Haaaaaa.
Lama aku amik masa nak buat cabaran ni (perasan). Pasai gambaq makanan tu dok ada dalam telefon. Lepaih tu nak kena pilih pulak hat mana paling best. Tapi dugaan dia bukan kat situ ja. Bila scroll tengok makanan balik tu mula telan ayaq lioq. Nafsu macam lembu nak makan macam-macam. Tapi pikiaq balik kan, lembu tu makan rumput ja pun. Tang mana yang kata dia makan teruk sangat?
Makanan Pertama
Yang ni The ULTIMATE Food. Sebab Mamita masak. Nak buleh rasa masak macam ni aku rasa setahun ada la dua tiga kali pasai Mamita dengan Papito aku ni walaupun depa dah pencen lama, tapi sebok depa tu kalah socialites mahupun Menteri. Nasib baik aku nak balik jumpa tak payah buat appointment. Gulai tu yang paling tersedap dalam dunia kalau aku makan, seperiuk tu tolong la simpan kat aku sorang ja. Pasai bila siap masak, aku nanti mula-mula makan dengan nasik. Masa tu dah tambah tiga kali. Lepaih tu selang sejam aku pi bukak balik periuk, cedok gulai makan dengan roti Gardenia pulak. (berat aku masih dalam range 49-50kg). Paihtu ada ikan goreng, masak lemak kobih, ayam goreng kunyit. Menu sampai dari aku kecik sampai la. Hahahahaha ishhhh. Nak balikkkkk!
Makanan Kedua.
Vadai la apa lagi. Aku dah cerita pasai kesedapan vadai ni kat previous post. Dulu kat area SP tu TokBa selalu beli kt belah-belah Jalan Keretapi. Tapi situ depa dah punggai habih tempat tu dah jadi lain. Aku taktau Aunty vadai tu pi mana.La ni TokBa nanti pi beli kat mamak Alaudin. Hahahahah aku jadi pengkritik tetap. Kalau hari ni beli rasa tawaq, hang siap. TokBa nanti kena pi kat kedai tu balik habaq apa tak kena. Isok beli lagi rasa dah sedap balik hahahahahahah. Makanan ni seketui kalau kat kampung aku harga dalam RM0.80 seketui. Kalau KL aku dok berasa dalam RM1.00 atau lebih. Satgi aku pi check kat mamak belakang ofis ni hahahaha. Vadai for life!
Makanan Ketiga
Ni nama dia daging bakaq. Daging bakaq ni orang panggey 'rimau menangis.' Toksah kata rimau, aku yang makan pun ayaq mata bergenang pasai punya sedap hahahahaha. Daging bakaq ni buleh dapat kat area Sadao. Ataih sikit daripada border Bukit Kayu Hitam. Ni dulu geng-geng mamak ni la (Fareez etc. termasuk sekali la dengan TokBa aku pun terjebak) dok bawak balik mai daging bakaq bungkuih bagi adik beradik. Tapi yang paling sakan Nana Fareez yang hensem tu la. Hahahaha seminggu taktau berapa kali punya dok pi, tengah malam hantaq gambaq ni mai kat aku. Aku hinggut Papito ajak pi sana, punya dok jampi dia suruh pi kat Sadao ni. Bayangkan daging ni hampa cicah dengan sos dia, masuk dalam mulut, cayaq. Wagyu ka Makyu ka apa ka, babai. Sepinggan pun baru RM15.00. Ni bukan menangis, rimau tarik misau la kalau tengah lapaq tengok gambaq ni. Nampak aku dok telan ayaq lioq style teruk punya ni. hahahahah.
Makanan Keempat.
