Friday, 31 October 2014

Teleskop.


Di suatu petang yang hening..

'Kring kring..' talipun berdering macam biasa.

'Hello, selamat petang, boleh saya bantu?' skrip biasa aku.

'Hello cik, saya daripada Kementerian Penerangan, Kebudaa... emm... aaa...' Dia dah gelabah.

'Takpe cik, saya tau kementerian tu,' simpulan senyum aku dah mula.

'Camni, saya call ni nak tanya, berkenaan permohonan pengecualian untuk menduduki exam sorang calon ni..'

Aku angguk-angguk kepala tanda faham. Walaupun dia tak nampak.

'Dia ni buta, jadi susah la kalau nak ambil exam..' Cuma yang membuatkan aku keliru suara dia seakan bergetar.. sebakkah cakap dengan aku?

Aku tanya pulak. 'Buta sepenuhnya ke?' 


'Tak, sebelah kiri je..' Aku menanti untuk jawapan seterusnya. Senyap.

'Sebelah kanan boleh nampak la?' Aku tanya balik.

'Sebelah kanan tu rabun teruk.. sebab kalau baca dia kena pakai TELESKOP.'
 

Aku kena diam. aku betul-betul kena diam. 









 




Wednesday, 29 October 2014

#Cerita Lama : Kena Tembak


Terjadi suatu ketika dahulu. Tapi bila teringat/baca balik mesti senyum simpul aku macam orang dapat rebate roadtax.

Kerja tak berapa banyak. So banyak masa habis depan pc, click sana sini. Rutin setiap pagi, membuka semua akhbar online, melihat tajuk berita.

Satu headline captured aku. Satu perenggan cukup. It went something like this - akibat bla bla seorang penumpang kenderaan cedera apabila peluru yang dilepaskan oleh polis mengenai punggungnya.

*pause*

*tahan gelak jap*

Punca - kawan dia yang bawak keta tu overtake keta Kelisa yang polis ni bawak. Xpuas hati barangkali, ajak main tembak2 pulak.

*pause. Tahan gelak lagi*

*cari aJiE*

'Jieeeeeeee! Masalahnya dia tak turun keta punnnnn. Cemana peluru boleh kena pungkoq diaaaa???'

Man, ure in a deep shit. Nak duduk xleh, nak cangkung apatah lagi. (Apply prinsip keanjalan di sini) damn.

Kesian.

Pasni bawak keta kena igt byk perkara. Jangan igt duduk dalam keta muka jà senang calar, kaki tgn ja senang patah.

Pungkoq pun boleh kena tembak.

Tuesday, 28 October 2014

#Cerita Lama : Jenayah - Cerita Dadah


Ada masa sikit harini untuk usha FB. Sekarang ni dah malas nak tengok. Macam-macam jenis punya dok ada. So I spent some times reading notes I've posted before. Jadi sebelum aku buat keputusan untuk deactivate/delete account FB (entah bila), maka biarlah aku abadikan hasil penulisan aku satu masa dahulu kat sini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wah.

Serius.

OK. Bab dadah memang kena serius. Sebab dadah musuh negara. Kita tak boleh pandang ringan.

Pagi2 di ofis. Bersantai 5 minit di kaunter hadapan. Cuba untuk ambil feel baca paper cara konvensional. Kadangkala kita perlu balik kepada akar umbi.

Selak2 paper. Satu demi satu ruangan aku baca headlines. Adalah menjadi lumrah budak-budak aliran kewartawanan untuk membaca headlines dahulu sebelum membaca perenggan yang lebih panjang.

Sesuatu menarik pandangan mata.

"Pengedar dadah rakyat Nigeria mati dalam pesawat ke Malaysia".

Agak luar dari kebiasaan. Selalu mati bila dah sampai / kantoi di gate.

Maka pembacaan diteruskan. Tidak sia-sia rupanya.

"NEW DELHI, 7 Ogos — Seorang pengedar dadah rakyat Nigeria, yang dalam perjalanan ke Malaysia untuk menyerahkan barangan seludup itu, mati dalam sebuah pesawat pada Selasa, selepas dadah yang ditelannya pecah dalam perut. Akhbar Daily Sun di Lagos hari ini melaporkan lelaki itu, Chilaka Ogbonna Emmanuel, 25, meninggal dunia dalam pesawat Qatar Airways yang menuju ke Malaysia melalui Doha.

"Ketika mangsa berdepan komplikasi akibat dadah yang ditelannya, anak-anak kapal cuba memberikan bantuan.

"Namun selepas mendapati keadaan lelaki itu semakin teruk, pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di India untuk membolehkan mangsa diberikan rawatan sewajarnya," lapor akhbar berkenaan."

... dah telan dadah satu hal. Pecah dalam perut satu hal.

Nama dia apahal?

Aku ada cadangan. Jadikan tajuk lagu. Sequel untuk Biso Bonar.


Monday, 27 October 2014

Questions And Answers 101.


'La ni dok meniaga.'

Meniaga apa?

'Meniaga biskut.'

Biskut apa?

'Macam-macam.'

Contoh?

'Biskut semperit.'

Lagi?

'Biskut sendu.'

Tu ja?

'Ada lagi.'

Apadia lagi?

'Biskut Santana.'


Tu baru nama biskut.


Bukak kedai ka?

'Bukak.'

Kat mana?

'Kat KL.'

KL kat mana?

'Belah2 Pudu.'

Hang p belah buang la.


Questions can embarrass, rather than inquire. They can leave you feeling stupid. And these questions were not even tricky! *cringe*

You see, in the real world, questions are asked with the aim of discovering information. The art of questioning and answering is not that complicated. If you intended to give information to people, please, at least make sure that answers given are enough. Atau mungkin kita perlu tanya open-ended question? Supaya pihak di sana tahu kita sebenaqnya nak tau dengan lebih dalam dan lanjut mengenai perniagaan beliau *support business member/adik-beradik*

Aku mungkin rimas bila tanya satu jawap satu when in fact the person can actually provide more than that. Bukan mungkin la. Memang rimas. Tapi kena tanya. Tapi takkan nak kena tanya satu satu? Tapi pihak di sana mungkin takut kadar info yang diberi melambak. Come on la. Takat nak tanya jenis biskut jangan la expect aku nak tau semua 50 jenis. Bagi yang sedap dan disukai ramai la. *CONTOH* sama la macam situasi lain pun. Appropriate info. Pada kadar yang sederhana. Senang bukan?

'Questions are great. But only if you know the answers. If you ask questions and the answers surprise you, you look silly.'

Pulak.



Friday, 24 October 2014

Phase I.


Bismillah..

*cobaan cobaan* *mic check 1 2*

Selalunya orang yang dah lama tak menulis/ baru nak menulis will start the entry by :-

'nak tulis apa ek?'

stahp. stahp there.

Or.

They will type and delete and type and delete and type and delete (I just had to continue doing this because I am thinking hard of what to fill in here).

And so, here I am, trying to find my mojo back by writing (again). Cross fingers that I will be rajin enough to make use of this space for more rantings in the future.

Ciao.