Wednesday, 24 August 2016

Apa Kata Mamak - Dotty's @ Taman Tun Dr. Ismail

Hallu.

Mintak maaf aku slightly under the weather lately. Semua orang since lepas bulan puasa dok kata aku kurus. Mula-mula flattered jugak tapi lama-lama aku dah rasa annoyed sebab yang dok ulang cakap tu orang yang sama. Jadi untuk tidak mahu menambahkan rasa annoying itu mari kita tengok makanan.

These pictures were taken few months back. Aku kemaruk nak try makanan kat Dotty's. Sebab semua orang kata makanan ia adalah the IT food at the moment. So why not.


THE Salted Egg Yolk Cronut. Ini satu fenomena. Sedap meleleh tatkala dimakan pada waktu ia masih lagi hangat. Bila mana ia dah dibawa pulang ke rumah dan sejuk, rasanya adalah agak mehhhh sikit kerana ia berminyak. Tapi masih lagi sedap dan ciptaan ini adalah amat genius. 



Strawberry Tart. Juga genius. Macam kita makan tart yang selalu kita makan tapi ia dihiasi dengan strawberries dan ditaboq dengan pistachios. And the custard dibuat dengan penuh kasih sayang dan kelembutan hahahahaha, Tapi cinta aku tetap pada Paul's . Bila nak bawak mai sini taktau.


Sudut 270 darjah, Sorry tak banyak gambaq makanan sebab aku makan dua benda ni ja. Pasai takleh tamak nanti tamak makan tak habih berdosa masuk neraka terbakaq rentung.



Nindia address :

Dotty's At TTDI
20-G, Jalan Tun Mohd Fuad 2Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. 

Currently daily, 9am-5pm.

Tel: 03-77334233


Tuesday, 2 August 2016

Apa Kata Mamak - Miang Kham.


hahahaha satu macam punya miang.

Haritu jamuan raya ofis. Depa bukak booth banyak-banyak. Ada nasi dagang, laksa sarawak, spaghetti, pulut durian, ketupat, rendang, lemang dan pelbagai juadah hari raya yang lain. Posa sebulan kan. Raya pun kena sauk sebulan jugak. Makan sampai gemok lepaih tu 'weiii aku kena kurus ni raya makan tak ingattt.' Apa makan time bulan Syawal ja ka? Bulan Zulkaedah - Ramadhan tak makan langsung ka macam mana yang teruk kena pulun hahahahaha.

Dalam aku dok berjalan usha makanan tu, aku nampak ada satu slot dedaunan di suatu sudut. Aku bergerak perlahan-lahan dan wallahhhhhh! Miang kham! Dari dulu aku nak try tapi tak tercuba sebab sama ada aku takdak geng atau takdak sapa nak cuba makan dengan aku hahahahaha.





Miang kham ni sejenis snek tradisional di Thailand. Asik asik karipuley ja, sekali sekali kita makan la daun kaduk pulak sebagai meraikan darah campuran sebelah Siam. Nama Miang Kham ni dapat sebab orang yang cipta tu miang khakhakahkaha hambar. Dari segi fakta serius, miang kham ni maksud dia one bite wrap. Miang (food wrapped in leaves) kham (a bite).

Bahan-bahan?

Daun kaduk, 
Kacang tanah tumbuk
Limau nipis 
Buah pala
Udang kering
Nyoq
Cabai melaka
Halia muda
Madu

Pusing daun kaduk tu jadi macam kon aiskrim, masuk bahan-bahan tu semua, lepaih tu hampa drizzle madu kot ataih. Then tutup ataih daun kaduk tu jadi macam bentuk samosa kecik / tutup selagi tak berteraboq, ngap masuk mulut! 

Rasa dia?

Ada pahit-pahit (rasa daun kaduk), masam (limau), masin (udang kering, nyoq), pedas (cabai melaka), manis (buah pala dan madu).

Perghhhhhhhhh sedap kottttt.

Aku akan mula appreciate Raja Siam lepaih ni.


Monday, 1 August 2016

The Most Important Question Of Your Life.


Nak makan mana?

hahahahahahah dak dak. Aku tengah cuba jadi sarkis dulu sebelum aku nak menuju ke arah topik perbualan yang lebih serius.

Ok begini.

Aku ceritakan semula ja la no? Olah sikit jalan cerita.

Ada satu keluarga, ada bapak, mak, anak-anak. Bapak dan mak dah tak bekerja dan sekarang suka buat kerja-kerja kebajikan membantu orang susah setakat mana kudrat dan keupayaan depa mampu.

Menjelang upacara tahunan, adalah menjadi kelaziman untuk bapak dan mak ni menuju ke suatu tempat yang jauh dari tempat asai depa, menempuh jalan beribu batu, gunung dan ganang untuk membantu sebuah perkampungan orang yang daif. Dan menjadi kelaziman juga untuk bapak dan mak mewar-warkan kepada seluruh penduduk alam akan kepergian mereka ke sana, dengan harapan ada yang sudi untuk membantu orang-orang kampung yang daif ini.

Kelazimannya setiap kali perjalanan mereka akan berjaya memberikan sedikit cahaya kegembiraan kepada penduduk kampung ini dengan membawa keperluan-keperluan kat depa. Dan seterusnya pulang semula ke tempat asai dengan azam dan harapan untuk membuat yang lebih baik kepada penduduk kampung ini pada upacara-upacara tahunan akan datang.

Tahun berganti tahun, upacara tahunan bakal menjelma dan kali ini anak-anak juga terdorong untuk mewar-warkan berita ini kepada sahabat handai. Namun begitu, baru tiga empat perutusan disampaikan, sudah ada yang mula berbunyi.

'Apalah pi jauh-jauh, yang dekat ni pun ada, kenapa tak bantu yang dekat dulu?'

'Kat sini tak ada orang yang susah? Kenapa kita kena sibuk membantu orang yang tiada kena mengena dengan kita sedangkan di depan mata ada yang lebih susah?'

'Semut di seberang boleh teropong nampak, gajah setongkoi depan mata buat-buat takdak.'

Maka anak-anak duduk berbincang. Kata anak yang seorang,

'Biaq pi kat orang la, kebaikan ni ada di mana-mana. Terpulang pada sapa-sapa nak buat amal kebajikan di mana-mana.'

Orang-orang sekeliling, kalau takmau terbabit, mungkin cukup hanya kata Insya Allah akan pertimbang / spread the words around / terima kasih atas ingatan. Daripada kita persoal tindakan dan seterusnya mengutarakan 'our what-ifs' kepada orang yang berkenaan. Tentu sekali depa tau apa yang depa buat. Cumanya depa pi buat tu bukan dalam radius yang dapat diterima oleh akal dan fikiran sesetengah orang.

Some souls are too deep for shallow people.