Ni nama dia Happiness in a Bento Box. Aku try ni kat Kampachi. Aku rangkumkan semua sekali makanan Jepun kat dalam ni pasai aku suka Japanese Food. Assorted sashimi, prawn tempura, fried mackerel, Fried Rice, gyuniku, miso soup. Everything was executed very well. For the price of RM50.00 (pasaipa yang tak pasai-pasai cakap orang putih banyak ni hahahahah), aku rasa berbaloi sangat. Ni la selalu menu aku kalau makan kat Japanese restaurants pun. Pasai aku rasa macam tiba-tiba aku makan makanan yang sihat sebab semua pun berunsur ikan (daging tu dua rolls ja pun, berkira aih). Ada dua Zanmai bukak area ofis tapi takdan nak pi lagi. Setakat ni dalam kategori Zanmai, aku rasa yang paling sedap adalah di Lowyat Plaza. Sebab aku kalau restoran yang ada franchise macam ni aku suka pi test tengok yang mana paling sedap, yang mana paling rasa tak best sekali.
Makanan Kelima
Hahahahaha. NASIK KANDAQ. Aku masuk hat ni ja gambaq pasai dalam telefon aku gambaq nasik kandaq banyak sangat. Aku dulu takdak la berapa suka sangat nasik kandaq. Aku lagi suka makan nasik briyani. Sebab kat rumah aku, tiap-tiap hari Jumaat, menu adalah nasik beriyani atau pun yang Mamita masak. Pendek kata hari Jumaat adalah hari makanan paling sedap dalam dunia la hahahaha. Rindu oi nak cuti hari Jumaat dok terlentang depan TV dengaq khutbah. (Pemuhong. Aku dengaq first half ja. Second half aku dah lena. Masa kecemasan aku kena gegaq suruh pi mandi pasai lepaih tu nak kena hidang lauk hahahaha). Ha sambung balik nasik kandaq. Aku belajaq makan nasik kandaq masa kat universiti. Tapi aku tak segila la ni la. Taktau bila yang aku sungguh-sungguh makan. (macam setiap masa ja). Mamak Pelita dah kenai aku. Mamak belakang ofis dah bagi diskaun 10%. Mamak kat Sp keja dok suruh aku balik dia nak buat kuah udang. hahahahha nampak aku dah established rapport dengan depa ni. Aku ada list nasik kandaq sedap kat Penang. Nanti aku share. Gila panjang punya list daripada pagi nak makan tang mana, tengahari, petang, malam. Tapi top list aku dekat Pelita (Bangsar, Cyberjaya), Nasik Ganja (Ipoh), Kudu (KL), Deen (Jelutong), Line Clear (Penang) - tapi hat ni pun kalau orang ramai rasa dia dah tak best. Mau kena pi pukui 2-3 pagi, time takdak orang, masa tu ayam goreng dia paling sedap. Nasmir (SP).
Ish cari list nasik kandaq tu takdak pulak. Di lain masa lah na.
Makanan Keenam
Baru nombor 6 ka. Perut aku dah bunyi balik. Padahai tadi baru makan makaroni cheese dengan Frosties semangkuk. Ni lauk kampung. Haritu masa raya Papito ajak kami satu family pi Baling pasai arwah Tok dah takdak, tinggai adik dia ja. Jadi Papito pun berasa macam dia balik kampung la kot. Masa pi tu raya kedua. Dia posa enam aku rasa dah berpuluh tahun. Hampa layoq la kepala gajah masak cabai depan muka dia pun, dia buat tak heran ja. Cuba kalau aku, layoq mai ayaq oren tengok, mau makan penampaq. Sambung balik. Masa kami sampai tu dah petang. Dah la sebelum tu pi beraya rumah orang makan benda sup-sup ja. Masa singgah satu rumah tu, perut aku dengan Iwanie dah bergelodak dah. Adik toksah cerita la. Dok zikir 'nasik nasik nasik'. Pi tala rumah kawan tu, masuk-masuk tu dok bisik sama sendiri 'hat ni ada potensi ada nasik ni.' hahahahaha huduh sungguh perangai. Tengok-tengok jamu mee kuah. Aku redho. Kita kena bersyukur. Tapi nak bebai tu ada dah. Kat Baling tu Papito habaq 'kita singgah sat ja tau.' hahahaha huh. Dia taktau apa plan dalam kepala otak aku. Nah masuk-masuk rumah bau gulai ikan kering. Ingat aku nak dok saja? Nehi kabhi nehi. Saja sembang-sembang. Lepaih tu tok menakan aku pi goreng pekasam pulak! Tak senang duduk. Dia dok suruh kami makan situ. hahahaha takkan la nak kata 'ha takpa memang tengah tunggu nasik masak.' Mamita dengan Papito dok nak balik. Aku kata sekali sekala mai, apa kata rasa tok menakan masak hahahahaha nampak dak akai? Ada gulai ikan kering, ikan goreng, ikan pekasam, ayaq asam, kurma daging, ulam-ulam, ikan kering. Allah. Sedapnya. Elok buleh rasa makanan tu masuk mulut, aku kata kat Mamita,
'Rasa macam dok dalam syurga.'
