Tuesday, 28 October 2014

#Cerita Lama : Jenayah - Cerita Dadah


Ada masa sikit harini untuk usha FB. Sekarang ni dah malas nak tengok. Macam-macam jenis punya dok ada. So I spent some times reading notes I've posted before. Jadi sebelum aku buat keputusan untuk deactivate/delete account FB (entah bila), maka biarlah aku abadikan hasil penulisan aku satu masa dahulu kat sini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wah.

Serius.

OK. Bab dadah memang kena serius. Sebab dadah musuh negara. Kita tak boleh pandang ringan.

Pagi2 di ofis. Bersantai 5 minit di kaunter hadapan. Cuba untuk ambil feel baca paper cara konvensional. Kadangkala kita perlu balik kepada akar umbi.

Selak2 paper. Satu demi satu ruangan aku baca headlines. Adalah menjadi lumrah budak-budak aliran kewartawanan untuk membaca headlines dahulu sebelum membaca perenggan yang lebih panjang.

Sesuatu menarik pandangan mata.

"Pengedar dadah rakyat Nigeria mati dalam pesawat ke Malaysia".

Agak luar dari kebiasaan. Selalu mati bila dah sampai / kantoi di gate.

Maka pembacaan diteruskan. Tidak sia-sia rupanya.

"NEW DELHI, 7 Ogos — Seorang pengedar dadah rakyat Nigeria, yang dalam perjalanan ke Malaysia untuk menyerahkan barangan seludup itu, mati dalam sebuah pesawat pada Selasa, selepas dadah yang ditelannya pecah dalam perut. Akhbar Daily Sun di Lagos hari ini melaporkan lelaki itu, Chilaka Ogbonna Emmanuel, 25, meninggal dunia dalam pesawat Qatar Airways yang menuju ke Malaysia melalui Doha.

"Ketika mangsa berdepan komplikasi akibat dadah yang ditelannya, anak-anak kapal cuba memberikan bantuan.

"Namun selepas mendapati keadaan lelaki itu semakin teruk, pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di India untuk membolehkan mangsa diberikan rawatan sewajarnya," lapor akhbar berkenaan."

... dah telan dadah satu hal. Pecah dalam perut satu hal.

Nama dia apahal?

Aku ada cadangan. Jadikan tajuk lagu. Sequel untuk Biso Bonar.


No comments:

Post a Comment