Monday, 15 December 2014

Hujung Minggu Saya.


Cak! Assalammualaikum! Hahahaha (gila apa bagi salam paihtu gelak). Mohon maap la, sapa yang kenai aku memang tau aku macam ni.

Weekend hampa macam mana? Aku punya sangat produktif sampai hari ni aku tempek koyok penuh lengan. Aku ada team building mula hari Jumaat petang sampai Sabtu tengah hari. Hahahah jangan tanya awat sat sangat, pasai aku tak pernah suka team building. Apatah lagi team building lama-lama. Tapi kudos to the fasilitators pasai ubah persepsi aku kali ni. Tapi buat kat hotel kira ok la. Kalau dalam hutan aku dah prepare surat doktor hahahaha.

Lepaih habih team building aku merantau pi rumah Adik kat Wangsa Maju. Jalan-jalan kat Wangsa Walk, beli Batman sekoq, beli Fredzilla sekoq, baju selai (dua tiga ......) *sembunyi plastik dalam plastik* Tapau KFC bawak balik rumah depa (KFC Double Down is BACK!).

Aku sambung buat keja aku kat rumah depa sampai tengah malam. Manyau tu toksah kira la pasai hari kerja aku dah letih. Hari minggu selalu aku rehat (tidoq dari hari ni sampai isok hahahaha). Ahad pagi mangkit awai perabih lagi sikit keja pasai aku kena ligan deadline. Pi Farm in the City kat Seri Kembangan. Tapi yang tu nanti aku review (kalau aku ingat). Hangat lit lit. Muka kami macam ada minyak sorang tiga cupak jenuh nak edit gambaq masuk Instagram hahahahaha. Balik tu singgah IOI City Mall. Orang macam semut. Tak suka. (dah tau mall baru bukak, mesti la orang ciwi nak pi, kita pun sama naik nak mengembut dengan orang jugak, padan la muka).

Sampai Wangsa Maju balik konon nak tidoq la sat. Harapan. Malam tu Adik & family bawak aku pi makan kat Setapak. Pasai petang tu aku ajak depa pi makan kat area Ampang Point. Tapi depa kata tang Setapak sedap lagi mai kita tengok sedap ka dak.


Nindia.

 
Nama restoran ni RSMY Best Cheese Naan. Tengok luaq kedai macam biasa ja. Aku dalam hati dok kata 'buleh pecaya ka depa ni.' hahahaha Takpa kita coba tengok. Tapi parking kat sini memang melampau sikit la pasai dia one way. Kalau buleh double park tu tolong la tinggai nombor telefon hampa. Basement pun ada, tapi kalau siang aku rasa ok kot. Malam tak payah la.


Restoran ni kat sebelah NZ Curry House, Setapak. Landmark paling senang Colombia Asia Hospital Setapak. Nampak hospital tu ja maka betui dah la jalan hampa. Tapi kebetulan malam tu Manchester United vs Liverpool. Jadi agak packed sikit la tempat tu. (Liverpool la ni kalau nak tengok dalam table EPL kena usha jauh macam hampa dok tingkat 20 nak tengok kedai kopi kat bawah hahahahahahaha jangan marah Liverpool fans.)

Aku prefer dok luaq pasai ada angin sikit.



Menu dia. Simple ja.


Aku tak tengok sangat pasai aku dah tau dalam kepala aku nak makan apa. Ni menu makanan.


Ni menu ayaq. 

 Aku nampak kedondong asam boi tu ingat nak order. Tapi nak makan dengan naan macam tak kena pulak. Kurang feel Middle East minum ayaq kedondong hahahahaha. Aku order teh bunga. Kami order Garlic Cheese Naan, Butter Garlic Naan, Chenna, Dhall Fry, Mutton Kerayi. Niat di hati nak tamak lagi tapi aku takot aku lena ja tengah dok kunyah roti tu hahahaha.
 
 Nindiaa dah mai. Garlic Cheese Naan dia perghhhhhh. Bau tu toksah cerita la. Kalau kedai dia satu tu ja memang aku tak pakai Waze. Aku navigate pakai hidong ja hahahahaha. Roti dia lembut, cheese dia bertali-tali macam hampa tengok iklan Pizza Hut tu. Bawang putih pun dia potong kecik-kecik takdak la besaq ngan taboq macam nak halau pontianak. Roti dia tak besaq. Saiz pinggan makan sederhana tu ja. Elok la untuk seorang aku makan. Pasai cheese dia pun dah nalarekek punya berlemak, jangan bongkak buleh makan banyak-banyak.


