.....
2. Tudung bawal dihasilkan di sebuah kilang kecil di ......
3. Tudung bawal Ai-Sha .....
4. Aidijuma Bawal | Aidijuma Design | Aidijuma Latest
5. Tambah koleksi tudung bawal Aidijuma • Jom follow blog .....
Sapa yang pandai-pandai pi bubuh nama tudung tu bawai?
Nota kaki:
Voile is a soft, sheer fabric, usually made of 100% cotton or cotton blends including linen or polyester. The term comes from French, and means veil.
Sebutan asal dari bahasa Perancis ("vwahl"). Mungkin bunyinya seakan 'bawal' ... <~~ dia ni la pandai-pandai ni.
Sent from my iPhone
Wednesday, 18 March 2015
Bhol.
Bhol ni unik.
Pemikiran dia di luaq kotak.
Aku suka duduk sembang dengan orang yang boleh stimulate otak aku dengan benda yang aku tak pernah terpikiaq sebelum ni. Bhol and the gang. Unik. Memang unik.
Sehari lepaih cerita inovasi, kami lepak Homst. *butter chicken dia sedap omg*
Lepaih habih salam pelok cium dengan geng lain, kami naik kereta untuk ke kereta aku.
Dalam perjalanan, Bhol tepon bini dia. *Bhol seorang suami dan bapak yang penyayang. Bini dia segak, anak dia hensem* / atau sesi buat pelaporan aku taktau hahahahaha.
Dalam talian,
'Hello Mi *singkatan Mommy kot*, Kamek baghu habis makan. Sikda coveghej sia. Network teghuk. Ney Faghis ney?'
Faris nama anak dia.
'Hello, Faaaaaghiiiisss.. Baca Bismillah.. Doa makan Faghis, baca Daddy maok dengar. Bismillah hirrahmanirrahimm.. Allahumma bariklanaa fimaaa.. Baca dolok..'
Dok suruh si Faris baca doa makan. Budak tu pun dok ulang amik dua tiga kali.
'Siney kitak?' Dia tanya anak dia.
Sayup ja aku dengaq.
'Jamban.'
-____________________________________-
Tuesday, 17 March 2015
Mabuhay! Part 4.
Macam slot Akasia ada sambung-sambung hahahaha.
Okay ni sambungan apa nak buat bila kat Boracay.
3. Snorkeling
Kalau ikutkan snorkeling kat Crystal Cove paling lawa tapi sebab ombak kuat hari tu depa bawak pi tempat lain aku tak ingat dah nama. Tu pun cukup dah aih.
Sebelum snorkeling kena bayaq dalam 50php sorang. Macam biasa depa punya environmental fee.
Gambaq amik pakai GoPro (nak jugak habaq). Tapi still didn't do any justice to the real beauty of the seabed and the corals and the fishes and all.
Masa dok tengah snorkeling tu nampak mermaid lalu. Nasib baik dan amik gambaq. Hahahahahahahahahahha *tembak muka sendiri*
Sergeant major (fish) found worldwide in coastal to open waters. Dalam hati dok jerit 'Nemo! Nemo!'. Jadi la. Ada jugak ikan daripada takdak.
Ombak kuat jugak masa ni. So nak amik gambaq pun macam dok berkuntau dalam ayaq. Takpa la. Biaq yang aku nampak depan mata tu kekal dalam ingatan aku. Hampa nak tengok kena pi sana hahahahah
4. Paraw sailing
Sunset watch.
Harga kalau tak kena gaya boleh cecah 1000pesos sorang. Tapi nego la sampai boleh dapat 400pesos. Selagi boleh nego sampai dia takmau layan dah. hahahahaha.
Naik paraw (sailing boat) ke tengah laut untuk tengok sunset. Cantik yang amat. Ni cubaan aku untuk zoom. hahahaha. Tapi sehari sebelum balik tu, masa dok tengah berkubang tengah laut tu adalah sunset paling cantik aku pernah tengok dalam hidup. *simpan camera layan keindahan alam*
Banyak lagi aktiviti lain boleh buat kat sana. Parasailing, zipline (pakai tali rentas bukit/tengok view), ATV, scuba diving. Cuma masa pi ni aku nak relax ja. So takdak la harung semua menda nak buat.
Aku rasa tu ja kot nak cerita. Lain-lain benda pi cari souvenirs kat sana pun benda biasa la. Keychains, bags, etc. Kalau teringat ramai orang, lebih la sikit duit tu. hahahaha.
Tapi memang best. Satu menda dalam bucket list aku checked. Nah tengok gambaq ja lah. Aku pun taktau nak cerita apa dah. Hahahahaha. Kot-kot ada apa nak tanya, roger la na nooo.
Monday, 16 March 2015
Mabuhay! Part 3.
Bila dok sana apa nak buat?
Nota kepala:
Amik masa usha pakej apa ada di Station 2. Sebab kalau orang approach hampa tepi-tepi pantai, harga jauh lagi mahai dari yang biasa.
Usually dari airport ke resort tu bila sampai dah gelap. Around 5.45pm if you're lucky boleh tengok sunset (cantik gila). Sana pukui 6 tu dah macam malam. Kalau larat, malam tu jalan pi Station 2 tengok apa aktiviti nak buat esok hari.
1. Helmet diving.
Pasai aku takdak lesen nak dive, aku pakai helmet dulu. Harga aku kena dalam 1000pesos. Sebenaqnya boleh dapat dalam 700pesos.
Naik boat dari pantai ke tengah laut, ada station untuk helmet diving ni. Masa sampai kena dengaq dulu do's and don'ts. Lepaih tu isi borang kebenaran untuk diving ni.
Masa nak turun tu depa tak letak lagi helmet sampai la badan dah separuh dalam ayaq. Pasai helmet tu berat 30kg. Kalau dari ataih letak kat kepala aku, rasanya aku terlentang dulu hahahaha. Elok letak kat ataih bahu ja, diver tarik ke bawah. Control pernafasan. Jangan panik. Pasai aku panik paihtu aku dok terapung-apung hahahahaha.
Kaki pijak sea bed. Dalam 12ft. ke bawah. Jangan susah hati. Lepaih tu depa bagi roti, hampa kena sua ke belah kanan atau kiri. Jangan depan muka. Tu pun jangan, ikan-ikan ni tokak kuku aku sampai berbekas jugak la. hahahahah best gilaaa hampa kena try. Setengah jam la lebih kurang.
2. Island Hopping.
Kena tengok cuaca. Kalau angin kuat, ombak kuat, selalu depa bawak pi pusing kot area dekat ja. Depa nanti bawak hampa pi Crystal Cove, Puka Beach, etc.
Ni tourist guide. Nama dia Juni. Belakang tu Pakcik dengan Tokwan dia (kot). Business adik beradik. Depa approached dekat resort, so price yang dibayaq adalah almost double. Sebab tu aku pesan pi survey dulu harga kat Station 2. Depa bawak naik bangka ni pusing keliling pulau, snorkeling, helmet diving. Untuk 4 jam, depa charged 2000php sorang. Dalam RM167.00.
Kaki aku ketaq balik nak pi pulau. Teruk punya penyakit.
Tunggu sambungan. Letih taip. hahahahahah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