Aku tambah tiga kali.
Makanan Ketujuh.
Makanan Kelapan
Nasik lemak. Ni daripada kecik besaq tungau sampai ke tua la aku suka makan. Tapi la ni kena kurang sikit kut pasai aku dok nampak macam hari-hari ja dok makan pagi-pagi. Bahaya oi. Yang ni kat Village Park. Harga RM9.00 sepinggan. Kena dengan kopi o kaw. Tambah pulak order roti bakaq. Tersadai kenyang. Nasik lemak nombor dua paling sedap dalam dunia lepaih nasik lemak Makcik Nor (makcik hat meniaga depan rumah aku).
Makanan Kesembilan
Nasik daun pisang (apa benda semua nasik ja ni??) Hahahahha ni aku mula-mula pi kat Raju kat Petaling Jaya. Selalu aku dok pi kat Nirwana Maju kat Bangsar. Situ memang sorga nasik daun pisang la. Tapi aku rasa sotong goreng kat Raju lagi best dari Nirwana. Masa aku kat NST dulu ada sorang member ni ajak pi makan kat Brickfields. Beriya habaq 'come la, we go there eat banana leaf. So good you know. For vegeterian you don't worry.' (kata keja NST, tentu la masa tu cakap orang putih berabuk. La ni aku sembang keluaq nombor ja kot mulut hahahahah). Kami pun naik la kereta dia pi sana. Tempat makan tu kat tingkat ataih. Masa sampai kat bawah tu, aku tengo dah ramai. Macha tu kata kat ataih la sejuk sikit. Plus, tak ramai. Kami pun naik la. Elok aku naik nak sampai ataih nampak patung emaih nala punya besaq. Telan ayaq lioq sat aku masa tu. Aku dah berbelah bagi la. Telan ayaq lioq tu satu pasai memang dah lapaq, bau gulai pulak dok mai cucuk hidung aku macam tongkat syaitan yang ada tiga mata tu. Satu lagi pasai aku cuak. Hahahaha last sekali aku order ayaq sejuk ja. Singgah bawah ofis beli roti.
Makanan Kesepuluh
Akhirnya hahahahaha. Kebaih tangan aku nak type. Setelah kita dihidangkan dengan makanan yang penuh dengan dugaan kolestrol dan lemak yang melampau, maka kita perlu kembali kepada sesuatu yang sihat. Ceasar Salad. hahahahah sebenaqnya ada lagi makanan sihat yang lain. Sebagai contoh aku minum low fat milk dengan Fitnesse. Aku makan oats. Hahahaha. Tapi caesar salad ni top favourite aku la. Ni aku rasa kat Ben's kot. Rasa sedap. Cuma aku tak berkenan letak teloq rebuih tu. Rasa dia tak kena. Yang paling sedap aku rasa dekat Marche dengan Italiannies (lain aku tak ingat). Tapi yang terpaling sedap makan pagi petang siang dan malam mestilah salad aku buat sendiri. Dipenuhi feta cheese, capers, parmesan cheese, green corals, garlic croutons, cajun chicken/salmon.
Sendiri taip sendiri pening.
No comments:
Post a Comment