Nah aku bagi close-up lagi satu. Aku segan nak amik gambaq sambil tarik naan ni nak bagi nampak cheese panjang-panjang tu pasai takot tinggi lapan tingkat hahahahaha dah la meja kiri kanan ada brother-brother dok tengok bola. Aku kan pemalu hahahahaha (nah sua muka mintak penampaq kali ketiga)





Ni Adik punya. Garlic Butter Naan. Harga RM4.00. Aku tak rasa tapi aku rasa-rasa macam sedap la hahahahaha. Pasai pinggan dia licin.


Tak berapa lawa sangat gambaq ni. Pasai tadi kata kan aku ni pemalu. Ni Dhall Fry. Kuah parpu la senang cerita. Aku dok besa sebut parpu. Kuah dhall la tu. Sedap. Cuma aku rasa macam ada sikit hangit. Rasa dia cukup rempah semua cuma kalau takdak rasa hangit tu memang baik lah. Harga RM2.00.


Haihhhhh... gebu.


 Mutton Kerayi. Harga RM12.00. Walaupun Adik kata daging dia liat, tapi pada aku menu ni sedap. Pasai aku buleh makan and takdak bau kambing. Aku ada masalah makan kambing sebab kalau sekali lalu kt hidong tu ada bau memang hampa kata la sedap macam mana pun memang aku tak makan. Kuah dia pun sedap. Tak ceroi, rempah pun berasa pastu tak overpower.


Ni nama dia Chenna. Kuah kacang kuda. Pedaih sikit pasai rempah dia. Kacang masa malam tu tak berapa lembut sangat. Kena dengan naan hadoihhhh sedapnya. Lagi sekali mau patut bagi kacang tu lembut lagi lepaih tu aku nanti order dua mangkuk hahahahah. Harga RM4.00




Seni ambik gambaq malam tu tak berapa ada pasai aku segan. Tapi makanan kat RSMY Best Cheese Nan ni memang sedap. Lepaih ni aku pi aku nak order ayam tandoori dengan beriyani pulak. Dalam gambaq macam lawa. Hahahaha

Ni info dia :

RSMY Best Cheese Naan @ Danau Kota KL
(Belakang Colombia Asia Hospital, Sebelah NZ Curry House)
70, Jalan Danau Niaga 1
Crystal Ville
Kuala Lumpur

No 11 & No 13, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur
+603 – 2697 0700 atau
No 16 Lorong Bunus 6, Off Jalan Masjid India, 5100 Kuala lumpur.
+603 – 2692 9700
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2013/12/27/hazman-vs-food-roti-naan-cheese-restoran-selera-my-rsmy/#sthash.6wjHIAh6.dpuf

Ni lagi cawangan dia :

RSMY House of Real Beriani
11 & 13, Jalan Medan Tuanku
Kuala Lumpur
Tel : 03-2697 0700

No 16 Lorong Bunus 6, Off Jalan Masjid India, 5100 Kuala lumpur.
Tel : 03 – 2692 9700
 
Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat : 11:00 pg – 12:00 mlm
Sabtu: 4:00 ptg  – 01:00 pg
Ahad & Cuti Umum: 4:00 ptg – 12:00 mlm


No 11 & No 13, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur
+603 – 2697 0700 atau
No 16 Lorong Bunus 6, Off Jalan Masjid India, 5100 Kuala lumpur.
+603 – 2692 9700
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2013/12/27/hazman-vs-food-roti-naan-cheese-restoran-selera-my-rsmy/#sthash.6wjHIAh6.dpuf


No 11 & No 13, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur
+603 – 2697 0700 atau
No 16 Lorong Bunus 6, Off Jalan Masjid India, 5100 Kuala lumpur.
+603 – 2692 9700
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2013/12/27/hazman-vs-food-roti-naan-cheese-restoran-selera-my-rsmy/#sthash.6wjHIAh

No comments:

Post a Comment